Wednesday, October 22, 2008

AL-RASM AL-UTHMANI (8)

BAGAIMANAKAH MEREALISASIKAN HAL KEADAAN MUSHAF RASM UTHMANI DALAM URUSAN PENCETAKAN SEKARANG?

Bersepakatan bacaan dengan mushaf yang dihantar ke setiap tempat adalah kebiasaan sahaja bukan menjadi sesuatu yang wajib.

Ini adalah kerana, syarat diterima sesuatu pembacaan itu ialah pembacaan tersebut mestilah bertepatan dengan salah satu mushaf yang 6, dan bukan menjadi satu syarat sesuatu bacaan tersebut perlu bertepatan dengan mushaf yang dihantar ke tempat mereka.

Sebab itulah kita dapati Mushaf yang dicetak mengikut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim ada yang menyalahi mushaf yang dihantar ke Kufah:

وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ ..يس 35

Ditulis dengan Ha’ mengikut riwayat Hafs tetapi bersalahan dengan mushaf yang di hantar ke Kufah yang tidak menulis Ha’ sedangkan Hafs adalah berasal daripada Kufah dan menjadi tempat rujukan masyarakat Kufah.

KAEDAH BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASYARAKAT ISLAM DUNIA SEKARANG

Bolehlah disimpulkan sebegini:

Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)

Qiraat Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)

Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat ‘Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)

Sebab itulah bacaan melalui riwayat Hafs ini masyhur di seluruh dunia dan mushaf yang bertepatan dengan riwayat Hafs ini mudah diperolehi.

Bagi qiraat yang lain seperti Qiraat Hamzah, Qiraat al-Kisaie dan lain-lain bacaannya sudah tidak dipraktikkan lagi tetapi masih dipelajari khususnya bagi mereka yang mengambil bidang ini agar tidak hilang ditelan zaman.

No comments: