Sunday, November 15, 2009

HARI GRADUASI ANGAH ('AFAFF)



Semalam berlangsungnya hari graduasi Tadika Ummi Walidah bertempat di Kompleks Perdagangan Mahkota di Indera Mahkota...
Anakku yang kedua...antara yang terlibat dalam majlis tersebut...bermacam2 persembahan yg telah dijayakan oleh bebudak ni...ade nasyid, gimrama, tarian sufi...

Makanya...tak kering gusi lah mak ayah yang hadir dek keletah dan kerenah bebudak ni...
Tidak ada yg lebih menggembirakan hati setiap mak dan ayah apabila melihat anak mereka membuat persembahan pada hari tersebut....walaupun berbeza tahap akademiknya ..(anak aku dpt saguhati jer...tak lekat nombor pung)...tetapi melihatkan pergaulan mereka yang semakin matang, sentiasa ceria menimbulkan sedikit bibit2 keyakinan bahawa mereka sudah bersedia untuk ke peringkat yang lebih mencabar lagi...





(tgh ambik sijil...sebelum tu topi dia jatuh...heheh..camaner boleh jatuh pun tak tahu..)

Aku dulu...tak dok pung tadika2 ni...hari graduasi jauh sekali...terus je darjah satu...itulah dia namanya perbezaan antara zaman...bebudak ni dah semakin cerdik...tak sama dgn kita dulu...





Buat anakku...'Afaff bt. Felza Zulhibri... (berdiri kiri sekali) semoga ceria selalu dan semakin matang dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

P/s: yang dua org ni .... (kak de & abg chik)....camner pulak le gamaknya...baru tadi dapat report kad...angah dpt no 8 daripada 17org...ok la tu..