Tuesday, February 10, 2009

IHSAN DARI UST ZURIDAN

DIPETIK DARIPADA BLOG USTAZ ZURIDAN

2/10/2009

Isu DERHAKA

Hari ini semasa menyampaikan kuliah dalam kelas berkaitan dengan Tamadun Melayu, saya membuka ruang kepada pelajar-pelajar memberikan komen isu 'penderhakaan kepada Raja' di Perak. Semua pelajar melayu dari Perak mengutarakan pandangan bahawa DS Nizar menderhaka kepada Raja dan Karpal Singh melampau. Namun saya terkejut apabila anak murid India dalam kelas saya apabila diminta memberi pendapatan menyatakan bahawa manusia adalah sama...Mengapa pula ada yang tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang? Malang sekali apabila ada rakyat yang terbunuh tetapi ia berkaitan dengan institusi raja atau orang kenamaan maka tiada sebarang pembelaan undang-undang katanya.
Setelah kuliah saya menghampiri pelajar India ini dan beliau berbisik bukankah dalam Islam menjelaskan bahawa manusia adalah sama? Jawab saya; "Betul pendapat kamu". Dalam Islam tiada sesiapa berada di atas undang-undang, sesiapa yang bersalah wajar dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan secara adil.
Cumanya apa yang berlaku sekarang bukan di bawah kawalan undang-undang Islam..maka inilah natijahnya.
Selepas beredar, saya bersyukur kerana keadilan Islam semakin difahami oleh kalangan bukan Islam, namun yang membimbangkan saya apabila orang Islam sendiri keliru dengan Islamnya!