Wednesday, January 13, 2010

RIWAYAT HAFS B. SULAYMAN AL-KUFI (5)

TURUQ AL-HASHIMI

Turuq ini disandarkan kepada Muhammad b. Salih b. Abu Daud Abu al-Hassan al-Hashimi al-´Ansari al-Basri al-Darir dan dikenali juga sebagai al-Jaukhani. Beliau mengambil bacaan secara sam’an wa ‘aradan dari Ahmad b. Sahl al-´Usynani. Beliau wafat pada tahun 307 hijrah di Baghdad. Turuq ini pada awalnya terpecah kepada lima turuq sebelum berkembang kepada sepuluh turuq seperti berikut :

1) TARIQ ABU TAHIR (Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun) : Terdapat empat turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Shatibiyyah . Tariq ini berdasarkan bacaan daripada al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.

ii) Daripada kitab al-Taisir. Tariq ini juga berdasarkan bacaan daripada al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.

iii) Daripada kitab Talkhis. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Abi ‘Abd Allah al-Qazwini daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.

iv) Daripada kitab al-Tazkirah. Tariq ini berdasarkan bacaan Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.

2) TARIQ ‘ABD SALAM (Abi Ahmad ‘Abd al-Salam b. al-Hussin al-Basri) : Terdapat dua turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Mustanir. Tariq ini berdasarkan bacaan Ibn Suwar daripada Abi al-Hassan al-Khiyat daripada ‘Abd al-Salam daripada al-Hashimi.

ii) Daripada kitab al-Jami’. Tariq ini berdasarkan bacaan Abi al-Hassan al-Khiyat daripada ‘Abd al-Salam daripada al-Hashimi.

3) TARIQ AL-MULANJI (Abi ‘Abd Allah Ahmad b. Muhammad b. al-Hussin Yazdah) : Terdapat dua turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Ghayah. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Hafiz Abi al-‘Ala’ daripada Abu ‘Ali al-Hadad daripada al-Mulanji daripada al-Hashimi.

ii) Daripada kitab al-Kamil. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Huzali dan Abu ‘Ali al-Hadad daripada al-Mulanji daripada al-Hasyimi.

4) TARIQ AL-KHABBAZI (Abi al-Hussin ‘Ali b. Muhammad al-Khabbazi): Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini. Penjelasannya adalah seperti berikut:

i) Daripada kitab al-Kamil. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Huzali daripada Abi Nasr Mansur b. Ahmad al-Harwi daripada Abi al-Hussin ‘Ali b. Muhammad al-Khabbazi daripada al-Hashimi.

5) TARIQ AL-KARAZINI (Abi ‘Abd Allah al-Karazini) : Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini. Penjelasannya adalah seperti berikut:

i) Daripada kitab al-Mubhaj. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Sabt daripada al-Sharif al-Qadir daripada al-Karazini daripada al-Hashimi.