Dibaca oleh Abusyathibie di Masjid UIAM Kuantan
Marilah kita bersama2 meningkatkan ketakwaan kpd Allah s.w.t dgn melaksanakan perintahnya dan menjauhi segala larangannya…semoga kita beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.
Sidang jumaat yg dirahmati sekalian..
Rabi'ul awal… bulan yang menjadi kebiasaan dan amalan tradisi kepada kita, bilamana masuk sahaja bulan ini tidak kiralah pada berapa haribulan sekali pun, ada sebahagian riwayat yang kuat menyatakan 12 Rabi'ul awal , ada juga riwayat yang menyatakan tarikh yang lain, hati kita akan terpanggil untuk bersama2 menyambut peristiwa Maulidul Rasul s.a.w. Dan kini… kita berada di hari yang terakhir dalam bulan Rabi'ul awal, dan mimbar pada hari ini ingin mengimbau kembali peristiwa besar tersebut yang telah mengubah sejarah kemanusiaan di dunia ini.
Ketika mana dunia sedang resah gelisah dengan penyakit dan virus jahiliah, Allah s.w.t telah mentakdirkan untuk mengutuskan, kelahiran seorang nabi yang menerajui dan telah merubah landscape sejarah dunia hingga waktu ini.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disambut dengan pelbagai acara serta sambutan. . Ada yang membuat dengan sambutan perarakan, ada yang menyambutnya dengan ceramah agama, berbagai-bagai acara dan berbagai-bagai peringkat. Sering kali juga kita mendengar perdebatan tentang hokum menyambutnya, ada yang membidahkannya secara mutlak dan ada pula yang mengharuskannya secara mutlak dan ada yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu dan tujuan yang tertentu.
Setiap pandangan mempunyai hujjah masing-masing. Dan seharusnya kita menghormati setiap hujah yang dilontarkan tanpa menjadikannya suatu perdebatan yang menjurus kepada perpecahan umat islam. ditambah lagi hujah2 tersebut datangnya dari pandangan ulama2 yang terdahulu yang mana ilmu dan akhlak mereka jauh lebih baik daripada mereka2 yang tidak habis2 bertelagah tentang perkara ini.
Di antara hujjah yang menyatakan ianya bidah ialah kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukannya. Tidak ada satu nas dan dalil yg sorih didalam menyatakan perkara tersebut.
Di pihak yang lain pula berhujjah bahawa ianya harus disambut kerana tidak ada nas atau dalil yang sorih yang melarang perkara tersebut.Bahkan mereka mengatakan ada nya isyarat didalam al-Qur’an yang mengharuskannya berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 5
وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ
bermaksud :
"Dan peringatkanlah mereka dengan 'Ayyamillah' "
Ubai bin Kaab meriwayatkan bahawa nabi SAW mentafsirkan 'Ayyamillah" dengan nikmat-nikmat Allah. Imam Alusi pula menyatakan bahawa kelahiran Nabi SAW adalah merupakan nikmat Allah yang amat besar yg perlu diingatkan kepada umat Islam. Mereka juga menyatakan bahawa dengan sambutan itulah dapat melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Maka, secara warasnya, Jika inilah hujah dan tujuan mereka apakah ia merupakan satu kesalahan?
Walaumacamana pun hujah yang telah dibentangkan tadi, Persoalan yang lebih penting yg ingin dilontarkan disini, apakah sudah cukup kita menyatakan rasa cinta, rasa sayang kita kepada Baginda s.a.w. dengan sekadar menyambut peristiwa sahaja. Apakah cukup untuk kita hanya mengaku dengan menyatakan kita umat nabi yang menyayangi dan menyintai Nabi s.a.w. dengan hanya membuat acara-acara sambutan semata2.
Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Baginda dan menyambutnya dengan acara-acara sebegitu sahaja, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang itu berkata kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w. (100 ekor unta!!!, kalau kita 100 ekor ayam pun belum tentu). bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, beliau merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.
Satelah 40 tahun kelahiran Muhammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" maka jawap penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat.
Inilah dia contoh manusia yg beria-ia menyambut kelahiran nabi dengan berbagai jenis acara sambutan tapi selepas itu menjadi org yang pertama memusuhi nabi serta ajarannya…Keperibadian Abu Lahab ini semakin mendapat tempat disanubari umat Islam sekarang ini…Ada yang tiba2 bersemangat tak tentu hala mengalahkan tuan imam dan jemaah masjid ketika mana datangnya maulud nabi ini…tetapi dalam masa yang sama merekalah yang menghina hokum Islam, merekalah yang menghina ulama’2, mereka juga menjadi penghalang kepada tertegaknya daulah islamiyyah. anak dan isteri tak pernah menutup aurat dari kecik sampai ke besar sekaligus menggambarkan majlis yang disambut dengan meriah dan berwarna-warni itu tidak memberi apa-apa faedah pun. Majlis itu adalah satu pembohongan sahaja kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan kepada Allah SWT.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ditimpa kecelakaan daripada Allah s.w.t sepertimana yang menimpa Abu lahab dan kuncu2nya .
Muslimin yang dihormati sekelian
Kesimpulannya
Sudah menjadi adat ummat Islam pada bulan Rabi'ul Awal mengadakan majlis memperingati Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai acara, Tetapi ianya tidaklah menjadi suatu perkara yang wajib untuk dilakukan kerana Allah SWT tidak memerintahkan mereka mengadakan majlis-majlis seperti itu dan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengadakan majlis memperingati hari kelahirannya. Apa yang diwajibkan kepada umat Islam hanyalah beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, Menyambutnya tidak mengapa berdasarkan pandangan serta hujjah yang telah diperjelaskan diawal khutbah tadi tetapi jgnlah sampai perkara yang harus ini lebih dititik beratkan daripada perkara yang wajib iaitu beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ajaranku), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Marilah kita menjadi orang yang ikhlas kepada Rasulullah SAW dengan cara beramal dengan ajarannya dan berjihad memperjuangkannya. Semoga kedatangan rabi’ul awal selepas ini disambut dengan kefahaman islam jitu dan mantap yang menjadi tunjang akidah yang sebenar.
.Muslimin yang dihormati sekelian
Mimbar hari ini melahirkan rasa sedih dengan perginya Rabi’ul awal…malah bertambah2 lagi sedih khususnya bagi warga kuantan kerana pemergian ini disambut dengan konsert jom heboh yang akan berlangsung pada ahad ini…justeru mimbar ingin menyeru agar semua yg hadir memboikot konsert-konsert yg menjadi perancangan yahudi untuk melemahkan umat islam sepertimana kita memboikot produk2 yg memberi sumbangan kepada zionis….
Semoga kita dapat menjaga anak2, isteri serta diri sendiri daripada mengikut telunjuk Abu lahab moden dan kuncu2nya dan seterusnya terjerumus kedalam lembah api neraka…..