Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU & HARI LAHIR.....


Selain daripada hari guru, hari ini juga adalah hari lahir anakku yang keempat iaitu Muhammad al-Jazariey. Cukup umurnya 2 tahun...semoga bersabar ye abg chik dengan hadirnya adik baru...dan semoga menjadi anak yg soleh....

Sekalung penghargaan ku tujukan kepada semua guru yang mengajarku sampailah ke hari ini...

Bagi Sekolah Rendah penghargaan ini ditujukan khas buat guru di S.R. K Segambut Tengah (1981-1982), S.R.K Polis Depoh, Jalan Semarak (1983), S.R.K Batu 4, Jln Ipoh (1984) dan S.R.K Dharma, Batu 6 , Puchong (1985-1986)

Buat semua guru di SMAPT, al-Maidah al-Diniyyah, Kuala lipis (1987-1991)
Buat semua guru di STASAB, Pekan (1992-1994)
Buat semua guru di IPTQ, Pusat Islam (1995-1998)

Buat guruku yg mengajar Toriq al-Jazariyyah al-Marhum Syaikh Redho Salim Ali & Syaikh Abd Rahim al-Banna(1999), Syaikh Juddah(2000), Syaikh Ahmad Abd Rahim (2001). Begitu juga Syaikh Hassan Rajab (guru Toriq al-Syathibi, Toriq al-Durrah dan matan Tuhfah al-Atfal 2000-2001) dan Syaikh Sayyid Ali b. Majid (guru tasmik 1999-2001) . Semua masyayikh ini mengajarku di Maahad Qiraat dan Jami' al-Khazandarah, Syuobra, Kaherah, Mesir.

Buat penyelia tesis MA ku 2007-2010, Dr. Mustaffa b. Abdulllah, ketua Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, API, UM,

Dan juga buat guru terawalku, arwah ayahandaku Abd Hamid b. Ibrahim serta Bonda Meriam Azhar bt. Saffie

" I AM INDEBTED TO MY FATHER FOR LIVING, BUT TO MY TEACHER FOR LIVING WELL" - Alexander the Great