Tuesday, May 12, 2009

BPBQAM QIRA'AT ABU 'AMRU AL-BASRIY (AL-BAQARAH) AYAT 1-9


Surah al-Baqarah

بسم الله الرحمن الرحيم

الم [1](1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)



al-DËrÊ : Tiada perbezaan dengan Hafs

al-SËsÊ : Idgham kabir pada kalimah فِيهِ هُدًى

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاة وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3)


al-DËrÊ : Tiada perbezaan dengan Hafs

al-SËsÊ : Ibdal pada يُؤْمِنُونَ

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)



al-DËrÊ : Qasr dan tawassut

al-SËsÊ : Qasr dan Ibdal pada يُؤْمِنُونَ

أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ (5) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (6)



Abu ‘AmrË : Bacaan Qaulan Waahidan pada ءأَنذَرْتَهُمْ secara idkhal dan tashil

al-DËrÊ : Tiada

al-SËsÊ : IbdÉl pada يُؤْمِنُونَ

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7)


Abu ‘AmrË : Imalah pada أَبْصَارِهِمْ

al-DËrÊ : Qasr dan tawassut

al-SËsÊ : Qasr

وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8)

al-DËrÊ : Imalah al-MajrËr pada النَّاسِ

al-SËsÊ : IbdÉl pada بِمُؤْمِنِينَ

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9)

Abu ‘AmrË : Qaulan Wahidan وَمَا يَخْدَعُونَ [2]dibaca seperti yang pertama.

al-DËrÊ : Qasr dan tawassut

al-SËsÊ : Qasr



[1] Didalam Mushaf Riwayat al-DËrÊ , huruf hijaiyyah sebegini tidak dikira satu ayat.

[2] Kata Imam al-Syatibi:

وما يخادعون الفتح من قبل ساكن وبعد ذكا والغير كالحرف أولا


BPBQAM QIRA'AT IBN AMIR & ASIM (MUQADDIMAH)

Biodata Imam Ibn ‘Amir al-Dimasyqi dan Asim al-Kufi bersama dua perawi mereka beserta pembacaan mengikut riwayat tertentu.


( diambil daripada kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fattah al-Qadhi)


IMAM IBN ‘AMIR AL-DIMASYQI


Nama sebenar beliau adalah Abdullah b. ‘Amir b. Yazid b. Tamim b. Rabi’ah b. ‘Amir al-Yahsabiy. Beliau juga di gelar sebagai Abu ‘Imran dan merupakan imam Qurra’ yg paing tertua sekali diantara imam-imam yg lain dan lahir dalam tahun ke dua puluh satu hijrah dan ada pendapat yang mengatakan tahun kelapan hijrah.


Sepakat para ulama’ mengakui bahawa beliau mengambil bacaan al-qur’an daripada Abi Hisyim al-Mughirah b. Abi Syihab Abdullah b. ‘Amru b. al-Mughirah al-Makhzumi.Malah, Ibn al-Jazari dengan tegas mengatakan beliau juga mengambil bacaan daripada Abi Darda’ ‘Uwaimir b. Zaid b. Qais.


Dan telah membaca al-Mughirah daripada Saidina ‘Uthman al-‘Affan, dan sudah pasti saidina ‘Uthman serta Abu Darda’ mengambil bacaan secara langsung daripada Rasullullah S.A.W.

Beliau juga di beritakan mengambil secara sima’ie bukan sahaja al-Qur’an, tetapi hadith-hadith daripada para-para sahabat seperti al-Nu’man ibn Basyir, Muawiyah b. Abi Sufyan dan Fadalah b. ‘Abid dan dengan ini menjadikan beliau dikalangan para Tabi’ein.


Beliau adalah Imam bagi penduduk Syam (sekarang dikenali sebagai Syiria) dalam ilmu Qira’at selepas wafatnya Abu Darda’.di samping itu juga, beliau merupakan imam masjid al-Amawi dizaman kerajaan ‘Umar b. Abd ‘Aziz dan sesudahnya.


Ibn al-Jazari, dalam menerangkan sifat-sifat yang dimiliki oleh Ibn ‘Amir berkata: “adalah Ibn ‘Amir merupakan seorang imam yang besar, salah seorang tabi’en yang terkenal dan seorang ‘alim yang masyhur. Imam bagi orang muslimin di masjid al-Amawi dalam beberapa tahun pada zaman ‘Umar ‘Abd ‘Aziz dan beliau berimam dengan Ibn ‘Amir walaupun beliau seorang amirulmu’minin.”


Beliau juga memegang beberapa jawatan penting selain pakar ruju’ bidang Qira’at beliau juga menyandang jawatan Qadhi .Pada masa itu muncul pandangan yang berbagai-bagai daripada para ulama’ yang mencetuskan perselisihan diantara umat islam. Walaupun begitu, merekat bersepakat membaca al-qur’an dengan qira’at Ibn ‘Amir.


Imam Ibn ‘Amir kembali ke rahmatullah pada tahun 118 hijrah dikota Damsyik. Perawi bacaan qira’at beliau yang masyhur adalah Hisyam dan Ibn Zakuan



HISYAM


Nama sebenar beliau ialah Hisyam b. ‘Ammar b. Nasir b. Maisarah al-Salmi al-Dimasyqi dan di gelar sebagai Abu al-Walid. Lahir pada tahun 153 hijrah pada zaman khalifah al-ManÎur.

Beliau mengambil bacaan al-Qur’an dari ‘Iraki al-Murriy dan Ayub b. Tamim.


Dan kedua-dua mereka ini mengambil bacaan daripada Yahya al-Zimari dan Yahya mengambil daripada Ibn ‘Amir yang mana sanadnya bersambung daripada Rasullullah S.A.W.

Beliau diberitakan adalah seorang yang mempunyai keilmuan yang amat tinggi di kota Damsyik. Seorang mufti, ahli hadith, dhobit,siqah dan hafiz [1]dalam bidang hadith nabawi.

Beliau meninggal dunia pada akhir bulan muharram tahun 233 atau 245 hijrah.



IBN ZAKUAN



Nama sebenar beliau adalah Abdullah b. Ahmad b. Basyir. Beliau juga dikenali sebagai Abu Muhammad. Lahir pada hari ‘Asyura’ tahun keseratus tujuh puluh tiga hijrah.

Mengambil bacaan daripada Ayub b. Tamim dan sempat berguru dengan Imam al-Kisaei[2] ketika al-Kisaei datang ke Syam. Berkata Ibn Zakuan : “ berjumpa aku dengan al-Kisaei selama 7 bulan dan aku baca al-qur’an dengan beliau lebih dari sekali”

Beliau juga mengambil beberapa huruf secara sima’ie daripada Ishak b. al-Musayyibi daripada Nafi’.



Beliau menggantikan tempat Hisyam sebagai Imam di masjid al-Amawi, Damsyik.

Seorang imam yang masyhur, siqah dan pakar ruju’ qira’at sehingga Abu Zur’ah al-Dimasyqi berkata: “Tiada ada di ‘Iraq dan di Syam yang lebih baik bacaannya daripada Ibn Zakuan, begitu juga di Hijaz, Mesir dan Khurasan pada ketika itu.”


Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 242hijrah.



ANTARA MANHAJ QIRA’AT IBN ‘AMIR



Diantara manhaj qira’at Ibn ‘Amir:

1- Tawassut pada muttasil dan munfasil

2- Hisyam sahaja :

i- Taghyir [3]hamzah ketika waqaf pada kalimah tertentu[4] dengan syarat hamzah mestilah berada di hujung.

ii- Membaca kalimah[5] إِبْرَاهِيمَ dengan fathah huruf ya’ dan alif mad selepasnya.

3- Ibn Zakuan sahaja :

i- Imalah pada kalimah tertentu seperti جَاءَ, شَاءَ

ii- Membaca kalimah إِبْرَاهِيمَ dengan fathah huruf ya’ dan alif mad selepasnya secara khilaf




IMAM ‘ASIM B. ABI NAJUD AL-KUFI



Beliau adalah ‘Asim b. Abi Najud b. Bahdalah, bekas hamba kepada Ibn Khuzaimah b. Malik . Beliau juga daripada kalangan tabie’n dan diriwayatkan tiada siapa yang tahu bila tarikh beliau dilahirkan.


Ibn al-Jazariy berkata mengenai ‘Asim:

“Adalah ‘Asim merupakan imam yang menjadi sumber rujukan utama selepas ‘Abdul Rahman al-Sulami dan datang kepadanya ramai manusia untuk mempelajari al-Qira’at daripada pelusuk tempat. Terkumpul pada beliau diantara Fasih dalam bacaan tajwid, ketokohan dalam bidang agama dan teliti dalam pembacaan al-Qur’an dan juga mempunyai suara yang indah dalam pembacaan al-Qur’an.”


Beliau mengambil bacaan al-Qur’an daripada ‘Abdul Rahman al-Sulami yang mengambil daripada Saidina ‘Uthman b. ‘Affan, ‘Ali b. Abi Ùalib, Ubay b. Ka’ab, ‘Abdullah b. Mas’ud dan Zaid b. Thabit dan kesemuanya sahabat ini mengambil bacaan daripada Rasullullah S.A.W.

Selain daripada bergiat cergas dalam bidang qira’at di Kufah, beliau juga terkenal dalam bidang hadith Rasullullah. Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 127 hijrah.


Dua perawinya yang masyhur ialah Syu’bah dan Hafs



SYU’BAH B. ‘AIYYASH



Nama sebenar beliau adalah Syu’bah b. ‘Aiyyash b. Salim al-Hanati al-Asadi al-Nahsyali al-Kufi dan beliau juga dipanggil Abu Bakr. Lahir pada tahun 95 hijrah.


Beliau merupakan seorang imam yang berilmu tinggi dan beramal dengan ilmunya itu, salah seorang daripada ulama’ besar dalam bidang hadith nabawi dan membaca al-Qur’an dihadapan ‘Asim lebih daripada sekali.


Demikian juga di hadapan ‘Ata’ b.Sa’ibah

Beliau juga adalah antara ulama’ besar ahli sunnah wal jama’ah dan pernah berkata : barang siapa yang mendakwa al-qur’an itu makhluk[6], mereka termasuk golongan kafir zindik [7]iaitu musuh Allah..dilarang kita bergaul dengan mereka dan bercakap dengan mereka.

Dikatakan bahawa ketika Syu’bah hampir meninggal dunia, maka menangislah saudara perempuannya. Lalu ia berkata : “mengapakah engkau menangis wahai saudara perempuanku?, perhatikanlah olehmu riwayat hidup ku…engkau harus gembira…lihatlah sesungguhnya aku telah berhasil habis membaca al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali.


Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 193 hijrah.



HAFS B. SULAIMAN

Beliau adalah Hafs b. Sulaiman b. al-Mugirah b. Daud al-Asadi al-Kufi al-Bazaz[8].Lahir pada tahun 90 hijrah. Mengambil bacaan secara sam’an wa ‘araÌan[9] daripada ‘Asim.

Beliau merupakan orang yang paling alim dari kalangan murid-murid ‘Asim dalam bidang qira’at sebagaimana yang telah diakui oleh Yahya b. Mu’ain:

“ riwayat yang paling sahih daripada ‘Asim ialah daripada Hafs b. Sulaiman”

Diriwayatkan bahawa Hafs pada mulanya merupakan seorang murid yang lemah dalam pelajaran dan terpaksa ‘Asim mengajarnya secara sedikit-sedikit hanya dalam 5 ayat dalam satu masa, namun berkat kesabarannya dan gurunya beliau telah menjadi ahli qira’at yang masyhur.[10]


Mungkin kerana pertemuan kerap berlaku antara beliau dan gurunya ‘Asim , diriwayatkan juga beliau adalah anak tiri kepada ‘Asim setelah gurunya itu berkahwin dengan ibunya.

Diberitakan Hafs pernah bertanya kepada ‘Asim kenapa bacaan yang diberi kepadanya ada perbezaan dengan Syu’bah walaupun dari imam yang sama. Lalu ‘Asim pun berkata : “ Aku membaca kepada engkau daripada apa yang aku ambil daripada Abu Abdul Rahman al-Sulami daripada Ali b. Abi Talib manakala aku baca kepada Syu’bah daripada apa yang aku ambil daripada Zir b. Hubaisy daripada Abdullah b. Mas’ud r.a.


Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 180 hijrah.


ANTARA MANHAJ QIRA’AT ‘ASIM



Imam ‘Asim mempunyai 2 perawi yang masyhur:

1) Syu’bah. Secara umumnya tidak banyak perbezaan yang ada bagi riwayat Syu’bah di juzu’ satu ini. Oleh itu, jikalau ada pun perbezaan akan dinyatakan di ayat yang terlibat nanti.

2) Hafs. Sebagaimana diketahui ramai bacaan al-qur’an khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia umat islam, 95% adalah dari riwayat Hafs. Oleh itu, sudah semestinya manhaj riwayat Hafs ini sudah sebati dengan masyarakat di Malaysia. Namun, masih ada lagi yang tidak tahu bahawa dibawah riwayat ini terdapat 58 aliran dan aliran yang paling dikenali di Malaysia adalah aliran al-Syatibiyyah. Oleh itu sudah tentu kekeliruan akan timbul dalam memahami yang manakah daripada toriq Syathibiah dan yang manakah daripada toriq yang lain. Dengan ini, bagi Qira’at ‘Asim akan disertakan semua sekali aliran tersebut yang dikenali sebagai aliran al-Jazariy dan diharap dengan penerangan ini dapat dikenali dengan jelas yang manakah aliran Syatibiyah yang tulen dan yang mana bukan. Malah, dengan penerangan ini juga dapat menjelaskan bacaan yang dianggap sahih daripada Rasullullah s.a.w sebenarnya berbagai-bagai, meskipun dalam riwayat Hafs itu sendiri.

Disini disenaraikan beberapa manhaj riwayat Hafs dari semua sudut aliran:

i) Mad munfasil: dibaca qasr, tawassut dan fuwaiq tawassut[11]

ii) Nun sakinah atau tanwin yang melibatkan lam dan ra’: dibaca dengan ghunnah secara khilaf

- مِنْ رَبِّهِمْ, هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

iii) Huruf mati sebelum hamzah: melibatkan 4 contoh

-Mafsul: وَمَتَاعٌ إِلَى , عَلَيْهِمْ ءأَنذَرْتَهُمْ

-Mausul: Ï الْمَرْءِ , وَلا تُسْأَلُونَ

-lam ta’rif: وَبِالآخرَةِ

-kalimah شَيْء dan شَيْئاً

Dibaca saktah[12] secara khilaf.



[1] Gelaran bagi seseorang yang menghafaz lebih daripada 20 ribu hadith serta dapat mengenali dan mengetahui turutan sanadnya tabaqat demi tabaqat.

[2]Imam yang ke tujuh

[3] Ubah, dalam ertikata meliputi sama ada ibdal,naqal,tashil,hazaf atau isqad.

[4] Akan diperjelaskan bila bertemu dengan contohnya nanti

[5] Dalam surah albaqarah sahaja

[6] Tidak bersifat qadim

[7] Kafir yang tidak mempercayai kewujudan tuhan

[8] Nisbah kepada peniaga kain yang diperbuat daripada kapas

[9] Dengar dan baca, iaitu kaedah yang paling sempurna dalam mendalami ilmu qira’at.

[10] Qawa’id al-Tajwid ‘alÉ riwayah ‘an ‘ÓÎim, Abu ‘ÓÎim Abd Aziz b. Abd al-FattÉh al-QÉri’

[11]5 harakat.

[12] Berhenti sekejap tanpa mengambil nafas dan sambung kembali dengan nafas yang sama.