Wednesday, April 18, 2012

Nota Kelas bacan 7 imam (al-Baqarah 9-10)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

1- Qalun baca dommah huruf ya’ dan isbat alif mad selepas huruf kha’ pada kalimah يَخْدَعُونَ [1] serta qasr al-Munfasil dan sukun mim al-Jama’ pada kalimah أَنفُسَهُمْ dan Abu ‘Amru (al-Susi dan wajah pertama Durri Abu ‘Amru) ikut

2- Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jama’ serta qasr al-Munfasil dan Ibn Kathir ikut.

3- Qalun membaca pula dengan sukun mim al-Jama’ dan tawassut al-Munfasil dan Durri Abu ‘Amru (wajah kedua) ikut.

4- Qalun membaca pula dengan bacaan yang sama tetapi dengan silah mim al-Jama’.

5- Warsy membaca isyba’ al-Munfasil (dalam bacaan qasr al-Badal pada kalimah آمَنُوا)

6- Ibn ‘Amir membaca dengan fathah huruf ya’ dan hazaf alif mad selepas huruf kha’ (يَخْدَعُونَ) serta tawassut al-Munfasil. ‘Asim dan al-Kisaei ikut.

7- Hamzah membaca seperti Ibn ‘Amir pada kalimah يَخْدَعُونَ tetapi dengan isyba’ al-Munfasil.

8- Warsy membaca dengan tawassut al-Badal pada kalimah آمَنُوا serta isyba’ al-Munfasil.

9- Warsy membaca dengan iysba’ al-Badal pada kalimah آمَنُوا serta isyba’ al-Munfasil.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمْ اللَّهُ مَرَضاً وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمْ اللَّهُ مَرَضاً

1- Qalun membaca dengan sukun mim al-Jama’ pada kalimah قُلُوبِهِمْ , Warsy, Abu ‘Amru, Hisyam, ‘Asim dan al-Kisaei ikut.

2- Ibn Zakwan membaca dengan imalah kalimah فَزَادَهُمْ [2]dan Hamzah ikut

3- Qalun membaca semula dengan silah mim al-Jama’ pada kalimah قُلُوبِهِمْ dan Ibn Kathir ikut.

وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

1- Qalun membaca dengan sukun mim al-Jama’ pada kalimah وَلَهُمْ dan dommah huruf ya serta tasydid (tasqil atau berat) huruf zal yang kasrah pada kalimah يَكْذِبُونَ menjadi يُكَذِّبُون [3] , Abu ‘Amru dan Ibn ‘Amir ikut.

2- ‘Asim membaca يَكْذِبُونَ iaitu dengan fathah huruf ya’, iskan huruf kaf dan tahkfif (ringan tanpa tasydid) huruf zal yang kasrah , Hamzah ( khallad dan Khalaf wajah pertama) dan al-Kisaei ikut.

3- Warsy membaca naqal kalimah عَذَابٌ أَلِيمٌ dan tasydid pada kalimah يَكْذِبُونَ Khalaf (wajah kedua) membaca saktah pada kalimah عَذَابٌ أَلِيمٌ dan takhfif pada kalimah يَكْذِبُونَ

4- Qalun membaca silah mim al-Jama’ pada kalimah dan tasydid pada kalimah يَكْذِبُونَ , Ibn Kathir ikut.



[1] Menjadi seperti kalimah yang pertama iaitu يُخَادِعُونَ sepertimana kata al-Syatibi (Hirz, bab farsy al-huruf, Surah al-Baqarah, mk 36):

وما يَخْدَعُونَ الفتْحُ من قبلِ ساكنٍ وبعدُ ذكا والغيرُ كالحرفِ أولا

[2] Kata al-Syatibi (Hirz, bab bab al-Fath wa al-Imalah wa baina al-Lafzain, mk 26):

وجاءَ ابنُ ذكوان وفى شاءَ ميَّلا

فزادهم الأولى وفى الغيرِ خُلفُهُ

[3] Kata al-Syatibi (Hirz, bab farsy al-huruf, Surah al-Baqarah, mk 36):

وخَفَّف كوفٍ يَكْذِبُونَ وياءُهُ بِفَتْحٍ وللباقينَ ضُمَّ وثُقِّلا