Tuesday, April 12, 2011

PENJELASAN RUANG LINGKUP SAKTAH BAGI RIWAYAT HAFS 'AN 'ASIM

PERIHAL SAKTAH BAGI RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM

Saktah adalah salah satu bentuk bacaan yang perlu diperbincangkan dalam mencari indentiti yang sebenar bagi kedua-dua ÏarÊq ini. Saktah adalah memutuskan suara seketika selama dua harakat tanpa mengambil nafas yang baru sepertimana kata imam al-ShÉÏibÊ [1]:

وَسَكْتُهُمُ اْلمُخْتَارُ دُونَ تَنَفُّسٍ

Maksudnya: Dan penggunaan saktah yang mereka (imam yang memilih saktah antara dua surah) pilih itu adalah tanpa mengambil nafas.

Untuk memahami saktah ini dari sudut praktikalnya, sudah tentu ianya menuntut kepada al-SimÉ’[2] dan al-Naql[3]. Kedua-dua tuntutan ini penting bagi memastikan bentuk bacaan yang terlibat menepati riwayat yang telah disepakati oleh para qurra´.

Saktah juga mempunyai berbagai pembahagian mengikut ikhtiyÉr imam yang tertentu. Saktah sebenarnya sinonim dengan qirÉ´at ×amzah sama ada dalam ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah mahupun al-Jazariyyah. Bagi riwÉyat ×afÎ melalui ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah , walaupun dihukumkan wajib, penggunaan saktah bagi ÏarÊq ini hanya melibatkan kadar yang amat minimum.

Manakala melalui ÏarÊq al-Jazariyyah penggunaannya melebihi ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah tetapi dihukumkan secara khilÉf dan terdapat juga pembahagian yang mempunyai kaedah yang tersendiri sepertimana kata al-Shaykh AÍmad ‘Abd al-Aziz al-ZayyÉt [4] :

وَسَكْتاً لِحَفْصٍ عِندَ قَصْرٍ فَأُهْمِلاَ

Maksudnya: Dan saktah bagi ×afÎ ditinggalkan ketika bacaan qasr ( pada munfaÎil)

Maka dengan ini secara umumnya dapatlah difahami bahawa melalui ÏarÊq al-Jazariyyah penggunaan saktah adalah secara khilÉf dan terdapat juga di dalam keadaan yang tertentu penggunaannya dilarang ketika mad munfaÎil dibaca secara qasr.

Di dalam membicarakan tentang pengkhususan kepada permasalahan saktah yang melibatkan riwÉyat ×afs yang menjadi perbezaan antara kedua-dua ÏarÊq ini, penulis membahagikan kepada dua permasalahan seperti berikut :

1) Empat kalimah khusus.

2) Huruf yang mati selepasnya terdapat huruf hamzah .

Secara umumnya, kebanyakkan masyarakat Islam telah pun mengetahui tentang adanya penggunaan saktah pada empat kalimah ini. Penggunaan saktah bagi empat kalimah ini dianggap masyhur di sisi mereka yang membaca mengikut riwÉyat ×afÎ. Ini adalah kerana secara hakikatnya, penggunaan saktah bagi empat kalimah ini adalah khusus untuk riwÉyat ×afÎ sahaja dan tidak terdapat bagi imam lain. Empat kalimah yang dimaksudkan adalah:

a) عوجا pada ayat :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا

Surah al-Kahf (18): 1

b) مرقدنا pada ayat :

قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

Surah YÉsÊn (36): 52

c) من راق pada ayat :

وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ

Surah al-MuÏaffifÊn (83): 27

d) بل ران pada ayat :

كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Surah al-QiyÉmah (75): 1

Bagi ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah keempat-empat kalimah ini diriwayatkan wajib dibaca secara saktah ketika waÎal sahaja[5]sepertimana kata imam al-ShÉÏibÊ [6]:

وَسَكْتَةُ حَفْصٍ دُونَ قَطْعٍ لَطِيفَةٌ عَلىَ أَلِفِ التَّنْوِينَ فِى عِوَجاً بَلاَ وَفِي نُونِ مَنْ رَاقٍ وَمَرْقَدِنَا وَلاَمِ بَلْ رَانَ وَالبَاقُونَ لاَ سَكْتَ مُوصَلاَ...

Maksudnya: Dan saktah itu bagi ×afÎ keatas alif tanwÊn pada kalimah ‘iwajÉ, balÉ dan pada huruf nËn bagi kalimah man rÉq, marqadinÉ dan huruf lÉm pada bal rÉna. Dan selain daripada ×afÎ tidak saktah ketika waÎal.

Manakala bagi Ibn al-JazarÊ pula mengatakan khilÉf sahaja melalui katanya[7] :

وَأَلْفَيْ مَرْقَدِنَا وَعِوَجَا بَلْ رَانَ مَنْ رَاقٍ لِحَفْصِ اْلخُلْفُ جَا

Maksudnya: Dan pada dua alif bagi kalimah marqadinÉ dan ‘iwajÉ, bal rÉna, man rÉq bagi ×afÎ adalah khilÉf.

KhilÉf di sini membawa maksud bahawa terdapat sesetengah ÏarÊq yang menggunakan saktah pada kesemua empat kalimah atau pun sebahagian sahaja[8].

Dalam kajian penulis terhadap penggunaan saktah pada empat kalimah ini, penulis mendapati ada pendapat yang mengatakan bahawa jikalau membaca secara qasr pada mad munfaÎil ditegah penggunaan saktah pada empat kalimah tersebut sepertimana yang dikatakan oleh al-Shaykh AÍmad ‘Abd al-Aziz al-ZayyÉt sebelum ini.

Sebenarnya tegahan tersebut adalah merujuk kepada huruf yang mati selepasnya terdapat huruf hamzah yang akan diperjelaskan selepas ini. Ianya sama sekali tidak melibatkan empat kalimah khusus . Ini terbukti apabila penulis mengkaji beberapa ÏarÊq yang meriwayatkan saktah pada empat kalimah ini [9]walaupun membaca mad munfaÎil secara qasr. Antara ÏarÊq tersebut adalah[10] :

1) ÙarÊq Ibn SuwÉr dari al-SharmaqÉnÊ dari al-×ammÉmÊ dari al-WalÊ dari al-FÊl.

2) ÙarÊq Ibn SuwÉr dari al-KhiyÉÏ dari al-×ammÉmÊ dari al-WalÊ dari al-FÊl.

3) ÙarÊq Ibn SuwÉr dari al-‘AÏÏÉrÊ dari al-×ammÉmÊ dari al-WalÊ dari al-FÊl.

Maka dengan ini jelaslah bahawa di sisi ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah empat kalimah khusus ini wajib dibaca dengan saktah manakala bagi ÏarÊq al-Jazariyyah pula, saktah dibaca secara khilÉf pada empat kalimah ini. Perlu diingat bahawa penggunaan saktah tersebut adalah ketika waÎal sahaja. Adapun ketika waqaf, tiada saktah bagi empat kalimah ini[11].

Manakala huruf yang sÉkin selepasnya hamzah, permasalahan ini mungkin asing bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Ini adalah kerana penggunaan saktah bagi huruf yang sÉkin selepasnya hamzah ini tidak diamalkan kerana mengikut kaedah muÎÍaf al-Qur´an sekarang ini yang tidak menyertakan sekali kaedah ini di dalam pencetakkannya[12]. Bagi riwÉyat ×afÎ[13], huruf yang sÉkin selepasnya hamzah terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1) Saktah al-KhÉs, ianya melibatkan :

a) lÉm ta’rÊf iaitu saktah kepada setiap lÉm ta’rÊf yang terdapat selepasnya huruf hamzah seperti: الأَرْضِ

b) Kalimah شَيْءٍ dan شَيْئاً

c) SÉkin mafÎËl iaitu saktah kepada huruf yang sÉkin selepasnya terdapat hamzah dalam keadaan huruf dan hamzah tersebut dalam kalimah yang berlainan, seperti:

خَلَوْا إِلَى

2) Saktah al-‘Óm, yang melibatkan tiga perkara yang terdapat pada saktah khÉs dan ditambah dengan sÉkin mausËl iaitu saktah kepada huruf yang sÉkin selepasnya terdapat hamzah dalam keadaan huruf dan hamzah tersebut dalam kalimah yang sama, seperti:

الظَّمْآنُ

Penggunaan saktah sebegini hanya diriwayatkan daripada ÏarÊq al-Jazariyyah sahaja dan tiada pada al-ShÉÏibiyyah . Ini adalah kerana di dalam bab saktah, imam al-ShÉÏibÊ hanya meriwayatkan saktah pada empat kalimah khusus sahaja dan tidak memberi sebarang komentar tentang saktah sebegini.

Sebab itulah juga penggunaan saktah sebegini tidak diketahui oleh umum disebabkan muÎÍaf al-Qur´an sekarang ini secara jelas mempraktikkan saktah yang diriwayatkan oleh imam al-ShÉÏibÊ sahaja[14].

Sebaliknya saktah sebegini diriwayatkan oleh Ibn al-JazarÊ berdasarkan komentar beliau yang berbunyi[15] :

وَقِيلَ حَفْصٌ وَابْنُ ذَكْوَانَ

Maksudnya: Dan ada pendapat mengatakan (saktah pada huruf sÉkin selepasnya hamzah ) diriwayatkan oleh ×afÎ dan Ibn Zakwan.

Terdapat tiga wajah bagi huruf yang sÉkin selepasnya terdapat huruf hamzah yang diharuskan di sisi Ibn al-JazarÊ iaitu:

1) Tiada saktah secara mutlak dan inilah yang dipilih oleh jumhur ulama´

2) Saktah pada kumpulan saktah al-KhÉÎ

3) Saktah pada kumpulan saktah al-‘Óm

Walau bagaimanapun penggunaan saktah sebegini di sisi ÏarÊq al-Jazariyyyah hanya boleh dipraktikkan sekiranya mad munfaÎil dibaca secara mad bukan secara qasr sepertimana yang telah diutarakan oleh al-Shaykh AÍmad ‘Abd al-Aziz al-ZayyÉt sebelum ini. Ini adalah kerana saktah sebegini adalah warid dari ÏarÊq al-´UshnÉnÊ dari ‘Ubayd dari ×afÎ yang mana ÏarÊq ini hanya membaca dengan mad pada mad munfaÎil. Adapun bacaan secara qasr pada munfaÎil adalah daripada ÏarÊq al-FÊl dari ‘AmrË dari ×afs yang tidak ada padanya saktah sebegini[16].



[1] al-ShÉÏibÊ (1996), op. cit., h. 9.

[2] Pendengaran daripada guru yang mempunyai sanad yang sÉÍÊÍ hingga kepada Rasullullah s.a.w.

[3] Perpindahan pendengaran tersebut yang melalui riwÉyat yang sÉÍÊÍ hingga kepada Rasullullah s.a.w.

[4] ’AÍmad ‘Abd al-‘AzÊz al-ZayyÉt (1997), SharÍ TanqÊÍ FatÍ al-KarÊm fi TaÍrÊr ’Awjuh al-Qur’an al-‘AÐÊm, Kaherah, h.13.

[5] Bermaksud tiada saktah ketika waqaf.

[6] al-ShÉÏibÊ (1996), op. cit., h. 66.

[7] al-JazarÊ, (1994), op. cit., h. 47.

[8] Seperti ÏarÊq al-×ammÉmÊ dari al-FÊl yang hanya saktah pada dua kalimah sahaja iaitu man rÉq dan bal rÉna. Lihat AbË ‘Abd al-RaÍmÉn RiÌÉ ‘AlÊ DarwÊsh dan AbË Sahl SÉmiÍ b. AÍmad b. MuÍammad (2000), op.cit., h. 103

[9] Kesemuanya daripada ÏarÊq al-FÊl kerana bacaan secara qasr pada munfaÎil hanya ada pada ÏarÊq ini sahaja.

[10] Ibid. lihat juga ØÉbir ×assan MuÍammad AbË SulaymÉn (1997), ‘Umdah al-BayÉn fi TajwÊd al-Qur’an, RiyÉÌ: DÉr ‘Ólam al-Kutub, h. 123-128

[11] Peringatan ini penting kerana ada yang mengatakan wajib waÎal pada kalimah marqadinÉ dan ‘iwajÉ disebabkan ada saktah padanya. Pendapat ini jelas salah kerana waÎal dan waqaf pada dua kalimah tersebut adalah harus. Oleh itu sekiranya memilih waÎal maka thÉbit wajibnya saktah. Sebaliknya kalau memilih waqaf, maka tiada saktah padanya.

[12] Permasalahan ini akan disentuh dalam bab empat nanti.

[13] Pembahagian ini khusus untuk riwÉyat ×afÎ, Ibn ZakwÉn dan IdrÊs sahaja. Ianya berbeza dengan imam yang sinonim terhadap pengunaan saktah ini iaitu imam Hamzah.

[14] Akan diperjelaskan lagi dalam bab empat nanti

[15] al-JazarÊ (1994), op. cit.

[16] ØÉbir ×assan MuÍammad AbË SulaymÉn (1997), ops, cit., h. 217.

Jangan cepat menghukum...kalau tak tahu cerita sebenar...nampak sangat surat kabo ni penuh dgn wartawan perangai huduh...

kematian adik saiful, apa ceritanya?

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri