Ini Jawapan Seorang Ulama Dalam Mempertahankan Rosmah Mansor!!
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."
Edyes wrote:
Cuba fikir baik-baik, siapa yang perlu menasihati siapa dalam konteks ini? Jika kita lihat selingan video festival busana di sini, maka dapat anda lihat antara yang hadir dalam festival ini ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu suami kepada Rosmah Mansur yang menjadi penaung festival tersebut. Jadi bukankah sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memberi nasihat atau berbuat sesuatu agar kesucian Islam tidak dikaitkan dalam festival yang menghina nama Muhammad S.A.W.
Ulamak muda UMNO mengatakan pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu festival busana ini, tetapi sedarkah wahai ulamak najis babi (gelaran yang diberikan oleh Pak Bakaq) bahawa festival itu bukan sahaja menghina Islam dengan pakaian-pakaian mendedahkan pangkal dada, bukan sahaja boleh memesongkan akidah anak muda-mudi Islam apabila menganggap pakaian-pakaian menonjol yang ditonjolkan itu adalah trend yang dibenarkan dalam Islam, festival itu telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad dengan menterbalikkan lambang nama Rasulullah SAW.
Masih kita ingat suatu ketika dahulu, seorang blogger telah ditangkap kerana kesalahan menterbalikkan bendera Malaysia. Hari ini, Rosmah mansur juga harus didakwa kerana menjadi penaung kepada Festival yang berkemungkinan dengan niat menjatuhkan maruah Islam apabila tulisan khat yang menjadi lambang nama Muhammad SAW diterbalikkan. Penganjur dan penaung harus sekurang-kurangnya memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran jahat ini.
Menjawab persoalan di antara tanggungjawab penganjur dan penaung, siapa yang lebih harus dipersalahkan? Saya mengambil jawapan yang paling tepat dari laman Pak Bakaq si penarik beca;
Saya teringat apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Oleh demikian, tidak kiralah samada Rosmah itu penaung atau penganjur, adalah jelas penglibatan Rosmah dalam program mewah yang secara terus menghina Islam dan Rasullullah SAW itu sendiri harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Apatah lagi suaminya berada bersama ketika majlis ini berlangsung.
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION