Thursday, October 23, 2008

AL-RASM UTHMANI (17)



ADAKAH RASM UTHMANI TAUQIFI
?

Ulama’ berselisih dalam mengatakan adakah rasm Uthmani itu tauqifi atau istilaahi.

Ada 3 pendapat:

1) Mazhab jumhur ulama’ salaf dan khalaf mengatakan tauqifi, tidak boleh mengubahnya, haram jika menyalahinya seperti tertib surah dan ayat

2) Mazhab ini mengatakan bukan tauqifi, tidak dilarang mengubahnya mengikut perkembangan penulisan semasa.Diantara yang menyokongnya ialah Abu Bakr al-Baaqalaani, Ibn Khaldun dan sebahagian ulama’ yang lainTarikh Ibn Khaldun j 1 mk 757

3) Mazhab ini mengatakan harus menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping mengekalkan juga rasm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya. Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyial-Burhan j 1 mk 379

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa rasm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah mengikut apa yang Baginda arahkan.

Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Qur’an sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al-Qur’an bertepatan dengan rasm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut sebagai bacaan al-Qur’an.

Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan rasm Uthmani,jangan diubah walau sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar kepada kanak-kanak agar mereka mengenali rasm Uthmani dan kepada guru-guru al-Qur’an ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban. Tarikh al-Mushaf al-Syarif 104-105

AL-RASM UTHMANI (16)


PENDAPAT ULAMA’ TENTANG CIRI-CIRI PENULISAN RASM UTHMANI

Ulama’ berselisih tentang kaedah rasm Uthmani yang berlainan dengan kaedah rasm Qiasi kepada 2 pendapat:

1) Pendapat ini mengatakan bahawa sesungguhnya para sahabat yang ditugaskan untuk menulis mushaf adalah antara yang terhebat dalam ilmu kaedah penulisan Arab dan mereka menulis dengan menggunakan kaedah ini dan kadang-kadang menyalahi kaedah tersebut kerana sebab dan rahsia yang banyak. Dan ada diantara rahsia tersebut dapat dicungkil oleh para ulama’ dan ada yang masih menjadi rahsia Allah s.w.t

Contoh:

مِاْئَةٌ ..الأنفال 66 / وَأُوْلَئِكَ..البقرة 5

ditambah alif dan waw kerana hendak membezakan dengan kalimah:

مِنهُ / إليك

kerana dahulunya mushaf tidak ada titik, baris mahupun hamzah

2) Pendapat ini mengatakan bahawa segala ciri Rasm Uthmani yang menyalahi kaedah penulisan arab adalah berpunca daripada kesilapan para sahabat yang kurang mahir dalam penulisan arab.

Ibn Khaldun telah berkata bahawa sesungguhnya penulisan Arab dizaman permulaan Islam belum sampai ke tahap yang membanggakan bahkan masih ditahap permulaan.

Justeru itu, banyaklah terdapat penulisan rasm mushaf itu menyalahi kaedah penulisan Arab.

Selepas mushaf sampai ke zaman Tabi’ dan Tab’ein penulisan itu masih dikekalkan sebagai menghormati usaha para sahabat yang bertungkus lumus menulis al-Qur’an.

Pendapat ini ditolak dengan alasan bahawa sebenarnya bangsa arab jahiliyyah telah pun menulis sebelum kedatangan Islam 3 kurun lamanya, tetapi seni penulisan ini tidaklah tersebar luas sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi rasul.… Masodir al-syi’ri al-Jahili mk 25

Para ahli sejarah telah menyebut bahawa terdapat beberapa orang yang mahir dalam penulisan pada zaman jahilliyah seperti Ghailaan bin Sulmah.

Begitu juga Laqait bin Ya’mur penulis syair yang pernah menjadi penterjemah di negara Parsi.

Dan bukan sahaja dikalangan lelaki sahaja yang tahu membaca dan menulis, bahkan dikalangan perempuan juga seperti as-Syifa’ binti Abdu daripada kaum keluarga Saidina Umar al-Khattab dan beliau jugalah yang mengajar Hafsah binti Umar.

Didalam kitab Futuhu al-Buldaan menyebut ketika mana Islam itu muncul di Mekah sudah terdapat 17 lelaki Quraisy yang mahir menulis.

Perkembangan penulisan makin berkembang ketika mana Islam sampai ke Madinah dan tidaklah para sahabat pada masa itu hanya tahu menulis sahaja tetapi sudah mahir dengan kaedah al-Naqt wa al-Syakli iaitu kaedah titik dan baris sepertimana kata Ibn Mas’uud r.a,

جردوا القرآن ليربو فيه صغيركم....

Yang bermaksud : kosongkan penulisan al-Qur’an itu daripada titik, baris dan sebagainya supaya kanak-kanak mengenali bahawa itu adalah al-Qur’anal-Faa’iqu lil Zamarhsyari j 1 mk 187

Maka dengan hujjah tersebut tadi menunjukkan tertolaknya pandangan Ibn Khaldun dalam membahaskan perbezaan yang terdapat di rasm Uthmani denan rasm Qiasiy.

Kesimpulannya, para sahabat yang telah ditugaskan untuk menulis al-Qur’an telah dipilih oleh Rasullullah s.a.w dengan ilham daripada Allah s.w.t. untuk menjaga kesucian kitab ini. Maka tidak sewajarnya dikatakan terdapatnya perbezaan diantara rasm Uthmani dan rasm qiasiy itu adalah kerana kejahilan mereka dan sebenarnya apa yang mereka tulis adalah berdasarkan tunjuk ajar daripada Rasullullah s.a.w

AL-RASM AL-UTHMANI (15)


6) KALIMAH YANG MENGANDUNGI 2 BACAAN DITULIS DENGAN SALAH SATU (The rules of cases where there are 2 canonical readings but the text is written according to one of them)

Contohnya seperti firman Allah s.w.t:

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ ...البقرة 132¢

Ditulis pada mushaf ahli Madinah dan Sham

وَأوَصَّى

dan pada mushaf lain dengan

وَوَصَّى

kerana bersandarkan qiraat yang masyhur dikalangan mereka

AL-RASM AL-UTHMANI (14)


v) PENULISAN HAMZAH الهمزة (The rules of Hamza)

Bergantung kepada 2 keadaan:

i) Ketika hamzah itu mati:

Samada terletak ditengah atau di hujung,di tulis rumah (صورة) nya berdasarkan baris huruf sebelumnya, Contoh:

* Sekiranya fathah, ditulis alif :

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً... الواقعة 35

* Sekiranya kasrah, ditulis Ya:

نَبِّئْ عِبَدِي ..الحجر 49

* Sekiranya dhommah, ditulis waw :

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ ..الواقعة 23

Begitu juga ditulis dengan ya’ sekiranya hamzah berbaris fathah atau dhommah dan sebelumnya kasrah:

فِئَـةٌ...ال عمران 13 / سَنُقرِئُكَ...الأعلى 6

Dan ditulis waw sekiranya hamzah berbaris dhommah dan sebelumnya fathah:

رَؤُوفٌ...ال عمران

Atau sekiranya hamzah berbaris fathah dan sebelumnya dhommah

مُؤَجَّلا...ال عمران 145

Tetapi sekiranya sebelum hamzah itu terdapat huruf yang mati, maka dihazafkan rumahnya:

نِسَاءَكُم...البقرة 49

Kecuali hamzah berbaris kasrah dan sebelumnya alif, maka ditulis dengan ya’:

قَائِمَة...ال عمران 113

atau berbaris dhommah, ditulis dengan waw:

هَاؤُهُم...الحاقة 19

*Di hujung kalimah:

Hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk huruf sebelumnya:

Ditulis alif selepas Fathah:

بَدَأَ الخَلق..العنكبوت 20

Ditulis ya’ selepas kasrah:

قُرِئَ..الإنشقاق 21

Ditulis waw selepas dhommah:

إِنِ امرُؤٌاْ...النساء 176

Tetapi jika mati huruf sebelumnya, maka tidak ditulis rumahnya:

شَيءٍٍ...البقرة 20 / مِلءُ...ال عمران 91 / السَمَاءُ...الفرقان 25

Semua kaedah yang telah dibentangkan tadi adalah kaedah umum bagi penulisan hamzah

Terdapat juga kaedah khas yang tidak menepati satu pun kaedah yang telah dibentangkan tadi, seperti:

Hamzah yang mati ditengah kalimah dibuang rumahnya bagi mengelakkan berhimpun 2 yang serupa:

وَرِءيًا / وَرِئْيًا..مريم 74 ü وَتُئْوِي y/ وتُؤْوِي..الأحزاب 51