Sunday, April 12, 2009

BPBQAM QIRA'AT AL-KISAEI (PENGENALAN IMAM)

PENGENALAN IMAM AL-KISAEI AL-KUFI

(Menurut kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fatah al-Qadhi)

Beliau adalah Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Uthman daripada keturunan Bahman bin Fairuz maula Bani Asad yang datang dari Kufah kemudian menetap di Baghdad.Beliau dipanggil dengan Abu Al-Hasan dan digelar dengan Al-Kisa’ie.Beliau adalah salah seorang daripada Al-Qurra’ Assab’ah.

Beliau mengambil cara bacaan secara bertalaqqi daripada Hamzah empat kali dan berpegang dengan bacaan tersebut.Selain itu beliau juga mengambil daripada Muhammad bin Abu Ali Laila ,Isa bin Umar Al-hamzani .Beliau juga meriwayatkan satu cara bacaan daripada Abu Bakar bin ‘Iyash ( Syu’bah) dan Ismail bin Ja’far ,Za’idah bin Qudamah. Isa bin Umar pula bertalaqi dengan ‘Asim ,Tolhah bin Musrif ,Al-A’mash ,dan juga Abu Bakar ‘Iyash.

Manakala Ismail bin Ja’far pula bertalaqi dengan Syaibah bin Nasah dan Nafi’. Beliau juga ( Isma’il bin Ja’far ) bertalaqi dengan Sulaiman bin Muhammad bin Jammaz dan Isa bin Wardan. Manakala Za’idah bin Qudamah pula telah bertalaqi dengan Al-A’mash .
Beliau ( Al-Kisa’ie ) adalah Imam bagi masyarakat di zamanya dalam Al-Qiraat ( seni bacaan Al-Quran ).Beliau juga orang yang paling alim dalam ilmu ini serta paling pintar. Beliau telah menjadi tempat rujukan dalam ilmu ini di Kufah selepas imam Hamzah.

Abu Ubaid berkata di dalam kitab Al-Qira’at : Dahulunya Al-Kisa’ie memilih dan mensaring cara-cara bacaan ,maka dengan itu beliau mengambil sebahagian dari cara bacaan Hamzah dan meninggalkan sebahagian yang lain.Tiada manusia yang paling pintar dan bijak dalam ilmu ini daripada Al-Kisai’e.

Ibnu Mujahid berkata : Al-Kisai’e telah memilih dan mengambil sebahagian daripada cara bacaan Hamzah dan selainya secara saksama tanpa terkeluar dari peninggalan para imam yang terdahulu. Beliau adalah imam dalam ilmu ini di zamannya.

Dahulunya masyarakat mengambil daripadanya (Al-Kisa’ie ) lafaz-lafaz bacaan melalui bacaanya (Al-Kisai’e ) kepada mereka. Mereka juga meletakkan titik pada mushaf Al-quran mereka bedasarkan bacaannya.

Isma’l Jaafar Al-Madani ( Beliau adalah daripada anak murid Nafi’ yang utama ) berkata : Aku tidak ketahui orang yang paling bagus membaca Al-Quran daripada Al-Kisai’e.

Abu Bakar Al-Anbari berkata : Telah berkumpul pada Al-Kisaei’e itu banyak ilmu.Beliau orang yang paling mahir dalam Ilmu Nahu.Ilmu Al-Gharib ( gharibul-quran ) dan jugaI Ilmu Qiraat .Dahulu masyarakat berkumpul beramai-ramai dan beliau duduk di atas kerusinya untuk membacakan kepada mereka Al-Quran dari awal sehingga akhir . Dengan itu masyarakat mendengar bacaanya dan mencatat segala pekara yang bermanfaat berkaitan dengan bacaan Al-Quran.

Setengah ulama berkata : Dahulu Al-Kisai’e apabila beliau membaca Al-Quran atau berkata-kata seolah-olah malaikat yang berbicara.

Yahya bin Ma’in berkata : Tidak pernah aku melihat dengan kedua mata aku ini lahjah yang paling tepat dan betul dari pada Al-Kisai’e.

Telah mengambil bacaan al-Quran daripadanya secara ‘aradhan dan sam’an ramai manusia sehingga tidak mampu untuk dihitung . Di antaranya Ahmad bin Jubair , Ahmad bin Mansur Al-Baghdadi , Hafs bin Umar Ad-Duri , Abu Al-Harith Al-Laith bin Kholid , Abdullah bin Ahmad bin Zakwan , Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam , Qutaibah bin Mahran ,Al-Mughirah bin Syuai’b ,Yahya bin Adam , Khalaf bin Hisham Al-Bazzar, Abu Huyuah Syuraih bin Yazid dan yahya bin Yazid Al-Farra’. Dan juga diambil daripadanya satu cara bacaan oleh Ya’qub bin Ishak Al-Hadrami.

Sebagaimana Al-Kisai’e mahir dalam bidang Qiraat ,beliau juga mahir dalam bidang Nahu dan Bahasa Arab. Al-Fudhail bin Syazan berkata : Setelah Al-Kisai’e selesai menuntut daripada Hamzah,beliau keluar ke kawasan kampung .Maka beliau bertemu dengan penduduk kampung dan menetap bersama mereka sehingga beliau menjadi sebahagian daripada mereka. Kemudian beliau pulang ke kawasan bandar dalam keaadan beliau sudah mahir dalam ilmu Bahasa Arab.

Al-Imam Al-Syafie berkata : Barangsiapa yang ingin memperluaskan ilmu dalam bidang Nahu maka dia adalah pengikut Al-Kisai’e. Berkata selain daripadaya : Al-Kisai’e telah menguasai bidang Qiraat ,Bahasa Arab dan Nahu. Beliau juga mendidik dua anak Harun Al-Rasyid iaitu Al-Amin dan Al-Ma’mun.

Di dalam kitab Tarikh Ibnu Kathir : Al-Kisai’e telah mengambil kemahiran Ilmu Nahu daripada Al-Khalil .Satu hari beliau bertanya kepada Al-Khalil tentang dari mana beliau mengambil Ilmu Nahu. Al-Khalil menjawab : Beliau mengambilnya daripada orang-orang kampung di Al-Hijaz. Lalu Al-Kisai’e bermusafir ke sana dan menulis banyak pekara tentang orang arab .Kemudian beliau pulang mencari Al-Khalil namun beliau (Al-Khalil ) telah meninggal dunia dan tempatnya telah diambil oleh Yunus.Maka telah berlakulah di antara mereka berdua ( Yunus dan Al-Kisai’e ) perdebatan sehingga Yunus mengiktiraf kehebatan Al-Kisai’e lalu diberikan kerusinya itu kepada beliau.

Al-Kisai’e telah meninggal pada tahun 189 Hijrah dalam usia 70 tahun dan dikebumikan Kampung Ranbawaih yang menghadap ke arah Khurasan ( di dalam kawasan Ar-Rai ) sambil diiringi oleh Harun Al-Rasyid. Di tempat itu juga meninggalnya Muhammad bin Al-Hassan iaitu anak murid Al-Imam Abu Hanafiah.

Ar-Rasyid berkata : Kami telah mengkebumikan “Fekah”dan “Nahu” di Ar-Rai pada hari ahad.

Sebahagian ulama melihat Al-Kisai’e di dalam mimpi mereka ,lalu mereka bertanya kepadanya (Al-Kisai’e ) : Apa yang telah Allah berikan kepada mu? Beliau menjawab : Allah telah mengampunkan aku dengan sebab Al-Quran. Kemudian ditanya lagi : Apa yang sedang Hamzah lakukan ? Beliau menjawab : Dia sedang berada di Syurga ‘illiyin .Kami melihatnya seperti kami melihat bintang.

Al-Kisai’e mempunyai hasil karya yang banyak dalam bidang Qiraat dan Nahu .Para ulama menyatakan pekara ini,namun kita tidak jumpa hasil karya tersebut pada hari ini,dan tidak juga diketahui sedikit pun tentangnya. Di antara hasil karya tersebut adalah Ma’ani Al-Quran , Al-Qiraat,An-Nawadir, An-Nahu, Al-Hija’, Maqtu’ Al-Quran wa Mausuluhu,Al-Masadir, Al-Huruf, Al-Ha’at dan Asy’ar.

Orang yang paling terkenal meriwayatkan cara bacaannya adalah Al-laith bin Khalid dan Hafs Ad-Durriy .

AL-LAITH

Beliau adalah Laith b. Khalid al-Marwazi al-Baghdadi dan digelar sebagai Abu Harith. Mengambil bacaan daripada al-Kisaei secara ‘aradan dan merupakan daripada golongan yang paling tinggi martabatnya dikalangan anak murid al-Kisaei.
Diantara yang mengambil bacaan daripadanya secara ‘aradan dan sima’an ialah Salamah b. ‘Asim, Muhammad b. Yahya, al-Fadl b. Shazan dan lain-lain. Beliau meninggal pada tahun 240 hijrah.

HAFS AL-DURRIY

Adapun al-Durriy al-Kisaei telah pun di ceritakan pengenalannya pada qiraat Abu Amru al-Basriy sebelum ini.


ANTARA MANHAJ QIRA’AT AL-KISAEI

1) Dibaca dengan 4 harakat bagi muttasil dan munfasil

2) Imalahkan apa yg di imalah oleh Hamzah (daripada hukum alif yang ditukarkan kepada ya ) dan menambah beberapa lafaz .

3) Imalah apa yang sebelum ha’ ta’nis ketika waqaf dengan syarat yang khusus.

BPBQAM QIRA'AT AL-KISAEI (TAJUK)



PANDUAN BACAAN

QIRA’AT AL-KISAEI

Melalui

Riwayat Abu Harith & al-Durriy al-Kisaei

(TORIQ AL-SYATIBIYYAH)

Surah

al-Baqarah 1-141

KELAS PENGENALAN BACAAN QIRAAT ‘ASYARAH MUTAWATIRAH

(KUTQ)

UIAM, KAMPUS KUANTAN.

Disusun oleh,

Felza Zulhibri Abd Hamid

Guru Tilawah, CELPAD Unit

UIAM, Kuantan

syathibie@yahoo.com

http://syathibie.blogspot.com/

http://blogs.iium.edu.my/felza/

MY SECRET ADMIRE...

TAZKIRAH DI KEDAI MAMAK

Apabila memperkatakan tentang org bukan Islam yang lebih memahami kebenaran dan keadilan (daripada yg dah Islam dari kecik) sehingga ada yang dengan bangganya menyebut ayat al-Qur’an atas dasar bersetuju dengan apa yang telah dianjurkan oleh Islam… Aku teringatkan sebuah kedai mamak yang terletak di sebelah stadium Darul Makmur…antara tempat kebiasaan aku sekeluarga pekena roti canai dan tey beng…Kedai ni tak lah besar ngat…Cuma mungkin tempatnya strategik berdekatan dgn klinik Farabi dan pasaraya Eng Hong pulak tu…maka tak hairanlah org sentiasa ada….menu? kira ok gak …roti canai taklah berminyak sgt…nasi beriani pun sedap…ada tosey dan capati….(ni dah kira promosi kedai dah ni…mintak2 tokey kedai dapat baca artikel aku ni…ade can dpt mkn tosey planta free).

Adala satu hari tu….ketika diambang PRK k.terengganu dulu… ketika mana aku sekeluarga sedang menikmati roti telur dan tosey…aku terperasan seorng mamat cina ni…sedang bersembang dgn 3 mamat melayu (mungkin pekerja dia ataupun client)…tp yg kedengaran jelas mamat cina ni yg byk cakapnya…hok melayu dok ngangguk je setiap 2 minit….dgn pelat cinanya yang agak pekat jugak…daripada ape yg aku dgr…perbincangan mmg berkisar kepada PRK k.terengganu…yang aku respek kt mamat cina ni…begitu bersungguh2nya dia menerangkan tentang kemungkaran BN ni (yg memang telah nyata)….siap dengan perumpamaan logik akal… aku dgn zaujahku hanya tersenyum melihatkan situasi tersebut sambil melayan kerenah anak2…

Mungkin senario begini…sudah banyak timbulnya di merata-rata tempat di Malaysia ini…kadang2 malu jugak …sbb kita orang melayu Islam yg sinonim dgn al-Quran…masih lagi tidak serasi dengan isi kandungannya….masih lagi takut untuk memberi penjelasan yg mana hak yang mana batil…walaupun dikedai2 kopi…ade yg sudah bersara dah…tp tak nak menyumbang kepada kebenaran…dgn alasan takut ade musuh…. MasyaAllah..puak2 ni tak baca sirah nabi ke?...Dalam menegakkan kalimatullah…bapak saudara baginda sendiri pun menjadi musuh….

Aku pun jadi makin tak fahamlah…hok dok senyap membatu ni bukan golongan yg bodo dan biol….kalu tgk sijil2 diaorg ni…sejuk perut mak diarong mengandungkan diaorang ni…tapi entahlah…adakah mereka ni golongan yg memisahkan politik dengan agama?...yg memang sah dasar sekularisma yang dibawa oleh fahaman kristian…..

ade pulak yang kalu berceramah ….suka sangat cari tajuk hok tak kena mengena langsung dengan al-Waqi’ yang berlaku sekarang…Nampak sgt nak mengabui mata masyarakat agar tidak mengendahkan perkara yang al-aulawiyah…(kalau refer kat al-Fadhil ust azhar Idrus…puak2 ni semua syaitan bisu belaka)

Dan minggu lps…sehari sebelum PRK 2 bukit dan se Batang….aku skali lg pi pekena roti telur dan tosey..di kedai yg sama……sebelum duduk…zaujah aku dah awal2 lagi mengisyaratkan matanya ke meja bersebelahan kami….disitu…skali lagi mamat cina tersebut bersungguh2 menjalankan rutinnya iaitu al-‘amru bil ma’ruf wa al-nahy an mungkar secara lisan….pendengarnya?....sudah tentu org melayu….dan sudah tentunya…kedai ini menjadi pilihanku bukan sahaja kerana menunya tp kerana bi’ahnya …mungkin dgn bi’ah sebegini dapat mendidik anak2 ku agar tidak menjadi penakut dalam menyampaikan kebenaran…walaupun dari contoh org cina….

Kepada mamat cina ni.…walaupun i tak pernah tegur u…dan u pun tak kenal i…bare in ur mind..that u are now…. my secret admire..

Aku berdoa kepada yang maha melihat lg mendengar….agar diberikan hidayah kepada org2 yang sebegini yang mana hati mereka sudahpun serasi dengar kebenaran yang telah dibawa oleh al-quran….