Monday, May 11, 2009

BPBQAM QIRA'AT ABU 'AMRU AL-BASRIY (MUQADDIMAH)

PENGENALAN IMAM ABU ‘AMRÕ AL-BAØRIY ( 154 H.)

Nama sebenar beliau adalah ZubbÉn ibn al-‘Ala’ ibn ‘AmmÉr ibn al-‘AriyÉn al-MÉzinÊ al-TamÊmÊ al-BaÎriy dan ada yang mengatakan Yahya. Ibn al-Jazariy mengatakan bahawa Abu ‘AmrË merupakan manusia yang paling mengetahui tentang al-Qur’an, bahasa dan sejarah arab serta hebat dalam bersyair, benar, siqah, amanah dan teguh agamanya.[1] Beliau lahir di Mekah pada tahun ke 68 hijrah, namun dibesarkan di Basrah.

Beliau adalah dari kalangan al-TÉbi’ein disebabkan beliau sempat berguru dengan Anas b. MÉlik dan beberapa sahabat-sahabat yang lain dan diiktiraf sebagai ahli Hadith kerana sifat amanah dan benar beliau. Abu ‘AmrË juga dikenali sebagai seorang Imam yang paling banyak gurunya yang mana guru-gurunya berada dimerata tempat seperti Mekah, Madinah, Kufah dan Basrah, antaranya:

i. Abu Ja’far Yazid b. al-Qa’qa’

ii. Syaibah b. NasÉh

iii. Nafi’ b. AbÊ Nu’aim

iv. Ibn Kathir

v. Mujahid b. Jabir

vi. Al-Hassan al-Basriy

vii. Hamid b. al-Qais al-‘A’raj al-Makkiy

viii. ‘Asim b. AbÊ Najud

ix. Nasir b. ‘Asim

x. Yahya b. Ya’mur

xi. Abal ‘Óliyah Rofi’ b. MihrÉn

Mujahid b. Jabir berguru dengan :

i. Ibn ‘Abbas

ii. Abdullah b. al-SÉib

Ibn ‘Abbas berguru dengan Zaid b. Thabit dan Abdullah b. al-SÉib berguru dengan Ubay b. Ka’ab. Kedua-dua Zaid dan Ubay berguru dengan Rasullullah s.a.w.[2]

Manakala Abal ‘Óliyah Rofi’ b. MihrÉn berguru dengan ‘Umar al-Khattab, Ubay b. Ka’ab, Zaid b. Thabit dan Ibn ‘Abbas dan keempat-empat para sahabat ini berguru dengan Rasullulah s.a.w.[3]

Maka dengan ini terbuktilah bahawa qira’at Abu ‘Amru ini mutawatirah serta bersambung sanadnya daripada Rasullullah s.a.w.

Sufyan b. ‘Aiynah pernah meriwayatkan bahawa beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasullullah dan bertanya kepada baginda qira’at manakah yang perlu beliau baca memandangkan pembacaan al-Qur’an itu terpecah kepada berbagai qira’at. Maka jawab baginda : Bacalah dengan qira’at Abu ‘Amru al-Basriy.[4] Sebahagian ahli sejarah meriwayatkan bahawa beliau pernah ditanya waktu manakah yang terbaik seseorang itu menuntut ilmu, lalu beliau menjawab : “selagi hayat dikandung badan”[5].

Ketika wafatnya Imam Abu ‘AmrË, Yunus b. Habib diberitakan berkata: Diakhir zaman ini, tiada sesiapa yang menyerupainya, demi Allah! Sekiranya dibahagikan ilmu dan kezuhudan Abu ‘AmrË ini kepada seratus manusia biasa, sudah pasti kesemuanya akan menjadi ulama’yang zuhud. Dan demi Allah! Jikalau Rasullullah melihatnya sekarang, nescaya baginda akan gembira[6]

Anak murid yang meriwayatkan qira’at beliau secara sam’an wa ‘aradhan [7] tidak terkira ramainya, antaranya:

1) Abdullah ibn al-Mubarak

2) Yahya ibn al-Mubarak

3) Sibawaih

4) Yunus b. Habib

Beliau bukan sahaja di datangi oleh ulama’ qurra’, malah ulama’ nahu juga ramai yang berguru dengan beliau,antaranya [8]:

1) Yunus b. Habib

2) Sibawaih

3) Al-Khalil b. Ahmad

Mengikut pendapat yang ramai, beliau wafat di Kufah pada tahun 154 hijrah

Perawi qira’at Abu ‘Amru paling masyhur ialah:

1) al-DËri Abu ‘Amru (246h.): Hafs b. ‘Umar b. Abd ‘Aziz b. ØuhbÉn b. ‘AdÊ al-Duri al-Nahwi al-Muqri’ al-Baghdadi al-Dhorir. Lahir pada tahun 150 hijrah di satu tempat bernama al-DËr di zaman Khalifah al-Mansur. Beliau adalah perawi kepada 2 Imam, Abu ‘AmrË dan al-KisÉeÊ.[9] Beliau juga adalah yang pertama mengumpul bacaan-bacaan qira’at serta menyusunnya. Antara gurunya yang menjadi penyambung sanad daripada Abu ‘AmrË adalah Yahya b. al-Mubarak. Beliau wafat pada Syawal tahun ke 246 hijrah di zaman al-Mutawakil.

2) al-SËsi (261h.): Abu Syu’aib Solih b. Ziad b. Abdullah b. Isma’il b, Ibrahim b. al-JÉrËd . Di panggil al-SËsÊ sempena nama tempat lahir beliau iaitu SËs yang terletak di bandar al-Ahwaz, Iraq. Beliau juga berguru dengan Yahya b. al-Mubarak. Beliau wafat pada awal tahun ke 261 hijrah.

MANHAJ QIRA’AT ABÕ ‘AMRÕ AL-BAØRIY

Diperjelaskan disini sebahagian manhaj qira’at Abu ‘AmrË, antaranya:

1) Melalui riwayat al-SËsÊ : Idgham kabir yang melibatkan :

i. Mislain [10](لذهب بسمعهم),

ii. Mutaqaribain[11] ( وشهد شاهد ), serta

iii. Mutajanisain[12] ( علم بالقلم ) dengan syarat-syarat tertentu.

2) Tawassut mad muttasil melalui kedua-dua riwayat. Manakala mad munfasil, qasr dan tawassut disisi riwayat al-DËrÊ dan qasr sahaja bagi riwayat al-SËsÊ .[13]

3) Tashil[14] hamzah kedua daripada pertemuan dua hamzah yang sama baris dalam satu kalimah beserta idkhal.[15]

4) IsqÉd [16]hamzah pertama daripada pertemuan dua hamzah yang sama baris dalam dua kalimah

5) IbdÉl[17]hamzah kedua daripada pertemuan dua hamzah yang tak sama baris dalam dua kalimah

6) IbdÉl hamzah sukun[18] melalui riwayat al-SËsÊ seperti مؤمنون, تألمون, بئسا

7) TaqlÊl zawatil ya’[19] atas wazan َفعلى seperti َسلوى , wazan فِعلى seperti سيماهم dan wazan فُعلى seperti ُمثلى dan Imalah zawatil ra’ seperti اشترى, الذكرى, النصارى

8) Imalah bagi alif yang selepasnya kasrah yang terletak dihujung kalimah[20] seperti أبصارهم .

9) Imalah bagi alif yang terletak diantara dua ra’ dengan syarat ra’ yang kedua terletak dihujung dan berbaris kasrah[21] seperti الأبرار .

10) Imalah bagi kalimah [22] كافرين , الكافرين

11) Imalah melalui riwayat al-DËrÊ alif pada kalimah الناس yang majrur[23]



[1] Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-QirÉÉt al-‘Asyar, j. 1, h.143.

[2] Ibid. j. 1, h. 120

[3] Ibid. j. 1, h. 123

[4] Ibid, j.1, h. 134

[5] Abd al-Fatah al-QÉdi, TÉrikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa RuwÉtihim , h. 17

[6] Ibid

[7] dengar dan baca secara langsung bersama guru.

[8] Ibid

[9] al-KisÉei adalah imam yang ketujuh

[10] Surah al-Baqarah, ayat 20

[11] Surah Yusuf , ayat 26

[12] Surah al-‘Alaq, ayat 4

[13] kata Imam Syatibi r.a :

فإن ينفصل فالقصر بادره طالبا ... بخلفهما يرويك درا ومخضلا

[14] Bermakna dibaca antara hamzah dan fathah, seperti kata Imam al-Syatibi:

وتسهيل أخرى همزتين بكلمة سما

[15] Bermakna dipanjangkan dalam ertikata memisahkan antara dua hamzah, seperti kata Imam al-Syatibi:

ومدك قبل الفتح والكسر حجة بها لذ...

[16] Gugurkan

[17] Tukar, Sepertimana kata Imam al-Syatibi r.a :

وتسهيل أخرى في اختلافهما سما * تفيء إلى مع جاء أمة انزل

نشأء أصبنا والسماء أوائتنا * فنوعان قل كاليا وكالواو سهلا

ونوعان منها أبدلا.................

[18] Kata Imam Syatibi r.a. :

ويبدل للسوسي كل مسكن ... من الهمز مدا غير مجزوم أهملا

[19] Kata Imam Syatibi r.a. :

وكيف أتت فعلى وآخر آي ما ... تقدم للبصري سوى راهما اعتلا

[20] Kata Imam Syatibi r.a.:

وفي الفات قبل را طرف أتت ... بكسر أمل تدعى حميدا وتقبلا

[21] Kata Imam Syatibi r.a.

وإضجاع ذي راءين حج رواته ... كالأبرار والتقليل جادل فيصلا

[22] Kata Imam Syatibi r.a.

ومع كافرين الكافرين بيائه وهار روى مرو بخلف صد حلا

[23] Kata Imam Syatibi r.a.

وخلفهم في الناس في الجر حصلا


BPBQAM QIRA'AT ABU 'AMRU AL-BASRIY (TAJUK)

PANDUAN BACAAN

RIWAYAT AL-DÕRÔ ABU ‘AMRÕ

&

RIWAYAT AL-SÕSÔ

DARIPADA

QIRA’AT ABU ‘AMRÕ AL-BAØRIY

(ÙÓRÔQ AL-SYÓÙIBIYYAH)

Surah

al-Baqarah 1-141

KELAS PENGENALAN BACAAN QIRÓÓT ‘ASYARAH MUTAWATIRAH

(KUTQ)

UIAM, KAMPUS KUANTAN.

Disusun oleh,

Felza Zulhibri Abd Hamid

Guru Tilawah, CELPAD Unit

UIAM, Kuantan

syathibie@yahoo.com