Monday, November 10, 2008

BPBQAM QIRA'AT HAMZAH ( Tambahan)


Penjelasan terhadap manhaj qira’at Hamzah


Fokus kepada Bab Naql harakah ila sakin Qablaha.

KHALAF:

1) Sakin mafsul : Saktah Dgn Khilaf[1]. Jikalau waqaf terdapat 2 wajah

i- Baca saktah : Waqaf dgn naqal dan saktah

ii- Baca tanpa saktah : Naqal dan tahqiq[2]

2) شئ , شيا dan lam ta’rif: Saktah qaulan wahidan[3].

Jikalau waqaf pada lam ta’rif dibaca dgn naqal dgn saktah.

Jikalau waqaf pada شئ ,شيا

i- Naqal

ii- Ibdal beserta Idgham

KHALLAD:

1) Sakin Mafsul: Tanpa saktah.[4] Jikalau waqaf dibaca dgn naqal dan tahqiq.

2) Lam Ta’rif : Saktah dan tanpa saktah. Jikalau waqaf terdapat 2 wajah

i- Baca Saktah: Naqal dgn saktah

ii- Baca tanpa saktah : Naqal shj.

3) شئ , شيا : Saktah dan tanpa saktah. Kalau waqaf sama seperti Khalaf.



[1] Maksudnya saktah dan tidak saktah.

[2] Bacaan yang tiada perubahan

[3] Bacaan yang tetap

[4] Seperti bacaan Hafs

PERBEZAAN ASAS (Toriq Syatibiyyah & Jazariyyah)

PEMBAHAGIAN KEPADA TORIQ AL-SYATIBIYYAH DAN AL-JAZARIYYAH

(RIWAYAT HAFS B. SULAIMAN SAHAJA)

Secara umumnya, apabila memperkatakan tentang ilmu qira'at pasti akan melibatkan perbahasan tentang toriq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Bagi mereka yang terlibat dalam pengajaran atau pembelajaran ilmu bacaan al-qur’an pasti sering mendengar tentang kewujudan kedua-dua toriq ini. Ia menggambarkan kepada mereka bahawasanya hanya dua toriq ini sahaja yang mendominasi susur galur turuq setiap riwayat.

Apatah lagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pembelajaran ilmu qira'at yang pasti sudah sinonim dengan perbahasan kedua-dua toriq ini. Walaubagaimana pun, jika di teliti dengan sedalam-dalamnya maka akan terserlahlah kesilap fahaman dalam memahami apa sebenarnya yang dinamakan toriq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan identiti kedua-dua toriq ini disebabkan mushaf yang diguna pakai di Malaysia hari ini adalah mengikut apa yang bertepatan dengan riwayat Hafs sahaja tanpa mengkhususkan kepada mana-mana toriq.[1]Hakikatnya, toriq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah mempunyai pengertian yang unik yang mungkin dapat membuka mata setiap insan yang terlibat dalam membawa ilmu bacaan al-qur´an ini kepada kefahaman yang sebenarnya.

Apa yang dimaksudkan dengan toriq al-Syatibiyyah ialah bacaan daripada Al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani daripada Abu al-Hassan Tohir b. Ghalbun daripada al-Hasyimi daripada al-´Usynani daripada ‘Ubaid b. Sabbah daripada Hafs b. Sulaiman al-Kufi. Diambil sumbernya daripada kitab Al-Syatibiyyah yang dikenali dengan nama “Hirz al-´Amani wa Wajh al-Tahani” karangan al-Imam Abu al-Qasim al-Ru’ainiy al-Andalusiy[2].

Adapun yang dinamakan toriq al-Jazariyyah ialah meliputi kesemua lima puluh dua turuq termasuklah juga toriq al-Syatibiyyah[3].

Maka dengan ini boleh disimpulkan bahawa apabila dinamakan toriq al-Jazariyyah ia meliputi kesemua lima puluh dua turuq termasuk toriq al-Syatibiyyah yang berasaskan tujuh belas kitab yang berkenaan termasuk kitab al-Syatibiyyah. Manakala toriq al-Syatibiyyah pula hanya melibatkan turuq yang tertentu yang disebut dalam kitab al-Syatibiyyah sahaja.



[1] Sila lihat bab Ta’rif bihaza al-Mushaf al-Syarif di setiap mushaf pemberian al-Malik Fahad ‘Abd al-‘Aziz Ali Su’ud

[2] Kitab ini mempunyai persamaan dengan kita al-Taisir karangan al-Dani kerana sebenarnya kitab ini mengadaptasikan kitab al-Taisir dalam bentuk syair. Walaupun begitu ada sedikit perbezaan yang wujud diantara dua kitab ini dan iainya mewujudkan perbezaan diantara kedua kitab ini walaupun kedua-duanya berasaskan kepada bacaan Al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani.

[3] Kenyataan ini berpandukan kepada apa yang terdapat dalam kitab al-Nasyr. Terdapat juga dalam kitab lain beberapa turuq yang dianggap sahih sehingga meningkat kepada lima puluh lapan turuq. Dan penjelasan terhadap perbezaan antara dua toriq ini hanya melibatkan riwayat Hafs sahaja.