BAGAIMANAKAH YG DIKATAKAN RASM UTHMANI MENGANDUNGI TULISAN YG MENGGAMBARKAN AHRUFU AL-SAB’AH?
Telah thabit bahawa Mushaf itu tidak mempunyai titik dan baris dan bacaannya hanya yang sahih daripada Rasullullah S.A.W dan tidak terkeluar daripada 3 rukun yang masyhur sepertimana kata Ibn-Jazari
فكل ما وافق وجه نحوى * وكان للرسم احتمالا يحوي
وصح إسنادا هو القرآن * فهذه الثلاثة الأركان
وحيثما يختل ركن أثبت * شذوذه لو أنه في السبعة
Maksudnya: Setiap apa yang menepati kaedah tatabahasa arab, menepati salah satu daripada 6 mushaf rasm Uthmani walaupun mengandungi 2 bacaan dalam satu rasm dan sah sanadnya yang diambil daripada Rasullullah S.A.W. maka itulah yang dinamakan al-Qur’an. Dan jikalau cacat atau hilang satu rukun, maka thabitlah syaznya bacaan tersebut walaupun berasal daripada qiraat Imam7.
Menepati salah satu daripada 6 mushaf rasm Uthmani walaupun mengandungi 2 bacaan dalam satu rasm
Dalam menepati rukun yang kedua ini terbahagi kepada 3 bahagian:
1) Kalimah yang mengandungi 2 bacaan ditulis dengan salah satu bacaan:
صِرَطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ ...الفاتحة 7
Ditulis dalam kelima-lima mushaf dengan huruf ص sahaja, tetapi di baca dengan ص danس .
2) Kalimah yang mempunyai 2 atau lebih bacaan ditulis dengan satu tulisan yang boleh menggambarkan 2 bacaan:
(قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ.. البقرة 219
Boleh dibaca dengan كبـير atau كثـير
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ..الفتحة 4
Boleh dibaca panjang dan pendek pada (مَلِكِ) tanpa mengubah rasm.
3) 3) Kalimah yang mengandungi tambahan atau pengurangan yang tidak mungkin boleh ditulis dengan satu rasm dan ditulis berdasarkan mushaf yang di hantar ke lima-lima tempat.
وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا...الشمس 15
Ditulis Fa pada mushaf ahli Madinah dan Syam dan selebihnya ditulis dengan waw
Dengan ketiga-tiga kaedah tersebut menjadikan Mushaf Rasm Uthmani itu mengandungi kesemua yang sahih daripada Rasullullah S.A.W, yang tidak di mansukhkan pembacaannya dan bertepatan dengan al-’Urdhotul al-Aakhirah.
Dan bukannya mengandungi kesemua ahrufu sab’ah dan juga bukan hanya mengandungi satu huruf sahaja sepertimana yang didakwa sebelum ini.
No comments:
Post a Comment