Demam tak berape nak sembuh lagi, bukan aku sorang jer…skali dgn afaff, aufa dan jazariey (Syathibie dan ummi awal lg dah demam)..…di tambah dengan batuk yang bersulam dgn bersin…tp al-hamdullilah…dua tiga perkara yang penting telah aku selesaikan…Jumaat lepas baru je aku submit bab kedua tesis master aku (aku angkut skali family aku gi UM…sbb nampak diaorg yg beria-ia nak gi K.L…mcm diaorg pulak yg nak sambung belajar) kebetulan ms tu….tgh ade seminar prbentangan proposal bagi mrk yang nak submit tesis…musyrif aku suruh dgr skali…(aku dah lah demam…punya lah sejuk dewan tu) teruk jugak kena komen dgn ahli panel…Waduh.. macamana pulak nasib aku nanti…..(berita sedih daripada musyrif aku….bahawa pihak UM telah menutup pintu bg graduan Syubra untuk sambung master..aku komen lainkali lah pasal ni)…Sebelum balik…singgah rumah hasbullah selepas berhujan lebat yang disapu dgn jem di K.L…
laporan finance masjid baru jer aku hantar td….
senarai nama pelajar kelas mlm pun dah hantar….
Jadual Khatib dan imam br renew dan valid sampai akhir tahun…
30% aktiviti ziarah dan diziarahi khusus untuk kuantan (walaupun tgh demam) telah selesai walaupun ade jemputan yg terpaksa di tolak.
Tak lupe juga dua tiga perkara yg penting jugak masih belum selesai……
meeting masjid dah lame tak buat…(jumaat ni kot)
Buku panduan Qira’at Hamzah tak siap lg…(kelas nak mula minggu dpn dah)….
Jazariey tak cucuk lg utk 3 bln (sekarang dah 5 bln)
Keta tak service lg..(hok ni lambat skit kot….jgn jadi hamba keta..biar keta jd hamba kita)
terlalu sibuk pulak rasanya….tp takpelah….Aku break sekejap….sebenarnya, sudah lama aku ingin menulis tentang ini…..tp disebabkan terlalu sibuk (seperti diatas) dicampur demam yg berjangkit keseluruh keluargaku…terpaksa di tangguhkan hinggalah ke hari ini….
Walaupun tajuknya seperti buku resepi…..tetapi …percayalah…hanya aku, keluarga, adik beradik dan saudara mara yang lain akan faham bila melihat tajuk tersebut.
Aidil fitri 2008…..meninggalkan satu kenangan yang cukup bemakna khususnya bg suku sakat keluarga aku…awal pagi raya ketiga ….lebih kurang pukul 2.30pg…kami dikejutkan dengan kembalinya mak andak yang amat kami sayangi ke rahmatullah…Aku dan keluarga pada masa itu masih lagi di alor star …mmg niat nak balik lipis pg tu…tp…apekan daya apabila diberitakan jenazah beliau akan di kebumikan sblm jumaat…mmg tak sempat aku nak balik….
Selepas adik aku call pg tu….mmg tak leh nak lelapkan mata…Fokus aku mmg terus ke arwah mak andak….aku rs sblm aidil Fitri ada dlm 3 kali aku bersalam dgnnya….sekali di pekan sari (ahad), kat rumah lubuk kulit masa dia hantar kuih bunga cina (tak pernah2 dia hantar..biasanya kami yg gi rumah dia ambik kuih tu) dan masa aku singgah rmh dia sblm bertolak ke kedah….
Kuih bunga cina arwah mmg menjadi rebutan anak2 saudara dan cucu2 saudaranya setiap kali raya…masih ingat lg Syathibie yg sepanjang jalan dari lipis ke alor star merengek dan memujuk aku nak mkn kuih tersebut dalam keta…..aku berkeras tak bg sbb kuih tu mudah berterabur…..(abis le keta aku)….maka apabila sampai di alor star….dalam masa tak kurang lima minit (aku pun tak sempat)…selepas berebut dgn mak penakan dia …..licinlah bekas kuih tu.
Aku pasti aidil Fitri tahun depan (kalu aku sempat lagi la) kami akan amat2 merindui kuih bunga cina ini……berapa ramai org dah buat…tapi tak sesedap air tangan arwah mak andak…(termasuklah ummi) dan mungkin mmg tiada siapa yang akan dapat berbuat sedemikian…(aku sendiri pernah menolong dia buat kuih tu…tp tolong buh ceri je….mana nak pandai)
Dan aku pasti…Setelah perginya abah 5 tahun lepas….adik2 aku dan sepupu aku yg tak kawin lagi mungkin akan rasa bertambah kekurangan dengan kehilangan arwah mak andak….tak payahlah aku cerita panjang2….tanya je lah sesiapa dari kaum kerabat aku yg kawin ketika arwah mak andak ada lg….mmg sumbangan dan keperihatin beliau cukup diingati….
Sekarang hanya tinggal mak, we, pak itam,mak itam, pak andak, mak anjang dan mak uda….semoga Allah panjangkan umur mereka dalam membimbing kami semua dalam menempuh dugaan hidup…
Buat arwah abah, pak anjang, pak uda, we dan mak andak…..Semoga ruh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama para aulia´…….amin ya Rabal alamin….