BACAAN JAMA’ SURAH AL-BAQARAH (1-5)
MELALUI TARIQ AL-TAYYIBAH (‘ASYARAH KUBRA)
بسم الله الرحمن الرحيم
الم (1)
1. Qalun baca dan semua ikut kecuali Abu Ja’far
2. Abu Ja’far membaca dengan saktah[1]
ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)
1. Qalun baca semua ikut[2] kecuali Ibn Kathir, wajah kedua bagi Abu ‘Amru, wajah kedua, dan ketiga bagi Ya’qub dan wajah kedua bagi Hamzah
2. Ya’qub wajah kedua dengan ha’ saktah[3]
3. Abu ‘Amru wajah kedua dengan Idgham kabir [4].Ya’qub ikut[5] bagi wajah ketiga[6]
4. Ibn Kathir wajah pertama baca dengan silah ha’ kinayah[7]
5. Hamzah wajah kedua pada mad al-Tabri’ah[8]
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاة وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3)
1. Qalun baca sukun mim jama’ secara khilaf [9]pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ , semua ikut kecuali Warsy (Asbahani dan al-Azraq), Ibn Kathir, Abu ‘Amru (wajah kedua) dan Abu Ja’far.[10]
2. Qalun membaca pula silah mim jama’ pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan Ibn Kathir ikut.
3. Asbahani baca ibdal hamzah [11]pada kalimah يُؤْمِنُونَ dan Abu ‘Amru (wajah kedua)[12] ikut.
4. Al-Azraq baca taghliz lam [13]pada kalimah الصَّلاة dan ibdal hamzah [14]pada kalimah يُؤْمِنُونَ
5. Abu Ja’far baca silah mim jama’ [15]pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan ibdal hamzah [16]pada kalimah يُؤْمِنُونَ
Disebabkan ayat keempat selepas ini terdapat mad al-munfasil padanya, adalah lebih elok difahami dahulu kaedah ikhtiyar[17] imam-imam terhadap mad al-Munfasil sekaligus mad al-Muttasil
1. Munfasil:
- Qasr[18] : Ibn Kathir, Abu Ja’far secara qaulan wahidan dan Qalun, Asbahani, Abu ‘Amru, Hisyam, ‘Asim dan Ya’qub secara khilaf.
- Tawassut[19]: al-Kisaei dan Khalaf al-‘Asyir secara qaulan wahidan serta Qalun, Asbahani, Abu ‘Amru, Hisyam, Ibn Zakwan, ‘Asim dan Ya’qub secara khilaf.
- Mad atau Isyba’[20]: Warsy dan Hamzah secara qaulan wahidan serta Ibn Zakwan secara khilaf.
2. Muttasil:
- Tawassut: Qalun, Ibn kathir, Abu ‘Amru, Hisyam, ‘Asim, al-Kisaei, Abu Ja’far, Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir secara qaulan wahidan dan Ibn Zakwan secara khilaf.
- Mad atau Isyba’: Warsy dan Hamzah secara qaulan wahidan serta Ibn Zakwan secara khilaf.
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)
1. Qalun baca secara qasr al-munfasil dan sukun mim al-jama’ secara khilaf pada kalimah هُمْ, Abu ‘Amru, Hisyam, ‘Asim dan Ya’qub (kesemuanya wajah pertama) ikut.[21]
2. Qalun membaca pula silah mim al-jama’ pada kalimah هُمْ dan Ibn Kathir ikut.
3. Qalun membaca pula secara tawassut al-munfasil dan sukun mim al-jama’ secara khilaf pada kalimah هُمْ , Abu ‘Amru (wajah ketiga), Hisyam (wajah kedua), Ibn Zakwan (wajah kedua) ‘Asim (wajah kedua), al-Kisaei, Ya’qub (wajah kedua) dan Khalaf al-‘Asyir ikut .[22]
4. Qalun membaca pula silah mim al-jama’ pada kalimah هُمْ
5. Ibn Zakwan (wajah pertama) membaca dengan mad al-munfasil, khallad ikut[23] (wajah kedua)
6. Hamzah baca secara mad al-munfasil dan saktah pada mad al-Munfasil [24]dan kalimah وَبِالآخرَةِ [25]
7. Asbahani baca qasr al-munfasil beserta naqal [26]pada kalimah وَبِالآخرَةِ dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ ,
8. Asbahani baca tawassut al-munfasil beserta naqal pada kalimah وَبِالآخرَةِ dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
9. Al-Azraq baca tarqiq ra’[27], naqal dan tathlis al-Badal [28]pada kalimah وَبِالآخرَةِ dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
10. Abu ‘Amru (wajah kedua) baca qasr al-munfasil beserta ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
11. Abu ‘Amru (wajah keempat) baca tawassut al-munfasil beserta ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
12. Abu Ja’far baca silah mim al-Jama’, qasr al-munfasil beserta ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ (5)
1- Qalun baca dengan tawassut al-Muttasil dengan sukun mim al-Jam’ pada kalimah رَبِّهِمْ semua ikut kecuali al-Azraq, Ibn Kathir, Ibn Zakwan (wajah kedua), Hamzah, Abu Ja’far dan Ya’qub (wajah kedua)[29]
2- Ya’qub (wajah kedua) membaca ha’ saktah pada kalimah الْمُفْلِحُونَ
3- Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jam’ pada kalimah رَبِّهِمْ dan Ibn Kathir serta Abu Ja’far ikut[30].
4- Al-Azraq membaca dengan mad al-Muttasil dan Ibn Zakwan (wajah kedua) serta Khallad (wajah kedua) ikut.
5- Hamzah (termasuk wajah pertama Khallad) membaca dengan saktah pada mad muttasil.
[1] Kata Ibn al-Jazari ( al-Toyyibah, bab al-Sakt ‘ala al-Sakin qabla al-Hamzi wa ghayrihi, mk 47):
وفي هجا الفواتح كطه ثقف
[2] Yang mengikut bacaan Qalun ini adalah Warsy, wajah pertama Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, al-Kisaei, wajah pertama Hamzah, Abu Ja’far, wajah pertama Ya’qub dan Kalaf al-‘Asyir
[3] Kata Ibn al-Jazari (al-Toyyibah, bab al-Waqf ‘ala Marsum al-Khat, mk 56):
والبعض نقل بنحو عالمين موفون
[4] Kata Ibn al-Jazari ( al-Toyyibah, bab al-Idgham al-Kabir, mk 39):
إذا التقى خطا محركان مثلان جنسان مقاربان
أدغم بخلف الدور والسوسي معا
[5] Kata Ibn al-Jazari ( al-Toyyibah, bab al-Idgham al-Kabir, mk 41):
وقيل عن يعقوب ما لإبن العلا
[6] Tiada wajah idgham kabir bersama ha’ saktah bagi Ya’qub kerana ditegah bacaan ha’ saktah sekiranya terdapat idgham kabir. Sepertima kata Syaikh Ahmad Abd Aziz Zayyat (Sharh Tanqih Fath al-Karim fi Tahrir Awjuh al-Quran al-Azim, mk 9):
وها السكت في كالعالمين الذين إن تكن مدغما للحضرمي فأهملا
[7] Kata Ibn al-Jazari ( al-Toyyibah, bab Ha’ al-Kinayah, mk 41):
صل ها الضمير عن سكون قبل ما حرك دن
[8] Kata Ibn al-Jazari (al-Toyyibah, bab al-Mad wa al-Qasr, mk 42):
والبعض مد لحمزة في نفي لا كلا مرد
[9] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Surah Umm al-Qur’an, mk 39):
وضم ميم الجمع ثبت درا قبل محرك وبالخلف برا
[10] Maka yang mengikut bacaan Qalun adalah Abu ‘Amru (wajah pertama), Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaei,Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir.
[11] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
والأصبهانى مطلقا
Jikalau waqaf pada kalimah يُؤْمِنُونَ, Hamzah akan ibdal sepertimana kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Waqf Hamzah wa Hisham ‘ala al-Hamz, mk 47):
فإن يسكن بالذي فبل ابدل
[12] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
وكل همز ساكن أبدل حذا خلف
[13] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Lamat, mk 55)::
وأزرق لفتح لام غلظا بعد سكون صاد او طاء وظا أو فتحها
[14] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
ولفا فعل سوى الإيواء الأزرق اقتفى
[15] Sila rujuk nota kaki nombor 9.
[16] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45 ):
والكل ثق
[17] Ikhtiyar ini hanya melibatkan kaedah dua martabat sahaja bagi pengertian mad, iaitu tawassut dan isyba’. Secara hakikatnya ada beberapa martabat yang dinaqalkan daripada imam-imam. Demi untuk menjimatkan masa, adalah lebih baik digunakan 2 martabat ini sahaja. Untuk lebih jelas dalam memahami kesemua martabat sila lihat al-Dani, al-Taysir fi al-Qira’at al-Sab’ (1996), mk 35. Lihat juga Felza Zulhibri b. Abd Hamid (2010),Riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi: Kajian Perbandingan antara Tariq al-Shatibiyyah dengan Tariq al-Jazariyyah. Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, mk 81.
[18] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr,bab al-Mad wa al-Qasr, mk 42):
وقصر منفصل بن لي حما عن خلفهم داع ثمل
[19] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr,bab al-Mad wa al-Qasr, mk 42):
وعن باقي الملا وسط
[20] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr,bab al-Mad wa al-Qasr, mk 42):
إن حرف مد قبل همز طولا جد فد ومز خلفا
[21] Maka yang tidak mengikut bacaan Qalun yang pertama ini adalah Warsy (Asbahani dan al-Azraq), Ibn Kathir, Abu ‘Amru (wajah kedua, ketiga dan keempat), al-Susi, Hisyam (wajah kedua),Ibn Zakwan, ‘Asim (wajah kedua), Hamzah dan al-Kisaei, Abu Ja’far, Ya’qub (wajah kedua) dan Khalaf al-‘Asyir
[22] Maka baki imam yang tidak membaca lagi setakat bacaan Qalun yang ketiga ini adalah Warsy (Asbahani dan al-Azraq), Abu ‘Amru (wajah kedua dan keempat), Ibn Zakwan (wajah pertama), Hamzah dan Abu Ja’far.
[23] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Sakt ‘ala al-Sakini Qabla al-Hamzi wa Ghayrihi, mk 47):
أو ليس عن خلاد السكت اطرد
[24] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Sakt ‘ala al-Sakini Qabla al-Hamzi wa Ghayrihi, mk 47):
وقيل بعد مد
[25] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Sakt ‘ala al-Sakini Qabla al-Hamzi wa Ghayrihi, mk 47):
والسكت عن حمزة في شئ وأل
[26] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Naql Harakat al-Hamzah ila al-Sakin Qablaha, mk 47):
وانقل إلى الآخر غير حرف مد لورش
[27] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Mazahibhim fi al-Ra’at, mk 54):
والراء عن سكون ياء رقق أو كسرة من كلمة للأزرق
[28] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Mad wa al-Qasr, mk 42):
وأزرق إن بعد همز حرف مد مد له واقصر ووسط
[29]Maka yang mengikut bacaan Qalun yang pertama ini adalah Asbahani, Abu ‘Amru, Hisyam, Ibn Zakwan (wajah pertama) ‘Asim, al-Kisaei, Ya’qub (wajah pertama) dan Khalaf al-‘Asyir.
[30] Maka yang masih tidak membaca lagi setakat turutan bacaan yang ketiga ini yang ialah al-Azraq, Ibn Zakwan (wajah kedua) dan Hamzah.