SAFA DAN MARWAH SERTA KEHARUSAN MEWUJUDKAN
PERSEFAHAMAN DGN ORG BUKAN ISLAM
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 158 surah al-Baqarah :
إِنَّ
الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوْ
اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ
خَيْراً فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ (158)
Bermaksud:
Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada Syiar atau
lambang agama Allah. maka barangsiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baytullah
atau mengerjakan umrah, maka tiadalah kesalahan dia bersa’ie diantara keduanya.
Sesiapa yang mengerjakan kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya
Allah memberi balasan pahala dan Allah lagi Mengetahui”
Bersempena datangnya
bulan Zulhijjah yang digelar sebagai bulan Haji dimana tetamu Allah diseluruh
pelusuk dunia berduyun-duyun mengerjakan ibadah Haji di Baytullah, mimbar pada
hari ini ingin menyelami kisah sejarah ibadah sai’e yang menjadi salah satu
rukun ibadah haji. Secara umumnya, ayat ini diturunkan ketika mana orang-orang
Islam merasa keberatan hendak bersa’ei di antara Safa dan Marwah yang pada
suatu masa terdapat disitu berhala-hala yang disembah oleh masyarakat
jahilliyyah. Masyarakat jahilliyyah diberitakan telah terlebih dahulu
mengerjakan sa’ei dengan memuja dua buah patung, iaitu patung jantan yang
bernama Asafa terletak dibukit Safa dan patung betina yang bernama Na’ilah
terletak dibukit Marwah. Disebabkan
sejarah inilah, setengah golongan Ansar merasa keberatan untuk mengerjakan
sa’ei kerana tidak suka memuliakan tempat yang dimuliakan oleh orang kafir
seolah-olah membuat ibadah yang menyerupai amalan orang kafir. Justeru itu,
ayat ini diturunkan sebagai bukti bahawa ibadah sa’ei ini dibenarkan oleh Allah
dan termasuk antara amalan untuk mendekati Allah s.w.t sebagai lambang taat dan
setia kepadaNya.
Kenapakah sampai
begitu sekali sensitifnya umat Islam pada masa itu walaupun ibadah sai’e itu
sudah mendapat kelulusan daripada Allah s.w.t? Hal ini demikian kehidupan orang
Islam ketika itu digambarkan begitu kuat dari segi aqidahnya yang menakluki
seluruh jiwa mereka. Mereka dapat merasakan satu perubahan yang menyeluruh
telah berlaku di dalam kefahaman dan pemikiran mereka terhadap kehidupan
seolah-olah Rasullullah s.a.w telah memegang jiwa mereka ini lalu
menggoncangkannya dengan sekuat-kuatnya sehingga segala keladak-keladak
jahilliyah yang melekat dalam jiwa mereka terpelanting keluar darinya. Kemudian
atom-atom jiwa mereka disusun semula mengikut corak yang baru sama seperti
kejutan elektrik menyusun semula atom-atom mengikut bentuk yang berlainan
daripada bentuk asalnya”.
Berkata al-Syahid
Sayyid Qutb: “ Inilah sifat Islam, ia memutuskan seseorang mu’min itu secara
total dari segala sesuatu yang diamalkan di zaman jahilliyah. Ia menimbulkan
perasaan jijik terhadap segala perkara yang ada hubungan dengan jahilliyah. Ia
melahirkan perasaan takut dan hati-hati disetiap waktu terhadap segala perasaan
dan segala pergerakan yang dilakukan oleh mereka di zaman jahilliyah sehingga
seluruh hati mereka hanya diisikan dengan kefahaman dan pemikiran yang baru
dengan segala syarat yang dituntut.”
Atas sebab ini,
seharusnya seluruh bakal haji khasnya dan seluruh umat Islam amnya perlu
menghayati ruh ibadah sa’ei ini agar
dapat mewujudkan rasa jijik dan benci kepada setiap perkara yang haram,
mungkar, maksiat, kezaliman, kebejatan yang mana kesemua ini adalah berasal
daripada amalan kaum jahilliyah. Janganlah apabila balik dari Baitullah,
perangai dan pegangan yang lama yang jelas tersasar daripada Islam yang
sebenarnya masih dikekalkan dan dipertahankan. lebih malang lagi, yang
dipertahankan itu sudah jelas tersasar daripada ruh Islam yang suci, adil,
saksama, amanah, menolak ketirisan, sentiasa menganjurkan kepada ma’ruf dan
tidak sekali-sekali mengajak kepada kemungkaran.
Ingatlah, jangan meletakkan diri kita sama dengan taraf haiwan yang tidak
berakal kerana seekor haiwan tidak akan peduli tentang halal dan haram makanan
yang ditelannya. Begitu juga dari segi tindakan, ia juga tidak akan peduli
samada menceroboh kebun atau harta orang kerana persoalan halal dan haram bukan
satu persoalan baginya. Berbeza dengan manusia, halal dan haram merupakan satu
persoalan yang perlu difikir sebelum makan atau melakukan sesuatu tindakan.
Jika tidak, seorang manusia itu samalah tarafnya dengan seekor haiwan..
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِنْ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا
يَفْقَهُونَ بِهَا لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا
يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَئِكَ كَالأَنْعَامِ
بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمْ الْغَافِلُونَ
ا
بارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Dewasa ini timbul
kekeliruan tentang haruskah wujud persefahaman dengan orang yang bukan Islam
dalam memastikan ketuanan Islam ini tertegak di bumi Allah s.w.t. Rasulullah
S.A.W. bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها
Maksudnya: “Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya”. riwayat Ibn Majah
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman daripada sesiapa pun , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah yang musyrik. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam.
Antara yang paling masyhur, ialah peristiwa yang dinamakan Half Al Fudul bagi
menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi. Apabila mengenangkan
peristiwa ini, Rasulullah S.A.W. bersabda yang berbunyi:
لو دعيت به في
الاسلام لأجبت
Maksudnya:
“Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun
nescaya aku menerima dan menyertainya” Namun begitu, Rasulullah
S.A.W. juga dengan tegas menyatakan sempadan persefahaman ini dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما
Bermaksud:
“Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang
mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan
yang haram” riwayat Bukhari
Ini
menjadi antara hujah bahawasanya diharuskan bekerjasama dengan orang bukan
Islam dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara
yang dialami oleh seluruh rakyat lebih-lebih dalam masyarakyat majmuk, seperti
amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan
ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, masyarakat yang jahil dengan kelemahan
pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral
yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Antara
hujah lain yang thabit dgn sirah Rasullullah s.a.w:
1. Hadith riwayat Ibn
Ishaq dengan sanad yang sahih dan telah diriwayatkan kepada beliau bahawasanya
Rasullullah s.a.w mendapat berita bahawa Sofwan b. Umayyah (ketika itu masih
musyrik) memiliki beberapa pakaian dan senjata, maka baginda menghantar utusan
menemuinya utuk meminjam sejumlah baju perang dan senjata itu. Maka Sofwan pun
berkata: “ Adalah ini satu rampasan?” Maka Baginda menjawab : “ Tidak, tetapi
ia merupakan satu pinjaman yang dijamin sehingga kami kembalikan kepadamu”.
Lalu Sofwan memberi 100 baju perang dan senjata yang secukupnya kepada
Rasullullah s.a.w
2. Dalam buku bertajuk “
Kerjasama politik dalam menegakkan Kerajaan Islam”, karangan Dr Munir Muhammad
al-Ghadban, mk 284-285, beliau menyatakan Imam al-Syafie telah menghuraikan dengan
lebih lanjut dgn katanya “Jika seseorang imam melihat seseorang kafir tersebut
mempunyai pandangan yang bernas dan boleh dipercayai dikalangan orang2 Islam disamping
ada keperluan kepada memohon bantuan darinya maka tindakan ini iaitu tindakan
memohon bantuan org kafir itu dibenarkan. Dan jikalau keadaan tidak seperti
sebegitu tadi, maka tindakan tersebut tidak dibenarkan”. sila rujuk kitab
Muhgni al-Muhtaj, jilid 4, mk 221.
3. Rasullullah s.aw
juga pernah memanfaatkan bantuan Abu Talib walaupun seorang yang bukan Islam. Begitu
juga di dalam perjanjian Aqabah, Baginda menemui qabilah haji dari Yathrib
ditemani oleh Abbas b. Abdul Mutallib walaupun Abbas masih belum masuk Islam ketika
itu.
4. Rasullullah s.a.w
juga berkerjasama dengan Yahudi dan musyrikin Madinah dalam piagam Madinah.
Baginda juga mengadakan kerjasama dengan orang kafir yang berada dipenempatan
sekitar luar Madinah atas kerjasama menjaga laluan dagang diluar kota Madinah
demi memelihara keselamatan bersama dan kedaulatan NEGARA ISLAM MADINAH.
Berdasarkan
hujah dan dalil yang disebutkan tadi, diharap sidang Jumaat tidak tertipu dan
serta diperbodohkan oleh mereka yang ingin menafikan hikmah kenapa Allah s.wt
itu mentakdirkan rakyat Malaysia ini berbilang kaum, bangsa dan agama. Sirah
Rasullullah s.a.w telah jelas menunjukkan bagaimana akhlaq Rasullullah ketika
bermuamalah dgn mereka. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak dapat membezakan
diantara Islam dan Melayu, seperti kaum Arab yang tidak membezakannya dengan
Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan
Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki
kekayaan melempah ruah.
Tegakkan
Melayu yang jelas tidak mahu kepada hukum Islam hanya akan menjadikan Islam
hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang
sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan
ubat gatal. Dan khutbah kedua ini diakhiri dgn sebuah analogi yang amat mudah,
sekiranya kita hidup berjiran dengan kaum yang bukan Islam di sebuah taman
perumahan, tiba2 rumah kita dimasuki pencuri dan pencuri itu seorang melayu
Islam, dan datanglah jiran-jiran kita dikalangan yang bukan Islam ingin membantu…adakah
kita menerima bantuan mereka ataupun berkata dengan sombongnya…tak payahlah
bantu aku…sebab kamu semua bukan melayu Islam…lagipun yang mencuri ini ialah melayu yang sudah pasti
i.c pencuri ini tertulis Islam sebagai agamanya……..maka tepuk dada tanyalah
iman….
3 comments:
Agar Ustaz Felza tidak terfitnah dgn tuduhan men'delete' komen pembaca, saya terpaksa menjelaskan hal ini. Post dia atas sebenarnya telah di'delete' oleh saya sendiri, tp entah kenapa ditulis "removed by the author". Komen tersebut adalah satu kesilapan sebab saya tidak perasan bahawa ini adalah blog Ustaz Felza sendiri, lalu dicadangkan tadi supaya diletak sumber ataupun nama penyedia teks khutbah. What a silly mistake hehe..
begheh jer...
Post a Comment