Wednesday, April 27, 2011

Nota kelas Tilawah tafsir ( al-Baqarah 6-10)

1- Secara ringkasnya pada permulaan surah al-Baqarah, dibahagikan kepada 3 bahagian:

- Golongan muttaqin (ayat 1-5)

- Golongan musyrikin( ayat 6 dan 7)

- Golongan munafiqin (ayat 8-20)

2- Ayat 6 : Golongan musyrikin adalah golongan yang sombong terhadap Allah dan RasulNya sehingga berdakwah ataupun tidak kepada mereka, mereka tetap tidak menerima Islam[1]. Menurut sebahagian mufassirin, ayat ini menjelaskan tentang beberapa orang yang menjadi pemimpin kaum Quraisy seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain lagi dimana terlintas jauh disudut hati Nabi Muhammad s.a.w mengharapkan mereka beriman sekaligus masuk Islam[2]. Sebahagian yang lain mengatakan ayat ini diturunkan kepada pemimpin-pemimpin yahudi seperti Ka’ab b. Asyraf dan Haiq b. Akhta’ dan inilah pendapat yang paling kuat disebabkan surah al-Baqarah ini diturunkan di Madinah. Segala apa yang diberitahu kepada mereka mengenai ajaran Allah hanya seperti dicurah air di daun keladi sahaja, tidak memberi apa-apa manfaat langsung kepada mereka.

3- Ayat 7: mereka sebenarnya telah Allah tutupkan hati, penglihatan dan pendengaran sehingga tidak ada harapan untuk mereka beriman. Allah s.w.t memberitahu kepada nabi supaya tidak merasa bimbang diatas tindakan mereka yang menolak ajaran Islam kerana Allah telah memeterikan hati mereka disebabkan kedegilan dan kesombongan terhadap Allah dan RasulNya. Orang yang sebegini kebiasaannya disebabkan merasa dirinya pandai dan lebih dalam segala hal dari orang lain. Iblis sebagai contoh, engkar kepada Allah walaupun mereka lebih kenal syurga dan neraka. Firaun juga engkar kepada Allah sebabkan merasakan dirinya raja dan nabi Musa itu rakyat. Abu Jahal dan kuncunya engkar untuk mengikut Rasullullah s.a.w sebab merasakan diri makan garam lebih dahulu daripada Rasullullah s.aw. Mengikut hukum Islam, jikalau mereka menjadi pemerintah dan terlampau amat jahat kepada orang Islam boleh diberi tawaran untuk dibunuh.[3]

4- Sedikit huraian sebelum masuk ke ayat yang menceritakan tentang golongan munafiqin:

- Timbulnya golongan ini ketika mana Rasullullah s.a.w di Madinah.

- Ketika di Mekah, setelah 13 tahun berdakwah masih lagi tidak mendapat sambutan dari penduduk Mekah walaupun Islam bertapak disitu.

- Penghalang atau musuh utama adalah golongan musyrikin[4] yang terdiri daripada orang kaya, pembesar dan orang ternama.

- Kaum musyrikin ini berterang-terangan mengingkari Islam kerana kedudukkan mereka kuat sedangkan Islam pada masa itu sangat lemah.

- Pengikut Rasullullah s.a.w pula sudah pasti dari kalangan orang miskin, fakir dan hamba.

- Hal ini demikian, Rasullullah s.aw menganjurkan supaya berhijrah ke negeri Habsyah sehingga 2 kali dan akhirnya ke Madinah sehingga boleh bertapak dengan kuatnya.

- Sudah menjadi sunnatullah bahawasanya setiap dakwah islam itu sentiasa akan ada halangan walau dimana sekalipun.

- Di Madinah, penghalangnya di gelar munafiqin[5] .Berlainan dengan golongan musyrikin yang mana penentangan mereka secara senyap kerana Islam telah bertapak dengan kuat di Madinah.

- Antaranya ialah Abdullah b. Ubay yang hidup bersama Rasullullah s.a.w

5- Ayat 8 : menerangkan tentang sifat orang munafiqin yang pada zahirnya mengaku beriman dengan Allah, bersembahyang,berpuasa dan pergi ke Mekah seperti orang Islam tetapi hakikatnya mereka tidak beriman.

6- Ayat 9: mereka merasakan bahawa mereka menipu Allah dan RasulNya tetapi sebenarnya mereka tidak menipu sesiapa pun kecuali diri mereka sendiri. Dan yang paling teruk sekali ialah mereka tidak menyedarinya.

7- Ayat 10: Allah telah mengkiaskan pekerti buruk orang munafik itu merupakan satu penyakit jiwa yang akan mematikan hati nurani mereka. Kalimah مرض bermaksud penyakit yang menjurus kepada[6]:

- Kedegilan atau kebebalan yang menyangka tindakan mengelirukan manusia itu tidak diketahui orang

- Kerapuhan iman kerana diselubungi dengan syak wasangka sehingga tiada tetap pendirian

- Sikap sentiasa menjadi penentang kepada apa yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w sedangkan wahyu masih lagi berterusan, maka berterusanlah penentangan mereka sehingga bertambah parahlah penyakit jiwa mereka.

Waallhu a’lam..



[1] Kerana mereka telah ditutup hati, penglihatan dan pemikiran oleh Allah disebabkan kesombongan walaupun mereka mengetahui kebenaran.

[2] Telah thabit dalam satu riwayat, nabi pernah berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada salah seorang daripada dua ‘Umar ( ‘Umar al-Khattab dan ‘Umar b. Hisyam iaitu Abu Jahal). Lalu Allah perkenankan doa nabi maka ‘Umar al-Kattab mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah.

[3] Sepertimana yang terjadi kepada Ka’ab b. Asraf seorang pemimpin musyrikin yang pakar dalam bidang peperangan. Beliau telah dibunuh oleh Muhammad b. Maslamah atas tawaran Rasullullah s.a.w kerana Ka’ab ini terlalu amat jahat terhadap orang Islam.Tetapi mengikut undang-undang dunia sekarang tidak boleh berbuat demikian atas dasar golongan diplomatik.

[4] Bermaksud orang yang menyekutukan tuhan

[5] Orang yang pada zahirnya sahaja beriman, sedang batinnya adalah kufur (ingkar).

[6] Ahmad Sonhadji Mohamad, ‘Abr al-Athir (1992), J. 1, mk 45

1 comment:

ctrohani said...

assalamualaikum..saya mohon nak guna nota ni untuk penerangan kpd kawan2 utk program budaya al-Quran.terima kasih