Monday, November 9, 2009

ISTILAH ILMU AL-QIRA'AT 2 (makna riwayat)

PENGERTIAN ISTILAH RIWAYAT

Riwayat merujuk kepada setiap bacaan yang disandarkan kepada perawi-perawi kepada imam-imam tersebut. Riwayat di sini bukan bermaksud periwayatan sama ada periwayatan sesuatu hadith ataupun sesuatu ayat al-Qur’an. Ianya adalah satu gelaran bagi setiap bentuk bacaan yang disandarkan kepada perawi-perawi kepada imam tertentu. Bacaan ini hanya disepakati oleh pewaris perawi yang berada di bawah perawi tertentu. Setiap imam mempunyai dua orang perawi yang masyhur sepertimana kata al-Shathibi[1]:

وَسَوْفَ تَرَاهُمْ وَاحِداً بَعْدَ وَاحِدٍ * مَعَ اثْنَيْنِ مِنْ أَصْحَابِهِ مُتَمَثِّلاَ

Maksudnya: Dan engkau akan lihat mereka (tujuh imam) satu persatu bersama dua sahabatnya (perawi)

Disokong oleh Ibn al-Jazari dengan katanya[2]:

كُلُّ إِمَامٍ عَنْهُ رَاوِيَانِ

Maksudnya: Setiap imam daripadanya ada dua perawi

Sepertimana imam lain, ‘Asim mempunyai dua perawi yang masyhur iaitu Hafs b. Sulayman al-Kufi dan Shu’bah b. ‘Aiyyash al-Kufi,[3] sepertimana kata al-Shathibi [4]:

فَأَمَّا أَبُو بَكْرٍ وَعَاصِمٌ اسْمُهُ * فَشُعْبَةُ رَاوِيهِ الْمُبَرِّزُ أَفْضَلاَ

وَذَاكَ ابْنُ عَيَّاشٍ أَبُو بَكْرٍ الرِّضَا * وَحَفْصٌ وَبِاْلإِتْقَانِ كَانَ مُفَضِّلاَ

Maksudnya: Adapun ‘Asim yang nama sebenarnya adalah Abu Bakr, Maka Shu’bah adalah perawinya yang terserlah kelebihannya. Dan (Shu’bah) itu lebih dikenali dengan Ibn ‘Ayyash dan juga digelar Abu Bakr. Dan (perawi kedua) ialah Hafs yang menjadi rujukan bagi Shu’bah dan dia (Hafs) adalah sebaik-baik tempat rujukan.

Dan disokong oleh Ibn al-Jazari dengan katanya[5]:

ثَلاَثَةٌ مِنْ كُوْفَةٍ فَعَاصِمُ * فَعَنْهُ شُعْبَةٌ وَحَفْصٌ قَائِمُ

Maksudnya: Tiga imam daripada Kufah, (salah satunya) ‘Asim. Daripadanya Shu’bah dan Hafs.

Dengan ini, sudah tentu setiap riwayat ini mempunyai perbezaannya, contoh:

1) Membaca dengan membuang waw selepas hamzah pada kalimah رَءُوفٌ pada ayat :

وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Surah ali Imran (3):

Bacaan ini adalah daripada riwayat Shu’bah b. ‘Aiyyash serta beberapa imam yang lain. Ini diakui oleh al-Shathibi melalui katanya[6]:

وَرَءُوفٌ قَصْرُ صُحْبَتِهِ حَلاَ

Maksudnya: Dan dibaca kalimah رءوف secara qasr (dimana sahaja terdapat dalam al-Qur’an) oleh Abu ‘Amru, Shu’bah, Hamzah dan al-Kisaie

Dan disokong oleh Ibn al-Jazari melalui katanya[7]:

وَصُحْبَةٌ حِماً رَؤُفْ فَاقْصُرْ جَمِيعاً

Maksudnya: Dan Abu ‘Amru, Shu’bah, Hamzah, al-Kisaei serta Khalaf al-‘Ashir pada kalimah رؤف kesemuanya membaca secara qasr.

Maka dengan ini hanya pewaris di bawah riwayat Shu’bah sahaja yang membaca sedemikian. Manakala pewaris di bawah riwayat Hafs membaca sebaliknya iaitu mad dengan meletakkan waw selepas huruf hamzah. Demikianlah perbezaan setiap bacaan riwayat walaupun perawi-perawi tersebut di bawah imam yang sama



[1]al-ShÉÏibÊ, (1996), op., cit., h.2

[2] al-JazarÊ , (1994), op., cit., h. 32.

[3] Ini tidak bermakna ‘Ósim mempunyai dua orang perawi sahaja. Perawi beliau tidak terkira ramainya tetapi yang paling menonjol dalam mengajar dan menyebarkan qirÉ’at beliau ini adalah dua perawi ini sahaja. Begitulah juga keadaanya kepada imam yang lain. Lihat Dr. MuÍammad SÉlim MuÍaysin, (1989), Fi RiÍÉb al-Qur´an, BeirËt: DÉr al-JÊl, h. 312-313.

[4] al-ShÉÏibÊ, (1996), op., cit., h.3

[5] al-JazarÊ , (1994), op., cit., h. 32

[6] al-ShÉÏibÊ, (1996), op., cit., h. 39.

[7] al-JazarÊ , (1994), op., cit., h. 64


No comments: