Monday, November 9, 2009

ISTILAH ILMU AL-QIRA'AT 3 (makna turuq)

PENGERTIAN ISTILAH TURUQ

Turuq merujuk kepada setiap bacaan yang disandarkan kepada pewaris kepada perawi-perawi tersebut dan seterusnya. Bacaan ini hanya disepakati oleh pewaris tertentu sahaja. Secara umumnya ada lapan puluh turuq yang timbul daripada kesemua riwayat dan kesemua turuq ini berkembang kepada hampir seribu turuq[1]. Sepertimana kata Ibn al-Jazari [2]:

وَهَذِهِ الرُّوَاةُ عَنْهُمْ طُرُقُ * أَصَحُّهَا فِي نَشْرِنَا يُحَقَّقُ

بِاثْنَيْنِ فِي اثْنَيْنِ وَإِلاَّ أَرْبَعُ * فَهْىَ زُهَا أَلْفِ طَرِيقٍ تَجْمَعُ

Maksudnya: Dan setiap perawi-perawi ini mempunyai turuq yang telah disahkan dalam kitabku al-Nashr fi al-Qira’ati al-‘Ashr. Dari dua perawi berpecah kepada dua turuq dan daripada dua turuq berpecah kepada empat turuq sehinggalah mencapai hampir kepada seribu turuq.

Oleh itu, sepertimana riwayat yang lain, riwayat Hafs yang menjadi fokus kajian ini juga mempunyai berbagai turuq. Secara umumnya kesemua turuq ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Turuq Shatibiyyah

ii. Turuq Jazariyyah

Dan sudah tentu setiap turuq ini mempunyai perbezaannya, contoh:

Membaca tanpa dengung pada pertemuan nun sakinah dengan huruf lam dan ra’ adalah daripada turuq al-Shatibiyyah.

Sepertimana kata imam al-Shatibi:[3]

وَكُلُّهُمُ التَّنْوِينَ وَالنُّونَ أَدْغَمُوا * بِلاَ غُنَّةٍ فِى الَّلامِ وَالرَّا لِيَجْمُلاَ

Maksudnya: Dan semua imam membaca secara idgham dengan tanpa dengung apabila tanwin dan nun sakinah bertemu huruf lam dan ra’

Daripada kata-kata al-Shatibi di atas, dapat kita fahami bahawa semua imam termasuk ‘Asim yang merupakan imam kepada riwayat Hafs membaca tanpa dengung dalam pertemuan nun sakinah serta tanwin dengan huruf lam dan ra’. Sebaliknya, turuq al-Jazariyyah menyatakan bahawa terdapat imam yang mempunyai cara bacaan yang kedua iaitu membaca idgham beserta dengung dalam pertemuan nun sakinah dengan huruf lam dan ra’, sepertimana kata Ibn al-Jazari :[4]

وَادْغِمْ بِلاَ غُنَّةٍ فِي لاَمٍ وَرَا * وَهْيَ لِغَيْرِ صُحْبَةٍ أَيضًا تُرَى

Maksudnya: Dan dibaca secara idgham tanpa dengung pada lam dan ra’ oleh Azraq, Shu’bah, Hamzah, al-Kisaei dan Khalaf al-‘Ashir dan selebihnya ada yang membaca secara idgham beserta dengung.

Berdasarkan kata-kata Ibn al-Jazari di atas, dapat kita fahami bahawa menurut turuq al-Jazariyyah selain daripada para imam yang disebut di atas iaitu al-Asbahani, Ibn Kathir, Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, Abu Ja’far, Ya’qub dan termasuklah Hafs sendiri terdapat bagi mereka cara bacaan yang kedua iaitu bacaan secara idgham beserta dengung dalam pertemuan nun sakinah serta tanwin dengan huruf lam dan ra’ . Demikianlah perbezaan setiap turuq walaupun pewaris-pewaris tersebut di bawah perawi yang sama



[1]Dr. MuÍammad SÉlim MuÍaysin (1997), al-HÉdÊ SharÍ Ùayyibah al-Nashr fÊ al-QirÉ´Éti al-‘Ashr wa al-kashf ‘an ‘ilal al-QirÉ´Éti wa taujÊhuha, BeirËt: DÉr al-JÊl, j. 1, h. 35

[2] al-JazarÊ , (1994), op., cit., h. 33

[3] al-ShÉÏibÊ, (1996), op., cit., h. 24

[4] al-JazarÊ , (1994), op., cit., h. 50


No comments: