Wednesday, October 29, 2008

BPBQAM QIRA'AT HAMZAH ( MUQADDIMAH)

PENGENALAN IMAM HAMZAH AL-KUFI

(Menurut kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fattah al-Qadhi)

Beliau adalah : Hamzah bin Habib bin ‘Imarah bin Ismail Al-Kufi At-Taimi. Beliau dipanggil juga dengan Abu ‘Imarah .Beliau adalah imam yang luas ilmunya syeikh kepada ahli-ahli qiraat ,beliau juga adalah salah seorang daripada tujuh imam besar qiraat. Beliau juga dikenali dengan ‘Azzayyat’ disebabkan beliau selalu membawa minyak daripada Iraq ke Halwan dan membawa keju dari Iraq ke Kufah.

Beliau dilahirkan pada tahun ke 80 hijrah dan sempat bertemu sahabat selama setahun,barangkali beliau sempat melihat sebahagian daripada mereka dan dengan itu beliau termasuk dari kalangan At-tabi’in.

Beliau telah bertalaqqi dengan Abu Muhammad Sulaiman bin Mahran Al-A’masyh, Abu Hamzah Himran bin A’yun, Abu Ishaq Amar bin Abdulllah As-sabi’i, Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Laila, Tolhah bin Musrif, Abu Abdullah Ja’far As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zain Al-Abidin,

Al-A’masyh serta Tolhah pula bertalaqqi dengan Yahya bin Thab Al-Asdi.

Manakala Yahya pula telah bertalaqqi dengan Abu Syabl Ulqamah bin Qais, anak saudaranya Al-aswad bin Yazid bin Qais, Zir bin Hubaiysh, Zaid bin Wahab, Ubaidah bin Amar Al-Salmani dan Masruq bin Al-Ajda’.

Himran pula telah bertalaqqi dengan Abu Al-Aswad ,Muhammad Al-Baqir dan Ubaid bin Fadhilah.

Ubaid pula telah bertalqqi dengan Ulqamah ,Sementara Abu Ishaq pula telah bertalaqqi dengan Abu Abdul Rahman As-Sulami ,Zir bin Hubaiysh , Asim bin Hamzah ,dan Al-Harith bin Abdullah Al-Hamdani.

Asim serta Al-Harith pula telah bertalaqqi dengan Ali.

Ibnu Abi Laila pula bertalaqqi dengan Al-Minhal bin ‘Amru dan selainnya.

Manakala Al-Minhal pula bertalaqqi dengan Sa’id bin Jubair.

Ulqamah, Al-Aswad, Ibnu Wahab, Masruq, Asim serta Al-Harith kesemuanya bertalaqqi dengan Abdullah bin Mas’ud. Abu Ja’aafar pula bertalaqi dengan ayahnya Muhammad Al-Baqir .Bapanya pula ( Muhammad Al-Baqir) bertalaqqi dengan ayahnya Zain Al-Abidin ,dan beliau ( Zain Al-Abidin) bertalaqqi dengan ketua pemuda ahli syurga iaitu Al-Husain .Sementara Al-Husain bertalaqqi daripada ayahnya Ali bin Abu Talib .Ali bin Abu Talib serta Ibnu Mas’ud keduanya bertalaqqi dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Muhaqqiq telah berkata : Al-A’masyh menguasai cara bacaan Ibnu Mas’ud, Ibnu Abi Laila pula menguasai bacaan Ali,dan Abu Ishaq membaca daripada kedua-dua bacaan tersebut.

Dahulunya Himran membaca dengan bacaan Ibnu Mas’ud dengan tidak menyalahi mushaf Uthmani dan mengiktiraf riwayat Abdullah dan tidak tersimpang dari Mushaf Usmani ,dan inilah yang menjadi ikhtiyar bagi Hamzah.

Hamzah dahulunya adalah imam masyarakat dalam bidang Qiraat di Bandar Kufah selepas Asim dan Al-A’masyh. Beliau adalah dipercayai dan dijadikan hujjah dengan ilmunya, melaksanakan apa yang dituntut oleh Al-Quran, pakar dalam bidang fara’id, mahir dalam bidang Bahasa Arab,serta menghafal hadith-hadith Nabi.

Pada satu hari Abu Hanifah berkata kepadanya : Dua pekara yang kami tidak dapat kuasai serentak tetapi tidak menjadi masalah bagi kamu daripada keduanya iaitu : Al-Qur’an dan Al-Fara’id.

Dahulu syeikhnya Al-A’masyh pabila melihatnya secara berhadapan dia akan berkata : “dia ini adalah pakar Al-Qur’an.” Dan satu hari beliau bertemu dengannya dan berkata ; “dia ini adalah orang yang khusyuk, contoh yang boleh diikuti dalam sedekah, wara’, ibadah, zuhud dan dia tidak mengambil upah dari pengajaran Al-Quran.”

Satu hari datang kepadanya seorang lelaki dan bertalaqi dengannya, lelaki tersebut adalah dari kalangan orang-orang kenamaan di Kufah, maka dia menyumbangkan kepada Hamzah sejumlah wang daripada dirham, lalu Hamzah memulangkannya lantas berkata : “Aku tidak mengambil upah dari Al-Quran.aku mengharapkan daripadanya adalah syurga Firdaus”.

Yahya bin ma’in pula berkata : aku mendengar Muhammad bin Fudhail berkata :” Aku tidak merasakan bahawa Allah menolak bala dari Bandar Kufah itu melainkan disebabkab Hamzah.”

Jarir bin Abdul Hamid berkata : “Satu hari Hamzah berlalu dengan aku pada hari yang terlalu panas ,maka aku berikan kepadanya air utk dia minum ,tetapi dia menolak pemberian itu kerana aku pernah bertalaqqi denganya al-quran.”

Ramai yang meriwayatkan bacaanya sehingga tidak mampu utk dihitung. Di antara yang meriwayatkanya adalah Ibrahim bin Adham. Al-Husain bin Ali Ju’fi, Sulaim bin Isa, Sufian Athauri, Ali bin Hamzah Al-Kisa´ei, Yahya bin Ziad Al-farra’ dan yahya bin Al-Mubarak Al-Yazidi. Sulaim bin Isa dia adalah yang paling dhobit di antara sahabatnya yang lain dan al-Kisa´ei adalah diantara yang paling unggul di antara sahabatnya yang lain.

Beliau wafat pada tahun 156 Hijrah di Halwan dalam usianya 76 tahun.

Perawi yang paling masyhur yang meriwayatkan riwayatnya adalah Khalaf dan Khallad.

Khalaf :

Beliau adalah Khalaf b. Hisyam b. Sa’lab b. Khalaf al-´Asadi al-Baghdadi al-Bazzar dan digelar Abu Muhammad. Beliau adalah salah seorang perawi daripada Sulaim daripada Hamzah. Beliau juga mempunyai ikhtiyar bacaannya sendiri dan ini menjadikan tergolong sebagai salah seorang daripada imam sepuluh.

Lahir pada tahun 150 hijrah. Beliau menghafal quran pada umur 10 tahun dan bermula menuntut ilmu pada umur 13 tahun.

Beliau mengambil bacaan secara ´aradan daripada Sulaim b. ‘Isa dan Abd al-Rahman b. Hammad daripada Hamzah.

Meninggal dunia pada Jamadil akhir tahun 229 di Baghdad.

Khallad:

Beliau adalah Khallad al-Syaibani al-Kufi dan digelar Abu ‘Isa. Lahir pada tahun 130 hijrah

Beliau mengambil bacaan secara ´aradan daripada Sulaim b. ‘Isa daripada Hamzah.

Meninggal pada tahun 220 hijrah.

Antara manhaj-manhaj Qira´at Hamzah:

1) Tiada basmalah diantara 2 surah[1]

2) Dhommahkan huruf ha´ secara wasal atau waqaf pada 3 kalimah ini[2]

عليهم / إليهم / لديهم

3) Membaca dengan Isyba’[3] pada Muttasil dan munfasil

4) Naql harakah ila sakin Qablaha.

5) Mengubah[5] hamzah ketika waqaf samada hamzah ditengah (يؤمنون) atau di hujung ( ينشئ )[6]

6) Imalah pada zawatil ya´ dan alif yang ditulis dengan ya´ pada mushaf seperti :

النصرى, موسى,واليتامى . Dan imalah juga pada alif-alif di kalimahجآء , شآء, dan juga kalimah-kalimah yang akan diperjelaskan kemudian.



[1] Sepertimana kata Imam al-Syibiy:

ووصلك بين السورتين فصاحة

[2] Sepertimana kata Imam al-Syatibiy:

عليهم إليهم حمزة ولديهمو جميعا بضم الهاء وقفا وموصلا

[3] 6 harakat.

[4] Sepertimana kata Imam al-Syatibiy:

وعنده روى خلف في الوصل سكتا مقللا

ويسكت في شئ وشيا وبعضهم لدى اللام للتعريف عن حمزة تلا

وشئ وشيا لم يزد

[5] Samada ibdal, hazaf, naqal ataupun tashil

[6] Sepertimana kata Imam al-Syatibiy:

وحمزة عند الوقف سهل همزه إذا كان وسطا أو تطرفا منزلا

No comments: