Thursday, October 23, 2008

AL-RASM UTHMANI (17)



ADAKAH RASM UTHMANI TAUQIFI
?

Ulama’ berselisih dalam mengatakan adakah rasm Uthmani itu tauqifi atau istilaahi.

Ada 3 pendapat:

1) Mazhab jumhur ulama’ salaf dan khalaf mengatakan tauqifi, tidak boleh mengubahnya, haram jika menyalahinya seperti tertib surah dan ayat

2) Mazhab ini mengatakan bukan tauqifi, tidak dilarang mengubahnya mengikut perkembangan penulisan semasa.Diantara yang menyokongnya ialah Abu Bakr al-Baaqalaani, Ibn Khaldun dan sebahagian ulama’ yang lainTarikh Ibn Khaldun j 1 mk 757

3) Mazhab ini mengatakan harus menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping mengekalkan juga rasm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya. Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyial-Burhan j 1 mk 379

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa rasm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah mengikut apa yang Baginda arahkan.

Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Qur’an sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al-Qur’an bertepatan dengan rasm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut sebagai bacaan al-Qur’an.

Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan rasm Uthmani,jangan diubah walau sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar kepada kanak-kanak agar mereka mengenali rasm Uthmani dan kepada guru-guru al-Qur’an ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban. Tarikh al-Mushaf al-Syarif 104-105

2 comments:

msat said...

salam alaika ustaz

ada typing error.
ustaz tulis rasulullah swt.

ABUJAZARIEY said...

wassalam...syukran diatas perhatian enta.