v) PENULISAN HAMZAH الهمزة (The rules of Hamza)
Bergantung kepada 2 keadaan:
i) Ketika hamzah itu mati:
Samada terletak ditengah atau di hujung,di tulis rumah (صورة) nya berdasarkan baris huruf sebelumnya, Contoh:
* Sekiranya fathah, ditulis alif :
إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً... الواقعة 35
* Sekiranya kasrah, ditulis Ya’:
نَبِّئْ عِبَدِي ..الحجر 49
* Sekiranya dhommah, ditulis waw :
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ ..الواقعة 23
Begitu juga ditulis dengan ya’ sekiranya hamzah berbaris fathah atau dhommah dan sebelumnya kasrah:
فِئَـةٌ...ال عمران 13 / سَنُقرِئُكَ...الأعلى 6
Dan ditulis waw sekiranya hamzah berbaris dhommah dan sebelumnya fathah:
رَؤُوفٌ...ال عمران
Atau sekiranya hamzah berbaris fathah dan sebelumnya dhommah
مُؤَجَّلا...ال عمران 145
Tetapi sekiranya sebelum hamzah itu terdapat huruf yang mati, maka dihazafkan rumahnya:
نِسَاءَكُم...البقرة 49
Kecuali hamzah berbaris kasrah dan sebelumnya alif, maka ditulis dengan ya’:
قَائِمَة...ال عمران 113
atau berbaris dhommah, ditulis dengan waw:
هَاؤُهُم...الحاقة 19
*Di hujung kalimah:
Hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk huruf sebelumnya:
• Ditulis alif selepas Fathah:
بَدَأَ الخَلق..العنكبوت 20
• Ditulis ya’ selepas kasrah:
قُرِئَ..الإنشقاق 21
Ditulis waw selepas dhommah:
إِنِ امرُؤٌاْ...النساء 176
Tetapi jika mati huruf sebelumnya, maka tidak ditulis rumahnya:
شَيءٍٍ...البقرة 20 / مِلءُ...ال عمران 91 / السَمَاءُ...الفرقان 25
Semua kaedah yang telah dibentangkan tadi adalah kaedah umum bagi penulisan hamzah
Terdapat juga kaedah khas yang tidak menepati satu pun kaedah yang telah dibentangkan tadi, seperti:
• Hamzah yang mati ditengah kalimah dibuang rumahnya bagi mengelakkan berhimpun 2 yang serupa:
وَرِءيًا / وَرِئْيًا..مريم 74 ü وَتُئْوِي y/ وتُؤْوِي..الأحزاب 51
No comments:
Post a Comment