PENDAPAT ULAMA’ TENTANG CIRI-CIRI PENULISAN RASM UTHMANI
Ulama’ berselisih tentang kaedah rasm Uthmani yang berlainan dengan kaedah rasm Qiasi kepada 2 pendapat:
1) Pendapat ini mengatakan bahawa sesungguhnya para sahabat yang ditugaskan untuk menulis mushaf adalah antara yang terhebat dalam ilmu kaedah penulisan Arab dan mereka menulis dengan menggunakan kaedah ini dan kadang-kadang menyalahi kaedah tersebut kerana sebab dan rahsia yang banyak. Dan ada diantara rahsia tersebut dapat dicungkil oleh para ulama’ dan ada yang masih menjadi rahsia Allah s.w.t
Contoh:
مِاْئَةٌ ..الأنفال 66 / وَأُوْلَئِكَ..البقرة 5
ditambah alif dan waw kerana hendak membezakan dengan kalimah:
مِنهُ / إليك
kerana dahulunya mushaf tidak ada titik, baris mahupun hamzah
2) Pendapat ini mengatakan bahawa segala ciri Rasm Uthmani yang menyalahi kaedah penulisan arab adalah berpunca daripada kesilapan para sahabat yang kurang mahir dalam penulisan arab.
Ibn Khaldun telah berkata bahawa sesungguhnya penulisan Arab dizaman permulaan Islam belum sampai ke tahap yang membanggakan bahkan masih ditahap permulaan.
Justeru itu, banyaklah terdapat penulisan rasm mushaf itu menyalahi kaedah penulisan Arab.
Selepas mushaf sampai ke zaman Tabi’ dan Tab’ein penulisan itu masih dikekalkan sebagai menghormati usaha para sahabat yang bertungkus lumus menulis al-Qur’an.
Pendapat ini ditolak dengan alasan bahawa sebenarnya bangsa arab jahiliyyah telah pun menulis sebelum kedatangan Islam 3 kurun lamanya, tetapi seni penulisan ini tidaklah tersebar luas sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi rasul.… Masodir al-syi’ri al-Jahili mk 25
Para ahli sejarah telah menyebut bahawa terdapat beberapa orang yang mahir dalam penulisan pada zaman jahilliyah seperti Ghailaan bin Sulmah.
Begitu juga Laqait bin Ya’mur penulis syair yang pernah menjadi penterjemah di negara Parsi.
Dan bukan sahaja dikalangan lelaki sahaja yang tahu membaca dan menulis, bahkan dikalangan perempuan juga seperti as-Syifa’ binti Abdu daripada kaum keluarga Saidina Umar al-Khattab dan beliau jugalah yang mengajar Hafsah binti Umar.
Didalam kitab Futuhu al-Buldaan menyebut ketika mana Islam itu muncul di Mekah sudah terdapat 17 lelaki Quraisy yang mahir menulis.
Perkembangan penulisan makin berkembang ketika mana Islam sampai ke Madinah dan tidaklah para sahabat pada masa itu hanya tahu menulis sahaja tetapi sudah mahir dengan kaedah al-Naqt wa al-Syakli iaitu kaedah titik dan baris sepertimana kata Ibn Mas’uud r.a,
جردوا القرآن ليربو فيه صغيركم....
Yang bermaksud : kosongkan penulisan al-Qur’an itu daripada titik, baris dan sebagainya supaya kanak-kanak mengenali bahawa itu adalah al-Qur’an …al-Faa’iqu lil Zamarhsyari j 1 mk 187
Maka dengan hujjah tersebut tadi menunjukkan tertolaknya pandangan Ibn Khaldun dalam membahaskan perbezaan yang terdapat di rasm Uthmani denan rasm Qiasiy.
Kesimpulannya, para sahabat yang telah ditugaskan untuk menulis al-Qur’an telah dipilih oleh Rasullullah s.a.w dengan ilham daripada Allah s.w.t. untuk menjaga kesucian kitab ini. Maka tidak sewajarnya dikatakan terdapatnya perbezaan diantara rasm Uthmani dan rasm qiasiy itu adalah kerana kejahilan mereka dan sebenarnya apa yang mereka tulis adalah berdasarkan tunjuk ajar daripada Rasullullah s.a.w
No comments:
Post a Comment