Wednesday, March 27, 2013

FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN)

MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL)

 KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI 


سورةُ أُمُّ القُرْآن


وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها          ولَكِن عَلَيْهِم أَوَّلاً يُسْقِطُ المـُثْرِ
    ويَعْتاضَ بِسْمِ اللهِ والـمُسْتَقيمِ قُل           لِكُلٍّ  وما عَدُّوا الذينَ على ذِكْرِ
                     
 

وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها

Dan surah Ummu al-Quran dikira tujuh ayat oleh semua para Ulama’ ‘Adad
 




ولَكِن عَلَيْهِم أَوَّلاً يُسْقِطُ المـُثْرِ
Akan tetapi pada kalimah عَلَيْهِم  yang pertama, digugurkan ( daripada perkiraan) oleh al-Musri ( rumuz bagi  al-Makki dan al-Kufi)




ويَعْتاضَ بِسْمِ اللهِ




Dan menggantikan (iaitu bagi mencukupkan 7 ayat)  dengan Basmalah. ( Maka selain daripada al-Makki dan al-Kufi iaitu al-Madani al-Awal dan al-Thani, al-Basri, al-Syami mengira kalimah عَلَيْهِم  yang pertama sebagai satu ayat dan menggugurkan Basmalah.)



والـمُسْتَقيمِ قُل لِكُلٍّ

Dan kalimah الـمُسْتَقيمِ  dikira sebagai satu ayat oleh semua Ulama’ ‘Adad



وما عَدُّوا الذينَ على ذِكْرِ
Dan semua Ulama’ ‘Adad tidak mengira  kalimah الذينَ  sebagai satu ayat.




1 comment:

zubaili al-fasheuky said...

ustad tolong diposting juga masalah mad shilah dalam ilmu tajwid, dan tempat2 pengecualiannya beserta alasannya ! mksi ! slam ukhuwah !