BACAAN JAMA’ SURAH AL-BAQARAH (1-5)
MELALUI TARIQ AL-SYATIBIYYAH WA AL-DURRAH
(‘ASYARAH SUGHRA)
بسم الله الرحمن الرحيم
الم (1)
1. Qalun baca dan semua ikut kecuali Abu Ja’far
2. Abu Ja’far membaca dengan saktah[1]
ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)
1. Qalun baca semua ikut kecuali Ibn Kathir dan al-Susi
2. Al-Susi dengan idgham kabir[2]
3. Ibn Kathir dengan silah ha’ kinayah[3]
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاة وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3)
1. Qalun baca sukun mim jama’ secara khilaf pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ , semua ikut kecuali Warsy, Ibn Kathir, al-Susi dan Abu Ja’far.[4]
2. Qalun membaca pula silah mim jama’ pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan Ibn Kathir ikut.
3. Warsy baca taghliz lam [5]pada kalimah الصَّلاة dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ [6]
4. Al-Susi baca ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
5. Abu Ja’far baca silah mim jama’ [7]pada kalimah رَزَقْنَاهُم dan ibdal hamzah [8]pada kalimah يُؤْمِنُونَ
Disebabkan ayat keempat selepas ini terdapat mad al-munfasil padanya, adalah lebih elok difahami dahulu kaedah ikhtiyar[9] imam-imam terhadap mad al-Munfasil sekaligus mad al-Muttasil
1. Munfasil:
- Qasr : Ibn Kathir ,al-Susi, Abu Ja’far dan Ya’qub[10] secara qaulan wahidan dan Qalun serta al-Durri Abu ‘Amru secara khilaf.
- Tawassut: Ibn ‘Amir, ‘Asim, al-Kisaei dan Khalaf al-‘Asyir secara qaulan wahidan serta Qalun serta al-Durri Abu ‘Amru secara khilaf.
- Mad atau Isyba’: Warsy dan Hamzah secara qaulan wahidan.
2. Muttasil:
- Tawassut: Qalun, Ibn kathir, Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, al-Kisaei, Abu Ja’far, Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir[11] secara qaulan wahidan.
- Mad atau Isyba’: Warsy dan Hamzah secara qaulan wahidan.
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)
1. Qalun baca secara qasr al-munfasil dan sukun mim al-jama’ secara khilaf pada kalimah هُمْ , al-Durri Abu ‘Amru (wajah pertama) dan Ya’qub ikut.[12]
2. Qalun membaca pula silah mim al-jama’ pada kalimah هُمْ dan Ibn Kathir ikut.
3. Qalun membaca pula secara tawassut al-munfasil dan sukun mim al-jama’ secara khilaf pada kalimah هُمْ , al-Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), Ibn ‘Amir, ‘Asim, al-Kisaei dan Khalaf al-‘Asyir ikut .[13]
4. Qalun membaca pula silah mim al-jama’ pada kalimah هُمْ Hamzah baca secara mad al-munfasil dan saktah pada kalimah بِالآخرَةِ
5. Khallad (wajah kedua) pula ikut dengan meninggalkan saktah pada kalimah بِالآخرَةِ
6. Warsy baca tarqiq ra’, naqal dan tathlis al-Badal pada kalimah بِالآخرَةِ dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
7. Al-Susi baca qasr al-munfasil beserta ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
8. Abu Ja’far baca silah mim al-Jama’, qasr al-munfasil beserta ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ (5)
1. Qalun baca dengan tawassut al-Muttasil dengan sukun mim al-Jam’ pada kalimah رَبِّهِمْ semua ikut kecuali Warsy, Ibn Kathir, Hamzah dan Abu Ja’far.[14]
2. Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jam’ pada kalimah رَبِّهِمْ dan Ibn Kathir serta Abu Ja’far ikut.
3. Warsy membaca dengan mad al-Muttasil dan Hamzah ikut.
[1] Kata Ibn al-Jazari ( al-Durrah, bab Farsy al-Huruf: Surah al-Baqarah, mk 22):
حروف التهجى افصل بسكت كحاألف ألا
[2] Kata al-Syaikh Hassan Khalaf al-Hussaini (Mukhtasar bulughu al-Umniyyah,, bab Hukm ma fi al-Idgham al-Kabir wa Ha al-Kinayah, mk 5):
والادغام بالسوسي خص
[3] Kata al-Syatibi (Hirz, bab ha’ al-Kinayah, mk 13):
وما قبله التسكين لإبن كثيرهم
[4] Maka yang mengikut bacaan Qalun adalah al-Duri Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaei,Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir.
[5] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Lamat, mk 29):
وغلظ ورش فتح لام لصادها أوالطاء أو للظاء قبل تنزلا
إذا فتحت أو سكنت كصلاتهم ومطلع أيضا ثم ظل ويوصلا
[6] Jikalau waqaf pada kalimah يُؤْمِنُونَ, Hamzah akan ibdal.
[7] Kata Ibn al-Jazari ( al-Durrah al-Mudhiyyah, bab al-Basmalah wa Umm al-Qur’an, mk 16 ):
وصل ضم ميم الجمع أصل
[8] Kata Ibn al-Jazari ( al-Durrah al-Mudhiyyah, bab al-Hamz al-Mufrad, mk18 ):
وساكنه حقق حماه وأبدلن إذا غير أنبئهم ونبئهم فلا
[9] Ikhtiyar ini hanya melibatkan kaedah dua martabat sahaja bagi pengertian mad, iaitu tawassut dan isyba’. Secara hakikatnya ada beberapa martabat yang dinaqalkan daripada imam-imam. Demi untuk menjimatkan masa, adalah lebih baik digunakan 2 martabat ini sahaja. Untuk lebih jelas dalam memahami kesemua martabat sila lihat al-Dani, al-Taysir fi al-Qira’at al-Sab’ (1996), mk 35. Lihat juga Felza Zulhibri b. Abd Hamid (2010),Riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi: Kajian Perbandingan antara Tariq al-Shatibiyyah dengan Tariq al-Jazariyyah. Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, mk 81.
[10] Kata Ibn al-Jazari (al-Durrah, al-Mad wa al-Qasr, mk 17):
وما انفصل اقصرن ألا حز
[11] Kata Ibn al-Jazari (al-Durrah, al-Mad wa al-Qasr, mk 17):
ومدهم وسط
[12] Maka yang tidak mengikut bacaan Qalun yang pertama ini adalah Warsy, Ibn Kathir, al-Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), al-Susi, Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah dan al-Kisaei, Abu Ja’far dan Khalaf al-‘Asyir
[13] Maka baki imam yang tidak membaca lagi setakat bacaan Qalun yang ketiga ini adalah Warsy, al-Susi, Hamzah dan Abu Ja’far.
[14]Maka yang mengikut bacaan Qalun yang pertama ini adalah Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, al-Kisaei, Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir
No comments:
Post a Comment