Apabila jajahan Islam semakin meluas, datanglah satu golongan penulis yang berasal dari Kufah memperbaiki serta memperelokkan lagi khat tersebut sehinggalah jelas perbezaan bentuknya daripada khat al-Hijazi dan dikenali sebagai khat al-Kufi.
Segala penulisan yang berlaku selepas itu semuanya ditulis dengan khat al-Kufi termasuklah penulisan Mushaf.
Kemudian, khat al-Kufi diperelokkan lagi oleh Qutbah al-Muharrar yang dibantu oleh al-Dhihaa’ ibn ‘Ajlaan dan Ishaak ibn Hammad dengan menggabungkan khat al-Kufi dengan Khat al-Hijazi dan dinamakan khat al-Arabi.
Dan dipercayai khat yang ada sekarang ini adalah berasal daripada khat al-Arabi iaitu khat yang menggabungkan khat al-Kufi dan al-Hijazi
Selepas dari ini, tiada siapa lagi yang mengubah bentuk khat ini melainkan di cantikkan sahaja tanpa mengubah keasliannya sampailah kepada zaman sekarang
Tokoh-tokoh yang memastikan keaslian khat al-Arabi ciptaan Qutbah ini tidak berubah dan mempraktik khat ini keseluruh bidang penulisan:
Muhammad ibn Maqlah iaitu salah seorang Gabenor di zaman Daulah ‘Abassiyah
Ali ibn Hilal al-Baghdadi dikenali dengan Ibn al-Bawaabi
Begitu juga dengan ulama’ yang lain selepas zaman Ali ibn Hilal yang sentiasa berlumba-lumba untuk memperelokkan khat ini tanpa mengubah keaslian ciptaan Qutbah.
No comments:
Post a Comment