TULISAN ARAB
Menurut bahasa Arab, perkataan tulisan atau khat (خط) bererti garis yang memanjang pada sesuatu perkara.
Terdapat perbezaan diantara khat dan rasm. Khat adalah lebih merujuk kepada pembentukan sesuatu huruf manakala rasm pula lebih kepada pembentukan kalimah daripada sesuatu huruf.
Terdapat berbagai pendapat dikalangan ahli sejarah tentang siapa yang paling awal sekali menulis.
Di dalam kitab Samiiru al-Tholibin fi rasm wa dhobthi al-Kitaabi al-Mubiin menceritakan bahawa sebahagian ulama’ mengatakan nabi Adam a.s. yang pertama menulis bukan sahaja dengan tulisan arab bahkan dengan tulisan-tulisan yang lain.
Dan ada yang mengatakan sebelum wafat, beliau menulis semua jenis tulisan di tanah liat kemudian dibakar dan ditanam.
Selepas berlakunya taufan besar yang menyebabkan semua tulisan yang ditanam terkeluar, maka setiap kaum yang ada pada ketika itu masing-masing mendapat tulisan bagi kaum mereka.
Dengan ilham dan petunjuk dari Allah, mereka mempelajari serta meminda bentuk tulisan tersebut dan meng’iktiraf bahawa tulisan tersebut adalah tulisan yang asal bagi kaum mereka.
Sebahagian ulama’ pula mengatakan penulis wahyu bagi nabi Huud a.s.
Beliau juga yang bertanggung-jawab mengajar tulisan arab ini kepada maraamir bin murrah, Aslam bin sadrah dan ‘Aamir bin jadrah
Tulisan Arab ini sampai ke Iraq adalah daripada usaha ketiga-tiga individu ini.
Dalam Kitab Rasm al-Mushaf wa Dhobtuhu: baina Al-Tauqiifi wa al-Isthilaahaati al-Hadhiisati menamakan nabi Idris a.s. dengan bersandarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda:
إدريس أول من خط بالقلم...رواه ابن حبان
Orang yang pertama menulis dengan qalam adalah nabi Idris a.s.
Ibn Al-’Arabi pula mengatakan nabi Ismail a.s. belajar bahasa arab dari Jibrail a.s. dengan fasih hinggalah ilmu ini sampai kepada zaman Rasullullah S.A.W.
Ibn ‘Abbas pula berpendapat, nabi Hud a.s. menulis dengan tulisan arab, sepertimana beliau juga berpendapat bahawa nabi Ismail ialah manusia yang mencipta kaedah tulisan tersebut.
Rasullullah S.A.W diutuskan kepada satu umat yang kebanyakkannya buta huruf.
Fenomena ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Juma’ah ayat 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
Dialah yang mengutus kepada bangsa yang buta huruf seorang rasul dari kalangan mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah, sekalipun sebelum itu sememangnya mereka dalam kesesatan yang nyata.
Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W:
Ahli Mekah:
- Khalifah Yang 4
- Talhah bin Ubaidillah
- Abu Sufyan bin Harb dan anaknya Muawiyah.
-Abban bin Said
-Al-Ala bin Al-Hadrami
Ahli Madinah:
- Amru bin Said
- Ubai bin Kaab
- Zaid bin Thabit
- Al-Munzir bin Amru
Berkekalanlah keadaan sebegitu sehinggalah Rasullullah s.a.w berhijrah ke Madinah,Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis.
Antara contohnya, ketika mana selepas peperangan Badar yang mana telah memperlihatkan bagaimana 78 tawanan dari bangsa Quraisy diberi syarat sekiranya ingin dibebaskan perlu ditebus dengan harta, dan sesiapa yang tidak mampu, tetapi mempunyai pengetahuan tentang penulisan perlulah mengajar 10 anak orang Islam Madinah.
No comments:
Post a Comment