MATAN
NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL)
KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI
سورةُ أُمُّ القُرْآن
وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً
يَعُدُّها ولَكِن عَلَيْهِم
أَوَّلاً يُسْقِطُ المـُثْرِ
ويَعْتاضَ بِسْمِ اللهِ والـمُسْتَقيمِ
قُل لِكُلٍّ وما عَدُّوا الذينَ على ذِكْرِ
وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً
يَعُدُّها
Dan
surah Ummu al-Quran dikira tujuh ayat oleh semua para Ulama’ ‘Adad
ولَكِن عَلَيْهِم
أَوَّلاً يُسْقِطُ المـُثْرِ
Akan
tetapi pada kalimah عَلَيْهِم yang pertama, digugurkan ( daripada
perkiraan) oleh al-Musri ( rumuz bagi
al-Makki dan al-Kufi)
ويَعْتاضَ بِسْمِ اللهِ
Dan menggantikan (iaitu bagi mencukupkan 7 ayat) dengan Basmalah. ( Maka selain daripada
al-Makki dan al-Kufi iaitu al-Madani al-Awal dan al-Thani, al-Basri, al-Syami
mengira kalimah عَلَيْهِم yang pertama sebagai satu ayat dan
menggugurkan Basmalah.)
والـمُسْتَقيمِ قُل لِكُلٍّ
Dan kalimah
الـمُسْتَقيمِ
dikira sebagai satu ayat oleh semua Ulama’
‘Adad
وما عَدُّوا الذينَ على ذِكْرِ
Dan
semua Ulama’ ‘Adad tidak mengira kalimah
الذينَ sebagai satu ayat.