وَعَلَّمَ
آدَمَ الأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ
أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاء إِنْ كُنتُمْ صَادِقِينَ (31)
1.
Qalun baca[1] sukun mim al-Jam’ , qasr pada Munfasil,
tawassut pada Muttasil dan membaca tashil [2]secara
mad[3]
dan qasr[4]
pada huruf hamzah yang pertama di pertemuan dua hamzah pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ.
2.
Abu ‘Amru (al-Susi dan Duri wajah pertama) membaca[5]
qasr pada Munfasil dan membaca isqat hamzah pertama secara
qasr dan mad[6]
pada kalimah هَؤُلاء
إِنْ
3.
Qalun baca[7] sukun mim al-Jam’ , tawassut pada
Munfasil dan Muttasil dan membaca tashil secara mad
dan qasr pada huruf hamzah yang pertama di pertemuan dua hamzah
pada kalimah هَؤُلاء إِنْ.
4.
Duri Abu ‘Amru (wajah kedua) baca tawassut Munfasil dan membaca
isqat hamzah pertama secara qasr dan mad[8]
pada kalimah هَؤُلاء
إِنْ
5.
Ibn ‘Amir baca tawassut pada Munfasil dan Muttasil
dan membaca tahqiq pada pertemuan dua hamzah pada kalimah هَؤُلاء إِنْ. ‘Asim
dan al-Kisaei ikut.
6.
Qalun baca[9] silah mim al-Jam’ , qasr pada Munfasil,
tawassut pada Muttasil dan membaca tashil secara mad
dan qasr pada huruf hamzah yang pertama di pertemuan dua hamzah
pada kalimah هَؤُلاء إِنْ. Al-Bazzi
ikut.
7.
Qalun baca[10] silah mim al-Jam’ , tawassut pada
Munfasil dan Muttasil dan membaca tashil secara mad
dan qasr pada huruf hamzah yang pertama di pertemuan dua hamzah
pada kalimah هَؤُلاء إِنْ.
8.
Qunbul baca[11] silah mim al-Jam’ , qasr pada Munfasil
, tawassut Muttasil dan membaca tashil[12]
pada huruf hamzah yang kedua
di pertemuan dua hamzah pada kalimah هَؤُلاء إِنْ
9.
Qunbul dalam
bacaan yang sama seperti diatas tetapi menukar bacaan tashil kepada ibdal
[13]huruf
hamzah yang kedua kepada huruf mad [14]pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
10. Warsy baca naqal pada kalimah الأَسْمَاءَ , membaca
isyba’ pada semua Muttasil
dan Munfasil serta membaca tashil
pada huruf hamzah yang kedua di pertemuan dua hamzah pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
11. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan tashil kepada ibdal huruf hamzah yang kedua kepada
huruf mad pada kalimah هَؤُلاء إِنْ
12. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan ibdal huruf mad kepada ibdal huruf
ya’ khafif (yang kurang sempurna) [15]pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
13. Hamzah[16]
(Khalaf dan Khallad
wajah pertama) baca saktah pada kalimah الأَسْمَاءَ , membaca
isyba’ pada semua Muttasil
dan Munfasil serta membaca tahqiq
pada huruf hamzah yang kedua di pertemuan dua hamzah pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
14. Khallad (wajah kedua), dalam
bacaan yang sama seperti diatas tetapi meninggalkan saktah pada kalimah الأَسْمَاءَ .
15. Warsy membaca tawassut al-Badal
pada kalimah آدَمَ dan أَنْبِئُونِي ,
naqal pada kalimah الأَسْمَاءَ , membaca
isyba’ pada semua Muttasil
dan Munfasil serta membaca tashil
pada huruf hamzah yang kedua di pertemuan dua hamzah pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
16. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan tashil kepada ibdal huruf hamzah yang kedua kepada
huruf mad pada kalimah هَؤُلاء إِنْ
17. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan ibdal huruf mad kepada ibdal huruf
ya’ khafif (yang kurang sempurna) pada kalimah هَؤُلاء
إِنْ
18. Warsy membaca isyba’ al-Badal
pada kalimah آدَمَ dan أَنْبِئُونِي ,
naqal pada kalimah الأَسْمَاءَ , membaca
isyba’ pada semua Muttasil
dan Munfasil serta membaca tashil
pada huruf hamzah yang kedua di pertemuan dua hamzah pada
kalimah هَؤُلاء إِنْ
19. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan tashil kepada ibdal huruf hamzah yang kedua kepada
huruf mad pada kalimah هَؤُلاء إِنْ
20. Warsy dalam bacaan yang sama seperti
diatas tetapi menukar bacaan ibdal huruf mad kepada ibdal huruf
ya’ khafif (yang kurang sempurna) pada kalimah هَؤُلاء
إِنْ
[1] Dalam bacaan pertama ini ada
dua wajah untuk Qalun
[2]Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
وقالون
والبزىُّ فى الفتحِ وافقا وفى غيرهِ كاليا وكالواو سَهَّلا
[4] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
وإن
حرفُ مدٍّ قبلَ همزٍ مُغيَّرٍ يجزْ قصرُهُ والمدُّ ما زال أعدلا
[5] Dalam bacaan kedua ini ada
dua wajah untuk Abu ‘Amru
[6] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
وأسقط
الاولى فى اتِّفاقِهِما معاً إذا كانتا من كلمتينِ فتى العلا
[7] Dalam bacaan ketiga ini ada
dua wajah untuk Qalun
[8] Dalilnya kepada mafhum
mukhalafah pada nota kaki no. 4
[9] Dalam bacaan keenam ini ada
dua wajah untuk Qalun
[10] Dalam bacaan ketujuh ini ada
dua wajah untuk Qalun
[11] Bermula pada bacaan ini khilaf
akan bertukar kepada hamzah yang kedua pula pada kes dua hamzah di dua kalimah.
[12] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
والاخرى
كمدٍّ عند ورشٍ وقنبلٍ
[13] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
وقد
قيل محضُ المدِّ عنها تبدَّلا
[14] Maka dipanjangkan secara isyba’
kerana pertemuan dua sakin
[15] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min
Kalimatain, mk 17):
وفى
هؤلا إن والبغا إن لورشهم بياءٍ خفيفِ الكسرِ بعضهم تلا
[16] Jikalau waqaf pada
kalimah
الْمَلائِكَةِ ,
Hamzah akan membaca tashil hamzah dengan mad dan qasr ( dalil bagi bacaan mad dan qasr
boleh rujuk pada nota kaki no. 4). Kata
al-Syatibi (Hirz, bab Waqfi Hamzati Wa Hisyamin ‘ala al-Hamzi, mk
20):
سوى
أنه من بعدِ ما ألفٍ جرى يُسَهِّلُهُ مهما تَوَسَّطَ مَدخَلا
No comments:
Post a Comment