السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ
إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah dengan melakukan segala suruhanNya
dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :
قَدْ نَرَى
تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ
وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ
وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ
أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa
mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang
engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di
mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang
yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.
Bersempena
bulan Rejab dan Shaaban, umat Islam kebiasaannya memperkatakan tentang
peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. Namun harus diingat, terdapat
suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada umat Islam berdasarkan
riwayat Sahih al-Bukhari yang secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa
perkara ini berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban,
kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w, sejurus sebelum
berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa
yang dimaksudkan itu adalah perpindahan qiblat daripada Baitul Maqdis ke
Masjidil Haram di Makkah.
Pertukaran qiblat ini telah
menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin
kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana
terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis.
Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti
memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama
yahudi dan Kristian dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi,
sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang digunakan oleh
oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi itulah kita
terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Dahulunya, orang Arab sentiasa
memuliakan Baitullah dizaman Jahiliyyah dan mereka menganggapnya sebagai
lambang kemuliaan bangsa mereka. Justeru itu, Islam mahu membersihkan hati
mereka supaya bulat kepada Allah semata-mata dan tidak bersangkut paut dengan
sesuatu yang lain dariNya. Dengan ini juga dapat membersihkan hati mereka dari
segala rasa kemegahan perkauman dan semangat fanatik bangsa dan juga bersih
daripada hubungan sejarah atau hubungan kebangsaan atau pun kenegerian.
Maka Islam memilih qiblat kearah
Baitul Maqdis dalam suatu tempoh yang tertentu untuk membersihkan jiwa mereka
daripada keladak jahiliyyah dan segala sesuatu yang ada hubungan dengan
jahiliyyah supaya dapat dilihat dengan jelas siapakah yang mengikut Rasullullah
s.a.w dengan ikutan yang bersih dari segala tujuan yang lain, iaitu ikutan yang
penuh taat, patuh, yakin , redha dan menyerah diri. Dan siapa pula yang kembali
semula kepada kekufuran kerana dikongkong oleh semangat kebangsaan jahilliyyah
yang ada kaitan dengan bangsa, kaum, negeri dan sejarah atau semangat
kebanggaan jahilliyyah dari apa jua bentuk sekalipun yang tersemat
dicelah-celah lipatan perasaan dan hati nurani mereka samada dari jauh atau pun
dekat sepertimana firmanNya:
وَمَا
جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ
الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ
Bermaksud: “ Dan kami tidak jadikan
qiblat yang kamu hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui
dalam (realiti yang sebenarnya) siapakah yang sebenarnya mengikut rasul dan
siapa pula yang berbalik kebelakang (kembali kepada kekufuran).
Begitulah ujian yang dihadapi oleh umat Islam di zaman
Rasullullah s.a.w. Mereka diuji dengan perubahan qiblat semata-mata untuk
menyaring hati-hati umat Islam ketika itu siapa yang betul-betul mengikut
Rasullullah s.a.w dengan penuh taat, patuh, yakin serta redho. Dan siapa pula yang kekal dalam keladak atau
karat jahililiyyah. Maka samalah juga seperti yang berlaku hari ini, kita diuji
dengan bermacam-macam ujian. Timbulnya pertembungan pendapat tentang aurat,
akhlaq, hubungan dengan orang yang bukan Islam, ketaatan kepada hukum Islam
serta perlaksanaannya, kebanjiran unsur-unsur maksiat, pembaziran terhadap
hiburan yang melampau, Olimpik di bulan Ramadhan dan banyak lagi yang mana
kesemua ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyaring hati-hati
manusia sekarang ini siapa yang betul-betul mengikut Rasullullah s.a.w dan
siapa yang tidak.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Perubahan qiblat ini adalah merupakan
cara yang sebenarnya untuk menyatukan umat Islam dengan satu syiar ummah yang
terdiri daripada bangsa-bangsa dan puak-puak diatas dasar aqidah, Tuhan dan
nabi yang satu. Dan inilah konsep penyatuan manusia yang terunggul berbeza
dengan haiwan yang bersatu dan berpadu dipadang ragut dalam lingkungan pagar
dan kandang . Penyatuan haiwan ialah berpunca dari masalah kandang yang terhad,
padang rumput untuk meragut dan sumber ekonomi yang satu.
Oleh kerana itu, mereka yang
menjadikan ekonomi atau negeri mahupun bangsa sebagai asas perpaduan adalah
mereka yang merujuk kepada penyatuan haiwan bukannya penyatuan kemanusiaan yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. Justeru, penyatuan manusia itu adalah secara
mutlaq berdasarkan kepada aqidah dan iman dimana perubahan qiblat ini adalah
sebahagian daripada penyatuan manusia. Itulah kesatuan dan perpaduan yang layak
dengan makhluk insan. Hal ini demikian kerana insan seharusnya bersatu dan
berpadu diatas landasan aqidah hati nurani dan qiblat ibadah yang sama
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah s.w.t :
وَمَا أَنْتَ
بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ
“ Dan engkau juga tidak akan mengikut
qiblat mereka”
Inilah sanjungan Allah s.w.t kepada
orang yang beriman. Allah s.w.t meminta supaya orang yang beriman bersifat
dengan sifat yang disanjung iaitu sifat yang tetap teguh berpegang dengan apa
yang diperintah oleh Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t memerintah supaya
menghadap kearah qiblat yang telah ditentukanNya, maka tidak lagi kita
memandang kearah yang lain. Kita tidak akan mengibarkan panji-panji yang lain daripada
panji-panji Allah s.w.t. Kita tidak akan mengikut sistem hidup yang lain
daripada sistem hidup Allah . Inilah dia sikap orang muslimin yang sebenarnya
selama mana kita mengaku bahawa diri kita adalah orang Islam. Andainya kita
tidak bersikap sedemikian, maka kita bukanlah dari orang-orang Islam, malah
kita sebenarnya adalah pendakwa-pendakwa Islam sahaja.”
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Seterusnya Allah s.w.t berfirman yang
berbunyi:
وَلَئِنْ
اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذاً
لَمِنْ الظَّالِمِينَ
“ Dan jika engkau mengikut hawa nafsu mereka
selepas datang kepadamu ilmu (wahyu daripada Allah s.w.t) sesungguhnya jikalau
sebegitu, engkau termasuk dikalangan orang yang zalim”
Adalah menjadi kewajipan bagi nabi
Muhammad s.a.w untuk mengikut apa sahaja yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Maka
dengan itu, selain daripada yang diajar oleh Allah s.w.t adalah hawa nafsu
semuanya. Ada diantara umat Islam yang tidak percaya kepada konsep Islam dengan
memandang sepi kepada apa yang telah dianjurkan oleh Allah s.w.t di dalam
al-Quran. Mereka lebih selesa mengikut ideologi orang bukan Islam malah
berbangga dengan tindakan tersebut. Ayat ini dengan tegasnya menempelak sikap
sebegini kerana persoalan disini ialah persoalan yang berkaitan dengan
kejujuran mematuhi hidayah dan arahan Allah, juga berkaitan dengan dasar
keikhlasan yang tidak berbelah bagi dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
dan agamaNya.
Mereka yang mengikut hawa nafsu ini
adalah mereka yang hanyut mengikut arus masa. Mereka akan melihat siapa kuat
dari segi kebendaan samada orang barat atau pun timur. Sekiranya Jepun kaya,
mereka akan pandang ke Jepun dan sekiranya India kaya mereka akan beralih pula
ke India dan begitulah seterusnya. Hal ini demikian kerana dasar hidup mereka
adalah dunia semata-mata dan inilah hakikat yang berlaku dizaman Rasullullah
s.a.w dan juga sekarang ini
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Marilah kita merenung kata-kata al-Syahid
Sayyid Qutb di dalam tafsirnya berkaitan ayat ini, beliau berkata : “ Jalan yang terbentang dihadapan
amatlah jelas dan lurus, iaitu samada mengikut jalan wahyu yang datang daripada
Allah s.w.t atau mengikut jalan hawa nafsu yang lain darinya. Seorang muslim
tidak seharusnya menerima arahan melainkan daripada Allah s.w.t. Ia tidak
seharusnya meninggalkan ilmu yang diyakini benar kerana mengikut kehendak hawa
nafsu yang berubah-ubah dan segala apa yang bukan daripada Allah itu adalah tidak
diragui lagi datang daripada kehendak hawa nafsu”.
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Ma’asyiral muslimin!
The historical event of ‘The Change of Qiblah’ serves as a great lesson
to the Muslim ummah in liberating our lives from any influence from the enemies
of Islam, especially the Jews and the Christians in terms of economy, social,
politics, legislation and other aspects. So long as the Muslims still obey and
operate under any system created by the kuffar, we will continue to lag behind
and be slaves in our own nation.
Muslims must strive wholeheartedly in combating the schemes of the
enemies of Islam who never tire with their efforts in destroying Islam and the
ummah. Never allow our hearts to grow so cold and hard that we are easily
enslaved by our own nafs and syaitan.
Among the signs of hard-heartedness are:
1. Disobeying Allah’s commands and refusing to perform good deeds,
especially in practising ibadah. Perhaps even take obligatory ibadah lightly,
and feel reluctant to perform ibadah sunnah.
2. Having no fear of Allah’s threats in the Al-Quran. When being told of
the verses describing the promises and warnings of Allah SWT, his heart is not
moved at all. He refuses to take heed and neglects to recite the Quran or even
listen to it.
3. Loving the dunya excessively and neglecting akhirah. All his desires
are focussed on worldly matters alone.
4. Ungenerous in glorifying Allah until his iman becomes weak and he does
not feel bothered when Allah’s instructions are mocked and ridiculed. Does not
carry out what has been decreed by Allah and does not care about restrictions
and sins.
5. Views death or the bodies being carried to the graves as something
trivial, when in reality the deaths serve as valuable reminders.
No comments:
Post a Comment