Sunday, May 13, 2012

Nota Kelas bacan 7 imam (al-Baqarah 13)


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمْ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ
1.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah Nßgs9 dan qasr al-Munfasil, Durri Abu ‘Amru (wajah pertama) ikut.
2.      Dalam bacaan sukun mim al-Jama’, Qalun membaca dengan tawassut al-Munfasil, Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), Ibn Zakwan dan ‘Asim ikut.
3.      Hamzah (Khallad dan wajah pertama Khalaf) membaca pula dengan isyba’ al-Munfasil dengan 5 wajah pada kalimah السُّفَهَاءُ ketika waqaf[1] :
-          Ibdal hamzah alif dengan bacaan qasr
-          Ibdal hamzah alif dengan bacaan tawassut
-          Ibdal hamzah alif dengan bacaan isyba’
-          Tashil hamzah beserta raum[2] ketika bacaan mad [3](isyba’)
-          Tashil hamzah beserta raum ketika bacaan qasr
4.      Qalun membaca dengan silah mim al-Jama’, Ibn Kathir ikut.
5.      Qalun membaca dengan tawassut silah mim al-Jama’ dan tawassut al-Munfasil.
6.      Warsy membaca isyba’ silah mim al-Jama’ dan isyba’ al-Munfasil dan ibdal pada kalimah أَنُؤْمِنُ
7.      Dengan wajah yang sama, Warsy membaca tawassut pada badal
8.      Dengan wajah yang sama juga, Warsy membaca isyba’ pada badal
9.      Khalaf (wajah kedua) membaca saktah pada sakin mafsul (لَهُمْ آمِنُوا) dan isyba’ al-Munfasil serta 5 wajah yang telah diterangkan sebelum ini ketika waqaf pada kalimah السُّفَهَاءُ
10.  Al-Susi membaca idgham pada kalimah قِيلَ لَهُمْ , qasr al-Munfasil dan ibdal pada kalimah أَنُؤْمِنُ
11.  Hisyam membaca isymam pada kalimah قِيلَ , tawassut al-Munfasil dan 5 wajah seperti Hamzah ketika waqaf pada kalimah السُّفَهَاءُ kecuali wajah yang keempat dibaca dengan tawassut bukan dengan isyba’ seperti mana bacaan Hamzah.
12.  Al-Kisaei mengikut bacaan Hisyam (isymam pada kalimah قِيلَ) tetapi membaca tahqiq pada kalimah السُّفَهَاءُ ketika waqaf.


 
 

أَلا إِنَّهُمْ هُمْ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ
1.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan qasr al-Munfasil dan tawassut al-Muttasil, Durri Abu ‘Amru (wajah pertama) ikut.
2.      Qalun baca silah mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan qasr al-Munfasil dan tawassut al-Muttasil, Ibn Kathir ikut.
3.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan tawassut al-Munfasil dan al-Muttasil, Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), Ibn ‘Amir, ‘Asim dan al-Kisaei ikut.
4.      Qalun baca silah mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan tawassut al-Munfasil dan al-Muttasil.
5.      Wasry membaca dengan isyba’ al-Munfasil dan al-Muttasil dan Hamzah ikut.




[1] Kata  al-Syatibi (Hirz, bab Waqfi Hamzata wa Hisyamin ‘ala al-Hamzi, mk 19):
ويُبدِلُهُ مهما تَطَرَّفَ مثلَهُ ويَقْصُرُ أو يَمْضى على المدِّ أطْولا
Matan ini menunjukkan dalil bagi bacaan qasr dan isyba’, adapun bacaan tawassut, telah dipersetujui oleh para ulama’ bahawasanya harus dibaca juga dengan tawassut kerana diqiaskan kepada hukum pada bacaan mad ‘arid li al-Sukun. (sila lihat al-Budur al-Zahirah, mk 20 dan al-Wafi, mk 115. (kedua-duanya kitab susunan Syeikh Abd al-Fatah al-Qadhi)
[2] Kata  al-Syatibi (Hirz, bab Waqfi Hamzata wa Hisyamin ‘ala al-Hamzi, mk 21):
وما قبلهُ التحريكُ أو ألفٌ مُحَرَّكاً طَرَفاَ فالبعضُ بالرَّوْمِ سَهَّلا
[3] Kata  al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamzatain min Kalimatain, mk 17):
وإن حرفُ مَدٍّ قبلَ همزٍ مُغَيَّرٍ يَخُزْ قَصرُهُ والمدُّ ما زال أعدلا

No comments: