Saturday, April 28, 2012

Nota Kelas bacan 7 imam (al-Baqarah 11-12)


 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11)
1.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah لَهُمْ dan qasr al-Munfasil, Durri Abu ‘Amru (wajah pertama) ikut.
2.      Qalun membaca pula dengan tawassut al-Munfasil, Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), Ibn Zakwan dan ‘Asim ikut
3.      Khallad membaca dengan isyba’ al-Munfasil (wajah pertama iaitu tanpa saktah)
4.      Warsy membaca dengan isyba’ al-Munfasil dan naqal pada kalimah الأَرْضِ
5.      Hamzah ( Khalaf dan wajah kedua Khallad) membaca dengan isyba’ al-Munfasil dan saktah pada kalimah الأَرْضِ
6.      Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jama’ dalam bacaan qasr al-Munfasil, Ibn Kathir ikut.
7.      Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jama’ dalam bacaan tawassut al-Munfasil.
8.      Al-Susi membaca idgham kabir [1]pada kalimah  قِيلَ لَهُمْ dalam bacaan qasr al-Munfasil
9.      Hisyam membaca isymam pada kalimah  قِيلَ[2]dalam bacaan tawassut al-Munfasil, al-Kisaei ikut.




أَلا إِنَّهُمْ هُمْ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (12)
1.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan qasr al-Munfasil, Abu ‘Amru (al-Susi dan wajah pertama Durri) ikut
2.      Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dalam bacaan qasr al-Munfasil, Ibn Kathir ikut.
3.      Qalun baca sukun mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dan tawassut al-Munfasil, Durri Abu ‘Amru (wajah kedua), Ibn ‘Amir, ‘Asim dan al-Kisaei.
4.      Qalun membaca pula dengan silah mim al-Jama’ pada kalimah إِنَّهُمْ dalam bacaan tawassut al-Munfasil
5.      Warsy membaca dengan isyba’ al-Munfasil, Hamzah ikut.



[1] Kata  al-Syatibi (Hirz, bab, mk 36):
وما كان من مثلينِ في كِلمَتَيْهِما فلا بد من إدغامِ ما كان أولا
[2] Kata  al-Syatibi (Hirz, bab farsy al-huruf,  Surah al-Baqarah, mk 36):
وقيل وغيض ثم جىء يُشِمُّها لدى كسرها ضَمَّا رِجالٌ لِتَكْمُلا

No comments: