Tuesday, July 5, 2011

Nota kelas Tilawah tafsir ( al-Baqarah 49-50)

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Ayat 49:

- Ayat ini mengembalikan serta menghidupkan semula dalam perasaan kaum bani Israel gambaran penderitaan mereka. Allah s.w.t berfirman kepada mereka agar mengenangi ketika mereka diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada fir’aun[1] yang berterusan menindas mereka. Kalimah “yasumunakum” menggambarkan seolah-olah azab penindasan itu merupakan makanan yang berterusan dihidangkan kepada mereka[2]. kemudian Allah s.w.t menyebut salah satu bentuk dari azab penindasan itu adalah arahan fir’aun agar membunuh semua anak-anak lelaki dan hanya membiarkan anak-anak perempuan sahaja yang hidup.

- Mengikut kisahnya[3], fir’aun telah bermimpi melihat api menyala-nyala datangnya daripada Baitul Maqdis yang membakar negeri Mesir dan membinasakan semua penduduknya kecuali bani Israel sahaja yang selamat. Mimpi tersebut telah diterjemahkan dengan gambaran bahawa akan lahir seorang kanak-kanak lelaki dari bani Israel yang akan membinasakan fir’aun dan kerajaannya. Maka kerana takut akan terjadinya perkara tersebut, dengan tidak berlengah lagi fir’aun mengeluarkan arahan agar dibunuh kanak-kanak lelaki mulai pada hari itu juga dengan tujuan untuk melemahkan kekuatan bani Israel dan memberatkan bebanan kehidupan mereka. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t yang berbunyi:

وَفِي ذَلِكُمْ بَلاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Demikian itu adalah bala (cubaan) yang besar daripada tuhan kamu”.

- Dan pada ketika itulah Nabi Musa a.s telah dilahirkan. Dengan kuasa Allah s.w.t ia telah diselamatkan daripada arahan fir’aun tersebut, malah akhirnya menjadi anak angkatnya atas anjuran isterinya. Kemudian nabi Musa a.s inilah yang membela nasib bani Isra’el dan semua ini adalah kurniaan serta rahmah dan nikmat daripada Allah s.w.t.

- Dan sesungguhnya dugaan (bala’) itu secara umumnya kepada semua orang Islam adalah sebagai ikhtibar dan ikhtibar itu kadang-kadang baik dan kadang-kadang memedihkan. sepertimana firmanNya[4]:

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً

Maksudnya: “Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan”

2- Ayat 50:

- Kisah tentang terselamatnya bani Israel ini telah diceritakan dengan terperinci didalam surah-surah Makiyyah yang diturunkan sebelum surah al-Baqarah ini. Tetapi disurah ini ianya hanya disebut sebagai suatu peringatan sahaja kepada kaum yahudi yang mengetahui kisah ini samada dari ayat al-Qur’an yang turun di Mekah mahupun daripada kitab-kitab dan cerita-cerita mereka yang tersimpan. Ianya hanya mengingatkan kisah ini kepada mereka dalam bentuk satu pemandangan supaya mereka mengingat kembali dan menginsafkannya.

- Mengikut riwayatnya, bani Israel yang dipimpin oleh nabi Musa a.s lari meninggalkan Mesir diatas kekejaman yang menimpa mereka . Lalu fir’aun mengerahkan bala tenteranya yang berjumlah beribu-ribu[5] orang untuk memburu bani Israel sehinggakan jelas ternampak dari jauh debu-debu bertebangan menjulang kelangit dan ini telah menggerunkan bani Israel.

- Kegerunan yang amat sangat itu ditambahkan pula dengan keadaan mereka di tepi laut yang mana dihadapan mereka laut Merah dan dibelakang mereka tentera-tentera fir’aun. Sebaliknya Nabi Musa a.s dengan sikap tenangnya setelah diwahyukan oleh Allah s.w.t memukul dengan tongkatnya laut serentak itu terbelahlah laut membentuk dua belas lorong mengikut jumlah kabilah bani Israel.

- Maka terselamatlah kaum bani Israel setelah berjalan ditengah-tengah perut laut yang dijadikan lorong oleh Allah s.w.t tatkala selepas itu tentera-tentera fir’aun pun mengikut sama memburu kaum bani Israel dengan melalui lorong-lorong tersebut. Apabila kaum bani Israel selamat sampai ke pantai semenanjung Sinai, laut pun bertakup semula seperti sediakala sekaligus menenggelami fir’aun bersama tentera-tenteranya ditengah laut Merah itu. Kisah ini diceritakan dalam al-Qur’an melalui firmanNya[6]:

فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ (63) وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الآخَرِينَ (64) وَأَنْجَيْنَا مُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَجْمَعِينَ (65) ثُمَّ أَغْرَقْنَا الآخَرِينَ (66) إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ (67) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (68)

Maksudnya: “Lalu Kami wahyukan kepada Musa, pukullah laut itu dengan tongkatmu. (setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu (tentera fir’aun) ke situ. Dan Kami selamatkan Musa serta orang yang bersama dengannya semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya). Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). (Dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Perkasa lagi Maha Penyanyang”

- Fir’aun dan bala tenteranya dibinasakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan dilihat oleh bani Israel dengan mata kepala mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dengan firmanNya:

وَأَنْتُمْ تَنظُرُونَ

Maksudnya: “Dalam keadaan kamu melihat.”

- Begitu besar pertolongan Allah s.w.t kepada kaum bani Israel. Dimanakah boleh didapati sesuatu kaum yang Allah s.w.t selamatkan mereka dengan mewujudkan lorong dilaut untuk mereka lalui. Umat Muhammad s.a.w diuji dengan kewajipan berperang dengan ramai para sahabat yang gugur syahid, tetapi kaum bani Israel dibelah laut untuk mereka maka sesuailah dengan sifat pengecut dan bacul mereka itu walaupun kita menganggap itu suatu kelebihan bagi mereka.

- Kaum yahudi ini walaupun mereka cerdik dan berilmu tetapi terkenal dengan sifat penakut kerana tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tiada iman yang kuat. Ini terbukti selepas sahaja Allah s.w.t menyelamatkan mereka daripada bala tentera fir’aun, tiba-tiba mereka meminta Nabi Musa a.s mengadakan tuhan untuk disembah kerana melihat orang menyembah berhala. Oleh kerana itulah berdasarkan sifat-sifat yang dimiliki oleh kaum ini, amat sukar bagi kaum bani Israel ini untuk mengikut Islam. Mereka terkenal dengan sifat fanatik mereka disamping terkenal juga dengan sifat penakut serta kejahatan mereka.

- Merekalah yang paling ramai membunuh para-para nabi dan merekalah yang berusaha meracun Nabi Muhammad s.a.w sehingga ada riwayat yang mengatakan bahawa Baginda wafat adalah kesan daripada racun itu. Inilah kerja bani Israel, sudahlah tidak beriman dengan Allah dan RasulNya, tidak mengikut al-Qur’an bahkan mereka juga berbuat kejahatan.

- Oleh itu sangat wajarlah kaum ini diberi pengajaran oleh kaum muslimin dengan pengajaran yang hebat. Ketika mana Rasullullah s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum yahudi dibenarkan menjadi rakyat yang mana ketika itu umat Islam menyatakan “ apa yang ada bagi kamu ada bagi kami dan apa yang terkena diatas kamu terkena diatas kami” Ertinya, kenyang sama kenyang dan lapar sama lapar. Mereka juga bebas beragama yahudi dan tidak dipaksa masuk Islam. Inilah sifat timbangrasa orang Islam kepada orang yahudi di Madinah. Tetapi sayangnya, mereka tetap berusaha dengan berbagai cara, memecah belah serta melaga-lagakan orang Islam, menjauhkan orang Islam daripada ajaran Islam yang sebenar, menimbulkan golongan munafiqin dikalangan orang Islam yang ada di Madinah sehingga menjadi tali barut kepada musuh Islam di dalam peperangan Ahzab. Inilah dia musuh yang paling besar kepada orang Islam, lebih besar daripada orang kristian sepertiman firmanNya[7]:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya: “Engkau akan dapati (wahai Muhammad) orang yang paling bermusuhan dengan orang Islam itu adalah orang yahudi dan orang musyrikin

- Islam cukup meraikan mereka sehingga mengikut hukum Islam, orang Islam dibolehkan memakan binatang sembelihan mereka kerana mereka menyebut nama Allah juga Cuma mereka tidak beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w.

- Selepas perang Ahzab didapati mereka ini adalah pengkhianat dan Rasullullah s.a.w menghukum mereka dengan hukuman yang amat berat.

- Maka dihukum bunuhlah orang yahudi secara beramai-ramai, dipilih mana yang baligh di kalangan mereka dan mengikut riwayatnya yang perempuan, orang tua dan kanak-kanak tidak dibunuh. Manakala yang terlibat dengan peperangan Ahzab, setelah dikenalpasti melalui beberapa keadaan yang munasabah untuk memastikan mereka itu baligh ataupun sebaliknya.

- Inilah cermatnya Islam menjatuhkan hukuman bunuh keatas kaum yahudi. Mereka yang dibebaskan daripada hukuman bunuh dihalau keluar daripada Semenanjung Arab dan mereka dilaknat oleh Allah sehingga mereka tiada negara untuk didiami. Walaubagaimanapun, Rasullullah s.a.w telah memberi amaran bahawa diakhir zaman nanti, kaum yahudi akan kembali ke tanah Arab.

- Sesungguhnya dewasa ini mereka telah pun kembali ke Tanah Arab sekaligus mempunyai negara sendiri iaitu Israel yang diambil daripada bumi orang Islam iaitu Palestin. Mereka balik ke negara Arab dengan pengkhianatan yang dibuat oleh orang Islam sendiri apabila orang Islam tidak mengikut hukum Allah s.w.t. Mereka menjadi umat yang lemah dan tidak mempunyai semangat jihad.

- Kerajaan Islam yang terakhir iaitu kerajaan Uthmaniyyah digulingkan pada tahun 1925 oleh Kamal al-Tarturk dan bukan sahaja beliau yang memainkan peranan penting, tetapi beliau juga dibantu oleh orang Arab Islam yang khianat terhadap Islam. Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir, Sultan Abdul Hamid memimpin Turki dalam keadaan lemah dan mempunyai hutang yang terlalu banyak dengan negara-negara luar dan kuasa-kuasa besar dunia. Hal ini demikian bebanan yang dipikul selepas perang dunia pertama yang berlaku dari tahun 1914 hingga beberapa tahun kemudiannya.

- Walaupun berada dalam keadaan yang amat genting, Sultan Abdul Hamid tetap enggan menerima tawaran wang yang banyak daripada kaum yahudi untuk menjelaskan hutang negeri Turki kerana diberikan syarat jikalau menerima tawaran wang tersebut hendaklah diserahkan Palestin kepada orang yahudi dan dibenarkan orang yahudi berhijrah ke Tanah Arab.

- Sultan Abdul Hamid yang ingat kepada pesan Rasullullah dan al-Quran serta perintah Islam terhadap orang yahudi ini dengan tegasnya menolak tawaran tersebut dengan mengatakan “ aku tidak menghitamkan sejarah yang gemilang yang telah dituliskan oleh datuk nenek aku pemerintah Uthmaniyyah yang mempertahankan Islam beberapa kurun lamanya.” Dengan itu Sultan Abdul Hamid ditumbangkan dengan kerjasama daripada negara-negara Arab pada masa itu yang berkerjasama pula dengan kuasa-kuasa besar Inggeris dan Perancis bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah. Maka jatuhlah kerajaan tersebut kerana tiada pelindung lagi lalu berlakulah penghijrahan orang yahudi ke negeri Palestin dan mereka berkuasa di Palestin hingga sekarang ini.

- Walaubagaimana pun kita hendaklah maklum dan yakin bahawa kembalinya orang yahudi ke Palestin bukan untuk menjadi satu bangsa yang kekal disitu tetapi untuk berkubur di Palestin walaupun diantara tanda Qiamat itu adalah kaum yahudi kembali ke Tanah Arab dan diantara tanda Qiamat juga adalah orang Islam akan membunuh kaum yahudi. Rasullullah s.a.w member jaminan bahawa orang Islam akan membunuh yahudi dan menghapuskan mereka sepertimana disebut oleh Imam Bukhari dalam sahihnya, Sabda Rasullullah s.a.w:

Tidak akan berlaku Qiyamat sehingga orang Islam membunuh yahudi dan sehingga yahudi bersembunyi di sebalik kayu dan batu maka berkatalah kayu dan batu: Wahai orang Islam, ini yahudi berada disebalikku, bunuhlah dia, melainkan pohon Gharqad, sesungguhnya ia adalah pohon kayu yahudi

Hadith ini terang-terang memberi makna kepada kita bahawa orang Islam akan membunuh yahudi dan sememang yahudi itu satu bangsa yang penakut, cuma orang Islam sahaja yang merasakan mereka berani disebabkan umat Islam sudah lemah dan tidak lagi ada semangat jihad.


[1] Ahli-ahli tafsir menyatakan bahawa perkataan fir’aun ialah gelaran kepada raja-raja yang memerintah negeri Mesir pada zaman purbakala. Fir’aun yang disebut pada ayat ini ialah seorang raja Mesir yang mengaku dirinya tuhan dan menyuruh rakyat menyembahnya. Mengikut kisahnya beliau telah hidup lebih dari 400tahun lamanya, sila lihat Ahmad Sonhadji Mohamad, ‘Abr al-Athir (1992), J. 1, mk 81

[2] Al-Syahid Sayyid Qutb, fi Zilal al-Qur’an : Surah al-Baqarah (1), (1988), mk 255. Lihat juga Al-Qurtuby, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (1996), J. 1-2, mk 261.

[3] Dr. Wahbah al-Zuhayli, Tafsir al-Munir (1991), J. 1-2, mk 160. Lihat juga Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (1997), J.1, mk 90

[4] al-Anbiya’, ayat 35

[5] Ada riwayat yang mengatakan berjuta-juta orang.

[6] al-Syu’ara’, ayat 63-68

[7] al-Maidah, ayat 82

No comments: