Sunday, April 24, 2011

IHSAN DARI IBN YUSOF AL-SYUBRAWI

http://ibnuyusufal-syubrowi.blogspot.com/2011/04/kepentingan-dan-faedah-berbilangnya.html

KEPENTINGAN DAN FAEDAH BERBILANGNYA WAJAH QIRAAT

Ada sahabat bertanya kenapa perlunya al-Quran diturunkan dengan pelbagai cara bacaan (wajah qiraat)?? Kan kalau turun dengan satu cara bacaan yang selaras sebagaimana diselaraskan rasm uthmani kan senang…so berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ulamak bidang ini dapatlah dirigkaskan faedah pelbagai wajah qiraat adalah spt berikut:
1. Sebagai memudah dan meringankan umat Islam untuk membaca al-Quran sesuai dengan kebolehan lidah dan kelaziman bahasa mereka. Hal ini jelas melalui kebimbangan Rasulullah terhadap ummatnya ketika disuruh oleh Allah SWT untuk membaca al-Quran dengan satu cara bacaan sahaja. Sebagaimana mafhum Hadis baginda dari Ubay bin Kaab: “Aku memohon belas kasihan dan keampunan Allah SWT (untuk membaca lebih dari satu cara bacaan) kerana ummatku tidak mampu untuk melakukannya.”

2. Sebagai tanda kebenaran perutusan Rasulullah dalam menyampaikan al-Quran sebagaimana yang diturunkan kerana perbezaaan qiraat tersebut tidak bertentangan antara satu sama lain dari segi maksudnya bahkan saling membenar dan menerang antaranya. Sebagaimana maksud firman Allah SWT : Sekiranya al-Quran itu datang selain dari Allah maka maku akan mendapati pertentangan yang banyak padanya.(al-Nisa:82)


3. Berbilangnya beberapa wajah qiraat dalam satu ayat menunjukkan kesempurnan mukjizat yang didatangkan dalam bentuk yang cukup ringkas dan singkatan yang menarik. Ia juga memudahkan hafazan berbanding sekiranya khilaf qiraat berlaku pada ayat-ayat yang berasingan.

4. Khilaf qiraat menjadi faktor kesungguhan ulamak dalam mengkaji maksud ayat, mengeluarkan hukum dan rahsia-rahsia al-Quran, memerhatikan perbezaan lafaz, baris serta menaqalkannya melalui sanad periwayatan yang sahih sekaligus dapat menjaga al-Quran dari terseleweng sama ada dari segi makna dan lafaz


5. Dapat memelihara lahjah-lahjah arab dari pupus melalui penggunaanya sebagai salah satu wajah qiraat. Ia juga dapat mengumpulkan ummat Islam melalui bahasa yang satu iaitu lisan Quraisy yang diturunkan padanya al-Quran…Allahu a’lam
(ringkasan kitab al-Qira’at al-Qur’aniyyah. Abd Halim Muhammad alHadi. h. 67-70..bersambung)

No comments: