Sunday, April 12, 2009

BPBQAM QIRA'AT AL-KISAEI (PENGENALAN IMAM)

PENGENALAN IMAM AL-KISAEI AL-KUFI

(Menurut kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fatah al-Qadhi)

Beliau adalah Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Uthman daripada keturunan Bahman bin Fairuz maula Bani Asad yang datang dari Kufah kemudian menetap di Baghdad.Beliau dipanggil dengan Abu Al-Hasan dan digelar dengan Al-Kisa’ie.Beliau adalah salah seorang daripada Al-Qurra’ Assab’ah.

Beliau mengambil cara bacaan secara bertalaqqi daripada Hamzah empat kali dan berpegang dengan bacaan tersebut.Selain itu beliau juga mengambil daripada Muhammad bin Abu Ali Laila ,Isa bin Umar Al-hamzani .Beliau juga meriwayatkan satu cara bacaan daripada Abu Bakar bin ‘Iyash ( Syu’bah) dan Ismail bin Ja’far ,Za’idah bin Qudamah. Isa bin Umar pula bertalaqi dengan ‘Asim ,Tolhah bin Musrif ,Al-A’mash ,dan juga Abu Bakar ‘Iyash.

Manakala Ismail bin Ja’far pula bertalaqi dengan Syaibah bin Nasah dan Nafi’. Beliau juga ( Isma’il bin Ja’far ) bertalaqi dengan Sulaiman bin Muhammad bin Jammaz dan Isa bin Wardan. Manakala Za’idah bin Qudamah pula telah bertalaqi dengan Al-A’mash .
Beliau ( Al-Kisa’ie ) adalah Imam bagi masyarakat di zamanya dalam Al-Qiraat ( seni bacaan Al-Quran ).Beliau juga orang yang paling alim dalam ilmu ini serta paling pintar. Beliau telah menjadi tempat rujukan dalam ilmu ini di Kufah selepas imam Hamzah.

Abu Ubaid berkata di dalam kitab Al-Qira’at : Dahulunya Al-Kisa’ie memilih dan mensaring cara-cara bacaan ,maka dengan itu beliau mengambil sebahagian dari cara bacaan Hamzah dan meninggalkan sebahagian yang lain.Tiada manusia yang paling pintar dan bijak dalam ilmu ini daripada Al-Kisai’e.

Ibnu Mujahid berkata : Al-Kisai’e telah memilih dan mengambil sebahagian daripada cara bacaan Hamzah dan selainya secara saksama tanpa terkeluar dari peninggalan para imam yang terdahulu. Beliau adalah imam dalam ilmu ini di zamannya.

Dahulunya masyarakat mengambil daripadanya (Al-Kisa’ie ) lafaz-lafaz bacaan melalui bacaanya (Al-Kisai’e ) kepada mereka. Mereka juga meletakkan titik pada mushaf Al-quran mereka bedasarkan bacaannya.

Isma’l Jaafar Al-Madani ( Beliau adalah daripada anak murid Nafi’ yang utama ) berkata : Aku tidak ketahui orang yang paling bagus membaca Al-Quran daripada Al-Kisai’e.

Abu Bakar Al-Anbari berkata : Telah berkumpul pada Al-Kisaei’e itu banyak ilmu.Beliau orang yang paling mahir dalam Ilmu Nahu.Ilmu Al-Gharib ( gharibul-quran ) dan jugaI Ilmu Qiraat .Dahulu masyarakat berkumpul beramai-ramai dan beliau duduk di atas kerusinya untuk membacakan kepada mereka Al-Quran dari awal sehingga akhir . Dengan itu masyarakat mendengar bacaanya dan mencatat segala pekara yang bermanfaat berkaitan dengan bacaan Al-Quran.

Setengah ulama berkata : Dahulu Al-Kisai’e apabila beliau membaca Al-Quran atau berkata-kata seolah-olah malaikat yang berbicara.

Yahya bin Ma’in berkata : Tidak pernah aku melihat dengan kedua mata aku ini lahjah yang paling tepat dan betul dari pada Al-Kisai’e.

Telah mengambil bacaan al-Quran daripadanya secara ‘aradhan dan sam’an ramai manusia sehingga tidak mampu untuk dihitung . Di antaranya Ahmad bin Jubair , Ahmad bin Mansur Al-Baghdadi , Hafs bin Umar Ad-Duri , Abu Al-Harith Al-Laith bin Kholid , Abdullah bin Ahmad bin Zakwan , Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam , Qutaibah bin Mahran ,Al-Mughirah bin Syuai’b ,Yahya bin Adam , Khalaf bin Hisham Al-Bazzar, Abu Huyuah Syuraih bin Yazid dan yahya bin Yazid Al-Farra’. Dan juga diambil daripadanya satu cara bacaan oleh Ya’qub bin Ishak Al-Hadrami.

Sebagaimana Al-Kisai’e mahir dalam bidang Qiraat ,beliau juga mahir dalam bidang Nahu dan Bahasa Arab. Al-Fudhail bin Syazan berkata : Setelah Al-Kisai’e selesai menuntut daripada Hamzah,beliau keluar ke kawasan kampung .Maka beliau bertemu dengan penduduk kampung dan menetap bersama mereka sehingga beliau menjadi sebahagian daripada mereka. Kemudian beliau pulang ke kawasan bandar dalam keaadan beliau sudah mahir dalam ilmu Bahasa Arab.

Al-Imam Al-Syafie berkata : Barangsiapa yang ingin memperluaskan ilmu dalam bidang Nahu maka dia adalah pengikut Al-Kisai’e. Berkata selain daripadaya : Al-Kisai’e telah menguasai bidang Qiraat ,Bahasa Arab dan Nahu. Beliau juga mendidik dua anak Harun Al-Rasyid iaitu Al-Amin dan Al-Ma’mun.

Di dalam kitab Tarikh Ibnu Kathir : Al-Kisai’e telah mengambil kemahiran Ilmu Nahu daripada Al-Khalil .Satu hari beliau bertanya kepada Al-Khalil tentang dari mana beliau mengambil Ilmu Nahu. Al-Khalil menjawab : Beliau mengambilnya daripada orang-orang kampung di Al-Hijaz. Lalu Al-Kisai’e bermusafir ke sana dan menulis banyak pekara tentang orang arab .Kemudian beliau pulang mencari Al-Khalil namun beliau (Al-Khalil ) telah meninggal dunia dan tempatnya telah diambil oleh Yunus.Maka telah berlakulah di antara mereka berdua ( Yunus dan Al-Kisai’e ) perdebatan sehingga Yunus mengiktiraf kehebatan Al-Kisai’e lalu diberikan kerusinya itu kepada beliau.

Al-Kisai’e telah meninggal pada tahun 189 Hijrah dalam usia 70 tahun dan dikebumikan Kampung Ranbawaih yang menghadap ke arah Khurasan ( di dalam kawasan Ar-Rai ) sambil diiringi oleh Harun Al-Rasyid. Di tempat itu juga meninggalnya Muhammad bin Al-Hassan iaitu anak murid Al-Imam Abu Hanafiah.

Ar-Rasyid berkata : Kami telah mengkebumikan “Fekah”dan “Nahu” di Ar-Rai pada hari ahad.

Sebahagian ulama melihat Al-Kisai’e di dalam mimpi mereka ,lalu mereka bertanya kepadanya (Al-Kisai’e ) : Apa yang telah Allah berikan kepada mu? Beliau menjawab : Allah telah mengampunkan aku dengan sebab Al-Quran. Kemudian ditanya lagi : Apa yang sedang Hamzah lakukan ? Beliau menjawab : Dia sedang berada di Syurga ‘illiyin .Kami melihatnya seperti kami melihat bintang.

Al-Kisai’e mempunyai hasil karya yang banyak dalam bidang Qiraat dan Nahu .Para ulama menyatakan pekara ini,namun kita tidak jumpa hasil karya tersebut pada hari ini,dan tidak juga diketahui sedikit pun tentangnya. Di antara hasil karya tersebut adalah Ma’ani Al-Quran , Al-Qiraat,An-Nawadir, An-Nahu, Al-Hija’, Maqtu’ Al-Quran wa Mausuluhu,Al-Masadir, Al-Huruf, Al-Ha’at dan Asy’ar.

Orang yang paling terkenal meriwayatkan cara bacaannya adalah Al-laith bin Khalid dan Hafs Ad-Durriy .

AL-LAITH

Beliau adalah Laith b. Khalid al-Marwazi al-Baghdadi dan digelar sebagai Abu Harith. Mengambil bacaan daripada al-Kisaei secara ‘aradan dan merupakan daripada golongan yang paling tinggi martabatnya dikalangan anak murid al-Kisaei.
Diantara yang mengambil bacaan daripadanya secara ‘aradan dan sima’an ialah Salamah b. ‘Asim, Muhammad b. Yahya, al-Fadl b. Shazan dan lain-lain. Beliau meninggal pada tahun 240 hijrah.

HAFS AL-DURRIY

Adapun al-Durriy al-Kisaei telah pun di ceritakan pengenalannya pada qiraat Abu Amru al-Basriy sebelum ini.


ANTARA MANHAJ QIRA’AT AL-KISAEI

1) Dibaca dengan 4 harakat bagi muttasil dan munfasil

2) Imalahkan apa yg di imalah oleh Hamzah (daripada hukum alif yang ditukarkan kepada ya ) dan menambah beberapa lafaz .

3) Imalah apa yang sebelum ha’ ta’nis ketika waqaf dengan syarat yang khusus.

No comments: