SURAH AL-FÓTIHAH
(10 IMAM)
(Berdasarkan Toriq al-Toyyibah al-Nasyr )
-Secara ifrad-
1) Qiraat NÉfi’ al-Madaniy: Qaulan WÉhidan[1] pada kalimah maliki[2] dibaca tanpa mad.
i) Riwayat QÉlËn: silah mim jama’ secara khilaf[3].
ii) Riwayat Warsy
2) Qiraat Ibn Kathir al-Makkiy: Qaulan WÉhidan pada kalimah maliki dibaca tanpa mad. Qaulan WÉhidan juga pada silah mim jama’.[4]
i) Riwayat BazzÊ
ii) Riwayat Qunbul: Secara khilaf membaca dengan س [5]pada huruf ص di kalimah الصِّرَاطَ dan صِرَاطَ
3) Qiraat Abu ‘Amru al-Basriy : Qaulan WÉhidan pada kalimah maliki dibaca tanpa mad. Idgham kabir pada pertemuan dua م yang berbaris[6] secara khilaf
i) Riwayat al-DËrÊ Abu ‘Amru
ii) Riwayat al-SËsÊ :
4) Qiraat Ibn ‘Ómir al-Dimasyqiy : Qaulan WÉhidan pada kalimah maliki
dibaca tanpa mad.
i) Riwayat Hisyam
ii) Riwayat Ibn Zakwan
5) Qiraat ÓÎim al-KËfÊ : Qaulan WÉhidan pada kalimah mÉliki
dibaca dengan alif.
i) Riwayat Syu‘bah
ii) Riwayat ×afÎ
6) Qiraat Hamzah al-KËfÊ : Qaulan WÉhidan pada kalimah maliki
dibaca tanpa mad. Qaulan WÉhidan juga pada kalimah عَلَيْهِمْ dibaca
dengan Ìommah ha’[7]
i) Riwayat Khalaf :membaca secara isymam[8] pada huruf ص kalimah
الصِّرَاطَ dan صِرَاطَ dalam al-fatihah dan semua contoh dalam al-Quran.
ii) Riwayat KhallÉd :membaca secara isymam pada huruf ص kedalam huruf ز
dengan 4 turuq:
- Isymam pada contoh yang pertama dalam surah al-Fatihah
- Isymam pada kedua-dua contoh dalam surah al-Fatihah
- Isymam pada contoh yang ma’rifah sahaja di semua contoh dalam al-Quran
- Tiada Isymam pada semua contoh dalam al-Quran
7) Qiraat KisÉÊ al-KËfÊ : Qaulan WÉhidan pada kalimah mÉliki
dibaca dengan mad.
i) Riwayat Abu HÉrith
ii) Riwayat Al-DËrÊ[9]KisÉÊ
8) Qiraat Abu Jaafar al-Madani : Qaulan Wahidan pada kalimah al-Maliki tanpa mad dan juga silah mim jama’.
i) Riwayat Ibn Wardan
ii) Riwayat Ibn Jammaz
9) Qiraat Ya’qub al-Hadrami al-Basri : Qaulan WÉhidan pada kalimah mÉliki dibaca dengan mad. Qaulan WÉhidan juga pada kalimah عَلَيْهِمْ dibaca dengan Ìommah ha’. : Khilaf pada setiap idgham kabir yang sinonim dengan Abu ‘Amru al-Basri[10]. Khilaf bacaan ha’ saktah pada al-Asma’ al-Mabniyyah al-Musyaddadah dan setiap jama’ muzakkar salim[11]. Walaubagaimanapun, bagi merealisasikan bacaan kedua2 khilaf ini (kecuali khilaf pada al-Asma’ al-Mabniyyah al-Musyaddadah), perlulah membaca dengan saktah antara dua surah kerana mengambil kira kata Syeikh Ahmad Abd al-Aziz al-Zayyath dalam kitabnya Sharh Tanqih Fath al-Karim fi Tahrir Awjah al-Quran al-Azim yg berbunyi:
وتختص كالإدغام بالسكت عنده
Maksudnya: Dikhususkan (merujuk kepada Ha’ saktah pada jama’ muzakkar salim) seperti idgham hanya ketika bacaan saktah antara dua surah sahaja disisi Ya’qub.
i) Riwayat Ruways: Qaulan wahidan membaca dengan س pada huruf ص di kalimah
الصِّرَاطَ dan صِرَاطَ
ii) Riwayat Rawkh
10) Qiraat Khalaf al-Asyir al-Kufi: Qaulan WÉhidan pada kalimah mÉliki dibaca dengan mad.
i) Riwayat Ishaq
ii) Riwayat Idris
[1] bacaan yang tetap tanpa berulang
[2] Sepertimana kata Imam al-Jazari:
مالك نل ظلا روى...
[3] berulang beberapa kali
[4] Sepertimana kata Imam al- Jazari:
وضم ميم الجمع صل ثبت درا قبل محرك وبالخلف برا
[5] Sepertimana kata Imam al- Jazari:
والسراط مع سراط زن خلفا غلا كيف وقع
[6] Sekiranya wasal ayat ketiga dengan keempat, kata Imam al-Jazari:
إذا التقى خطا محركان مثلان جنسان مقاربان
أدغم بخلف الدوري والسوسي معا
[7] Sepertimana kata Imam al-Jazari:
عليهمو إليهمو ولديهمو بضم كسر الهاء ظبي فهم
[8] Isymam disini bermaksud bunyi campuran huruf dengan huruf yang merujuk kepada gabungan huruf ص dan ز , kata Imam al-Jazari:
والصاد كالزاي ضفا الأول قف وفيه والثانى وذي اللام اختتلف...
[9] orang yang sama yang menjadi anak murid Imam Abu ‘Amru al-Basriy
[10] Sepertimana kata Imam al-Jazari:
وقيل عن يعقوب ما لإبن العلا
[11] Sepertimana kata Imam al-Jazari:
وهو ظل وفي مشدد اسم خلفه نحو الي هن والبعض نقل
بنحو عالمين موفون وقل
No comments:
Post a Comment