Monday, October 27, 2008

AL-RASM AL-UTHMANI (FINAL POST)


KHATIMAH



Al-hamdullilah...selesai sudah 18 posting untuk al-Rasm Uthmani...Diharap para pengunjung dapat memahami ruang lingkup ilmu rasm mushaf dan semoga kejahilan tidak lagi menjadi tetamu di hati kita dengan adanya kesemua posting ini.

Ada beberapa pandangan yang salah yang dapat ana simpulkan dalam membicarakan tentang al-rasm al-Uthmani :

1) Pendapat yang mengatakan kaedah al-rasm al-Uthmani ini hanya bermula pada zaman khalifah Uthman r.a ( disebabkan rasm itu disandarkan atas nama beliau). Sebenarnya rasm ini adalah tunjuk ajar daripada Rasullullah s.a.w dan sudah pastinya telah bermula di zaman Baginda.(sila rujuk posting ke 17, bagaimana Zaid b. Thabit menyalin semula al-Quran). Adapun disandarkan dengan nama Saidina Uthman kerana beliau yang mengarah agar disalin semula mengikut al-Urdhotul al-Akhirah dalam keadaan yang lebih tersusun mengikut turutan surah yang mana sebelum ini terdapat mushaf yang di pegang oleh sahabat-sahabat tertentu terkeluar dari tapisan al-Urdhotul al-Akhirah dan bercanggah dari segi turutan surah. Setelah siap, kesemua mushaf yang bercanggah dengan mushaf yg disalin oleh Zaid b. Thabit dibakar (dgn arahan Saidina Uthman) dan tinggallah mushaf yang mengikut kaedah rasm Uthmani (sila rujuk posting yang ke 5) yang diberi nama Mushaf al-Rasm al-Uthmani.

2) Pendapat yang mengatakan rasm Uthmani ini meliputi titik dan baris serta tanda-tanda lain yang terdapat dalam mushaf sekarang ini. Sebenarnya, yang di maksudkan dengan rasm Uthmani adalah tulisan sahaja. Titik, baris dan tanda-tanda lain yang terdapat didalam mushaf sekarang adalah daripada ibtikar al-'Ulamak. Justeru itu, titik, baris dan tanda-tanda lain bukan daripada syarat rasm Uthmani. Ada beberapa pandangan ulamak berkaitan dgn titik dan baris yang akan ana terangkan kemudian dalam bab Dhobt al-Quran..Insya Allah..

3) Pendapat yang mengatakan bahawa suhuf dizaman Rasullulah s.a.w , mushaf dizaman Abu Bakr r.a, 'Umar r.a, Uthman dan 'Ali r.a mempunyai titik dan baris . Sebenarnya, penggunaan titik dan baris didalam mushaf bermula di zaman Muawiyah oleh seorang ulama' yang bernama Abi Aswad al-Duali. Dan terbuktilah bahawasanya suhuf dan mushaf dizaman Rasullullah dan Khalifah yang 4 belum menggunakan kaedah titik dan baris. ( sila rujuk dalam (thakasusiyyah: Orthography of The Masahif).


InsyaAllah selepas in akan menyusul beberapa posting ilmiah yang merujuk kepada ulum al-quran, antaranya :

i) Fawasil ( Ilmu yang melibatkan pengiraan ayat al-Qur'an)

ii)Dobt al-Quran (Ilmu yang melibatkan penggunaan titik dan baris dalam mushaf)

iii)Tajweed al-Quran
( terjemahan daripada kitab Tanbih al-Ghafilin wa Irsyad al-Jahilin karangan al-Saqafisi)









1 comment:

Masterpeace said...

Assalamualaikum ustaz. saya khatamkan buku rasm mushaf wa dabtuhu karangan Dr. Sya'ban muhamad Ismail dengan post-post ustaz (1-18). esok saya dah final exam tetapi sesetengah tajuk baru faham kerana dibantu dengan post2 ustaz. Syukur Alhamdulilah kepada Allah Taala yang menemukan saya dgn blog ustaz. jazakallahu khairan kathira ya ustaz. tapi..saya try search sambungan post..xda ker?? _antara pelajar U yg blurr tentang dabt,rasm,fawasil_ :)