13 JULY 2012, MASJID
UIAM KUANTAN
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 153 surah al-Baqarah :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ
مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman,
minta tolonglah kamu dengan sifat sabar dan amal solat. Sesungguhnya Allah
bersama-sama dengan kaum yang sabar”
Dari zaman ke zaman
semenjak zaman para anbiya’ ‘alaihimussolatuwassalam, telah timbul
berbagai-bagai dugaan serta cabaran atau pun disebut “mehnah” di dalam
memastikan Islam yang merujuk kepada kesemua yang telah di rakamkan oleh
Allah di dalam al-Quran, dapat direalisasikan
sebagai dustur atau perlembagaan sesebuah negara. Kita melihat warna-warni
dugaan dan cabaran itu mencorak ketulusan aqidah pejuangnya dalam menghadapi
setiap ketentuan Allah s.w.t diseluruh dunia Islam. Termasuklah dinegara kita
Malaysia sekarang ini, walau pun dari segi persekitaran mahupun dari sudut
politiknya berbeza, tetapi umat Islam yang peka dan peduli dengan tuntutan
Allah s.w.t untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini, pasti akan ketemu dengan berbagai
ujian dan dugaan dalam memastikan aqidah Islam itu tertegak.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Maka dengan ini, Allah
s.w.t melalui kalamNya pada ayat sebentar tadi memberi satu tips yang
melibatkan 2 makenisma iaitu bersabar dan bersolat dalam menghadapi kesemua
ujian tersebut. Hal ini demikian kedua-dua tindakan ini merupakan pertolongan
penting di dalam melakukan sesuatu ibadat atau pengabdian kepada Allah s.w.t.
Secara ringkasnya
sifat sabar itu amat diperlukan ketika mempraktikkan amal ibadah serta berjihad
mahu pun berperang. Dan sifat ini juga amat diperlukan ketika menghadapi
musibah atau pun rezeki yang mencurah-curah daripada Allah s.w.t.
Kesabaran seringkali
disebut di dalam al-Quran kerana Allah s.w.t mengetahui betapa besarnya kesabaran
itu diperlukan oleh pendirian yang teguh dan jujur untuk mematuhi jalan Allah
s.w.t ditengah-tengah godaan dari berbagai keinginan dan dorongan. Kesabaran
juga amat diperlukan oleh perjuangan berdakwah dijalan Allah s.w.t dimuka bumi
ini ditengah-tengah berbagai tentangan dan halangan. Kesabaran juga amat
diperlukan agar hati seseorang pendakwah dan pejuang itu tenang, tenteram, siap
sedia dan waspada lahir dan batin.
Kesabaran dan
kegigihan itu diperlukan dalam semua bidang mencakupi kesabaran untuk
melaksanakan ketaatan serta menjauhi kemaksiatan. Kesabaran untuk menentang
penderhakaan kepada Allah s.w.t., kesabaran menghadapi aneka ragam tipu daya
musuh Islam, kesabaran menunggu pertolongan yang lambat tiba, kesabaran
menghadapi perkembangan kebatilan, kesabaran menghadapi kekurangan pembantu,
kesabaran menjalani jalan yang berduri yang panjang, kesabaran menghadapi
penyelewengan manusia dan kesesatan mereka dan kesabaran menghadapi kedegilan
mereka yang berat dan penolakan mereka yang amat pedih.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian
Adapun solat pula, ianya adalah ibadah yang
merupakan hubungan seorang manusia dengan Tuhannya iaitu Allah s.w.t.
Mafhumnya, jikalau seseorang itu tidak sempurna solatnya maka sudah pasti
hubungannya dengan Allah s.w.t tidak baik. Apatah lagi jikalau seseorang itu
langsung tidak mengerjakan solat. Sudah pasti amalan lain dalam kehidupannya
menjadi tidak baik kerana sembahyang itu adalah tiang agama Islam yang menjadi
tata cara hidup manusia .
Apabila masa berjuang itu terlalu lama dan
usaha untuk bertahan terlalu sukar, kesabaran kadang-kadang menjadi lemah atau
terus hilang andainya disana tiada bekalan yang baru. Oleh kerana itulah Allah
s.w.t gandingkan kesabaran itu dengan ibadah solat, kerana ibadat solat itu
merupakan sumber bekalan jiwa yang tidak pernah kering dan habis. Ia merupakan
sumber untuk memulihkan tenaga dan memperbaharui bekalan kepada hati sekaligus
dapat memanjangkan tali kesabaran dengan menjadikannya tidak putus. Bahkan
ianya menjadi nilai tambah kepada kesabaran itu kerelaan, kepuasan, ketenteraman,
kepercayaan dan keyakinan.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Secara praktikalnya
kita dilatih supaya merendahkan diri kepada Allah s.w.t yang disembah dengan
penuh rasa keikhlasan dan taat setia. Inilah sebenarnya natijah kepada solat
kita iaitu keikhlasan serta taat setia terhadap Allah s.w.t merangkumi kesemua
perintahNya. Maka jikalau masih lagi tidak taat setia kepada semua hukum Allah
s.w.t tetapi masih lagi siang dan malam bersolat, ianya tidak mencerminkan
konsep solat yang sebenarnya.
Manusia yang fana’,
lemah dan terbatas sudah pastinya memerlukan hubungan dengan kekuatan Ilahi
yang Maha Agung. Dimana dengan sedemikian mereka dapat mencari pertolongan
apabila daya tenaga dan kemampuannya melewati batasnya. Apabila mereka
ditentang oleh kekuatan jahat lahir dan batin, apabila daya upaya untuk berdiri
teguh dan jujur diatas jalan Allah s.w.t dirasa begitu berat ditengah-tengah
godaan nafsu keinginan dan dorongan ketamakan. Apabila perjuangan menentang
kezaliman dan kerosakan dirasa begitu berat dan hebat dan apabila jalan
perjuangan dirasa begitu lama dan begitu jauh dibandingkan dengan usaha yang
terbatas.
Disini nampak dengan
jelas nilai ibadah solat. Ia merupakan hubungan secara langsung diantara
manusia yang fana’ dengan kekuatan yang kekal abadi. Ia merupakan masa
pertemuan makhluk yang kerdil dan terpencil dengan sumber rahmah yang tidak
pernah kering. Ia merupakan detik-detik pembebasan diri dari perbatasan fizikal
bumi yang sempit kepada ruang alam buana yang luas. ia merupakan detik-detik
tiupan bayu, titisan embun dan naungan bayang-bayang ditengahari yang amat
panas. Ia merupakan detik-detik sentuhan mesra kepada hati yang sedang penat,
letih dan lesu. Oleh sebab itulah setiap
kali dilanda kesusahan, Rasullullah s.a.w bersabda kepada Bilal:
إرحمنا بها يا بلال
Bermaksud: “ Senangkan hati kami dengan solat
wahai Bilal”
Maknanya Baginda
s.a.w banyak mendirikan solat apabila menghadapi sesuatu kesulitan untuk sering
bertemu dengan Allah s.w.t. Dengan ini dapatlah difahami melalui ayat ini Allah
s.w.t memberi arahan kepada orang yang beriman yang sedang berada diambang
kesusahan yang besar agar bersabar dan mengerjakan solat.
Seterusnya
firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Bermaksud: “ Sesungguhnya Allah bersama-sama
dengan orang yang sabar”
Menunjukkan Allah
s.w.t tetap sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Ini adalah satu
motivasi dan galakan kepada hambaNya
supaya mempunyai sifat sabar sehinggakan Allah s.w.t sendiri menyatakan dengan
jelasnya dalam ayat ini Dia bersama dengan orang-orang yang sabar. Maka,
sesiapa yang sudah faham tentang hakikat ini iaitu hakikat bahawasanya Allah
akan tetap bersama dengan orang yang sabar dan yang bersolat, sudah tentu dia
tidak takut untuk menghadapi sebarang dugaan dalam skala ritcher yang besar
mana sekalipun kerana yakinnya dengan janji Allah s.w.t. Dia sudah tentu tidak
gerun dan bimbang dengan apa jua dugaan bermula dari hidupnya di atas dunia
sehinggalah datangnya ajal. Ini membuktikan sabar dan menjaga solat itu tanda
seseorang itu hampir dengan Allah s.w.t.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Berkat daripada
sifat sabar serta komited dalam ibadah solah, hari ini seluruh dunia
menyaksikan kemenangan Parti Kebebasan dan keadilan iaitu sebuah sayap kepada
Ikhwanul Muslimin yang suatu ketika dulu pernah diharamkan oleh kerajaan Mesir.
Perjuangan mereka disaluti dengan sifat sabar nan jitu yang memakan masa
puluhan tahun disamping mengorbankan jiwa dan harta yang tidak terkira
banyaknya. Kemenangan yang amat besar ini telah mampu memberi tamparan hebat
kepada Zionis Israel. Berkata Hassan
Hudaibi: “ Ikhwanul Muslimin adalah sebuah nama yang tidak hanya mewakili
sebuah organisasi di Mesir tetapi sebagai tanda kebangkitan Islam di seluruh
negara Islam dari lautan ke lautan. Dakwah mereka berjaya menggegarkan
penjajah, tali barut dan juga golongan munafik”
Maka ketahuilah
sidang Jumaat sekalian, perkara yang bahaya kepada musuh Islam adalah kesabaran
pejuang Islam disamping komited dengan amal solat mereka serta kesedaran Islam itu sendiri dikalangan
rakyat yang akan mewujudkan pertembungan dengan mereka. Dan apabila perkara ini
berlaku, orang Islam akan menjadi seperti generasi awal Islam yang berjaya
mengalahkan kerajaan besar Rom dan Parsi.
وَقُلْ
جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Maasyiral Muslimin,
To conclude the
first Khutbah just now,
Since the time of
the prophets (peace be upon them), there have been countless challenges and
difficulties or trials and tribulations in ensuring that the Law of Al-Quran is
realized as the basic structure of a nation’s law and constitution.
In His Holy Quran, Allah
has said:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ
مَعَ الصَّابِرِينَ
“O you who have believed, seek help through patience and
prayer. Indeed, Allah is with the patient.”
Allah has given us a tip that involves 2 mechanisms, which
are being patient and performing prayers when dealing with challenges. If we
are faced with a problem, we should ask Allah for assistance by being patient
and by praying; certainly then, Allah will extend His aid.
Patience is essential when we want to perform any ibadah or
to perform jihad or even to go into battles. Patience is also very important,
whether when we are burdened with challenges or when we are gifted with
prosperity from Allah SWT.
Solat, or prayer, is a form of ibadah that forms the
connection between a human being and his Creator, Allah SWT. If his solat is
faulty, then his relationship with Allah is faulty. Imagine if the person does
not perform solat at all.
Humans, weak as they are, need a strong connection with the Almighty
Lord. With that, they can seek help whenever their limited strength and
capabilities fail them, whenever they are being threatened by enemies, be it
physically or spiritually, whenever their will to be steadfast and faithful to
Allah’s path becomes weak under the pressure of their own desire and greed,
whenever the fight against cruelty and destruction becomes too great of a
burden and whenever the path of hardship feels too long and too far.
And this proves that patience and taking care of solat are
the signs of one’s closeness to Allah SWT.
Maasyiral Muslimin,
The whole world
today is witnessing the victory of the Freedom and Justice Party (FJP) which is
a wing of the Ikwan Muslimin Organisation that had at one time been barred by
the Egypt government. This is possible with the patience and commitment in
perfoming solah by the members of the organization. Their struggle that include
years of patience and perseverance that had sacrificed many lives and
properties, had given a strong impact on the Zionis regime.
Hassan Hudaibi Said
“ Ikhwanul Muslimin is a name that represents not only as an organization in
Egypt but also a symbol of the rise of Islam throughout the world. Their dakwah
has shaken the colonials, traitors and munafiqin.
My dear brothers in
Islam, the greatest threat to the enemies of Islam is the patience of Muslim
fighters and their awareness of Islam itself. These will create a situation of
great anxiety and fear among the Muslim enemies. And, when this happens, Muslim
will revert to the early generation of Muslims that was able to defeat the
great Roman and Persian empire.
No comments:
Post a Comment