Diambil dari Blog Ust Zuridan
Melihat kepada amalan berzakat di kalangan masyarakat Malaysia, kita dapati meskipun dari segi prinsipnya, mazhab Imam Al-Syafie menjadi teras rujukan dalam istinbat hukum namun secara praktikalnya banyak ijtihad Imam Al-Syafie tidak menjadi sandaran utama sebelum dilihat dalil dan realistiknya pendapat para fuqaha yang lain.
Sebagai contoh dalam soal zakat ternakan, apa yang dipraktikkan di Malaysia hampir tiada langsung mengambil kira pandangan dalam mazhab Imam Al-Syafie yang menegaskan perlunya zakat ternakan dikeluarkan ternakan dan tidak digantikan dengan benda lain atau kadarnya sahaja. Sebagai contoh bagi nisab minima 5 ekor unta dikeluarkan seekor kambing, 30 ekor lembu seekor lembu berusia setahun manakala bagi nisab minima 40 ekor kambing dikeluarkan kambing berusia setahun.
Antara dalil berkaitan zakat ternakan ialah hadis riwayat Al-Tirmizi (623) dan Abu Daud (1576) bahawa Muaz bin Jabal RA berkata: Aku telah diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Yaman, maka dia memerintahkan aku mengambil zakat dari setiap 30 ekor lembu seekor tabi' atau tabi'ah (lembu berusia setahun), dan dari setiap 40 ekor lembu seekor, musinnah (lembu yang berusia dua tahun).
Imam Al-Nawawi rh menjelaskan: Para ashab (ulama mazhab) kami berkata:"Pemerintah ataupun pengutip zakat tidak boleh menjual harat zakat tanpa keperluan yang mendesak (dharurah), bahkan dia hendaklah menyerahkannya kepada orang yang berhak dalam bentuk asalnya. Ini kerana orang yang berhak mendapat zakat adalah orang yang waras dan orang lain tiada wilayah (kekuasaan) ke atas mereka. Oleh itu hak mereka tidak boleh dijual tanpa keizinan mereka". (Al-Majmuk 6/178).
Pendapat ini telah pertegaskan oleh Dr Mustafa Al-Bugho, Dr Mustafa Al-Khinn dan Ali Al-Syarbaji yang telah mengarang secara bersama kitab Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie. Ketika menyentuh soal zakat ternakan mereka menegaskan bahawa zakat ternakan tidak harus digantikan dengan sesuatu yang lain samada 'ain atau kadar. Ini adalah kerana zakat adalah hak Allah yang diberikan kepada orang yang berhak dan syarak telah menetapkan hak ini berdasarkan apa yang telah dinaskan. Oleh itu ia tidak boleh dipindahkan kepada yang lain. Jadi zakat ternakan wajib dikeluarkan dengan 'ain iaitu ternakan itu sendiri dan tidak boleh digantikan dengan benda lain. Kecualilah jika ternakan yang wajib dikeluarkan itu tiada atau pembayar zakat enggan membayarnya,maka ketika itu boleh digantikan dengan kadarnya. (Al-Fiqh Al-Manhaji 2/43).
Zakat ternakan wajib dikeluarkan dengan ternakan adalah merupakan tuntutan syarak yang pastinya mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. Jika ditinjau hikmah berzakat secara umum iaitu bertujuan membantu golongan memerlukan merasai nikmat yang dikecapi oleh golongan kaya. Oleh itu zakat ternakan samada unta, lembu atau kambing adalah bertujuan merangkumkan bersama golongan yang susah supaya mereka turut dapat makan sesuatu yang mahal dan sukar diperolehi kerana harganya yang tinggi. Kemudian, cuba bayangkan jika setiap para penternak membayar zakat dengan mengeluarkan ternakan seperti lembu atau kambing bagi tujuan zakat, pastinya pihak pengurusan zakat yang bertanggungjawab memungut dan mengagihkan zakat terpaksa menyediakan ladang ternakan bagi tujuan transit binatang-bintang tersebut sebelum diagihkan. Ini tidak secara lansung dapat membuka ruang baru bagi mempelbagaikan bentuk agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin di mana dapat diwujudkan peluang kerja bagi menguruskan binatang ternakan tersebut. Dengan itu golongan asnaf yang menumpang di Kompleks Asnaf sebagai contoh boleh disediakan ruang pekerjaan dan tidaklah tinggal di sana hanya sebagai penumpang sahaja.
Dari sudut lain, binatang ternakan yang dizakatkan tersebut bukan sahaja boleh dimanfaatkan untuk fakir dan miskin, malah ia boleh disalurkan bagi tujuan penyedian makanan untuk golongan muallaf, pejuang fi Sabilillah seperti para pendakwah dan guru-guru agama, pelajar-pelajar sekolah agama yang menuntut di asrama dan lain-lain lagi. Mungkin juga ia boleh disalurkan melalui masjid dengan mewujudkan program makan percuma mingguan khusus untuk musafir dan fakir miskin. Ternakan tersebut bukan sahaja boleh diagihkan dalam bentuk daging malah susunya turut boleh dimanfaatkan dengan menghasilkan produk tenusu untuk dikembalikan kepada golongan asnaf.
Sebenarnya apa yang telah ditetapkan oleh syarak tidak wajar diijtihadkan secara meluas hingga akhirnya hampir menafikan maqosid syari'yyah disebalik pensyariatan ibadah zakat. Dalam isu zakat ternakan, hampir tiada satupun institusi zakat di Malaysia secara khususnya mempraktikkan zakat ternakan dengan ternakan. Sebahagian besarnya berpegang kepada pendapat mazhab Hanafi yang mengharuskan zakat dibayar dalam bentuk nilaian samada zakat tanaman, ternakan mahupun zakat fitrah. Persoalannya apakah pendapat Imam Al-Syafie sudah tidak relevan?

No comments:
Post a Comment