(khutbah diubah suai daripada blog Ust Hazmi Dibok)
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ … أمَّا بَعْدُ، فَياَ أَيُّهَا النَّاسُ لَقَدْ قاَلَ عَزَّ وَجَلَّ ياَ آيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إلاَّ وَأنتُمْ مُسلِمُونَ.
Hadirin Solat Jumaat Yang dirahmati Allah
Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang telah memberi kelapangan dan kemudahan kepada kita untuk kita berhimpun pada hari ini dalam satu pertemuan yang disyariatkan wajib kepada kaum lelaki dari ummat Muhammad s.a.w. Pertemuan sekali seminggu ini pastinya tersembunyi pelbagai hikmah yang dapat kita nikmati, rasai dan hayati. Hikmah yang kita sedar atau yang belum kita sedari. Selain dari ruang untuk memperkukuhkan diri dengan pengisian peringatan atau tazkirah khutbah oleh khatib, di sini jugalah peluang kita, manusia sebagai makhluk social untuk saling berkenalan, berinteraksi dan selanjutnya membawa kepada memenuhi keperluan di antara satu sama lain dalam keadaan yang pastinya sangat terpelihara lantaran ia bermula di dalam tempat yang sangat mulia iaitu rumah Allah. Selain itu, ada keberkatan, naungan dan rahmat Allah yang tersembunyi, bagi hamba-hambanya yang bertemu dan berpisah keranaNya, memakmurkan rumahNya dan menyebut-nyebut namaNya di dalam perhimpunan tersebut.
Dalam kesempatan yang terhad dan singkat ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengajak diri saya dan tuan-tuan hadirin solat Jumaat sekalian sesekali kita memperingatkan diri kita masing-masing dengan beberapa noktah atau titik asas yang utama dalam kehidupan kita selaku seorang muslim mukmin., Saya menyedari bahawa di sana terlalu banyak isu-isu besar yang bersifat internasional maupun local yang berkaitan dgn Islam dan umat Islam yang boleh kita sentuh dan kupas. Namun, biarlah pada hari ini kita menyebut perkara-perkara asas yang juga tidak kurang pentingnya. Janganlah keghairahan kita untuk memetik bintang di langit , sampai kita terlupa bahawa telapak kaki masih menjejak di bumi.
Ada 5 perkara asas yang ingin saya sebut dan peringatkan dalam kesempatan khutbah pada hari ini.
Asas Yang Pertama :
Kita adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Kita tidak lahir dengan sendiri, ibu bapa hanyalah jalan atau wasilah untuk mengeluarkan kita tetapi mereka bukan pencipta kita. Sebagai bukti, masih ramai ibu bapa yang tidak memperolehi anak walau mereka sangat menginginkannya lantaran kuasa dan upaya penciptaan itu bukan milik mereka. Firman Allah s.w.t. :
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإِنسَانِ مِنْ طِينٍ (7) ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ (8)
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; [7] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang[8] As-Sajdah
Siapa pun kita hari ini, apa pun jawatan dan kedudukan kita pada hari ini, sebanyak mana pun harta dan kekayaan yang kita miliki atau sebanyak mana pun nikmat yang kita kecapi, ia bermula dari satu titik permulaan atau pintunya iaitu bermula dari sehembus nafas dan nyawa yang ditiupkan Allah s.w.t. kepada kita. TanpaNya, kita tiada apa-apa..
Asas Yang Kedua :
Sebagaimana ia mencipta kita, Dialah Allah s.w.t. yang sangat berkuasa yang akan mematikan kita. Dia Yang Menghidup dan Mematikan. Firman Allah s.w.t. :
لَهُ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (2)
BagiNya memiliki (pemerintahan) di langit dan bumi, yang mematikan dan menghidupkan, dan berkuasa keatas segala2nya. (Al-Hadid)
Mati bukan dalam bidang kuasa kita. Ketahuilah sesungguhnya mati pastinya bukan dalam bidang kuasa kita. Kita tidak tahu bila kita akan dimatikan dan di bumi mana kita akan dikuburkan. Mungkin sahaja selesai solat Jumaat ini, mungkin sahaja malam mini, mungkin sahaja esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun ini atau tahun depan. Tiada siapa yang tahu.
Sangat menghairankan, apabila kita masih lagi hidup, kita berkelakuan seperti kematian itu di dalam kawalan kita. Tiada langsung berasa ingin bersedia untuk menghadapi saat kematian. Sedangkan saban hari kita mendengar berita kematian, sudah kerap kita dikejutkan dengan berita kematian sahabat handai mahu pun kerabat terdekat. Adakah mustahil selepas ini kematian kita pula akan memeranjatkan mereka?
Asas Yang Ketiga :
Sebagai muslim mukmin, kita meyakini bahawa kita tidak mati begitu sahaja. Ada kebangkitan selepas kematian yang namanya alam akhirat. Satu perjalanan yang bermula dengan alam barzakh, qiamat, alam mahsyar dan seterusnya hinggalah berakhir dengan satu antara dua perhentian. Syurga atau Neraka. Syurga, destinasi akhir bagi mansuia yang berbahagia. Neraka, destinasi akhir bagi manusia yang celaka. Jika kita dimatikan detik ini juga, adakah kita telah merasa pasti yang manakah satu destinasi terakhir kita? Tepuk dada tanyalah iman. Friman Allah s.w.t. :
أَلا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ (4) لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (5) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (6)
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? [4] Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), [5] Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? [6] – Al-Muthafffin
Asas yang Keempat :
Destinasi akhir kita di alam akhirat itu sangat bergantung kepada bekalan yang sempat kita kumpulkan ketika hidup di dunia ini. Asas yang keempat ini bermula dengan kita menginsafi hakikat diri kita dan hakikat dunia ini. Siapa diri kita sebenarnya? Tanyalah diri sendiri, siapakah kita ini sebenarnya? Seorang Raja? Presiden? Ketua tertinggi Negara? Pengurusan tertinggi institusi atau organisasi? Pimpinan Masyarakat? Hartawan? Budayawan? Karyawan? Pensayarah dan mahasiswa di gedung pengajian tinggi tempat himpunan golongan intelek? Pegawai besar?
Demi Allah, kesemuanya itu tidak hakiki. Yang hakikinya ialah kita semua adalah hamba Allah s.w.t. Berkewajipan melaksanakan seluruh perintah dan meninggalkan seluruh larangannya. Firman Allah s.a.w. :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ (56)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [56]- Az-Zaariyat)
Kita sebenarnya adalah hamba yang dibebankan dengan jawatan selaku khalifah, untuk mengurus, mentadbir dan membimbing alam seluruhnya dengan syariat Allah s.w.t. Hamba yang diberi tempoh hayat yang tidak lama untuk membuktikan kesetiaan dan komitmen mereka dengan Penciptanya dalam melaksanakan beban amanah tersebut. Hamba yang dicipta bukan untuk hidup mengikut hawa nafsu. Bukan untuk membelakangi syariat Allah s.w.t. Bukan untuk menongkat langit, lantaran akhirnya kita tetap akan kembali bertemu Allah s.w.t.
Asas Yang Kelima dan terakhir :
Keempat-empat asas yang telah saya sebutkan tadi adalah titik noktah yang sangat penting untuk sentiasa diperbaharui ingatan dan kesedaran tentangnya. Asal usul, pengakhiran, hakikat insan dan hakikat dunia yang sebenar bersumberkan sumber yang sangat kukuh. Sumber yang sangat kukuh itulah asas kelima yang saya maksudkan.
Hari ini ramai manusia yang mencipta pegangan dan prinsip hidup, membentuk corak pemikiran, yang kemudiannya menghasilkan sesuatu nilai dan budaya yang kemudiannya menatijahkan tindakan-tindakan bukan dari sumber yang kukuh dan konkrit.
Perkara yang sepenting prinsip pegangan, pola pemikiran, nilai dan peraturan, budaya dan amalan diasaskan dengan asas yang bersumberkan sumber yang tidak kukuh dan konkrit. Ada yang menjadikan amalan turun temurun sebagai sumber dan asas kerana ramai orang dalam sesebuah masyarakat menerima sesuatu perkara tersebut sebagai sumber rujukannya, ada yang menjadikan segala apa yang datang dari barat itu sebagai sumber rujukannya, lebih malang lagi ramai juga yang menjadikan hawa nafsu sebagai sumber rujukannya.
Hasil dari sumber yang tidak konkrit dan jelas, prinsip pegangan menjadi bercelaru, pemikiran menjadi keliru, nilai menjadi haru biru. Kelucahan diiktiraf sebagai hasil seni yang tinggi. Hiburan yang asalnya keinginan atau keperluan, menjadi kewajipan dan kemestian. Agama sebagai cara hidup bertukar menjadi aktiviti atau upacara kerohanian. Alam ghaib menjadi dunia mistik. Moral menjadi hak asasi. Jihad Islam dianggap keganasan, Serangan Israel dianggap sebagai mempertahankan keselamatan dan memerangi pengganas.
Marilah kita kembali kepada sumber yang paling kukuh, sumber yang konkrit, mukjizat yang mencengangkan dan tidak dapat dipertikaikan kesahihannya semenjak dahulu, kini dan selamanya iaitu wahyu Ilahi, Al-Quran dan Hadith sahih yang menjadi sumber tertinggi dalam Islam selaku cara hidup manusia yang sepatutnya.
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)
Alif, Laam, Miim. [1]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; [2]Al-Baqarah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْم، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِاْلأَيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
My dear respected Muslim congregations,
Our support to liberate Palestine is not just an issue of power. It is also not an issue of how the politicians should draw the map to accommodate their desires. Palestine is the land of Islam. The land of the Prophets that ironically many of them were even killed by their own people, the Children of Israel. Allah (s.w.t.) states:
وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إسْرائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً (4)
“And we decreed for the Children of Israel in the Scripture, that indeed you would do mischief on the earth twice and you will become tyrants and extremely arrogant!” (17:4)
We should not worry about the future of Islam in Palestine. Study the Al-Quran and study the Books of Fitan from all the Masanid and Sihah of Hadeeth, then you will know that the glory of Islam in Palestine is a promise from Allah. Not even Muslims, but the Jews also know the fact. If you believe that the death is true, the heaven and hell are true, then you must also believe that the victory of Islam in Palestine is true. They are the part and parcel of our faith in Him.
What we should think and worry at the moment is about us. Ourselves! About our role, contribution and duty. If the only thing we can do now to help the Muslims in Palestine is to talk, then talk and don’t stop talking. Talk to every single person you meet and let them all know the truth. Educate your wife, your children, your neighbours and friends about Palestine. By Allah who by His word I stand on this mimbar, if you stop talking and ignore the issue, this will be the biggest crime committed against Muslims in Palestine. The least you can do is to talk about this. If talking is abandoned and the duty is ignored what else our Muslim brothers and sisters can hope from you? People around you need to know the truth. The mass medias are hiding all the facts, which people need to know. The Palestinians who are defending their life with empty hands are labelled as terrorist whilst the army who destroy everything day and night are begging for sympathy!
All movements, which weaken our faith towards the victory of Islam in Palestine, must be terminated. Some of the Muslims who claim themselves as the people of knowledge are so keen to interpret all the verses of the Quran about jihad to a secondary meaning which create a boneless Islam! They wanted Muslims to see Jihad as an evil deed or at least out of the priority. They promote Jihad An-Nafs (jihad against desire) as Jihad Al-Akbar while Jihad Al-Qital is considered as silver beside gold! The evidence used as proof for establishing that Jihad against the desires and Shaitan is Jihad Akbar, are weak if not false Hadeeth.
Allahu Akbar, beware of all them!
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)
“They want to extinguish Allah’s Light with their mouths, but Allah will not allow except that His Light should be perfected even though the Kafiroon hate it.” (32:9)
May Allah show us the right path and lead us to Janna. May Allah bestow His mercy upon us and our Muslim brothers and sisters in Palestine… and every single inch of land where Muslims are oppressed. May Allah unite our heart and mind toward the victory. May Allah keep ourselves and our Muslim brothers and sisters in patience and Istiqamah. O Allah, You know what we want before we ask, but You command us to ask You simply because You love to hear Your ‘ibaad asking You. In this very sad moment of calamity, we pronounce ourselves as Your slaves, begging You to help us and our fellow brothers and sisters in Palestine.
No comments:
Post a Comment