Thursday, February 11, 2010

KURSUS TILAWAH AL-QURAN BAGI ORANG AWAM

Institut Perkembangan Bahasa (IfLA), Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa

Adalah dimaklumkan, Institut Perkembangan Bahasa (IfLA), Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti ( CELPAD ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), cawangan Kuantan, Pahang, akan mengadakan:

· Kursus-kursus seperti berikut:

1) Asas al-Quran: Bagi yang tidak tahu atau tidak lancar membaca al-Quran (3 semester)

2)Tajwid al-Quran: Teori dan Praktikal al-Quran secara menyeluruh (3 semester)

3)Qiraat ‘Asyarah (10): Pembelajaran Qira’at 10 imam secara teori dan Praktikal – ( semester ini akan dimulakan dengan qira’at Nafi’ dan Ibn Kathir bagi juzuk yang kedua)

· Kursus ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

· Kursus diadakan sekali seminggu selama 18 minggu (36jam). Bermula pada 29hb Mac 2010 hingga 31hb Julai 2010

· Masa kursus adalah seperti berikut :-

8:00 malam hingga 10:00 malam pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

9.00 pagi hingga 11.00 pagi pada hari Sabtu

Lokasi kursus: Kampus Perubatan, UIAM, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus sila hubungi:

-09-5716 400 smbgn 2122/ 0169390579 Ust. Kamarulzaman

-09-5716 400 smbgn 2123/ 0139629300 Ust. FelzaZulhibri

No comments: