Semalam aku baru je berjaya melepasi antara dugaan dalam menyiapkan tesis master aku...
berbekalkan persoalan dalam kepala yang berbunyi amende pulak "Candidature Defence" ni ?...aku berlepas lps subuh ke UM berkeseorangan dalam kegelisahan sbb mengikut musyrif aku kata ...kalau ahli panel tak bersetuju dgn tajuk ....kemungkinan pendaftaran aku akan diluputkan.....
Sebenarnya( setelah diberi penjelasan oleh musyrif selaku pengerusi) Pihak UM telah menjalankan sistem pembentangan "Candidature Defence" bagi semua calon post graduate yang agak diragui proses penulisan mereka kerana tidak melepasi beberapa syarat2 yang dituntut.
Dan aku salah seorang daripadanya...tapi mengikut Prof Zulkifli ( setelah berpuas hati meneliti progres tesis aku)...aku ni kira mangsa sistem ni...sbb sistem ni mmg khusus bagi mrk yang tak dok gapo2 langsung...Dolla mudhillun....sambil menasihati aku supaya bersabar dengan sistem yg baru ini..
Maknanya...aku tak sepatutnya kena bentang..tapi disebabkan aku terlambat sedikit dari jadual untuk siapkan tesis (disebbkan beberapa masalah sebelum ini)....maka aku tersenarai jugak.
"Candidature Defense" adalah yang pertama sekali dilakukan di UM dan aku adalah orang pertama yang kena...(tak dapat nak dibayangkan...tetiba je aku dah buat sejarah kat UM). Ia dibuat bagi memantau mana2 calon yang tidak serius dalam menghabiskan penulisan mereka.
Yang paling mengejutkan...aku sorang jer yang bentang smlm...ingat ke ramai....dgn tiada langsung pengalaman dlm pembentangan ini...( nak tanya saper..sbb aku yg pertama, cuma sblm bentang dr. anuar ade bg beberapa tips skit ttg hok mane nak diberi fokus.)....aku pun, bersandarkan pengalaman mengajar dan beberapa pembentangan kertas kerja hok dulu2... mulalah membentang proposal yang didengari oleh dua ahli panel..Prof Zulkifli dan Dr. Rushdi ( panel luar dr jabatan Usul Fiqh)...juga dgn kehadiran Dr. fauzi Deraman dan Dr. Anuar...
Kedua2 panel memberi respond yg positif ttg tajuk yag aku buat..cuma perlu beberapa perincian dan penjelasan yang lebih teliti agar objektif kajian tercapai. Banyak jugak soalan2 yang timbul daripada pembentangan tersebut...dan al-Hamdulillah sedikit sebanyak aku brjaya menjawabnya... Dan aku juga berterimakasih juga kepada ahli panel yang memberi banyak cadangan dan nasihat dalam meneruskan penulisan kepada tajuk aku ni....
so..aku terpaksa kejar masa untuk menyiapkan baki 3 bab lagi...aku janji kt musyrif akan siapkan sblm bln 12....terpaksalah aktiviti posting memosting dlm blog diminimumkan.
P/s : Sblm balik ke kuantan....jumpa Abe....ade hal bisness skit, gi jln rumah dia...cantik jugak rumah mamat ni...(mcm nak lwn rmh syukri jer)...minum2..sambil nyembang hal kuantan dgn gombak...sesekali tergelak...sesekali tension....tension sbb dulu dikhabarkan kalau ambik study leave tak leh kelas KUTAQ...kena berhenti sementara...skrg boleh jer...ikut suka jer buat undang2....
3 comments:
Zulhibri said! tension sbb dulu dikhabarkan kalau ambik study leave tak leh kelas KUTAQ...kena berhenti sementara...skrg boleh jer...ikut suka jer buat undang2....
Itulah kelemahan undang-undang manusia,kalau nak kira, Zaid tu mengajar Dean celpad tak tahu tu! Surur kemungkinan pun dapat study leave, tapi dia memang tak mengajar siang-siang lagi,
Baguslah dah kena candidature Defence ni, baru bersungguh sikit nak habiskan master tu, kalau tidak syahid di tengah jalan.
kalau perlukan bantuan tentang master, inform je!
wokey boss,...jumpa kt workshop nanti...
Pastu...bila lak nal link blog ana kat blog hamba al-qur'an...?
Post a Comment