Wednesday, June 30, 2010

ULAMA MANGKOR@SEKULAR

Ulama sertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’-Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.


“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.

“Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.

“Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya. -SH

Monday, June 28, 2010

ULAMA MANGKOR!!!!

Selasa, 2010 Jun 29


Ullama muda yang masuk dalam umNO dah mula bersuara . Beliau menyanggah penjelasan seorang Ulama muda yang turut berada di dalam majlis tersebut yang mendakwa diperdaya. Hosni Mubarak Abd Hamid dalam penjelasannya mendakwa beliau bersama beberapa orang lagi telah dieprdaya berada di majlis tersebut.

Fathul Bari yang menjadi pemimpin ulama muda yang masuk umNO tu kata Hosni tidak termasuk dalam senarai mereka. ""Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.

Nampaknya kalangan ulama muda inidah mula bersuara. Namun sebagai seorang yang dikategorikan ulama muda beliau telah memperlihatkan kepincangan ketika berhujjan sebagai seorang ulama. Sepatutnya Fathul Bari merujuk apa yang dimaksudkan oleh Hosni. Hosni mendakwa beliau terpedaya dan tidak pula mendakwa bahawa beliau termasuk dalam senarai 40 geng ulama tu... Nampaknya Fathul Bari bertindak sebagai penganjur majlis tersebut. Biarlah SHahidan Kasim yang membuat kenyataan kerana dia yang dituduh. Kenapa pula budak Fathul ni yang sibuk nak bersihkan Shahidan.???

Aku tak jumpa pun Hosni kata Fathul memperdayakan beliau.
Dia kata media mendakwa inilah 40 ulama muda

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Macam mana fathul ni marah sangat??? Ni la yang dikatakan lebih sudu dari kuah... kalau dah masuk macam tu nampak sangat nak mengampu.... cuba perhatikan jawapan budak fathul ni...

"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Kalau dah tak tahu jangan la kata kawan tu tipu...
..tak di undang...Hosni tak kata hang undang...

Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu. Habis tu nak buat kenyataan macam nana??? macam hang buat tu ke sesuai sebagai ulama??? bodoh keng!!! kalau dah bukan soal masuk umNO atau tidak soal apa lagi...majlis tu majlis masuk umNO... ni la kalau orang cerdik mengampu orang jahat... nampak sangat bodohnya.... Jangan itu termasuk cara Allah menghina orang agama yang khianat!
Cukup le cerita seorang Al Hapus yang tendang tong undi tengah orang ramai kerana marah....

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.
Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Biarle Shahidan bersihkan sendiri.... Benda ni tak de kaitan dengan hang...tau le hang nak jilat Shahidan tu...... awat dia tak boleh cakap ke??? Lagi satu ade ke patut isu makan pulak jadi hujjah... takkan ulama tak tahu adab kut.... Depa nak jumpa Najib... kena tunggu le...cakap macam budak tadika....

Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu. "Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah.

Macam ni baru betul.... semak dulu... yang Hosni hang dah semak ke??? dah tanya Hosni sendiri??? hang ulama sama ulama pun tak boleh nak handle bende macam ni ke???? takkan tanya Shahidan je hang terus serang Hosni??? macam ni ke Ulama muda??? memang ulama tak cukup masak... macam duriann tak masak...orang Perak kata Mangkor!!!! kalau Ulama... Ulama Mangkor kut????

Mahap le tulisan aku agak kasar.. aku tak kisah kalau Shahidan yang buat macam tu... tapi hang atas status ulama.... ini menjatuhkan nilai ulama kalau bersikap begini.... Orang jadi tak hormat dengan cara ulama.... nak tunjuk setia pun... bagi le masa.... Takkan baru Najib dan Hisham bagi amaran kena ikut cara dan perjuangan umNO dah gabra.... melampau sangat cara ampunya tu... tunjuk le cara berpendidikan yang bertaraf ulama....

P/s: ULAMAK LUNCAI DAH MULA GABRA DAN SECARA AUTOMATIK MENJATUHKAN MARUAH DIRI SENDIRI...SENDIRI MAU INGAT BEB....TAK MULA LG NAK BERDAKWAH NAJIS SUDAH MELEKAT KAT DIRI SENDIRI....

Sunday, June 27, 2010

BOLEH KO MENIPU RAKYAT HIDUP2?.....

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda

Monday, June 28, 2010 Harakahdaily
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.
P/S: PUAK2 NI TAK BERIMAN DGN HARI QIYAMAT KE?...INGAT DUNIA NI JE KE DIORANG NAK HIDUP.....YA RABBI....BERTAUBATLAH WAHAI ULAMAK LUNCAI... ENTUM DI TIPU SEBELUM MULA NAK BERDAKWAH....INILAH DIA TARAF ULAMA YG DIGULA-GULAKAN UMNO....KESIAN...SEDIH...

KHAS BUAT 40 LUNCAI

Sunday, June 27, 2010

TGNA nasihat mahasiswa jangan jadi Ulama dunia

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- سورة آل عمران:18

Yang bermaksud :

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis

• Presiden Pesatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysa (PMKUM) bersama ahli-ahli jawatankuasanya

• Pengarah Program, Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) bersama ahli-ahli
jawatankuasa urusetia program

• Saudara saudari mahasiswa mahasiswi yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya apemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam as di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat.

Firman Allah SWT :

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) – سورة البقرة

Yang bermaksud : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu,

Allah berfirman:
"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat.

Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima aanugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam.

Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan.

Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat.

Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-allah, kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-tin :

قَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6)

Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Selain menjadi seroang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh (مصلح). Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup.

Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa.

Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubay, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam.

Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek masjid dhirar dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar tanpa disedari.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat.

Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Saya sudahi dengan

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTAN
- PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH DARUL NAIM (MADANI 10) -
PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA

PADA : 27 JUN 2010
BERTEMPAT DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU, KELANTAN
JAM 10.30 PAGI

Teks dibacakan oleh YB Dr Mohd Fadzli bin Dato Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan

Friday, June 25, 2010

ANTARA ULASAN TERHADAP 40 LUNCAI YANG NAK BUAT APA YG NABI TAK PERNAH BUAT

Ulamak cari jalan mudah

Dari angka 100 turun 40. Itulah bilangan ulamak yang menyertai Umno semalam. Tak mengapalah bilangannya kurang 60 tetapi hakikatnya memang ada ulamak yang masuk Umno semalam.

Antaranya yang mengenalkan diri adalah Fathul Bari Mat Jahya dan Fadlam Mohd Othman..

Menurut akhbar Utusan:

Wakil kumpulan ulama itu, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

Baguslah jika itu niat mereka. Siapa pun tidak berhak menyekat mana-mana individu memilih dan menyertai mana-mana parti politik. Dengan penyertaan mereka ini ternyata aspek keagamaan dan kerohanian tandus dalam Umno, maklumlah Umno bukan sebuah badan siasah yang meletakkan Islam sebagai agenda perjuangannya.

Yang terbukti sampai hari ini mempertahankan agenda perjuangan Islam adalah PAS. Samada dalamkeadaan menang atau tidak memerintah satu negeri pun itulah dasar dan matlamat perjuangan PAS dari dahulu sehingga hari ini dan insyallah sampai bila-bila.

Mengapa mereka tidak menyertai PAS?

Salah seorang jurucakap itu mengatakan PAS dah ramai ulamak.

Bagi saya mungkin Umno nampak lebih gagah, punya kuasa besar, memegang tampuk pemerintahan peringkat pusat. Maka sudah pastilah mengambil kira perhtiungan dunia, Umno lah pilihan terbijak tambah kebanyakkan mereka punya jawatan dalam kerajaan.

Sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin. Anak-anak mereka nanti mudah nak dapat bantuan. Keluarga mereka juga.

Mengapa mengambil jalan susah, megapa mahu pikul risiko,mengapa cari nahas.

Kalau cari susah itu Rasulullah. Ditawarkan menjadi Raja, ditawarkan kedudukan, isteri yang cantik-cantik, hidup senang dan mewah, tetapi Rasulullah memilih untuk terus menerajui perjuangan ini kerana mengharapkan redha Allah swt.

Kalau depa rasa depa boleh jadi orang besar dalam Umno, harap mereka kenang apa terjadi kepada kupang-kupang tembaga (maknanya syiling satu sen yang hampir tidak digunakan) seperti Datuk Dr Abdullah Md Zin, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi yang saya tak perlu sebut. Jangankan pemimpin utama di peringkat nasional, nak jadi pemimpin utama di peringkat bahagian pun tak merasa.

Atau, adakah depa fikir depa nak beri wajah dan ruh Islam kepada Umno? Kalau itu yang depa nak buat, elok depa kenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika dia masuk Umno pada Mac 1982, dengan penuh kurang ajar Anwar bangangkan orang ramai dengan dakwaan kononnya dia masuk Umno untuk Islamkan parti pengkhianat Islam dan Melayu itu. Akhirnya, Umno tak sedikit pun Islam, Anwar yang tenggelam. Tenggelam dalam budaya kafir Umno - siap luluskan judi di Sabah dan Sarawak.

Ada juga bekas imam yang menyertai Umno. Beliau dijadikan bidak di papan catur Umno untuk melawan seorang pemimpin pembangkang. Akhirnya bila dah tak dak kerja nak bagi anak bini dia makan, dia jadi pegawai khas kepada ketuanya di dalam Umno yang juga seorang menteri. Menteri itu khabarnya ada berpuluh pegawai khas. Orang di kementerian berkenaan memberitahu, tidak ada peruntukan untuk membayar gaji kesemua mereka. "Gaji dia orang pihak swasta bayar," kata pegawai itu.

Persoalannya, kenapa swasta bayar? Adakah pihak swasta nak bayar free-free? Tentulah ada habuan yang dijanjikan. Kalau tak, apa kerja dia nak bayar gaji depa termasuk bekas imam tu. Adakah amalam itu tak termasuk rasuah?

Cerita bekas imam yang mendapat gaji penuh misteri dari pihak swasta sedangkan beliau pegawai khas menteri boleh menerangkan nilai sebenar orang-orang agama yang masuk Umno. Bagaimana kalau gaji yang diterimanya itu dikategorikan sebagai rasuah kepada menteri berkenaan? Adakah bekas imam itu memberi makan anak bininya dengan duit rasuah yang diterimanya setiap bulan?


Saya memetik ucapan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (yang dibukukan dalam: Islam – Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan DPF) lebih 30 tahun lalu sempena Sambutan Abad ke 15 Hijrah di Kuala Terengganu:

Sebab Rasulullah saw menolak semua tawaran itu ialah yang pertama kerana golongan-golongan jahiliyah yang dipimpin oleh Abu Jahal itu mensyaratkan Rasulullah saw iaitu:

Wahai Muhammad awak bolehmenerima jawatan menjadi raja. Awak boleh menerima harta. Awak boleh menerima pangkat. Syaratnya awak hendaklah mendiamkan diri terhadap kemungkaran, jahiliyah, kekufuran yang berlaku di Makkah ini. Awak nak sembahyang…..bersembahyanglah. Nak berpuasa………..puasalah. Nak tawaf di Kaabah…..tawaflah. Nak mengerjakan haji……..kerjakanlah haji. Tapi kami minum arak jangan ganggu. Kami berjudi jangan ganggu. Kami menyembah berhala jangan ganggu. Kami melakukan kufur dan jahiliyah jangan ganggu.


Semoga banyak perkara berkaitan keagamaan dan kerohanian dapat diterapkan dalam Umno melalui penyertaan kawan-kawan kita itu. Selamat mencuba.


P/S: BIARLAH 40 LUNCAI INI TERJUN DGN LABU-LABUNYA...INILAH BUKTI BESAR BID'AH YG TERAMAT AGUNG YG TELAH MEREKA BUAT....

Thursday, June 24, 2010

INILAH DIA PERANGAI HUDUH PENAUNG KAPAL RACHEL CORY

Pemuda PAS Wilayah Anggap Mahathir Orang Gila Kerana Mahu Luluskan Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar ucapan Mahathir yang mengatakan bahawa beliau akan meluluskan lesen judi jika beliau masih Kerajaan (Ketua Negara). Ini adalah kenyataan orang gila dan hanya memikirkan dirinya sendiri.

Sebagai seorang bekas pemimpin beliau tidak sewajarnya melabelkan sesuatu kaum itu (cina) sebagai kaum yang suka berjudi kerana tidak semua manusia yang suka berjudi. Malah dalam mana-mana agama pun termasuk Buddha tidak pernah menghalalkan judi. Catatan didalam kitab Tipika Buddha sendiri menyatakan bahawa:

‘There are these six dangers of being addicted to gambling. In winning one begets hatred; in losing one mourns the loss of one’s wealth; one’s word is not accepted in court; one is avoided by both friends and officials; one is not sought after for marriage because people say a gambler cannot support a wife’ (D.III,183).

Didalam buku lain Buddha menyebut ‘squandering wealth on dice’ leads to one’s decline (Sn.106).

Jelas apa yang Mahathir katakan dan menganggap judi tidak diharamkan dalam masyarakat Cina adalah sesuatu yang prejudis kepada kaum ini.

Orang Cina juga tahu bahawa judi itu merugikan mereka. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai hiburan, tetapi itu bukanlah sesuatu yang diajar dalam agama mereka kerana banyak lagi hiburan lain yang mereka boleh lakukan.

Sekitar tahun 80-an dan 90-an Kerajaan Hong Kong dan Negara China mempromosikan kempen membenci judi dengan menayangkan filem-filem perjudian seperti God of Gambler yang mesejnya menyeru rakyat mereka jangan berjudi.

Namun mesej ini tidak difahami Mahathir sehingga ke hari ini kerana dalam kepalanya beliau sentiasa menganggap orang Cina ini sebagai saingan orang melayu. Sebab itu dalam perhimpunan PERKASA baru-baru ini beliau dengan selambanya mengatakan bahawa orang Cina suka berjudi sebagai mengambarkan bahawa masyarakat Cina adalah masyarakat yang suka benda-benda yang negatif dan berfoya-foya.

DPPWP bersyukur kerana beliau sudah lama berhenti jadi Perdana Menteri. Zaman Pak Lah dulu, isu judi terhenti sebentar kerana misinya adalah islam Hadhari yang amat dibenci Mahathir. Namun bila Najib jadi Perdana Menteri, Mahathir bermatian-matian pertahankan dasar judi yang diumumkan.

Ini kerana Mahathir tidak mahu ditempelak oleh Najib kerana zaman dia jadi Perdana Menteri beliau pernah meluluskan lesen judi bagi Bukit Tinggi Resort, iaitu sebuah syarikat yang hampir-hampir muflis kerana banyak beban hutang. Salah seorang ahli lembaga pengarahnya ketika itu adalah Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga salah seorang Menteri Kabinet Mahathir.

Sbelum itu juga banyak lesen-lesen judi lain dikeluarkan zaman Mahathir termasuk Magnum 4D dan lesen judi sukan khas untuk Tan Sri Vincent Tan.

Mahathir juga pastinya mengingati jasa Almarhum bapa Najib, Tun Razak yang memberikannya peluang kedua menyertai Umno setelah ditendang keluar oleh tunku Abd Rahman berikutan bukunya bertajuk ‘Malay Dilema’. Malah Najib menjadi pilihan utamanya selepas mengistiharkan mahu Pak Lah berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Jadi, bukanlah perkara yang menghairankan jika Mahathir bermatian-matian mempertahakan dasar Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi Terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

Banyak jasa keluarga Najib pada Mahathir, dan banyak Mahathir belajar dari keluarga Najib tentang keupayaan judi memberikan keuntungan segera kepada ekonomi negara. Apa jua yang mereka fikirkan, hasil judi adalah haram dan ianya bukan sekdar haram untuk umat Islam tetapi dipandang hina oleh semua agama.

DPPWP menyeru Mahathir, Najib, Jamil Khir dan semua Menteri Kabinet yang menyokong kelulusan judi ini bertaubat. Mereka adalah pemimpin negara dan adalah satu dosa besar jika mereka mengunakan kuasa mereka untuk merosakan rakyat dengan membiarkan mereka terus berjudi.

Akhir-akhir ini banyak laporan berita melaporkan kejayaan pihak Polis menyerbu premis judi haram dan memburu sindiket judi. Ini sudah cukup memberitahu kita bahawa kita mampu membanters judi haram dan tiada alasan kenapa judi perlu dihalalkan dengan pemberian lesen.

DPPWP akan turun ke Dataran Merdeka pada malam 25 haribulan ini bagi menyampaikan risalah dakwah membenci judi bersama Ketua Pemuda PAS Pusat dan kita akan terus edarkan risalah kita diseluruh Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan kepada rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka.

DPPWP juga menyeru rakyat untuk turun beramai-ramai 3 Julai ini untuk mengadakan perhimpunan membantah judi sebagai memberikan tekanan kepada kerajaan supaya mereka kembali melakukan perkara yang betul untuk negara ini.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

P/S: PERANGAI HUDUH MASIH TAK BERUBAH WALAUPUN RUMAH DAH KATA PERGI, KUBUR DAH KATA MARI...KONON NAK TOLONG GAZZA, TAPI PERANGAI LEBIH KURANG SERUPA MACAM YAHUDI...SO...BAWAK BYK BERTAUBAT LE...UMUR DAH NAK ABIS DAH MASIH TAK FAHAM2 LG HUKUM ISLAM...INILAH APE YG ALLAH SEBUT DALAM AL-QURAN GOLONGAN AL-SUFAHA'....


Monday, June 14, 2010

PESANAN UTK PEMINAT BOLA

Mesej Bawah Sedar World Cup 2010

Sunday, June 13, 2010 , Posted by syababghard at 12:43 PM

Sabtu, 2010 Jun 12


Jika anda datang ke negara-negara arab timur tengah sekarang, pasti anda juga akan merasakan anda berada di negara Brazil, Spain, Italy, Argentina dan lain-lain. Ini pengalaman saya selama berada di Jordan dan baru pulang dari Syria. Demam penduduk tempatan lebih teruk nampaknya. Bendera negara pilihan mereka digantung dan dikibar di hadapan rumah dan kedai-kedai mereka. Macam-macam perangai dunia akhir zaman. Media antarabangsa sudah berjaya mengalih pandangan masyarakat antarabangsa kepada dunia buang masa, lalai dan leka.


Normalisasi Mukaddimah Zina & Promosi Zina
South Africa has said that it needs one billion condoms in 2010, due in large part to the upcoming soccer tournament. A batch of 42 million is already headed to the host nation by way of Britain. According to the Guardian, one billion condoms would represent a substantial increase from the country's typical supply: Some 450m male condoms are distributed in South Africa every year but, with 16 million sexually active men and one of the highest HIV infection rates in the world, there are never enough. In addition to the surge of condoms, 40,000 prostitues are expected to enter South Africa during the World Cup. klik untuk sumber
Walaupun mendapat tentang dari pihak gereja mereka, tentangan tidak dihiraukan. Suasana ini sengaja digambarkan dengan wanita-wanita yang berpakaian menjolok mata seolah-olah sebagai mempromosi hubungan sex. Saya terkejut apabila mendengar laporan dari bilik berita al-Jazeera semalam yang mengeluarkan fakta berkenaan penjualan kondom yang terlalu tinggi sempena piala dunia ini. Ini sesuatu perkembangan yang sangat berbahaya. Apa kata pihak gereja mereka? klik di sini.

Ini pula saya quote dari blog peminat bola:
Fan Girl Africa World Cup 2010 has arrived, many Hotels and restaurants are already full with visitors. The Hotels provide entertainment as well as many Restaurants are providing food that is super expensive. Brazil Grils Fans in Africa World Cup 2010 Show the Spirit, Sexy and Hot

Sifat kebinatangan seperti ini boleh anda cari di dalam protokol zionis.
Protokol 13 : Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukan di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Sebuah persoalan yang kita mesti dan wajib jawab, adakah kita ingin melengkapkan protokol tersebut dengan menjadikan diri kita sebahagian dari mangsa mereka?
Satanic Symbolism


Jahbulon adalah salah satu dari amalan ritual ketuhanan puak freemason. Ia cuba menonjolkan ciri-ciri kesyaitanan.

(jika anda menyaksikan video ini, abaikan mesej terakhir video ini)

Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.
Acara Untuk Mengalih Pandang

Perlu kita ingat, menganjurkan acara bertaraf dunia secara besar-besaran ini adalah salah satu dari cara puak ini untuk mengalih pandangan masyarakat dari isu-isu penting umat selain memberi mereka masa yang sesuai untuk menyusun dan menjalankan aktiviti mereka. Dengan cara melekakan masyarakat dunia, mereka boleh bergerak tanpa ada siapa yang sedar aktiviti penting mereka.

Persoalan,
1. Apa yang sedang terjadi di Semenanjung Gaza, Bosnia, masyarakat sunnah di Iraq sekarang ini?
2. Apakah anda tahu pertemuan-pertemuan sulit mereka diatur pada waktu ini?
3. Apa anda tahu, kewangan mereka kembali kukuh dengan adanya acara sebegini?
4. Apa anda tahu, berapa ramai muslim tidak lagi punya rasa marah walaupun di dalam hati apabila melihat wanita separuh bogel melompat-lompat dihadapan mereka?

Jawapan yang mudah, sebilangan besar dari kita tidak tahu sebahagian dari jawapan kepada persoalan di atas. Inilah peranan media mereka dan kotak sihir mereka, iaitu televisyen. Media sekarang ini sama ada yang benar-benar berperanan untuk mengalihkan pandangan atau mereka yang secara tidak sengaja turut mengalihkan pandangan masyarakat dunia kini sedang aktif mengeluarkan isu-isu berkaitan bola. Secara logikalnya, adakah 'bola sepak' tiba-tiba' boleh menjadi isu terbesar dan terpenting untuk dunia? bukankah isu yang agak penting sekarang ini adalah isu kejatuhan ekonomi dan isu flotilla (walaupun ini termasuk dalam perancangan mereka)? Ini bagi saya sesuatu yang janggal dan sangat mustahil. Anda boleh lihat contoh berkaitan media control & mind control:
Semalam ramai yang marah dan sangat emosi bila media mengeluarkan isu serangan israel terhadap flotilla. Dua hari kemudian, muka-muka yang marah ini tadi bersorak kegembiraan apabila terasminya piala dunia 2010.
Ini contoh yang sangat mudah bagaimana mereka mengawal emosi masyarakat dunia. Sungguh licik dan berperancangan. Renung-renungkanlah.

Pesanan Ikhlas

Menjadi ummah yang punya kekuatan dari sudut fizikal dan mental itu sangat dituntut oleh Islam, dan keselarasan kedua-dua elemen tersebut perlu betul-betul seimbangan. Muslim yang sebenar akan berasa marah apabila ada pihak yang cuba untuk menodai ketinggian dan keluhuran maruah manusia yang dimuliakan oleh Islam. Saya risau jika ada dikalangan umat Islam hari ini yang masih boleh tersenyum apabila melihat maksiat dihadapan matanya.

Nabi s.a.w bersabda:
وعن أبي سعيد الخدري -رضى الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من رأى منكم منكرا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم .

Ertinya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadis riwayat Muslim

Perancangan mereka sememangnya sangat bahaya untuk aqidah dan akhlak muslim, Anda sendiri boleh rujuk protokol-protokol mereka bagaimana mereka merosakkan manusia sejagat serta mengambil tampuk pemerintahan dunia berteraskan nafsu dan berjiwa syaitan. Jika anda duduk sahaja tanpa ada rasa ingin bermujahadah menentang musuh yang nyata ini, anda telah melakukan kesilapan yang besar. Saya hanya mampu menasihati dan memberi cara menyedarkan kita dari tipu daya musuh. Pilihan ditangan kita. Apa pun sebagai seorang yang mengambil jalan tengah, saya suka akan mesej ini:

(Dengan menyiarkan logo parti tersebut, tidak bermakna penulis menyokong parti berkenaan)

sumber : http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/06/mesej-bawah-sedar-world-cup-2010.html

Thursday, June 3, 2010

JANGAN LUPA BENIH ISRAEL YANG SUBUR DINEGARA KITA

http://cetusan-hati.blogspot.com/

RM 77 juta wang rakyat Malaysia yang dibayar kepada Apco tidak syak lagi menunjukkan perkongsian kita atas pembunuhan petugas misi kemanusiaan Freedom Flotila.

Amat menyayat hati bagaimana akhirnya Malaysia sedikit sebanyak terlibat dengan penajaan keganasan Israel - menerusi Apco.

Rakyat marhaen seperti biasa menunjukkan kemarahan mereka atas kekejaman Israel dengan berarak ke kedutaan Bapa Angkat Israel - Amerika. Ia langkah yang baik - sekurang-kurang kita mempamirkan respon dan kemarahan kita.

Namun, selepas Kedutaan Amerika, tidak selesai demo bantahan ini jika kita tidak lanjutkan ke depan pejabat Perdana Menteri.

Pembatalan serta merta kontrak Apco tidak boleh dilakukan oleh kita rakyat biasa. Ia hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan kebencian kepada kekejaman Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan Israel dalam urusan negara kita.

Apa lagi, memberikan agen risikan Israel yang berlindung di belakang syarikat penasihat semua dokumen rahsia negara, seperti tercatit dalam perjanjian kontrak berkenaan.

Menaja syarikat dari Israel sama dengan menaja Israel. Bermakna, tangan kita telah terpercik darah saudara kita yang tertindas.

Terpercik sama darah rakan kemanusiaan dari seluruh dunia yang telah dibunuh Israel ketika sedang berusaha membuka tirai besi penindasan ke atas rakyat yang tidak punya apa-apa di Gaza - selain simpati dunia.

Alangkah azabnya perasaan kita berpemimpinkan pemimpin yang sedang mengisi poket Israel dengan wang kita sendiri pada waktu Israel sedang menunjukkan keangkuhannya.

Saya bersetuju dengan pendirian pemimpin Pakatan memberikan PM masa 48 jam untuk bertindak.

Tindakan seterusnya ialah himpunan rakyat mendesak ditarik balik cubaan mengenakan tindakan menggantung Dewan ke atas DSAI - atas pendedahannya mengenai hubungan Malaysia- Apco - Israel.

Jika tidak, Israel mentertawakan kita. Baru beberapa bulan Apco diterima menjadi penasihat negara kita, kita sudah bersedia mengorbankan anak watan kita sendiri demi Israel.

Kita marahkan Amerika. Tapi jangan lupa, kalau kita sendiri gagal membetulkan tindakan Putra Jaya, apa sangat yang hendak kita harapkan dari Amerika? Apa lagi Israel. Kita mulakan dari Putra Jaya.

Jika di depan kedutaan Amerika kita berapi-api tapi Apco masih tegak berdiri di Putra Jaya, itu namanya hipokrit.

Kalau kita marahkan Amerika kerana tidak berbuat apa-apa tetapi kita sendiri secara salah menghukum rakyat kita kerana mendedahkan skandal Apco, itu maknanya kita telah bersatu hati dengan Israel.


Datuk Husam Musa,

P/s : Seperti juga mereka2 yg masih engkar dgn perintah Allah...seperti masih tidak menutup aurat, penentang tegar hukum Allah, penghina ulama', penyubur maksiat....jikalau penyakit ini masih lagi ada dalam batang tubuh kita....kita sama lebih kurang macam israel...so pastikan kebencian kita terhadap israel seiring dengan ketaatan kita terhadap Allah s.w.t....jikalau tidak....kita dua kali lima dengan israel...berjuang ke jalan Allah dengan kefahaman yg sebenar....