Selain daripada hari guru, hari ini juga adalah hari lahir anakku yang keempat iaitu Muhammad al-Jazariey. Cukup umurnya 2 tahun...semoga bersabar ye abg chik dengan hadirnya adik baru...dan semoga menjadi anak yg soleh....
Sekalung penghargaan ku tujukan kepada semua guru yang mengajarku sampailah ke hari ini...
Bagi Sekolah Rendah penghargaan ini ditujukan khas buat guru di S.R. K Segambut Tengah (1981-1982), S.R.K Polis Depoh, Jalan Semarak (1983), S.R.K Batu 4, Jln Ipoh (1984) dan S.R.K Dharma, Batu 6 , Puchong (1985-1986)
Buat semua guru di SMAPT, al-Maidah al-Diniyyah, Kuala lipis (1987-1991) Buat semua guru di STASAB, Pekan (1992-1994) Buat semua guru di IPTQ, Pusat Islam (1995-1998)
Buat guruku yg mengajar Toriq al-Jazariyyahal-Marhum Syaikh RedhoSalim Ali & Syaikh Abd Rahim al-Banna(1999), Syaikh Juddah(2000), Syaikh Ahmad Abd Rahim (2001). Begitu juga Syaikh Hassan Rajab (guru Toriq al-Syathibi, Toriq al-Durrah dan matan Tuhfah al-Atfal 2000-2001) dan Syaikh Sayyid Ali b. Majid (guru tasmik 1999-2001) . Semua masyayikh ini mengajarku di Maahad Qiraat dan Jami' al-Khazandarah, Syuobra, Kaherah, Mesir.
Buat penyelia tesis MA ku 2007-2010, Dr. Mustaffa b. Abdulllah, ketua Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, API, UM,
Dan juga buat guru terawalku, arwah ayahandaku Abd Hamid b. Ibrahim serta Bonda Meriam Azhar bt. Saffie
" I AM INDEBTED TO MY FATHER FOR LIVING, BUT TO MY TEACHER FOR LIVING WELL" - Alexander the Great
(Menurut kitab Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyarah wa ruwatihim karangan ‘Abdul al-Fatah al-Qadhi)
NAFI’ AL-MADANI
Beliau adalah Nafi’ bin Abdul Rahmanbin Abi Nu’aim. Gelarannya adalah Abu Ruim. Beliau berketurunan Ja’wanah’ iaitu seorang lelaki yang kerdil. Dahulunya Ja’wanah adalah sahabat rapat kepada Hamzah bin Abdul Mutalib. Ada juga yang menyatakan beliau adalah sahabat rapat kepada al-‘Abbas bin Abdul Mutalib. Nafi’ adalah salah seorang daripada tujuh Al-Qurra’ yang terkenal. Beliau seorang yang berkulit amat gelap.
Beliau berasal dari Asbahan. Seorang yang indah akhlaknya, menawan rupanya dan sentiasa berseri. Beliau bertalaqqi dengan 70 tabi’n antaranya Abu Ja’far, Shaibah bin Nasah, Muslim bin Jundub, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri dan Abdul Rahman bin Hurmuz al-´A’raj. Abu Ja’far (salah seorang dari tabi’in yang dinyatakan) bertalaqqi dengan Abdullah bin ‘Ayyash bin Abu Rabi’ah al-Makhzumi, Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah. Ketiga-tiga mereka itu bertalaqqi dengan Ubay bin Ka’ab. Abu Hurairah dan Ibnu Abbas juga bertalaqqi dengan Zayd bin Thabit. Kedua-duanya ( Ubay bin Ka’ab dan Zayd bin Thabit) bertalaqqi dengan Rasulullah s.a.w. Manakala Shaibah bin Nasah dan Ibnu Ruman juga bertalaqqi denganAbdullah bin ‘Ayyash bin Abu Rabi’ah. Shaibah juga mendengar bacaan daipada Umar Al-Khattab. Manakala al-Zuhri pula (salah seorang dari guru Nafi’) bertalaqqi dengan Sa’id bin al-Musayyab. Said bin al-Musayyab pula bertalaqqi dengan Abu Hurairah dan Ibnu Abbas. Manakala al-´A’raj bertalaqqi dengan Ibnu Abbas, Abu Hurairah dan Abdullah bin ‘Ayyash bin Abu Rabi’ah. Ketiga-tiga mereka pula bertalaqqi dengan Ubay bin Ka’ab. Ibnu Abbas juga bertalaqqi dengan Zayd bin Thabit. Manakala Umar, Zayd dan Ubay bertalaqqi dengan Rasulullah s.a.w.
Maka dengan itu Qiraat Nafi’ adalah qiraat yang mencapat tahap mutawatir dan tiada bacaan yang lebih tinggi tahapnya daripada bacaannya. Buktinya adalah jelas dengan melihat bahawa beliau telah menerima bacaan daripada 70 tabi’in yang mana kesemuanya adalah bacaan yang mutawatir pada setiap peringkat. Bacaan Nafi’ ini telah diriwayatkan oleh ramai dari kalangan sahabah daripada Rasullullah s.a.w . Seterusnya ianya juga telah diriwayatkan oleh ramai dari kalangan tabi’in dari kalangan sahabah tersebut. Kemudiannya diriwayatkan dari mereka(tabi’in) dari satu umat ke satu umat sehinggalah sampai kepada kita. Kenyataan ini juga berlakupada semua bacaan-bacaan para Qurra’ (sepuluh).
Imam Nafi’ adalah imam kepada umat Islam di Madinah dalam bidang Qiraat. Seluruh umat Islam di situ telah menerima dan membaca dengan bacaannya selepas berakhirnya era tabi’in.
Beliau telah berkecimpung dalam pengajaran al-Quran selama lebih dari 70 tahun. Beliau juga seorang yang amat mengetahui tentang perbezaan cara bacaan yang mana ianya adalah peninggalan daripada imam-imam yang dahulunya hidup di Madinah. Sa’id bin Mansur telah mendengar dari Imam Malik bin Anas berkata : Bacaan orang Madinah adalah sunnah ( bacaan yang dibaca oleh Nabi ) .Lalu ditanyakan kepadanya : Adakah ianya (yang dimaksdukan itu ) adalah bacaan Nafi’?.Lalu menjawab: Ya. Diriwayatkan daripadanya ( Nafi’) bahawa setiap kali beliau berbicara ( Nafi’) terbau dari mulutnya bau yang wangi. Lalu ditanyakan kepadanya: Adakah engkau berwangi-wangian dahulu setiap kali engkau duduk untuk mengajar bacaan? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku tidak mendekati wangian dan tidak pula aku menyentuhnya, tetapi aku melihat dalam tidurku bahawa Nabi s.a.w membaca dimulutku. Maka bermula dari masa itu, terbaulah dari mulutku ini bau tersebut (wangi).
Pernah juga dikatakan kepadanya: Alangkah berserinya wajahmu dan indahnya akhlak mu. Lalu beliau menjawab : Bagaimanalahaku tidak menjadi sepertimana yang kau sebutkan sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersalaman denganku. Aku juga membaca al-Quran dengan Nabi dalam tidurku. Beliau juga dahulunya seorang yang zuhud dan pemurah dan telah bersembahyang di dalam masjid Nabi selama 60 tahun.
Dikatakan ketika mana mati telah menghampirinya, maka anak-anaknya telah berkata kepadanya : Berikanlah nasihat kepada kami. Maka beliau berpesan : bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan sesama kamu, patuhilah perintah Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman.
Beliau dilahirkan dalam lingkungan tahun ke 70 hijrah dan wafat pada tahun 169 hijrah. Bacaannya telah diriwayatkan daripadanya (Nafi’) samada secara sima’ dan ‘ard oleh ramai orangsehingga tidak terbilang samada dari Madinah, Sham, Mesir dan dari negara-negara Islam yang lain. Antaranya adalah dua imam besar iaitu Imam Malik bin Anas dan al-Laith bin Sa’d. Begitu juga Abu ‘Amr bin Al-ala’, ‘Isa bin Wardan, Sulaiman bin Muslim bin Jammaz, Ya’qub dan Ismail bin Jaafar.
Perawi beliau yang paling terkenal adalah dua orang iaitu Qalun dan Warsh .
QALUN
Beliau adalah Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Somad bin Umar bin Abdullah Al-Razzaq berketurunan Bani Zuhrah.Beliau dipanggil Abu Musa dan digelarkan dengan Qalun. Beliau adalah qari’ di Madinah dan sekitarnya. Dikatakan beliau adalah anak tiri kepada Nafi’ dimana Nafi’ mengahwini emak Qalun setelah kematian ayahnya. Beliau sentiasa mendampingi Nafi’ setiap masa. Nafi’lah mengelarkannya dengan Qalun disebabkan bacaanya yang merdu. Ini disebabkan perkataan ‘Qalun’ didalam bahasa Rom adalah bermaksud bagus. Atuk kepada atuknya iaitu Abdullah adalah dahulunya orang tawanan daripada Rom ketika pemerintahan khalifah yang kedua Umar Al-Khattab. Kemudian orang yang menawannya itu membawanya kepada Umar di Madinahdan menjualnya. Lalu dia dibeli oleh orang-orang Ansar dan menjadihamba kepada Muhammad bin Muhammad bin Fairuz (orang Ansar).
Qalun dilahirkan pada tahun 120 hijrah ketika pemerintahan Hisham bin Abdul Mulk. Beliau bertalaqqi dengan Nafi’ pada tahun 150 hijrah iaitu ketika pemerintahan al-Mansur. Beliau berkata: Aku telah membaca denganNafi’ lebih dari sekali. Ditanya kepadanya: berapa kali engkau telah membaca dengan Nafi’? Beliau menjawab : Aku tidak terkira banyaknya melainkan yang aku tahu,aku telah membaca dengannya selama 20 tahun.
Beliau telah mengambil bacaan Nafi’ yang diriwayatkan dari Abu Ja’afar,dan bacaan yang dipilih sendiri oleh Nafi’.Beliau juga berguru dengan Isa bin Wardan.
Diriwayatkan bacaanya oleh ramai orang dan kesemuanya disebut oleh Imam ibnu Al-Jazari satu persatu di dalam kitabnya ‘Tabaqat al-Qurra’’.
Abu Muhammad al-Baghdadi berkata : Dahulunya Qalun adalah seorang yang teramat tuli sehingga tidak dapat mendengar bunyi terompet. Tetapi beliau boleh pula mendengar bacaan al-Qur’an ketika mana diperdengarkan kepadanya. Malah beliau mampu memahami kesalahan pembaca al-Quran berdasarkan mulut mereka dan seterusnya menunjukkan kepada mereka kepada bacaan yang betul.
Beliau meninggal pada tahun 220 hijrah ketika pemerintahan Khalifah Al-Ma’mun.
WARSH
Beliau adalah Uthman b. Said b. Abdullah b. Umar b. Sulayman b. Ibrahim bernasabkan dari keluarga al-Zubair b. al-‘Awwam. Beliau dipanggil dengan Abu Said dan digelarkan dengan Warsh. Lahir pada tahun 110 hijrah dan berasal daripada al-Qayrawan, Mesir. Kemudian beliau bermusafir ke Madinah untuk berjumpa dengan imam Nafi’. Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Nafi’ dengan berkali-kali khatam sehingga tahun 155 hijrah. Kulit beliau putih kemerah-merahan dan biru biji matanya.
Ada yang mengatakan sebab Nafi’ memberi gelaran Warsh adalah berasal daripada gelaran Warashan yang bermaksud burung yang menyerupai burung merpati. Hal ini demikian atas sebab lembut pergerakannya. Kemudian diringkaskan gelaran tersebut kepada Warsh. Ada pendapat pula mengatakan gelaran tersebut adalah berasal daripada sesuatu yang diperbuat daripada susu atas dasar putihnya kulit beliau. Dan gelaran ini sentiasa melazimi beliau sehingga beliau hanya dikenali dengan gelaran ini sahaja dan gelaran ini jugamenjadi kesukaan beliau dan beliau juga berkata: Guruku yang menggelarkan aku sebegini.
Beliau menjadi rujukan dalam bidang al-Qiraat, lughah Arabiyyah dan tajwid di Mesir. Suara beliau sungguh merdu sehingga tiada jemu mendengarnya. Dikatakan beliau membaca dengan Nafi’ selesai empat kali khatam selama sebulan kemudian pulang ke Mesir. Beliau wafat pada tahun 197 hijrah di zaman khalifah al-Ma’mun di Mesir.
2-Naqal baris hamzah kepada huruf yang sakin sebelumnya[4]. Terbahagi kepada 5 bahagian:
-Tanwin حجةٌ إلا
- Ta’ ta’nithكسبتْ أَيديهم
-Huruf linوإذا خلوْ إلى
- Lam ta’rifفي الأرض
- Sakin sahihمن أهل
3-Ibdal hamzah. Terbahagi kepada dua bahagian
-Hamzah sakin : Ibdal kepada huruf mad berdasarkan baris huruf sebelumnya.
a)Fathah : يألمون
b)Dommah:مؤمنون
c)Kasrah: ائذن لى
-Hamzah fathah sebelumnya dommah: Ibdal kepada huruf waw:مؤجلا
4-Mad badal dibaca dengan qasr, tawassut dan ishba’ (Tathlith al-Badal)
5-Taqlil[5]. Terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:
-Secara khilafyang melibatkan zawatil ya’ : موسى
-Secara Qawlan wahidan yang melibatkan zawatil ra’: ذكرى
-Kalimah khusus yang akan diperjelaskan apabila berjumpa dengan contohnya nanti.
6-Silah mim jama’. Hanya melibatkan hamzah qat’
7-Tarqiq ra’. Menipiskan sebutan ra’ yang fathah dan dommah. Terbahagi kepada 2 bahagian:
-Sebelum ra’ ada huruf ya’ yang mati : خَيْرَ,كثيْرًا
-Sebelum ra’ berbaris kasrah:فِرَاشًا, الخاسِرُون
8-Taghliz lam. Menebalkan sebutan huruf lam yang fathah sekiranya berada selepas:
-Huruf sod:الصلوة
-Huruf tho’:مطلع
-Huruf Zho’:ظلمتم
IBN KATHIR
Beliau adalah Abdullah b. Kathir b. Umar b. Abdullah b. Zadhan b. Fairuz b. Hirmiz. Dipanggil Abu Ma’bad. Lahir di Mekah tahun 45 hijrah. Beliau bertubuh tinggi, biru mata hitamnya dan putih rambut dan janggutnya. Salah seorang daripada 7 imam dan beliau juga merupakan dari kalangan tabi’i kerana sempat berjumpa dengan Abdullah b. al-Zubair, Abu Ayub al-Ansari, Anas b. Malik, Mujahid b. Jabir dan Darbas (hamba kepada Abdullah b. Abbas)
Beliau bertalaqqi dengan Abi Saib Abdullah b. Saib al-Makhzumi, dengan Abi al-Hujjaj Mujahid b. Jabir al-Makki dan juga dengan Darbas. Dan Ibn Saib bertalaqqi dengan Ubay b. Ka’ab dan Umar al-Khattab. Mujahid pula bertalaqqi dengan Ibn Saib dan Ibn ‘Abbas. Darbas pula bertalaqqi dengan Ibn ‘Abbas. Dan Ibn ‘Abbas bertalaqqi dengan Ubay b. Ka’ab dan Zayd b. Thabit. Ubay dan Zayd pula bertalaqqi dengan Rasullullah s.a.w.
Beliau adalah Qadi di Mekah di zamannya dan rujukan umat Islam dalam ilmu Qira’at. Al-Khalil b. Ahmad, Sulayman al-Mughirah, Abd al-Mulk b. Jurayj, Sufyan b. ‘Aynah dan Abu Amru al-Basri adalah antara mereka yang bertalaqqi al-Quran daripadanya. Imam al-Shafie pernah mengatakan : Qira’at kami adalah qira’at Ibn Kathir.
Berkata al-´Asmu’i: Aku bertanya kepada Abu Amru . “Adakah kamu bertalaqqi dengan Ibn Kathir?”. Maka dia menjawab: “ya, aku khatam dengan Ibn Kathir selepas aku khatam dengan Mujahid dan terbukti Ibn Kathir lebih ‘alim dalam bahasa Arab daripada Mujahid.
Berkata Ibn Mujahid: Ibn Kathir menjadi rujukan dalam ilmu qira’at di Mekah tanpa ada pengganti sampai keakhir hayatnya pada tahun 120 hijrah. Ada yang mengatakan beliau menetap di Iraq beberapa tahun kemudian kembali ke Mekah dan meninggaldunia. Perawinya yang masyhur dikenali sebagai al-Bazzi dan Qunbul.
AL-BAZZI
Beliau adalah Ahmad b. Muhammad b. Abdullah b. al-Qasim b. Nafi’ b. Abi Bazzah. Diriwayatkan bahawa Abi Bazzah masuk Islam daripada tanganal-Saib b. Abi al-Saib al-Makhzumi. Beliau digelar sebagai Abu al-Hasan. Lahir pada tahun 170 hijrah di Mekah. Merupakan perawi Ibn Kathir yang paling kanan. Beliau juga pernah menjadi bilal dan Imam di Masjidil Haram selama 40 tahun dan antara yang pernah bertalaqqi dengan beliau adalah al-Hassan b. al-Hubbab, Abu Rabi’ah, Muhammad b. Harun dan juga Muhammad b. Abd al-Rahmanyang dikenali sebagai Qunbul. Beliau meninggal di Mekah pada tahun 250 hijrah pada umurnya 80tahun.
QUNBUL
Beliau adalah Muhammad b. Abd al-Rahman b. Khalid b. Muhammad b. Sa’id al-Makhzumi al-Makki. Dipanggil dengan Abu Amru dan digelar Qunbul. Lahir di Mekah pada tahun 195 hijrah. Abu Rabi’ah, Muhammad b. Abd al-‘Aziz dan Ahmad b. Musa b. Mujahidantara yang pernah bertalaqqi dengan beliau. Beliau juga merupakan perawi yang paling kanan kepada Ibn Kathir cuma al-Bazzi lebih tinggi sanadnya daripada beliau. Beliau pernah menjadi rujukan di tanah Hijaz. Beliau meninggal pada tahun 291 hijrah dalam umur 96 tahun.