Disebut dalam buku teks pasti PELAJARAN AL-QURAN tahap 2 (6 tahun), Ms 37 :
Hadis ketiga CINTAKAN TANAHAIR
حب الوطن من الإيمان
Maksudnya " Cintailah tanahair itu sebagian daripada Iman" )
Begitulah apa yang disebut di dalam buku tersebut. Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan malahan dhaif pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan kedalam silibus anak-anak kita.
Syeikh Al-Muhaddith Ismail Al-Ajluny (wafat tahun 1162 h) di dalam "Kasyful Khafa' " (Jilid 1 MS 345) menukilkan kata-kata ulama hadis berkaitan dengannya:
1) Imam As Shoghoni (salah seorang ulama yg mengarang khusus tentang hadis palsu) menghukmnya PALSU,
2) Imam As-Sakhawi di dalam kitabnya "Al-Maqasid (Al-Hasanah) menyatakan: Aku tidak berjumpa dengannya, tetapi maksudnya betul
3) Imam (Mulla Ali) Al-Qary menolak dakwaan As –Sakhawi tentang "maksudnya betul" bahawa tidak ada 'talazum' (kaitan yang kuat) di antara cintakan tanahair dan Iman, kerana ada ayat yang menyatakan bahawa Allah mencela orang-orang munafiq kerana tidak keluar berjihad disebabkan KASIHNYA KEPADA TANAHAIR.
Hadis ini juga disebut di dalam kitab "Tahzirul Muslimin Minal Ahadith Al-Maudhuah 'Ala Sayyidil Mursalin" (Peringatan kepada muslimin daripada hadis-hadis dipalsukan kepada Penghulu Rasul) karangan Syeikh Muhammad bin Al-Basyir Zhofir Al-Azhary (meninggal 1329 h) (MS 133, Hadis No: 116)
Kesimpulan: 1. Hadis ini memang jelas KEPALSUANNYA, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya. 2. Hadis PALSU tidak boleh (HARAM) diriwayatkan atau diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya.
Cadangan: Pihak yang bertanggungjawab menyusun silibus PASTI perlu membuat penelitian semula dan penambahbaikan di dalam buku-buku teks, supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang (ana yakin ramai pakar-pakar ada di dalamnya)
1. Program Wacana Ilmiah yang bertajuk : Sebat Kerana Arak : Adilkah ?
2. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir . Saya difahamkan antara yang turut diundang ialah pihak media untuk membuat liputan dan sejurus selesai majlis tersebut , satu sidang media akan diadakan .
3. Wacana tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :
Hari : Khamis Masa : 8.30 malam Tarikh : 22 Oktober 2009
Tempat : Auditorium KOM UIA Kuantan Pahang .
Panel :
Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ] En. Najib Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ] Dato' Hamidah Marican [ Sister In Islam ] Nasrudin Hassan at Tantawi [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Institut Perkembangan Bahasa (IfLA), Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti(CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa
Adalah dimaklumkan, Institut Perkembangan Bahasa (IfLA), Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti ( CELPAD ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), cawangan Kuantan, Pahang, akan mengadakan:
·Kursus-kursusseperti berikut:
1) Asas al-Quran: Bagi yang tidak tahu atau tidak lancar membaca al-Quran (3 semester)
2)Tajwid al-Quran*: Teori dan Praktikal al-Quran secara menyeluruh (3 semester)
3)Qiraat ‘Asyarah (10)*: Pembelajaran 10 Riwayat Qiraat secara teori dan Praktikal (9 semester)- seperti yang terdapat di dalam Akademi Al-Quran TV9 ( Semester ini akan dimulakan denganQira’at Abu Ja'far, Ya'qub & Khalaf al-"Asyir.
4) Tarannum al-Quran
·Kursus diadakan sekali seminggu selama 18 minggu ( 36jam). Bermula pada 19hb Oktober2009
·Masa kursus adalah seperti berikut :-
8:00 malam hingga 10:00 malam pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.(sekali seminggu)
Lokasi kursus: Kampus Perubatan, UIAM, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Tarikh tutup: 19/10/2009
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus sila hubungi:
Khutbah ini dibaca oleh Abu Syathibie di UIA Kuantan pada 9hb Oktober 2009. Khutbah ini adalah diambil sumbernya daripada Ibn Atiq setelah diedit oleh empunya blog..khutbah kedua pula ihsan daripada artikel Ust. Din Tantawi...
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :
ولما رءا المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ماوعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله ومازادهم إلا إيمانا وتسليما Maksudnya : Manakala orang-orang yang beriman melihat pasukan Ahzab, mereka berkata : Inilah ia yang telah dijanjikan oleh Allah dan rasulNya kepada kita. Dan benarlah Allah dan rasulNya, dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan iman dan ketundukan.
Kita baru sahaja bergembira penuh kesyukuran dalam menyambut hari raya eidil fitri setelah sebulan bertarung dengan nafsu untuk berpuasa sebulan Ramadhan. Setelah itu kita sama-sama mengikiskan perasaan cinta dan tamakkan harta dengan sama-sama mengeluarkan zakat untuk memberi kegembiraan dan bantuan kepada saudara seislam yang susah.
Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah mencatatkan kemenangan gemilang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w dalam peperangan Badar al-Kubra di mana pertempuran sengit secara berdepan dengan tentera kuffar yang berganda lebih ramai berjaya ditumbangkan oleh tentera Islam. Maka pada bulan Syawal ini sekali lagi tentera Islam mencatatkan kemenangan gemilang di dalam peperangan Khandak atau Ahzab dalam mengalahkan tentera kuffar yang menggabungkan banyak puak dan agama di mana kemenangan ini diperolehi melalui kehebatan strategi, perang saraf ditambah dengan pertolongan Allah s.w.t
Kemenangan ini terus diingati dan disebut-sebut oleh seluruh umat Islam terutama apabila tibanya hari raya dengan laungan وأعز جنده وهزم الأحزاب وحدهyang bermaksud Dan Dia (Allah) yang memulia dengan memberi kemenangan kepada tenteraNya dan mengalahkan tentera bersekutu kuffar (Ahzab).
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Peperangan Khandak yang beerti kubu parit atau pun Ahzab yang beerti tentera bersekutu yang merupakan gabungan banyak puak kuffar dalam melawan tentera Islam di mana peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima hijrah. Peperangan ini disebabkan oleh perancangan jahat yahudi Bani Nadhir yang menghantar beberapa orang pemimpinnya untuk menemui pemimpin musyrikin Mekah bagi merancang gabungan pelbagai puak kuffar untuk menyerang Madinah habis-habisan sehingga ke akar umbi.
Rasulullah s.a.w dan tentera Islam terus bermesyuarat dalam mengatur strategi bagi menghadapi tentera bersekutu kuffar yang begitu ramai berbanding jumlah tentera Islam hanya 3 ribu orang shj. Salman al-Farisi mengemukakan cadangan dengan katanya :” Wahai Rasulullah! Kami di negeri Parsi, apabila kami bimbang untuk menghadapi serangan tentera berkuda maka kami bertahan dengan menggali parit”. Cadangan ini diterima dan ini menunjukkan bahawa ilmu dunia boleh diterima walau dari mana datangnya asalkan tidak bercanggah dengan Islam. Oleh itu tidak salah jika umat Islam belajar cara ketenteraan, pembuatan senjata dan sebagainya dari ilmu dunia yang bermanfaat daripada orang bukan Islam asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Mereka juga mesti dilengkapi dengan ilmu agama terlebih dahulu agar tidak terpengaruh dengan serangan pemikiran yang menyebabkan mereka bukan lahir sebagai pakar ilmu dunia untuk perjuangan Islam tetapi sebaliknya menjadi penentang Islam kerana terpengaruh dengan agama, ideologi dan budaya sesat orang kafir.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Selepas itu Rasulullah s.a.w sendiri dibantu oleh tentera Islam yang lain berganding bahu dalam menggali parit bagi tujuan sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh. Ketika peperangan ini berlaku cuaca agak dingin sedangkan bekalan makanan tidak mencukupi sehingga Abu Talhah mengatakan :” Kami mengadu kebuluran itu kepada Rasulullah s.a.w dan kami tunjukkan batu demi batu yang diikat diperut kami lalu nabi juga menunjukkan dua ketul batu diperutnya”. Tujuan diikat batu ini menurut setengah ulama’ adalah bagi menegakkan tulang belakang yang boleh menahan lapar. Di saat cemas ini maka berlakulah beberapa mukjizat daripada Rasulullah s.a.w untuk menaikkan semangat jihad tentera Islam antaranya makanan sedikit menjadi banyak. Mereka bekerja keras dalam menyiapkan parit ini pada siang hari dan pada waktu malam pula mereka berkawal.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam peperangan ini tidak berlaku pertempuran sengit di mana hanya pertempuran kecil sahaja berlaku iaitu apabila ada tentera kuffar yang cuba melepasi parit akan dipanah. Begitu juga tentera kuffar hanya mampu melepaskan anak panah dari jauh kerana dihalangi oleh parit. Dalam peperangan ini 6 orang muslimin gugur syahid dan 10 orang musyrikin berjaya dibunuh. Peperangan berakhir dengan kemenangan bagi pihak Islam apabila kesatuan musuh berjaya dipecahkan melalui seorang utusan rahsia yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. Gabungan sekutu kuffar ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain hasil daripada peperangan saraf yang dilancarkan itu . Ditambah pula dengan bantuan Allah dengan mendatangkan angin kencang yang menyebabkan tentera bersekutu kuffar berundur dari medan pertempuran. Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Ahzab :
يأيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فارسلنا عليهم ريحا وجنودا لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرا
Maksudnya : Whai orang-orang yang beriman! Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu iaitu ketika datang kepada kamu bala tentera musuh. Maka Kami kirimkan kepada mereka angin kencang dan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan adalah Allah itu Amat Melihat apa yang kamu kerjakan.
Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru -baru ini cukup memilukan . Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .
Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16(QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58(QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52(QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia . Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .
Maka mimbar jumaat hari ini menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya negeri pahang agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .
Dibaca oleh Abusyathibie pada 7hb Ogos 2009 di UIAM, Kuantan. (khutbah ini adalah gabungan serta ubah suaian daripada empunya blog, khutbah Ibn Atiq dan artikel daripada Ustaz Zuridan.)
KHUTBAH PERTAMA
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Allah s.w.t berfirman yang berbunyi :
bermaksud: (( Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa)). Suarah Al-Taubah : 36.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Alhamdulillah …kita masih lagi berada di bulan Syaaban. Sya’ban mengikut definasinya bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah Taala dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Kerana hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Bentuk perlaksanaan ibadah pada bulan Syaaban adalah merupakan satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat. Oleh itu di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir,qiamullail dan sebagainya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Sempena berada pada bulan Sya’aban ini maka eloklah kita mengimbau kembali kejahatan orang munafik yang digambarkan ketika berlangsungnya Peperangan Bani Mustaliq pada bulan Sya’ban tahun 6H. Tindakan pantas nabi telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar untuk menyerang Madinah dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan.
Namun dalam perjalanan pulang daripada Peperangan Bani Mustaliq ini, golongan Munafiq pimpinan Abdullah bin Ubai cuba menghancurkan kesatuan tentera Islam dengan menyalakan api fitnah yang paling besar dengan tersebarnya khabar Ifk atau tuduhan zina terhadap Siti Aisyah dengan Safwan bin al-Mu’tal. Fitnah ini digunakan semaksima yang mungkin oleh Abdullah bin Ubai dalam menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap nabi Muhammad s.a.w bagi membuka kembali peluangnya untuk menjadi pemimpin Madinah. Akhirnya turunlah ayat 11 surah an-Nur yang berbunyi :
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرّاً لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنْ الإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ (11) Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar.
Ayat tersebut diturunkan selepas sebulan Siti Aisyah difitnah dan seterusnya menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. 3 orang yang didapati bersalah menjadi dalang kepada tersebarnya fitnah ini dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Misthah dan Hamnah binti Jahsy.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Bila disebut tentang hukum sebat maka kita baru sahaja mendengar bagaimana seorang model dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana bersalah minum arak. Ini mendedahkan kepada masyarakat tentang perbezaan ketara antara hukum sebat mahkamah sivil yang dilihat terlalu kejam kerana mendatangkan pendarahan dan kecederaan malah parut sebat itu sendiri hanya akan hilang selepas dua tahun disebat sedangkan luka disebabkan sebat mahkamah syariah pula hanya akan pulih setelah berminggu-minggu sahaja.
Beberapa bulan yang lepas adanya cadangan daripada Mufti sebuah Negeri di semenanjung supaya dilaksanakan hukum takzir sebat di khalayak ramai bagi jenayah yang tidak besar supaya penjara tidak sesak dan kos menjaga penjenayah tidak terus meningkat disamping kes-kes ini diselesai dengan berkesan dan cepat tanpa menghalang penjenayah untuk menjalankan tugasan harian selepas itu.
. Begitu juga cadangan seorng menteri agama selepas itu di Dewan Negara supaya dilaksanakan hukum hudud bagi menangani masalah ragut dan seumpamanya. Semoga dengan adanya cadangan dan desakan seperti ini dapat menjadi perintis kepada perlaksanaan hukuman Islam yang lebih sempurna dalam membendung pelbagai kes jenayah, rompak dan kerosakan akhlak yang semakin meruncing sehinggakan tabung masjid pun sanggup dipecah dan dirompak. Kita kesal dengan suara sumbang sesetengah pihak seperti Sisters in Islam yang hanya lantang bila hukuman sebat kepada pesalah dijatuhkan atas alasan menzalimi kaum wanita sedangkan ketika seorang ibu muda Mesir bernama Marwah Syarbini ditikam 18 kali di Mahkamah Jerman kerana mempertahankan tudung, tiada pula suara dari golongan ini yang sememangnya tak bertudung pun, kononnya menjaga hak asasi manusia. Mereka mengaku Islam …tapi tak bertudung…maka termasuklah mereka ini diantara perkara pelik dan ajaib…nauzubillahi min zalik…Ingatlah..wahai makhluk yg bernama manusia…bagaimana hebatnya dakwaan kamu yg ingin menjaga hak asasi manusia…maka ketahuilah bahawa hak Allah mengatasi segala-galanya.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Ketika ini Negara kita dicengkam pelbagai bala dari H1N1, jerubu, kekurangan dan harga makanan yang semakin meningkat.Walaupun sebahagian darinya merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menanganinya seperti kekurangan dan harga makanan yang semakin meningkat, tetapi sebagai rakyat kita juga mesti memainkan peranan lebih-lebih lagi memohon pertolongan dari Allah. Hari ini, dari hampir 1500 kes H1N1, kematian meningkat kepada 14 orang. Bagi Kuantan khusunya, telah muncul korban pertama jangkitan H1N1 iaitu adik Mohd Syafiq Aiman Mohd Saiful Afendi yang telah meninggal rabu lepas. Beliau yang baru berumur 6thn telah menjadi mangsa yang ketiga belas ketika itu. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa keadaan sudah semakin serius dan kita bimbang jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjadi kenyataan. WHO menjangka dan memberi amaran bahawa angka mangsa yang terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan wabak H1N1 di Malaysia akan meningkat dan jika tidak dibendung dengan cara yang berkesan, angka kematian juga akan meningkat.
Justeru marilah kita bersama2 selepas ini mendirikan solat hajat bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar menjauhkan pelbagai bala yang semakin membimbangkan di negara ini.
Nisfu Syaaban is a clear indicator that the blessed month of Ramadan is around the corner. One can fast as many as days as one likes before Nisfu Syaaban. But after Nisfu Syaaban, the 15th Syaaban, one should not fast, except for those who are used to fast on certain days, every Mondays and Thursdays for example.
But if one is not used to that pattern, and he wants to fast after Nisfu Syaaban, then it is not advisable for him to do so.In hadith narrated by Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w said:
Which means: When Nisfu Syaaban comes, stop fasting until Ramadan.
My brothers in Islam,
Let us not just regard Nisfu Syaaban as a sign that Ramadan is near. We should also regard Nisfu Syaaban as a sign that we should look into ourselves, to do some self-accounting on our past deeds. How little our devotions to Allah are and how much our sins are. How unprepared we are for the blessings of Allah in Ramadan.
If that is our condition, we should seriously consider doing some house cleaning. Not for our physical houses, but for our hearts, and our spiritual self. Grab the opportunity presented to us in the night of Nisfu Syaaban to repent on all our mistakes, and to seek forgiveness from Allah. And for two weeks after that, let us watch carefully our character, our manners, so that when Ramadan comes, we will be spiritually ready for it.
May the coming days witness a positive change in our community, and ourselves amen.
Ribuan kemaafan dari pihak masjid UIA diatas penangguhan ceramah ustaz azhar Idruss pada 11hb Ogos depan..Di saat kesemua AJK telah bersetuju, masa yang dianggap paling sesuai ...atas nasihat jabatan kesihatan ,ceramah tersebut terpaksa dibatalkan di sebabkan H1N1 yg telah merebak di UIA Kuantan..setakat ini sudah 3 Kulliyah di tutup....Kull. Nursing, Dentist dan paling terbaru Medic...Sedikit kekecewaan tampak disetiap air muka AJK...tetapi InsyaAllah...kami akan berusaha lg untuk menjemput al-Fadhil ustaz...walaupun terpaksa akur bahawa mmg susah nak cari waktu yg beliau kosong...Rabbuna yusahhil....
Baru je ambik tgh tadi ….pomen kata tak de ape yg serius…enjin ok jer…aku test pun ok jer…mcm bawak kereta baru jer…Bau pun mcm keta baru…tapi kekok la skit…sbb dah hampir sebulan dok pakai auto…
Aku Tanya berape jumlah semuanya…amoi tu cakap lebih kurang 9ribu….oklah tu…bukan aku yg bayar…sekarang tgh tunggu dokumen utk bagi NCD aku ke Treler kurang asam yg langgar waja aku…
Semalam warga UIA kuantan dikejutkan dgn satu musibah akibat kematian seorang student dari kulliyyah CTS..akibat digilis oleh bas…ngeri jugak membaca kisahnya di harian Metro hari ni…beliau sebenarnya student aku…baru sem lepas masuk kelas tilawah…aku mmg ingat sgt student ni…sbb dia ni org Felda tersang, Raub, Pahang…so …org Pahang kt UIA kuantan ni boleh bilang dgn jari…sikit ngat… Apa2 pun semoga ruhnya ditempatkan disamping mereka2 yg beriman..
Semenjak dua menjak ni byk ngat accident yg melibatkan kenderaan berat…kejadian di Kulai dan di Maran…tak sanggup nak recall balik kisah tersebut…aku betul2 bersyukur kemalangan yg menimpa aku sekeluarga dulu taklah seteruk mcm di Kulai dan Maran….tak dapat nak dibayangkan kesedihan yg menimpa empunya anak , emak mahupun ayah yang terlibat. Pun begitu sebagai muslim..kita wajib akur bhw setiap kejadian ada hikmah yg tersirat..walaupun aku tahu betapa kesedihan yg sebegitu cukup meruntuhkan sebuah jiwa dan mungkin kalau terkena kpd aku..aku pun tak tahu bagaimana hendak menghadapinya…
Hari ni dan esok…student nursing kena kuarantin….H1N1….dgr cita suspek jer…tp dr. Norlita mintak mereka stop semua aktiviti…termasuklah kelas tilawah esok….so takde kelas le esok….
Akhirnya….dapat jugak masjid UIA Kuantan menjemput al-Fadhil Ustaz Azhar Idruss untuk member ceramah ..Program yg bertajuk “MENGGAMIT RAMADHAN BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS” akan berlangsung pada Selasa 11hb Ogos, lepas magrib… So…mintak heboh2kan lah perkara yg baik ni…InsyaAllah pihak masjid akan berusaha agar dapat mengikat al-Fadhil ustaz agar dapat meluangkan masa di UIA paling kerap sekali sebulan…
P/S: esok ade org nak upgrade avanza dia dari 1.3 ke 1.5.....
lama betul tak update blog...lepas accident hari tu..rasa macam malas je nak menaip..ditambah pula dengan pendaftaran student baru yg kebiasaanya bisa membuat kepala sperti nak pecah...
baru2 ni join geng2 OCD gi tioman ....lepas berhempas pulas dgn student baru...kitaorg release tension kit kat pulau...
First time gi ni....kira ok la gak...keindahannya tak yah ckp la..memang cantik...tapi..seperti langkawi dan pangkor...keindahan pulau2 tersebut dicemari dgn najis arak yg mmg sudah bermaustatin lama di situ.
Berbagai acara telah disusun oleh ajk...termasuk pertandingan photography...aku yg mmg buta pasal kamera ni pun join la jugak...tak sangka lak boleh menang tempat kedua kategori people& events..gambar anak aku pakai google...
Ada 2 kenangan yg tak dapat dilupakan tioman hari tu.. ..kepala anak aku terhantuk kat kerusi simen masa kat marin park, Tekek...bayk jugak darah keluar...nasib baik ade dr. Jamal dan dr. Norlita...tapi tak lah serius sgt...dan juga kenangan ketika nak balik ke Mersing..hujan punya la lebat...jeti dah la takde atap...terpaksalah berlari dlm hujan menuju ke Bot sbb bot taknak tunggu da...habis lenjut belaka...dalam bot tu berjeruk belaka...dari bebudak sampailah ke org tua...hehh..bak kata Ijoy...ni mesti ada yg tak puas mandi laut....
kesimpulan...kalu ade org tanya ...nak gi lagi tak?..aku rasa mungkin dalam 5 atau 6 tahun lagi la...biar anak2 dah besar skit..sbb tioman ni mmg sesuai utk acara laut sahaje la...nak shopping2 tak de le...tak sama cam langkawi...
so..kalu nak gi dgn puas hati pastikan anak2 dah pandai bawak diri, org rumah pun boleh join snorkeling sekali...sbb depa tak dak aktiviti..nak shoping tak berapa syok...kalu bawak yg kecik2 ni...terbantutlah skit nak berseronok tu..