Sunday, April 12, 2009

BPBQAM QIRA'AT AL-KISAEI (TAJUK)



PANDUAN BACAAN

QIRA’AT AL-KISAEI

Melalui

Riwayat Abu Harith & al-Durriy al-Kisaei

(TORIQ AL-SYATIBIYYAH)

Surah

al-Baqarah 1-141

KELAS PENGENALAN BACAAN QIRAAT ‘ASYARAH MUTAWATIRAH

(KUTQ)

UIAM, KAMPUS KUANTAN.

Disusun oleh,

Felza Zulhibri Abd Hamid

Guru Tilawah, CELPAD Unit

UIAM, Kuantan

syathibie@yahoo.com

http://syathibie.blogspot.com/

http://blogs.iium.edu.my/felza/

MY SECRET ADMIRE...

TAZKIRAH DI KEDAI MAMAK

Apabila memperkatakan tentang org bukan Islam yang lebih memahami kebenaran dan keadilan (daripada yg dah Islam dari kecik) sehingga ada yang dengan bangganya menyebut ayat al-Qur’an atas dasar bersetuju dengan apa yang telah dianjurkan oleh Islam… Aku teringatkan sebuah kedai mamak yang terletak di sebelah stadium Darul Makmur…antara tempat kebiasaan aku sekeluarga pekena roti canai dan tey beng…Kedai ni tak lah besar ngat…Cuma mungkin tempatnya strategik berdekatan dgn klinik Farabi dan pasaraya Eng Hong pulak tu…maka tak hairanlah org sentiasa ada….menu? kira ok gak …roti canai taklah berminyak sgt…nasi beriani pun sedap…ada tosey dan capati….(ni dah kira promosi kedai dah ni…mintak2 tokey kedai dapat baca artikel aku ni…ade can dpt mkn tosey planta free).

Adala satu hari tu….ketika diambang PRK k.terengganu dulu… ketika mana aku sekeluarga sedang menikmati roti telur dan tosey…aku terperasan seorng mamat cina ni…sedang bersembang dgn 3 mamat melayu (mungkin pekerja dia ataupun client)…tp yg kedengaran jelas mamat cina ni yg byk cakapnya…hok melayu dok ngangguk je setiap 2 minit….dgn pelat cinanya yang agak pekat jugak…daripada ape yg aku dgr…perbincangan mmg berkisar kepada PRK k.terengganu…yang aku respek kt mamat cina ni…begitu bersungguh2nya dia menerangkan tentang kemungkaran BN ni (yg memang telah nyata)….siap dengan perumpamaan logik akal… aku dgn zaujahku hanya tersenyum melihatkan situasi tersebut sambil melayan kerenah anak2…

Mungkin senario begini…sudah banyak timbulnya di merata-rata tempat di Malaysia ini…kadang2 malu jugak …sbb kita orang melayu Islam yg sinonim dgn al-Quran…masih lagi tidak serasi dengan isi kandungannya….masih lagi takut untuk memberi penjelasan yg mana hak yang mana batil…walaupun dikedai2 kopi…ade yg sudah bersara dah…tp tak nak menyumbang kepada kebenaran…dgn alasan takut ade musuh…. MasyaAllah..puak2 ni tak baca sirah nabi ke?...Dalam menegakkan kalimatullah…bapak saudara baginda sendiri pun menjadi musuh….

Aku pun jadi makin tak fahamlah…hok dok senyap membatu ni bukan golongan yg bodo dan biol….kalu tgk sijil2 diaorg ni…sejuk perut mak diarong mengandungkan diaorang ni…tapi entahlah…adakah mereka ni golongan yg memisahkan politik dengan agama?...yg memang sah dasar sekularisma yang dibawa oleh fahaman kristian…..

ade pulak yang kalu berceramah ….suka sangat cari tajuk hok tak kena mengena langsung dengan al-Waqi’ yang berlaku sekarang…Nampak sgt nak mengabui mata masyarakat agar tidak mengendahkan perkara yang al-aulawiyah…(kalau refer kat al-Fadhil ust azhar Idrus…puak2 ni semua syaitan bisu belaka)

Dan minggu lps…sehari sebelum PRK 2 bukit dan se Batang….aku skali lg pi pekena roti telur dan tosey..di kedai yg sama……sebelum duduk…zaujah aku dah awal2 lagi mengisyaratkan matanya ke meja bersebelahan kami….disitu…skali lagi mamat cina tersebut bersungguh2 menjalankan rutinnya iaitu al-‘amru bil ma’ruf wa al-nahy an mungkar secara lisan….pendengarnya?....sudah tentu org melayu….dan sudah tentunya…kedai ini menjadi pilihanku bukan sahaja kerana menunya tp kerana bi’ahnya …mungkin dgn bi’ah sebegini dapat mendidik anak2 ku agar tidak menjadi penakut dalam menyampaikan kebenaran…walaupun dari contoh org cina….

Kepada mamat cina ni.…walaupun i tak pernah tegur u…dan u pun tak kenal i…bare in ur mind..that u are now…. my secret admire..

Aku berdoa kepada yang maha melihat lg mendengar….agar diberikan hidayah kepada org2 yang sebegini yang mana hati mereka sudahpun serasi dengar kebenaran yang telah dibawa oleh al-quran….

Thursday, April 9, 2009

SURAT TGNA KEPADA NGA KOR MING

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Wednesday, April 8, 2009

DUABUKITSUDAHDITAWANTINGGALLAHBATANGUNTUKDEPA

Seperti biasa...tidak kedengaran langsung berita keputusan pilihanraya bagi 2 bukit sampailah hampir pukul sepuluh aku terima msg daripada adikku yg mengatakan PR dah tawan 2 bukit...

Pastu barulah ada berita bergerak lebih kurang 2 inci yg biasa diletakkan dibahgian bawah tv mengesahkan kemenangan tersebut....

Bagi batang ai....awal2 lagi dah disiarkan....meluat betul...itupun masih ramai lagi hok tak nampak punyalah berat sebelah media massa di Malaysia ini...sehingga ditegur oleh seorang penganalisis politik di astro semalam yg mengatakan kwn dia di UK sudah tahu awal lg keputusan pilihanraya sedang beliau yg berada di Malaysia dan malah pada masa itu duduk di pejabat pusat berita Astro tidak tahu ape2 lagi pun. MasyaAllah...bagaimanalah puak2 ni esok nak jawap dgn Allah tentang berat sebelahnya mereka dengan manusia...Sedangkan Allah itu bersifat al-Rahman yang adil dan pemurah kepada setiap manusia tak kira apa bangsa dan agama..

ade pulak hok tak puas hati bila ade seorang cina yang baca ayat qur'an untuk membuktikan bahawa beliau pun bersetuju dgn anjuran islam al-Amru bil ma'ruf wa Nahy 'an Mungkar....menyedarkan org Islam sendiri bahawa politik tidak boleh dipisahkan dgn Islam yang dusturnya adalah al-Qur'an....pelik betullah....adalah mamat ni yang baru dilantik jadi mufti....mengatakan perbuatan tersebut menghina islam sbb cina tu tak betul baca...mmglah tk betul sebab dia tu cina sebb tak wajib dia baca dgn betul...niat dia hanya kepada makna ayat tersebut...hok wajib ialah orang islam, macamlah mamat ni baca al-Qur'an betul sgt...bukan aku tak kenal puak2 yg pejabat ni mana ade masa perbetulkan bacaan qur'an ditambah dgn ego pada jawatannya...kalau betul nak tegur perkara yg menghina Islam...kenapa tak tegur isteri menteri hok rambut terdedah...kenapa tak tegur hukum allah potong tangan pencuri ganti dengan hukum buatan manusia dan berlambak2 lagi perkara yang menghina islam...

aku pesanlah kt mufti ni...jgn memperbodohkan diri dengan pandangan2 yang memualkan..kalu mcm nilah pandangan seorang mufti...aku yg mmg dulu kurang respek kt mamat ni(sbb semua artikel dia kt paper mendatar jer..takdok langsung nak jelaskan hok haram mana hok halal mana) lagilah jatuh kedebum respek aku kat dia....dan aku nak sgt dgr bacaan fatihah dia...betul ke tidak dari segi tajwid...aku stop kat sini jer la dulu...makin lama aku taip makin menyirap darah aku kt org2 yang cam ni...
Wassalam...

Thursday, April 2, 2009

MENGANCAM JUGAK ....






OK jugak MPV proton baru ni...Nasib baik waja aku baru dua tahun pakai...

SONATA SEKEPING KERTAS YANG BERTULIS...

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

Monday, March 30, 2009

PMRAM....MARI BERSATU MEMPERTAHANKANNYA

Madinah Nasr,26 mac 2009, Seluruh perwakilan yang mewakili semua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Malaysia seluruh Mesir berikrar akan mempertahankan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan naungannya dari diganggu gugat oleh sebarang anasir yang menggugat dan memecah belahkan ahli dan kesatuan.


Mukatamar Tahunan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-76 sebulat suara meluluskan dua usul yang membawa kesepakatan lebih 3000 ahlinya mempertahankan kesatuan PMRAM dari sebarang serangan dan gangguan , 11 Badan Kebajikan Anak Negeri dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa Malayasia yang bernaung di bawah lembayung kesatuan PMRAM menyatakan sokongan penuh menolak sebarang usaha kotor pihak tertentu untuk menggugat keutuhan solidariti mahasiswa Malaysia di Mesir.lebih kurang 1000 ahli hadir ke muktamar tersebut termasuk 750 perwakilan sepakat menyatakan sokongan padu dan dewan muktamar digegarkan dengan tepukan gemuruh apabila usul-usul tersebut diluluskan.

Walaubagaimanapun Perhimpunan Agung Umno yang dijalankan serentak dengan tarikh Muktamar Tahunan PMRAM memutuskan sebaliknya. PMRAM bukan sahaja ditohmah malah diusul untuk dihapuskan.

Menurut laporan malaysiakini, seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut universiti di Southampton, Britain mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik. "PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.

"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.

Walaubagaimana pun Presiden PMRAM menegaskan bahawa PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan masiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.

Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.

Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik. Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.

Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia. Apakah Kelab Umno Mesir terlalu menikus sehingga sanggup membiarkan wakil Kelab Umno Britain untuk membawa gesaan tersebut yang jelas mencampuri urusan mahasiswa Malaysia Mesir dan amat menyimpang dari dasar kesatuan dan perpaduan yang dicanangkan oleh Umno untuk menyatukan Melayu.

Apakah mereka tidak menyedari bahawa PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir.Mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.

PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.

Kini isu pengharaman PMRAM kembali timbul pada Perhimpunan Agung Umno setelah ia pernah disensasikan suatu ketika dahulu oleh menteri yang mengawal Kementerian Penerangan pada waktu itu.

Mantan menteri Umno Zainudin Maidin pernah mengecam PMRAM secara terbuka dalam arus media perdana Malaysia beberapa tahun dahulu. PMRAM diserang bertubi-tubi dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Di antaranya PMRAM dituduh mengongkong kebebasan mahasiswa Al Azhar. Malah nama PMRAM pernah meniti di setiap mulut kepimpinan Umno sebagai sasaran kedua yang wajib djatuhkan selepas kerajaan PAS kelantan suatu ketika dahulu.

Usaha pihak pemerintah ini dikuatkan lagi dengan usaha mengutuskan pegawai bagi menjaga setiap premis rumah-rumah negeri bagi menghalang PMRAM dari bergerak aktif di kalangan anak-anak negeri. Bukan sahaja PMRAM dilarang menggunakan dewan rumah-rumah negeri malah lambang PMRAM turut dilarang untuk dipamerkan dalam sebarang iklan dan notis.

Pmram juga pernah ditohmah sebagai pertubuhan haram, pengganas dan presidennya kaki perempuan dalam siri-siri kursus persediaan untuk ke Mesir oleh Biro Tata Negara Malaysia. Apakah perlu kerajaan Malaysia membayar ribuan ringgit kepada petugas-petugas BTN hanya semata-mata untuk memburukkan PMRAM dan mengugut mahasiswa baru dari bergerak aktif bersama PMRAM di Mesir.

Selain kecaman terbuka terhadap PMRAM dan ahlinya,Ia pernah dinafikan hak untuk menggunakan sebarang premis kerajaan Malaysia di Mesir. Malah sehingga kini PMRAM masih lagi dinafikan hak memiliki pejabat dan penggunaan Rumah Melayu (sekarang Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan umum mengetahui bahawa sejarah menyatakan tanah kawasan terbinanya (DMAK) asalnya adalah kurniaan kerajaan Mesir kepada PMRAM atas kebersamaannya mendokong kerajaan Mesir menghadapi Perang Mesir -Israel. Sebagai catatan umum, termaktub didalam surat perjanjian penyerahan tanah tersebut kepada kerajaan Malaysia ialah hak PMRAM untuk menerima suatu ruang di (DMAK) sebagai pejabat pentadbiran yang dinafikan hingga ke saat ini.

Bukan sahaja PMRAM yang dimangsakan oleh kerajaan bahkan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) juga pernahkan diharamkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Umno .Pelbagai sekatan yang telah dikenakan terhadap pelajar Selangor yang menyertai PMRAM,zakat disekat dan dipolitikkan, malah kemuncak penganiayaan tersebut ialah segelintir pelajar dihalau serta dihalang untuk menghuni asrama Selangor.Peristiwa yang hampir sama berlaku terhadap Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) , hak penggunaan satu ruang di asrama Terengganu sebagai pejabat pentadbiran turut dinafikan.Terkini Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir(BKIMP) pula sedang diancam untuk dibubarkan oleh pihak tertentu.

Perjuangkan hak dan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir
Sekian

Pejuang Kecil
http://najhie.blogspot.com/
9.22 pagi, 1 Rabiul Akhir 1439
Rumah Kedah Hayyu 10, Kaherah, Mesir.

Sunday, March 29, 2009

KHUTBAH 1

(khutbah 27 Mac 2009)
Dibaca oleh Abusyathibie di Masjid UIAM Kuantan

Marilah kita bersama2 meningkatkan ketakwaan kpd Allah s.w.t dgn melaksanakan perintahnya dan menjauhi segala larangannya…semoga kita beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.

Sidang jumaat yg dirahmati sekalian..

Rabi'ul awal… bulan yang menjadi kebiasaan dan amalan tradisi kepada kita, bilamana masuk sahaja bulan ini tidak kiralah pada berapa haribulan sekali pun, ada sebahagian riwayat yang kuat menyatakan 12 Rabi'ul awal , ada juga riwayat yang menyatakan tarikh yang lain, hati kita akan terpanggil untuk bersama2 menyambut peristiwa Maulidul Rasul s.a.w. Dan kini… kita berada di hari yang terakhir dalam bulan Rabi'ul awal, dan mimbar pada hari ini ingin mengimbau kembali peristiwa besar tersebut yang telah mengubah sejarah kemanusiaan di dunia ini.

Ketika mana dunia sedang resah gelisah dengan penyakit dan virus jahiliah, Allah s.w.t telah mentakdirkan untuk mengutuskan, kelahiran seorang nabi yang menerajui dan telah merubah landscape sejarah dunia hingga waktu ini.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disambut dengan pelbagai acara serta sambutan. . Ada yang membuat dengan sambutan perarakan, ada yang menyambutnya dengan ceramah agama, berbagai-bagai acara dan berbagai-bagai peringkat. Sering kali juga kita mendengar perdebatan tentang hokum menyambutnya, ada yang membidahkannya secara mutlak dan ada pula yang mengharuskannya secara mutlak dan ada yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu dan tujuan yang tertentu.

Setiap pandangan mempunyai hujjah masing-masing. Dan seharusnya kita menghormati setiap hujah yang dilontarkan tanpa menjadikannya suatu perdebatan yang menjurus kepada perpecahan umat islam. ditambah lagi hujah2 tersebut datangnya dari pandangan ulama2 yang terdahulu yang mana ilmu dan akhlak mereka jauh lebih baik daripada mereka2 yang tidak habis2 bertelagah tentang perkara ini.

Di antara hujjah yang menyatakan ianya bidah ialah kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukannya. Tidak ada satu nas dan dalil yg sorih didalam menyatakan perkara tersebut.

Di pihak yang lain pula berhujjah bahawa ianya harus disambut kerana tidak ada nas atau dalil yang sorih yang melarang perkara tersebut.Bahkan mereka mengatakan ada nya isyarat didalam al-Qur’an yang mengharuskannya berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 5

وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ

bermaksud :


"Dan peringatkanlah mereka dengan 'Ayyamillah' "

Ubai bin Kaab meriwayatkan bahawa nabi SAW mentafsirkan 'Ayyamillah" dengan nikmat-nikmat Allah. Imam Alusi pula menyatakan bahawa kelahiran Nabi SAW adalah merupakan nikmat Allah yang amat besar yg perlu diingatkan kepada umat Islam. Mereka juga menyatakan bahawa dengan sambutan itulah dapat melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Maka, secara warasnya, Jika inilah hujah dan tujuan mereka apakah ia merupakan satu kesalahan?

Walaumacamana pun hujah yang telah dibentangkan tadi, Persoalan yang lebih penting yg ingin dilontarkan disini, apakah sudah cukup kita menyatakan rasa cinta, rasa sayang kita kepada Baginda s.a.w. dengan sekadar menyambut peristiwa sahaja. Apakah cukup untuk kita hanya mengaku dengan menyatakan kita umat nabi yang menyayangi dan menyintai Nabi s.a.w. dengan hanya membuat acara-acara sambutan semata2.


Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Baginda dan menyambutnya dengan acara-acara sebegitu sahaja, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang itu berkata kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w. (100 ekor unta!!!, kalau kita 100 ekor ayam pun belum tentu). bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, beliau merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Muhammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" maka jawap penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat.

Inilah dia contoh manusia yg beria-ia menyambut kelahiran nabi dengan berbagai jenis acara sambutan tapi selepas itu menjadi org yang pertama memusuhi nabi serta ajarannya…Keperibadian Abu Lahab ini semakin mendapat tempat disanubari umat Islam sekarang ini…Ada yang tiba2 bersemangat tak tentu hala mengalahkan tuan imam dan jemaah masjid ketika mana datangnya maulud nabi ini…tetapi dalam masa yang sama merekalah yang menghina hokum Islam, merekalah yang menghina ulama’2, mereka juga menjadi penghalang kepada tertegaknya daulah islamiyyah. anak dan isteri tak pernah menutup aurat dari kecik sampai ke besar sekaligus menggambarkan majlis yang disambut dengan meriah dan berwarna-warni itu tidak memberi apa-apa faedah pun. Majlis itu adalah satu pembohongan sahaja kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan kepada Allah SWT.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ditimpa kecelakaan daripada Allah s.w.t sepertimana yang menimpa Abu lahab dan kuncu2nya .

Muslimin yang dihormati sekelian

Kesimpulannya

Sudah menjadi adat ummat Islam pada bulan Rabi'ul Awal mengadakan majlis memperingati Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai acara, Tetapi ianya tidaklah menjadi suatu perkara yang wajib untuk dilakukan kerana Allah SWT tidak memerintahkan mereka mengadakan majlis-majlis seperti itu dan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengadakan majlis memperingati hari kelahirannya. Apa yang diwajibkan kepada umat Islam hanyalah beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, Menyambutnya tidak mengapa berdasarkan pandangan serta hujjah yang telah diperjelaskan diawal khutbah tadi tetapi jgnlah sampai perkara yang harus ini lebih dititik beratkan daripada perkara yang wajib iaitu beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ajaranku), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Marilah kita menjadi orang yang ikhlas kepada Rasulullah SAW dengan cara beramal dengan ajarannya dan berjihad memperjuangkannya. Semoga kedatangan rabi’ul awal selepas ini disambut dengan kefahaman islam jitu dan mantap yang menjadi tunjang akidah yang sebenar.

.Muslimin yang dihormati sekelian

Mimbar hari ini melahirkan rasa sedih dengan perginya Rabi’ul awal…malah bertambah2 lagi sedih khususnya bagi warga kuantan kerana pemergian ini disambut dengan konsert jom heboh yang akan berlangsung pada ahad ini…justeru mimbar ingin menyeru agar semua yg hadir memboikot konsert-konsert yg menjadi perancangan yahudi untuk melemahkan umat islam sepertimana kita memboikot produk2 yg memberi sumbangan kepada zionis….

Semoga kita dapat menjaga anak2, isteri serta diri sendiri daripada mengikut telunjuk Abu lahab moden dan kuncu2nya dan seterusnya terjerumus kedalam lembah api neraka…..


Wednesday, March 25, 2009

PERKARA YG AMAT MEMUALKAN

Semalam hampir semua tv kerajaan dan swasta menyiarkan berita persidangan UMNO...
Yang mana terang2 menunjukkan parti tersebut menggunakan harta kerajaan....tidak cukup dengan kes rasuah yg semakin parah...adakah kita ini buta, pekak dan dungu terhadap kebenaran sampai masih lagi memberi sokongan kpd mereka.....nauzubillahi min zalik....

Thursday, March 5, 2009

NAK WAT GUONE?

...Baru sekejap td aku call orang tgh Ust. Azhar Idruss bagi memenuhi jemputan ceramah di Masjid UIA kuantan( Ajk masjid dah lulus dah)...nama dia Che Mohd...
Berdasarkan apa yang dia cakap... jadual al-Fadhil ust Azhar bagi kuliyyah maghrib penuh sampai ke tahun depan.... nak celah sipi2 pun tak leh....Ingat nak jemput ceramah maulud nabi...
Waktu lain pulak kena tunggu lebih kurang 2 bulan...
nampaknya ...masih kena dengar mp3 je laa....Kuliyyah beliau di Masjid Negeri dan Cenderawasih sama waktu dengan kelas aku di UIA....
....Begitulah hebatnya seorang ulama' yang menjadi tumpuan masyarakat pantai timur ini......dan aku tidak akan berputus asa untuk membawa al-Fadhil ust. ke Masjid UIAM Kuantan...
Insya Allah...Rabbuna yusahhil....

BPBQAM QIRA'AT HAMZAH AYAT 26-29



إِنَّ اللَّهَ لا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلاً مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً يُضِلُّ بِهِ كَثِيراً وَيَهْدِي بِهِ كَثِيراً وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلاَّ الْفَاسِقِينَ (26

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan tanwin dengan waw dan ya’.

الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ[1] أُوْلَئِكَ هُمْ الْخَاسِرُونَ (27)

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan nun sakinah dengan ya´

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan lam ta’rif pada kalimah الأَرْضِ

Manakala Khallad secara khilaf

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (28)

Khalaf : saktah secara khilaf pada sakin mafsul

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ[2] جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ[3] فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (29)

فَسَوَّاهُنَّ dan اسْتَوَىHamzah : Imalah pada kalimah

شَيْءٍKhalaf : saktah Qaulan wahidan pada kalimah [4]

dan lam ta’rif ,

manakala Khallad dengan khilaf

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan tanwin dengan waw



[1] sila rujuk penjelasan terdahulu bagi Hamzah ketika waqaf

[2] sila rujuk penjelasan terdahulu bagi Hamzah ketika waqaf

[3] sila rujuk penjelasan terdahulu bagi Hamzah ketika waqaf

[4] sila rujuk penjelasan terdahulu bagi Hamzah ketika waqaf

Tuesday, March 3, 2009

AKIBAT DARI MEDIA YG KORUP DAN TIDAK AMANAH

KEBENARAN YG DISELINDUNGKAN

(Artikel ini ditulis oleh Misbahul Munir, Setiausaha Politik MB Perak DS Nizar)



UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.



Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya. Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.



Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.



MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.



Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.



Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Thursday, February 26, 2009

BPBQAM QIRA'AT HAMZAH AYAT 21-25

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمْ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (21) الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنْ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَاداً وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (22)

Hamzah: Jikalau waqaf pada kalimah وَالسَّمَاءَ , terdapat 3 wajah:

i) ibdal beserta qasr

ii) ibdal beserta tawassut

iii) ibdal beserta Isyba’

Adapun pada السَّمَاءِ silah lihat keterangan sebelum ini.

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan pada contoh lam ta’rif manakala Khallad secara khilaf

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan tanwin dengan waw.

وَإِنْ كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنتُمْ صَادِقِينَ (23)

Hamzah: Ibdal hamzah huruf mad pada kalimah فَأْتُوا ketika waqaf sahaja.

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24)

وَبَشِّرْ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ[1] كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقاً قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (25)

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan pada contoh lam ta’rif manakala Khallad secara khilaf

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan tanwin dengan waw.



[1] Sila lihat keterangan bacaan ketika waqaf sebelum ini.