KAHERAH, 20 Jan: Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun.
Beliau adalah Mursyid Am kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928.
Dr Muhammad Badi’ (GAMBAR) menggantikan Mursyid Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.
Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.
Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.
Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi
Turuq ini disandarkan kepada Muhammad b. Salih b. Abu Daud Abu al-Hassan al-Hashimi al-´Ansari al-Basri al-Darir dan dikenali juga sebagai al-Jaukhani. Beliau mengambil bacaan secara sam’an wa ‘aradan dari Ahmad b. Sahl al-´Usynani. Beliau wafat pada tahun 307 hijrah di Baghdad. Turuq ini pada awalnya terpecah kepada lima turuq sebelum berkembang kepada sepuluh turuq seperti berikut :
1)TARIQ ABU TAHIR (Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun) : Terdapat empat turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :
i)Daripada kitab al-Shatibiyyah. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.
ii)Daripada kitab al-Taisir. Tariq ini juga berdasarkan bacaan daripada al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.
iii)Daripada kitab Talkhis.Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Abi ‘Abd Allah al-Qazwini daripada Abu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.
iv)Daripada kitab al-Tazkirah. Tariq ini berdasarkan bacaanAbu al-Hassan Tahir b. Ghalbun daripada al-Hashimi.
2)TARIQ ‘ABD SALAM (Abi Ahmad ‘Abd al-Salam b. al-Hussin al-Basri) :Terdapat dua turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :
i)Daripada kitab al-Mustanir. Tariq ini berdasarkan bacaan Ibn Suwar daripada Abi al-Hassan al-Khiyat daripada ‘Abd al-Salam daripada al-Hashimi.
ii)Daripada kitab al-Jami’. Tariq ini berdasarkan bacaan Abi al-Hassan al-Khiyat daripada ‘Abd al-Salam daripada al-Hashimi.
3)TARIQ AL-MULANJI (Abi ‘Abd Allah Ahmad b. Muhammad b. al-Hussin Yazdah) : Terdapat dua turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :
i)Daripada kitab al-Ghayah.Tariq ini berdasarkan bacaan al-Hafiz Abi al-‘Ala’ daripada Abu ‘Ali al-Hadad daripada al-Mulanji daripada al-Hashimi.
ii)Daripada kitab al-Kamil.Tariq ini berdasarkan bacaan al-Huzali dan Abu ‘Ali al-Hadad daripada al-Mulanji daripada al-Hasyimi.
4)TARIQ AL-KHABBAZI (Abi al-Hussin ‘Ali b. Muhammad al-Khabbazi):Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini. Penjelasannya adalah seperti berikut:
i)Daripada kitab al-Kamil. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Huzali daripada Abi Nasr Mansur b. Ahmad al-Harwi daripada Abi al-Hussin ‘Ali b. Muhammad al-Khabbazi daripada al-Hashimi.
5)TARIQ AL-KARAZINI (Abi ‘Abd Allah al-Karazini): Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini. Penjelasannya adalah seperti berikut:
i)Daripada kitab al-Mubhaj. Tariq ini berdasarkan bacaan al-Sabt daripada al-Sharif al-Qadir daripada al-Karazini daripada al-Hashimi.
Al-Fatihah. Allahyarham Ustaz Fauzi Bin Azizan (ILMAM PAHANG) bekas pelajar Qiraat Shubra telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ( jam 2.25 ptg - 8 Jan 2010) di Hospital Selayang. Beliau juga merupakan bekas anak murid ana daripada 2002-2004 ketika menuntut di Maahad Tahfiz Masjid Negeri, jln Bukit Ubi ,Kuantan , Pahang.(sekarang terletak di Tanjung Lumpur bawah kelolaan Yayasan Pahang)
Allahyarham yang mengalami pendarahan di kepala, koma setelah kemalangan 31 Disember 2009 di Chenor.
Semoga Allah menempat Allahyarham di kalangan orang-orang yang Soleh.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Saholyatul Aqmar (ILMAM PAHANG) yang merupakan belkas pelajar Qiraat Mansurah dan kini sedang mengandung anak yang pertama 7 bulan.
Seluruh bekas pensyarah MPTQ negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Ibn al-Jazari menjelaskan dalam kitabnya Takhbir al-Taisir fi Qira’at al-‘A’immah al-‘Asharah[1], satu fenomena yang songsang telah pun meracuni pemikiran umat Islam pada masa itu yang mana mereka hanya mengakui dan mengiktiraf bacaan al-Qur’an daripada tariqal-Shatibiyyah sahaja[2]. Bacaan yang bukan daripada tariq ini, dikira bukan daripada al-Qur’an yang mana pada pendapat Ibn al-Jazari, kepercayaan sebegini adalah jelas terpesong daripada yang sebenarnya.
Bertitik tolak daripada fenomena inilah, Ibn al-Jazari menumpukan separuh umurnya mengumpul kitab-kitab berkaitan[3] dalam menyusun kembali turuq yang bertunjangkan sanad yang mutawatirah hingga kepada Rasullullah s.a.w. Sepertimana riwayat lain, riwayat Hafs juga tidak terlepas daripada pegangan yang songsang ini. Maka disini dibentangkan lima puluh dua turuq riwayat Hafs b. Sulayman sepertimana yang terdapat dalam kitab al-Nashr.
Secara umumnya bersambungnya sanad kesemua aliran ini dengan riwayatHafs berdasarkan kitab al-Nashr adalah melalui dua turuq iaitu turuq ‘Ubayd b. Sabbah dan turuq ‘Amru b. Sabbah. Al-Hafiz Abu ‘Amru al-Dani mengatakan bahawa kedua-dua pewaris perawi ini adalah adik beradik. Pendapat ini disokong oleh al-Zahbi dalam kitabnya Ma‘rifatu al-Qurra’ al-Kibar, j. 1, h. 203.
Walau bagaimanapun pendapat ini ditolak oleh Abu ‘Ali al-´Ahwazi yang mengatakan kedua-dua pewaris perawi ini bukan adik beradik. Ibn al-Jazari bagaimanapun berkata, pendapat yang paling jauh daripada kebenaran adalah mengatakan kedua-dua mereka ini adalah orang yang sama.[4]
TURUQ ‘UBAYD DAN ‘AMRU B. SABBAH
Turuq ‘Ubayd b. Sabbah adalah disandarkan kepada ‘Ubayd b. Sabbah b. Sabih Abu Muhammad al-Nahshali al-Kufi al-Muqri´. Beliau mengambil bacaan daripada Hafs b. Sulayman secara sam’an wa ‘aradan. Turuq ini diperkembangkan melalui Ahmad b. Sahl b. al-Fairuzani al-´Usynani yang mengambil bacaan daripada beliau juga secara sam’an wa ‘aradan.
Ada dua puluh empat tariq yang terpecah daripada turuq ini dan kesemuanya bersambung sanadnya dengan turuq ´Ubayd melalui turuq al-´Usynani. Daripada turuq al-´Usynani ini terpecah kepada dua turuq dahulu iaitu melalui al-Hashimi dengan sepuluh turuq dan Abu Tahir dengan empat belas turuq. Ini menjadikan turuq di bawah ‘Ubayd b. Sabbahberjumlah dua puluh empat turuq kesemuanya.
Manakala turuq ‘Amru b. Sabbah adalah disandarkan kepada ‘Amru b. Sabbah b. Sabih Abu Hafs al-Baghdadi al-Muqri´. Beliau juga mengambil bacaan daripada Hafs b. Sulayman secara sam’an wa ‘aradan. Turuq ini diperkembangkan melalui Abu Humaid al-Fil dan Zar’an sehingga terpecahdaripada kedua-dua turuq ini kepada empat belas turuq setiap satu. Ini menjadikan turuq di bawah ‘Amru b. Sabbahberjumlah dua puluh lapan turuq kesemuanya.
Kesimpulannya, daripada dua puluh empat turuq ´Ubayd b. Sabbah dicampurkan dengan dua puluh lapan turuq ‘Amru b. Sabbah, maka genaplah lima puluh dua turuq yang bernaung di bawah riwayat Hafs b. Sulayman al-Kufi.
[1]al-JazarÊ, (1983), TakhbÊr al-TaisÊr fi QirÉ’Ét al-‘A’immah al-‘Asharah, (tahqiq: JamÉ’ah min al-‘Ulama’), BeirËt: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiah, h. 7.
[2] Bermaksud mempercayai bacaan yang ÎaÍÊÍ adalah daripada tujuh imam melalui ÏarÊq al-ShÉÏibiyyah sahaja
[4] Ibn AbÊ Maryam, al-ImÉm NaÎr b. ‘AlÊ b. MuÍammad ´Abi ‘Abd AllÉh al-SyÊrÉzÊy al-NaÍwiy (1993), al-MËÌaÍ fÊ wujËhi al-QirÉ´Éti wa ‘ilalihÉ,tahqiq : Dr. ‘Umar ×amdÉn al-KabÊsiy, Jeddah: al-JamÉ’ah al-Khairiyah li TahfÊÐ al-Qur´Én al-KarÊm, j. 1, h. 140.
Penyanyi lagu Russian Roulette, Rihanna diarah berpakaian lebih sopan bagi persembahan konsert di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada malam sambutan Tahun Baru, Jumaat ini. Itu satu laporan akhbar tentang konsert tahun baru di UAE, sebuah negara Arab moderat yang dikurniakan Allah kekayaan tetapi antara negara Arab yang kufur ni’mat.
Rihanna dibayar RM1.75 j untuk konsert itu. Mungkin ramai yang menjadi penontonnya ialah pekerja-pekerja dan warga asing di UAE. Tapi tak mustahil juga bahawa yang menggilainya ialah orang Arab Islam tempatan sendiri. Bodohnya pihak kerajaan yang meluluskan konsert ini atau pihak yang membayar kepada Rihanna ini. Pakaian dah tahu tak senonoh, kemudian disuruh pula pakai pakaian lebih senonoh untuk persembahan, senikata lagu senonoh? (Saya tak tahu, tak pernah dengar), akhlak seharian senonoh? Bayangkan dengan RM1.75 j jika disalurkan kepada penduduk Gaza, berapa nyawa sudah dapat diselamatkan.
Dalam satu artikel lain dalam satu web islamik lain, seorang faqih Saudi menyebut: ‘Mengaitkan istighfar dengan tahun baru (Masihi) adalah bid’ah’.
Apa yang anda terfikir dari isu Rihanna membuat konsert tahun baru di UAE dengan bayaran RM1.75 j dan kenyataan ‘faqih’ Saudi ini?
Bukankah imam-imam mujtahid sendiri tidak pernah memaksa sesiapapun untuk mengikut mereka? Dan bukankah Imam Syafie sendiri mengatakan bahawa apabila sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku?
Menjawab persoalan ini, memang benar imam-imam mujtahid sama sekali tidak pernah memaksa murid mereka mengikut mazhab atau pendapat-pendapat yang mereka keluarkan. Tetapi harus diingatkan bahawa imam-imam mujtahid tersebut mempunyai anak murid yang sudahpun mencapai tahap mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk membezakan antara dua dalil.
Jadi perkataan Imam Syafie misalnya ditujukan kepada Imam Muzani, perkataan Imam Abu Hanifah ditujukan kepada Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad.
Apabila Imam Syafie mengatakan bahawa, “Apabila sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku,” yang dimaksudkan ialah apabila sahih sesebuah hadis dan ia menepati usul yang telahku istinbatkan dari al-Quran dan sunnah maka itulah mazhabku. Ini dapat kita ketahui sekiranya kita mempelajari usul-usul dan kaedah istinbat yang ditetapkan oleh Imam Syafii rah.a sendiri.
Bukanlah sahih di sini bermakna sahih pada pandangan ahli-ahli hadis semata-mata. Sekiranya maksud Imam Syafie adalah seperti itu maka sudah tentu Imam Syafie akan mengatakan bahawa menyentuh wanita yang bukan mahram tidak akan membatalkan wudhu. Tetapi memandangkan terdapat dalil-dalil lain yang perlu diambil kira, maka langkah selamat ialah dengan mengatakan bahawa ianya membatalkan wudhuk.
Oleh itu, kita tidak boleh menganggap bahawa kesemua yang kita anggap sahih adalah mazhab Syafie melainkan kita sendiri sudah mencapai darjat Imam Muzani. Pun begitu tidak banyak fatwa Imam Syafie ditolak oleh pengikut beliau walaupun selepas kewafatannya.
Sekiranya maksud kalam Imam Syafie adalah seperti yang didakwa oleh mereka yang tidak bermazhab, sudah tentu pakar-pakar fiqah dan hadis seperti Imam Nawawi dan Hafiz ibnu Hajar akan mengubah fatwa mazhab Syafie kepada “yang lebih sahih.” Tetapi hal sedemikian tidak terjadi dan menunjukkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie bukanlah seperti yang mereka dakwa.
Imam Abu Hanifah sendiri misalnya tidak pernah memaksa Abu Yusuf mengikut mazhab beliau. Tetapi telah diriwayatkan pada satu ketika Imam Abu Yusuf telah melancarkan halaqah ilmunya sendiri, lalu Imam Abu Hanifah menghantar wakil untuk mengajukan beberapa soalan yang musykil kepada Imam Abu Yusuf sambil mengatakan kepada wakil tersebut sekiranya Abu Yusuf mengatakan “Ya” salah, dan sekiranya dia mengatakan “Tidak” pun salah. Akhirnya Imam Abu Yusuf kembali menghadirkan diri ke majlis Imam Abu Hanifah.
Tindakan Imam Abu Hanifah di atas bukanlah untuk memaksa Imam Abu Yusuf untuk bermazhab dengan mazhab Hanafi, tetapi untuk mengingatkan Imam Abu Yusuf bahawa beliau masih belum bersedia untuk mengemukakan ijtihad beliau sendiri walaupun beliau adalah anak murid Imam Abu Hanifah yang paling kanan.
Kesemua yang mempelajari sejarah tentu tahu bahawa Imam Abu Yusuf telah dilantik sebagai qadi besar empayar Abbasiah. Bukanlah calang-calang boleh menjadi ketua qadi pada zaman yang dipenuhi ilmuan-ilmuan berwibawa.
Mengapa hanya mengiktiraf empat mazhab dan tidak lebih?
Pada zaman Baginda s.a.w. para sahabat berpandukan ajaran yang mereka dapat secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Dan selepas kewafatan Baginda s.a.w. ramai sahabat yang bertaqlid dengan pendapat mereka-mereka yang rapat dengan Bagida s.a.w. seperti khalifah rashidin, Ibnu Mas’ud dan lain-lain. Namun selepas tersebarnya agama ke seluruh pelusuk alam sahabat berhijrah ke tanah-tanah yang dijajah demi untuk mengajar kepada saudara-saudara baru mengenai Islam.
Mereka menyampaikan apa yang mereka lihat dan dengar sendiri dari Baginda s.a.w. Dan bermulalah zaman penyebaran hadis, dengan tabi’in mula mengembara dan berjumpa dengan para sahabat demi untuk mendapat ajaran sunnah Baginda s.a.w. Demikianlah juga pada zaman tabi’-tabi’in. Ketika itu taqlid terhadap individu tertentu sudahpun berlaku.
Penduduk madinah misalnya banyak bertaqlid dengan pendapat Zaid bin Thabit yang juga adalah penulis wahyu rasulullah s.a.w. Penduduk Basrah dan Kufah bergantung dengan pendapat Ibnu Mas’ud. Penduduk Syam bertaqlid dengan Muadz bin Jabal r.a dan penduduk Makkah dengan Ibnu Zubair r.a. begitulah halnya ummat ketika itu memahami bahawa kita perlu mengikut amalan mereka-mereka yang jauh memahami sunnah baginda s.a.w.
Selepas zaman sahabat sehinggalah abad ketiga hijrah memang terdapat ribuan mujtahidin seluruh dunia. Imam-imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Hasan Basri, Sufyan Thauri, Sufyan bin Uyainah, Syafie, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, Awza’i, Ishaq bin Rahwayh/Rahuyah dan lain-lain adalah di antara mereka-mereka yang mempunyai ramai pengikut dan muqallid.
Namun selepas abad keempat hanya tinggal beberapa mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafii, Hanbali, Awza’i, dan Zahiri. Mazhab-mazhab lain semakin sedikit pengikutnya memandangkan empat mazhab ini menjadi ikutan di kota-kota utama dunia Islam ketika itu. Hanafi dan Hanbali di Iraq, Maliki di Andalusia dan Afrika, Syafie di tanah Parsi dan di Mesir, Awza’i di tanah Syam dan hanya sebilangan kecil Zahiriyyah iaitu mereka-mereka yang bertaqlid dengan Daud az-Zhahiri.
Selepas abad kelima Awza’i dan Zahiriyyah juga lenyap walaupun pendapat mereka dibukukan oleh pengikut-pengikut mereka. Dan kekallah empat mazhab sehingga ke hari ini kerana masih mempunyai pengikut dan tradisi ini diamalkan zaman-berzaman. Ummah sejak dulu hingga kini berasa selesa dengan bertaqlid kerana mereka sedar ketidakmampuan mereka dalam berijtihad.
Dalam tempoh ummah mula bertaqlid iaitu sejak abad ketiga hijrah hingga kini terdapat ramai ulama hadis yang lahir seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Baihaqi, Tahawi, Daruqutni dan lain-lain yang mana ilmu mereka dalam bidang hadis dan agama tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Namun mereka sendiri berasa selesa dengan bertaqlid akan para imam.
Sesungguhnya bertaqlid dengan imam seperti yang dilakukan oleh jumhur ummah dan ulama adalah sesuatu yang amat mustahak lebih-lebih lagi pada masa kini yang penuh dengan kejahilan dan kekufuran. Mereka sudah memudahkan urusan ummah dalam segala segi dan bidang. Memilih untuk berijtihad sendiri dan meninggalkan ajaran mereka yang jauh lebih hebat dari kita adalah sama seperti meninggalkan Mann dan Salwa hanya semata-mata demi untuk mendapatkan timun dan bawang.
KITAB YANG MERIWAYATKAN SANAD DARIPADA HAFS B. SULAYMAN.
Riwayat ini sebenarnya mempunyai berbagai turuq yang membentuk satu cara pembacaan yangdiakui sahnya sebagai riwayat Hafs b. Sulayman al-Kufi. Walaupun begitu, kajian ini hanya membincangkan turuq yang terdapat di dalam kitab al-Nashr fi Qira’at al-‘Ashr, cet. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, karanganMuhammad b. Muhammad b. ‘Ali b. Yusuf al-Jazari. Kitab ini menyatakan dengan jelasnya bahawa riwayat ini mempunyai lima puluh dua turuq yang berbeza pewaris riwayat.
Kitab ini juga mengambil sumber daripada tujuh belas kitab lain[1] dalam mengukuhkan hujah pengarangnya untuk memperjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa riwayatini bukan hanya mempunyai satu bentuk bacaan sahaja tetapi hakikatnya, ianya mempunyai berbagai-bagai turuq yang membentuk apa yang dikatakan sebagai riwayatHafs b. Sulayman al-Kufi . Berikut adalah nama tujuh belas kitab tersebut dan pengarangnya[2]:
1)Al-Taisir fi al-Qira´at al-Sab’i : al-Imam al-Hafiz al-Kabir Abu ‘Amru ‘Uthman b. Sa’id al-Dani[3] yang meriwayatkan dua tariq sahaja iaitu daripada turuq al-Hashimi dan Zar’an. Meninggal di tempat yang bernama Daniah, Sepanyol pada tahun 444 hijrah.
2)Al-Shatibiyyah : Qasidah al-Lamiyyah[4] yang dikenali dengan nama “Hirz al-´Amani wa Wajh al-Tahani” karangan al-Imam Abu al-Qasim al-Ru’aini al-Andalusi yang meriwayatkan satu tariq sahaja iaitu daripada turuq al-Hashimi. Meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 590 hijrah.
3)Talkhis al-‘Ibarat fi al-Qira´at al-Sab’i:Karangan al-Imam Abu ‘Ali al-Hassan b. Ballimah al-Hawari al-Qairuni yang meriwayatkan satu tariq sahaja daripada turuq al-Hashimi. Meninggal dunia di Iskandariah, Mesir pada tahun 514 hijrah.
4)Al-Tazkarah fi al-Qira´ati al-Thaman :Karangan al-Imam Abu al-Hassan Tahir b. al-Imam Abu al-Tayyib Ghalbun al-Halabi yang meriwayatkan satu tariq sahaja daripada turuq al-Hashimi. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 399 hijrah.
5)Al-Tajrid fi al-Qira´at al-Sab’i :Karangan al-Imam Abu al-Qasim ‘Abd al-Rahman al-Saqli[5] yang meriwayatkan empat tariq. Tiga daripada turuq al-Hashimi dan satu daripada turuq Zar’an. Meninggal dunia di Iskandariah, Mesir pada tahun 516 hijrah.
6)Al-Raudah al-Qira´at al-‘Asyr wa qira´ati al-´A’masy :Karangan Abu al-Hassan ‘Ali b. al-Hassan b. Muhammad b. Ibrahim al-Baghdadi al-Maliki[6] yang meriwayatkan dua tariq sahaja iaitu daripada turuq al-Hashimi dan Zar’an. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 438 hijrah.
7)Al-Mubhaj fi al-Qira´ati al-Thaman wa qira´ati al-´A’masy wa Ibn Muhaisin wa ikhtar khalaf wa al-Yazidiy :Karangan al-Imam Abu Muhammad ‘Abd Allah Sabt al-Khiyat al-Baghdadi[7] yang meriwayatkan dua tariq sahaja iaitu daripada turuq al-Hashima dan al-Fil . Meninggal dunia pada tahun 541 hijrah.
8)Al-Kifayah fi al-Qira´ah al-Sitt :Sebuah lagi kitab karangan Sabt al-Khiyat yang meriwayatkan satu tariq sahaja iaitu daripada turuq Abu Tahir.
9)Al-Jami’ fi al-Qira´at al-‘Asyr wa qira´ati al-´A’masy:Karangan Abu al-Hassan ‘Ali b. Muhammad b. ‘Ali b. Faris al-Khiyat al-Baghdadi[8] yang meriwayatkan empat tariq iaitu satu daripada turuq al-Hashimi, satu daripada Abu Tahir dan dua daripada Zar’an. Meninggal dunia pada tahun 450 hijrah.
10)Al-Tazkar fi al-Qira´at al-‘Asyr : Karangan al-Imam Abu al-Fath ‘Abd al-Wahid b. al-Hussin b. AÍmad b. ‘Uthman b. Shita al-Baghdadi[9] yang meriwayatkan empat tariq iaitudua daripada turuqAbu Tahir, satu daripada al-Fil dan satu daripada Zar’an. Meninggal dunia pada tahun 445 hijrah.
11)Al-´Irsyad fi al-Qira´at al-‘Asyr :Karangan al-Imam Abu al-‘Izz Muhammad b. al-Hussin b. Bundar al-Qalanisi al-Wasiti[10] yang meriwayatkan dua tariq yang mana kedua-duanya daripada turuq Abu Tahir. Meninggal dunia pada tahun 521 hijrah.
12)Kifayah al-Kubra fi al-Qira´at al-‘Asyr :Sebuah lagi kitab karangan Abu al-‘Izz yang meriwayatkan empat tariq iaitu dua daripada turuq Abu Tahir, satu daripada al-Fil dan satu daripada Zar’an.
13)Ghayah al-´Ikhtisar fi al-Qira´at al-‘Asyr :Karangan al-Imam Abu al-‘Ali´ al-Hassan b. Ahmad b. Muhammad al-‘Attari al-Hamadani[11] yang meriwayatkan empat tariq iaitu dua daripada turuq Abu Tahir, dua daripada al-Fil dan dua daripada Zar’an. Meninggal pada tahun 569 hijrah.
14)Al-Misbah fi al-Qira´at al-‘Asyr :Karangan al-Imam Abu al-Kiram al-Mubarak b. al-Hassan b. Ahmad al-Syahrazuri al-Baghdadi[12]yang meriwayatkan enam tariq iaitu dua daripada turuq Abu Tahir, dua daripada al-Fil dan dua daripada Zar’an.Meninggal pada tahun 550 hijrah.
15)Al-Mustanir fi al-Qira´at al-‘Ashr : Karangan al-Imam Abu Tahir Ahmad b. Suwar al-Baghdadi[13] yang meriwayatkan lapan tariq iaitu satu daripada turuq al-Hashimi, lima daripada al-Fil dan dua daripada Zar’an. Meninggal di Baghdad pada tahun 496 hijrah.
16)Al-Wajiz fi al-Qira´at al-‘Ashr :Karangan al-Imam Abu ‘Ali al-Hassan al-´Ahwazi[14] yang meriwayatkan satu tariq sahaja iaitu daripada turuq al-Fil. Meninggal di Damsyik pada tahun 446 hijrah.
17)Al-Kamil fi al-Qira´at al-‘Asyr wa al-´Arba’ al-Za´idah ‘alaiha :Karangan al-Imam Abu al-Qasim Yusuf b. ‘Ali al-Huzali al-Maghribi[15] yang meriwayatkan lima tariq iaitu dua daripada turuq al-Hasyimi, satu daripadaAbu Tahir dan dua daripada al-Fil. Meninggal di Naisaburi pada tahun 465 hijrah.
[1] Hanya melibatkan riwÉyat×afÎ b. SulaymÉn al-KËfÊ sahaja
[2] AbË‘Abd al-RaÍmÉn RiÌÉ ‘AlÊ DarwÊsh dan AbË Sahl SÉmiÍ b. AÍmad b. MuÍammad, (2000), op., cit., h. 46-47.
[4] Kitab QirÉ´Ét pertama yang dipersembahkan dalam bentuk syair yang setiap huruf akhir pada kalimah yang terakhir di setiap bait diakhiri dengan huruf lÉm