Thursday, October 23, 2008

AL-RASM UTHMANI (16)


PENDAPAT ULAMA’ TENTANG CIRI-CIRI PENULISAN RASM UTHMANI

Ulama’ berselisih tentang kaedah rasm Uthmani yang berlainan dengan kaedah rasm Qiasi kepada 2 pendapat:

1) Pendapat ini mengatakan bahawa sesungguhnya para sahabat yang ditugaskan untuk menulis mushaf adalah antara yang terhebat dalam ilmu kaedah penulisan Arab dan mereka menulis dengan menggunakan kaedah ini dan kadang-kadang menyalahi kaedah tersebut kerana sebab dan rahsia yang banyak. Dan ada diantara rahsia tersebut dapat dicungkil oleh para ulama’ dan ada yang masih menjadi rahsia Allah s.w.t

Contoh:

مِاْئَةٌ ..الأنفال 66 / وَأُوْلَئِكَ..البقرة 5

ditambah alif dan waw kerana hendak membezakan dengan kalimah:

مِنهُ / إليك

kerana dahulunya mushaf tidak ada titik, baris mahupun hamzah

2) Pendapat ini mengatakan bahawa segala ciri Rasm Uthmani yang menyalahi kaedah penulisan arab adalah berpunca daripada kesilapan para sahabat yang kurang mahir dalam penulisan arab.

Ibn Khaldun telah berkata bahawa sesungguhnya penulisan Arab dizaman permulaan Islam belum sampai ke tahap yang membanggakan bahkan masih ditahap permulaan.

Justeru itu, banyaklah terdapat penulisan rasm mushaf itu menyalahi kaedah penulisan Arab.

Selepas mushaf sampai ke zaman Tabi’ dan Tab’ein penulisan itu masih dikekalkan sebagai menghormati usaha para sahabat yang bertungkus lumus menulis al-Qur’an.

Pendapat ini ditolak dengan alasan bahawa sebenarnya bangsa arab jahiliyyah telah pun menulis sebelum kedatangan Islam 3 kurun lamanya, tetapi seni penulisan ini tidaklah tersebar luas sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi rasul.… Masodir al-syi’ri al-Jahili mk 25

Para ahli sejarah telah menyebut bahawa terdapat beberapa orang yang mahir dalam penulisan pada zaman jahilliyah seperti Ghailaan bin Sulmah.

Begitu juga Laqait bin Ya’mur penulis syair yang pernah menjadi penterjemah di negara Parsi.

Dan bukan sahaja dikalangan lelaki sahaja yang tahu membaca dan menulis, bahkan dikalangan perempuan juga seperti as-Syifa’ binti Abdu daripada kaum keluarga Saidina Umar al-Khattab dan beliau jugalah yang mengajar Hafsah binti Umar.

Didalam kitab Futuhu al-Buldaan menyebut ketika mana Islam itu muncul di Mekah sudah terdapat 17 lelaki Quraisy yang mahir menulis.

Perkembangan penulisan makin berkembang ketika mana Islam sampai ke Madinah dan tidaklah para sahabat pada masa itu hanya tahu menulis sahaja tetapi sudah mahir dengan kaedah al-Naqt wa al-Syakli iaitu kaedah titik dan baris sepertimana kata Ibn Mas’uud r.a,

جردوا القرآن ليربو فيه صغيركم....

Yang bermaksud : kosongkan penulisan al-Qur’an itu daripada titik, baris dan sebagainya supaya kanak-kanak mengenali bahawa itu adalah al-Qur’anal-Faa’iqu lil Zamarhsyari j 1 mk 187

Maka dengan hujjah tersebut tadi menunjukkan tertolaknya pandangan Ibn Khaldun dalam membahaskan perbezaan yang terdapat di rasm Uthmani denan rasm Qiasiy.

Kesimpulannya, para sahabat yang telah ditugaskan untuk menulis al-Qur’an telah dipilih oleh Rasullullah s.a.w dengan ilham daripada Allah s.w.t. untuk menjaga kesucian kitab ini. Maka tidak sewajarnya dikatakan terdapatnya perbezaan diantara rasm Uthmani dan rasm qiasiy itu adalah kerana kejahilan mereka dan sebenarnya apa yang mereka tulis adalah berdasarkan tunjuk ajar daripada Rasullullah s.a.w

AL-RASM AL-UTHMANI (15)


6) KALIMAH YANG MENGANDUNGI 2 BACAAN DITULIS DENGAN SALAH SATU (The rules of cases where there are 2 canonical readings but the text is written according to one of them)

Contohnya seperti firman Allah s.w.t:

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ ...البقرة 132¢

Ditulis pada mushaf ahli Madinah dan Sham

وَأوَصَّى

dan pada mushaf lain dengan

وَوَصَّى

kerana bersandarkan qiraat yang masyhur dikalangan mereka

AL-RASM AL-UTHMANI (14)


v) PENULISAN HAMZAH الهمزة (The rules of Hamza)

Bergantung kepada 2 keadaan:

i) Ketika hamzah itu mati:

Samada terletak ditengah atau di hujung,di tulis rumah (صورة) nya berdasarkan baris huruf sebelumnya, Contoh:

* Sekiranya fathah, ditulis alif :

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً... الواقعة 35

* Sekiranya kasrah, ditulis Ya:

نَبِّئْ عِبَدِي ..الحجر 49

* Sekiranya dhommah, ditulis waw :

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ ..الواقعة 23

Begitu juga ditulis dengan ya’ sekiranya hamzah berbaris fathah atau dhommah dan sebelumnya kasrah:

فِئَـةٌ...ال عمران 13 / سَنُقرِئُكَ...الأعلى 6

Dan ditulis waw sekiranya hamzah berbaris dhommah dan sebelumnya fathah:

رَؤُوفٌ...ال عمران

Atau sekiranya hamzah berbaris fathah dan sebelumnya dhommah

مُؤَجَّلا...ال عمران 145

Tetapi sekiranya sebelum hamzah itu terdapat huruf yang mati, maka dihazafkan rumahnya:

نِسَاءَكُم...البقرة 49

Kecuali hamzah berbaris kasrah dan sebelumnya alif, maka ditulis dengan ya’:

قَائِمَة...ال عمران 113

atau berbaris dhommah, ditulis dengan waw:

هَاؤُهُم...الحاقة 19

*Di hujung kalimah:

Hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk huruf sebelumnya:

Ditulis alif selepas Fathah:

بَدَأَ الخَلق..العنكبوت 20

Ditulis ya’ selepas kasrah:

قُرِئَ..الإنشقاق 21

Ditulis waw selepas dhommah:

إِنِ امرُؤٌاْ...النساء 176

Tetapi jika mati huruf sebelumnya, maka tidak ditulis rumahnya:

شَيءٍٍ...البقرة 20 / مِلءُ...ال عمران 91 / السَمَاءُ...الفرقان 25

Semua kaedah yang telah dibentangkan tadi adalah kaedah umum bagi penulisan hamzah

Terdapat juga kaedah khas yang tidak menepati satu pun kaedah yang telah dibentangkan tadi, seperti:

Hamzah yang mati ditengah kalimah dibuang rumahnya bagi mengelakkan berhimpun 2 yang serupa:

وَرِءيًا / وَرِئْيًا..مريم 74 ü وَتُئْوِي y/ وتُؤْوِي..الأحزاب 51

Wednesday, October 22, 2008

AL-RASM AL-UTHMANI (13)

4) MEMISAH& MENYAMBUNG المقطوع والموصول (The rules of Joining & Separating)

Al-Maqtu’ beerti bercerai dan kaedah ini bermaksud kalimah yang ditulis secara berasingan dengan kalimah selepasnya. Diharuskan waqaf samada pada kalimah yang pertama atau kedua seperti:

Memisahkan أَمْ dengan مَنْ pada ayat

أَم مَّن يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلاً ..النساء 109

Memisahkan يَوْمَ dengan هُمْ pada ayat

يَوْمَ هُمْ بَارِزُونَ ...غافر 16

Al-Mausul bermakna bersambung. Kaedah ini bermaksud kalimah yang ditulis secara bersambung dengan kalimah selepasnya dan tidak boleh diwaqafkan pada kalimah pertama, sebaliknya diharuskan waqaf pada kalimah yang kedua seperti:

Menyambungkan هاء التنبيه dengan kalimah selepasnya :

هَأَنْتُمْ هَؤُلاءِ ...ال عمران 66

Menyambung ياء النداء dengan kalimah selepasnya

يـأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمْ ...البقرة 21


AL-RASM AL-UTHMANI (12)


3) PENGGANTIAN HURUF الإبدال (The rules of Subsitution)

Menggantikan huruf kepada huruf lain.

Terbahagi kepada 5 bahagian:

i. Ibdal alif kpd waw الصلوة / الصلاة

ii. Ibdal alif kpd ya’ فتىً / فتا

iii.Ibdal nun kpd alif وليكوناً / وليكونن

iv.Ibdal ta’ marbutah kpd ta’ maftuhah رحمة / رحمت

v. Ibdal perkataan thulathi waw kpd alif. الصفا / الصفو



AL-RASM AL-UTHMANI (11)



2 ) PENAMBAHAN HURUF الزيادة ( The rules of addition)


Menambah sesuatu huruf yang tidak berfungsi ketika wasal atau waqaf dan diletakkan tanda bulat kecil.


i) Penambahan alif:

وَلا تَاْيئَسُوا مِن رَوحِ اللَّهِ ...يوسف 87

أَو لأَاْذبَحَنَّهُ ...النمل 21

ii) Penambahan waw :

سَأُوْرِيكُمْ دَارَ الْفَسِقِينَ ...الأعراف 145

أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى ..البقرة 5

وَأُوْلُوا الأَرْحَامِ ...الأنفال 75

iii) Penambahan ya’:

أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ ..ال عمران 144

وَمِنْ آنَاءِىْ اللَّيْلِ ...طه 130

مِنْ نَبَإِىْ الْمُرْسَلِينَ ..الأنعام 34

AL-RASM AL-UTHMANI (10)



1) PEMBUANGAN HURUF الحذف(The rules of Deletion)

Membuang atau menggugurkan huruf dari struktur kalimah

Terbahagi kepada 3 bahagian:

Hazf al-Isyarat. حذف الإشارة Menunjukkan terdapat beberapa cara bacaan sepertimana firman Allah s.a.w:

وَإِذْ وَعَدْنَا مُوسَى أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ...البقرة 51

Alif yang terletak selepas waw pada واعَدْنَا di buang bagi menunjukkan terdapat 2 bacaan.

Hazf al-Ikhtisar. حذف الإختصار Mengikut kaedah yang ditetapkan seperti pembuangan alif jama’ muzakkar dan muannas salim sepertimana firman Allah s.a.w:

سَمَّعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ...المائدة 41

Dan juga:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَتِ وَالْقَنِتِينَ وَالْقَنِتَتِ وَالصَّدِقِينَ وَالصَّدِقَتِ وَالصَّبِرِينَ وَالصَّبِرَتِ وَالْخَشِعِينَ ..الأحزاب 35

Hazf al-Iqtisar. حذف الإقتصارMelibatkan kalimah dan tempat dan surah yang tertentu sahaja, sepertimana firman Allah s.a.w:

4وَلَوْ تَوَاعَدتُّمْ لاخْتَلَفْتُمْ فِي الْمِيعَدِ ...الأنفال 42

Dibuang alif selepas ‘ain dan hanya melibat kan kalimah الْمِيعَادَ dalam surah al-Anfaal sahaja, tidak kepada surah lain, contohnya:

4إِنَّ اللَّهَ لا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ ...ال عمران 9

AL-RASM AL-UTHMANI (9)

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

Menyentuh masalah-masalah berikut:

  1. Pembuangan Huruf
  2. Penambahan Huruf
  3. Penggantian Huruf
  4. Penulisan Hamzah
  5. Memisah dan Menyambung
  6. Kalimah yang mengandungi 2 bacaan ditulis dengan salah satu bacaan

MUSHAF (4)



The Qur'an in the riwaya of ad-Dûrî from Abî cAmrû. This mushâf is from Sudan

MUSHAF (3)



The riwaya Qâlûn from Nâfîc. This mushâf is published in Tunisia by ad-Dâr at-Tunissia lilnashr

MUSHAF (2)



This is a mushâf from Algeria with the riwaya of Warsh. It is important to note that all the masahif are written in rasm al-'Uthmani. Also notice the Qaf written with one dot on top in Maghribi script!.

MUSHAF (1)



This is a well known and common mushâf of the Qur'an printed in the Saudi Arabia. They have adopted the Hafs Qirâ'a. Hafs is the most common type of Qirâ'a used in the Muslim world


AL-RASM AL-UTHMANI (8)

BAGAIMANAKAH MEREALISASIKAN HAL KEADAAN MUSHAF RASM UTHMANI DALAM URUSAN PENCETAKAN SEKARANG?

Bersepakatan bacaan dengan mushaf yang dihantar ke setiap tempat adalah kebiasaan sahaja bukan menjadi sesuatu yang wajib.

Ini adalah kerana, syarat diterima sesuatu pembacaan itu ialah pembacaan tersebut mestilah bertepatan dengan salah satu mushaf yang 6, dan bukan menjadi satu syarat sesuatu bacaan tersebut perlu bertepatan dengan mushaf yang dihantar ke tempat mereka.

Sebab itulah kita dapati Mushaf yang dicetak mengikut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim ada yang menyalahi mushaf yang dihantar ke Kufah:

وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ ..يس 35

Ditulis dengan Ha’ mengikut riwayat Hafs tetapi bersalahan dengan mushaf yang di hantar ke Kufah yang tidak menulis Ha’ sedangkan Hafs adalah berasal daripada Kufah dan menjadi tempat rujukan masyarakat Kufah.

KAEDAH BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASYARAKAT ISLAM DUNIA SEKARANG

Bolehlah disimpulkan sebegini:

Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)

Qiraat Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)

Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat ‘Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)

Sebab itulah bacaan melalui riwayat Hafs ini masyhur di seluruh dunia dan mushaf yang bertepatan dengan riwayat Hafs ini mudah diperolehi.

Bagi qiraat yang lain seperti Qiraat Hamzah, Qiraat al-Kisaie dan lain-lain bacaannya sudah tidak dipraktikkan lagi tetapi masih dipelajari khususnya bagi mereka yang mengambil bidang ini agar tidak hilang ditelan zaman.

AL-RASM AL-UTHMANI (7)

BAGAIMANAKAH YG DIKATAKAN RASM UTHMANI MENGANDUNGI TULISAN YG MENGGAMBARKAN AHRUFU AL-SAB’AH?

Telah thabit bahawa Mushaf itu tidak mempunyai titik dan baris dan bacaannya hanya yang sahih daripada Rasullullah S.A.W dan tidak terkeluar daripada 3 rukun yang masyhur sepertimana kata Ibn-Jazari

فكل ما وافق وجه نحوى * وكان للرسم احتمالا يحوي

وصح إسنادا هو القرآن * فهذه الثلاثة الأركان

وحيثما يختل ركن أثبت * شذوذه لو أنه في السبعة

Maksudnya: Setiap apa yang menepati kaedah tatabahasa arab, menepati salah satu daripada 6 mushaf rasm Uthmani walaupun mengandungi 2 bacaan dalam satu rasm dan sah sanadnya yang diambil daripada Rasullullah S.A.W. maka itulah yang dinamakan al-Qur’an. Dan jikalau cacat atau hilang satu rukun, maka thabitlah syaznya bacaan tersebut walaupun berasal daripada qiraat Imam7.

Menepati salah satu daripada 6 mushaf rasm Uthmani walaupun mengandungi 2 bacaan dalam satu rasm

Dalam menepati rukun yang kedua ini terbahagi kepada 3 bahagian:
1)
Kalimah yang mengandungi 2 bacaan ditulis dengan salah satu bacaan:

صِرَطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ ...الفاتحة 7

Ditulis dalam kelima-lima mushaf dengan huruf ص sahaja, tetapi di baca dengan ص danس .

2) Kalimah yang mempunyai 2 atau lebih bacaan ditulis dengan satu tulisan yang boleh menggambarkan 2 bacaan:

(قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ.. البقرة 219

Boleh dibaca dengan كبـير atau كثـير

مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ..الفتحة 4

Boleh dibaca panjang dan pendek pada (مَلِكِ) tanpa mengubah rasm.

3) 3) Kalimah yang mengandungi tambahan atau pengurangan yang tidak mungkin boleh ditulis dengan satu rasm dan ditulis berdasarkan mushaf yang di hantar ke lima-lima tempat.

وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا...الشمس 15

Ditulis Fa pada mushaf ahli Madinah dan Syam dan selebihnya ditulis dengan waw

Dengan ketiga-tiga kaedah tersebut menjadikan Mushaf Rasm Uthmani itu mengandungi kesemua yang sahih daripada Rasullullah S.A.W, yang tidak di mansukhkan pembacaannya dan bertepatan dengan al-’Urdhotul al-Aakhirah.

Dan bukannya mengandungi kesemua ahrufu sab’ah dan juga bukan hanya mengandungi satu huruf sahaja sepertimana yang didakwa sebelum ini.

AL-RASM UTHMANI (6)

HAL KEADAAN PENULISAN RASM UTHMANI

Perbahasan antara ulama’ berkaitan hal keadaan penulisan Rasm Uthmani ini boleh di simpulkan kepada 3 pendapat:

1) Rasm Uthmani hanya mengandungi 1 huruf daripada 7 huruf yang telah diturunkan.

2) Rasm Uthmani mengandungi kesemua 7 huruf.

3) Rasm Uthmani mengandungi penulisan yang menggambarkan ketujuh-tujuh huruf tersebut.

1)Rasm Uthmani hanya mengandungi 1 huruf daripada 7 huruf yang telah diturunkan.

Pandangan ini mengatakan bahawa disebabkan berlaku perselisihan bacaan maka Saidina Uthman r.a. ingin menyelesaikan masalah tersebut dengan penulisan 1 huruf sahaja iaitu huruf atau bahasa Quraisy

Berdalilkan kata-kata Saidina Uthman kepada 3 orang Quraisy: “Sekiranya ada perselisihan antara kamu dengan Zaid bin Thabit tentang penulisan al-Qur’an maka tulislah dengan bahasa Quraisy, kerana al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa Quraisy”…

2)Rasm Uthmani merangkumi kesemua 7 huruf.

Pendapat ini disokong oleh sebahagian para Fuqaha’ dan Qurra’

Berdalilkan bahawa tidak harus bagi umat Islam meninggalkan satu pun daripada 7 huruf yang telah di turunkan sepertimana telah sepakat para sahabat memindahkan al-Qur’an dari suhuf kepada Mushaf,dan bersepakat meninggalkan apa yang bukan daripada al-Qur’an, bersepakat tidak harus menegah bacaan-bacaan dengan sebahagian daripada 7 huruf dan bersepakat tidak meninggalkan sesuatu pun daripada al-Qur’an.

3)Rasm Uthmani mengandungi penulisan yang menggambarkan ketujuh-tujuh huruf tersebut

Disokong oleh jumhur ulama’ salaf dan khalaf serta imam al-mujtahidin.

Hanya 7 huruf yang dipersetujui oleh Jibril a.s dan Rasullullah S.A.W sahaja ketika sessi talaqqi yang terakhir (al-’Urdhotul al-Aakhirah) dimuatkan didalam Rasm Uthmani.

Berdasarkan kata Ibn al-Jazari:

“Tidak syak lagi bahawa sebahagian daripada ayat al-Qur’an telah dimansukh dan diubah ketika al-’Urdhotul al-Aakhiirah. Dan perkara ini adalah benar dan sah bersandarkan nas-nas yang bukan daripada seorang sahabat sahaja yang meriwayatkannya”...(al-Nasyr mk 31)

Dengan itu tertolaklah pendapat yang kedua yang mengatakan Rasm Uthmani merangkumi kesemua ahrufu al-Sab’ah

Begitu juga bagi pendapat yang pertama tertolak kerana jikalau Rasm Uthmani itu hanya mengandungi dialek Quraisy sahaja, kenapa bacaan al-Qur’an yang sampai kepada umat Islam sehingga kini mempunyai berbagai dialek, contoh seperti:

وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ... الأعراف 137

Terdapat 2 dialek arab dalam kalimah ini:

-Dialek Bani Asad dengan kasrah Ra:

يعرِشون / يعرُشون

dibaca juga dengan dhommah Ra menggambarkan dialek arab selain Bani Asad

Begitu juga pada kalimah

...البقرة 6 ءأَنذَرْتَهُمْ

terdapat qiraat yang mentakhqiqkan pertemuan 2 hamzah yang mana merujuk kepada dialek Bani Tamim dan sekitarnya meliputi bahagian timur dan tengah semenanjung Arab. Dan terdapat juga qiraat yang mentakhfifkan kalimah tersebut merujuk kepada dialek ahli Hijaz,Huzail,Mekah dan Madinah yang meliputi bahagian selatan dan barat semenanjung Arab…(lisanu al-Arab liibn manzur J. 1 mk 22)

Begitu juga dengan kaedah Idgham dan Idzhar

شَهْرُ رَمَضَانَ ... البقرة 185

Kaedah Idgham lebih banyak digunakan oleh ahli Kufah, Basrah dan Syam(Iraq dan sekitarnya) manakala Idzhar digunakan oleh ahli Mekah dan Madinah (al-Hijaziien) disebabkan bi’ah atau keadaan tempat tersebut.

Begitu juga kaedah Fath wal imalah

وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنْ الأُولَى (4) الضحى

Qiraat yang membaca fathah merujuk kepada dialek Quraisy, Thaqif, Hawazin dan Kinanah (Barat semenanjung Arab).Dan qiraat yang membaca Imalah merujuk kepada dialek Tamim, Qais, Asad dan Thoyy’(Tengah dan timur semenanjung Arab)

Ada pun kata-kata Saidina Uthman “al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa Quraisy” adalah merujuk kepada permulaan al-Qur’an itu memang diturunkan dalam bahasa Quraisy kerana di pada awalnya ditujukan kepada kaum Quraisy dan Rasullullah itu sendiri berbangsa Quraisy, tetapi kemudian diperluaskan kepada seluruh ummah dengan bahasa atau dialek yang lain untuk mempermudahkan pembacaan tanpa membebankan hingga tiada masa untuk mentadabbur ayatnya.

AL-RASM AL-UTHMANI (5)


BILANGAN MASAHIF AL-UTHMANIAH


Terdapat perselisihan diantara ulama’ tentang bilangan mushaf yang dihantar oleh Saidina Uthman sebagai rujukan masyarakat Islam tetapi yang paling rojih ialah 6 semuanya (dihantar sekali dengan guru yang ditugaskan untuk mengajar):

Dihantar ke Syam bersama al-Mughirah bin Shihab

Dihantar ke Kufah bersama Abd al-Rahman bin al-Sulami

Dihantar ke Basrah bersama ‘Aamir bin Qais

Dihantar ke Mekah bersama Abdullah bin Saa’ib

Diletak di Madinah dan diarahkan Zaid bin Thabit untuk mengajar ahli Madinah

Di simpan sendiri dan diberi nama Mushaf al-Imam

AL-RASM AL-UTHMANI (4)

JAM’UL QUR’AN

Terbahagi kepada 3 peringkat:

1) Zaman Rasullullah s.a.w.

2) Zaman Saidina Abu Bakr as-Siddiq r.a.

3) Zaman Saidina Uthman al-’Affan r.a.

Dan ketiga-tiga zaman ini mempunyai sebab dan keadaan yang berbeza berdasarkan realiti yang berlaku pada sesuatu zaman.

ZAMAN RASULLULLAH S.A.W.

Makna pengumpulan dizaman ini lebih merujuk kepada penulisan sahaja yang mana al-Qur’an itu ditulis di pelepah tamar, tulang, kepingan batu dan lain-lain.

Selepas semuanya ditulis, diikat dan disimpan dengan keadaan tertib ayatnya tetapi bercampur surahnya dan tidak dikumpulkan dalam satu lembaran disebabkan bahan yang ditulis tidak sama.

Tujuan ditulis al-Qur’an pada masa itu adalah semata-mata untuk mengagungkan al-Qur’an tersebut kerana kehebatannya dan ketinggian martabatnya.

Ini adalah kerana pada masa itu Rasullullah s.a.w menekankan agar para sahabat menghafalnya dan sudah cukup sebegitu tanpa perlu menulisnya.

Ditambah pula Rasullullah s.a.w masih ada dan para sahabat tidak terkira ramainya yang menghafal, maka tidak timbul masalah akan hilang ayat al-Qur’an.

ZAMAN SAIDINA ABU BAKR AS-SIDDIQ R.A

Berlaku peperangan antara muslimin dengan ashabu al-Riddah dan Musailamatu al-Kazzab yang mengorbankan lebih kurang 700 huffaz.

Atas sebab inilah Saidina Abu Bakr mengarahkan al-Qur’an dikumpulkan setelah disyorkan oleh Saidina Umar al-Khattab dan direalisasikan arahan tersebut oleh Saidina Zaid bin Thabit

Diantara ciri-ciri yang digunakan oleh Zaid dalam pengumpulan ini, beliau hanya menerima ayat yang ada dihafaz dan ditulis dan bertepatan dengan al-’Urdhotul al-Aakhirah sahaja yang akan dimuatkan dalam suhuf Abu Bakr.

Walaupun begitu, suhuf-suhuf persendirian yang ditulis oleh para sahabat seperti Ubay bin Ka’ab, Ibn Masu’ud, Saidina Ali ibn Abi Talib dan lain-lain tidak di lupuskan.

Ini adalah kerana sebab pengumpulan al-Qur’an pada zaman ini adalah kerana takut al-Qur’an itu hilang dengan ramainya para Huffaz yang syahid

Suhuf tersebut mempunyai ayat dan surah yang disusun secara tertib

Setelah Saidina Abu Bakr wafat, suhuf tersebut berada dibawah jagaan Saidina Umar, dan pada masa ini telah timbul perselisihan melibatkan wajah bacaan al-Qur’an kerana terdapat diantara para sahabat yang mengajar wajah-wajah qiraat yang berbeza.

Dan suhuf para sahabat ada yang mengandungi kesemua ahrufu sab’ah yang telah dimansuh semasa al-’Urdhotul al-Aakhirah, dan ada juga penambahan seperti tafsiran yang disangka oleh pengikutnya bahawa penambahan tersebut merupakan ayat al-Qur’an.

Selepas Saidina Umar wafat, suhuf tersebut diwariskan kepada anaknya Hafsah yang juga salah seorang isteri Rasullullah s.a.w.

ZAMAN SAIDINA UTHMAN AL-’AFFAN R.A.

Jajahan Islam semakin berkembang hingga meliputi semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan.

Penduduk di wilayah-wilayah ini membaca qiraat melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur contohnya, ahli Syam membaca qiraat Ubai bin Ka’ab, ahli Kufah dengan qiraat Ibn Masu’ud dan selainnya dengan qiraat Abu Musa al-’Asya’ari.

Dan pastinya perselisihan diantara mereka melibatkan perbezaan wajah qiraat.

Perselisihan ini semakin ketara jika mereka berkumpul dalam satu tempat seperti berkumpul untuk memerangi golongan musyrikin hingga hampir kepada tahap kafir mengkafirkan sesama sendiri

Fitnah ini disedari oleh Huzaifah bin al-Yaman dan terus diutarakan kepada Saidina Uthman agar disalin semula al-Qur’an tersebut.

Kemudian sekali lagi Zaid bin Thabit ditugaskan menyalin balik al-Qur’an dan dibuat 6 salinan dihantarkan ketempat yang tertentu sebagai rujukan dan diarahkan dibakar semua suhuf atau mushaf yang selain daripada keenam-enam salinan tersebut.

Tindakan Saidina Uthman ini disokong sekalian para sahabat yang jumlahnya hampir mencecah seribu orang kecuali Ibn Mas’uud

Tetapi akhirnya Ibn Mas’uud bersetuju dan dihantar suhufnya kepada Saidina Uthman untuk dibakar.

Tuesday, October 21, 2008

AL-RASM AL-UTHMANI (3)

PERKEMBANGAN KHAT SELEPAS ISLAM


Apabila jajahan Islam semakin meluas, datanglah satu golongan penulis yang berasal dari Kufah memperbaiki serta memperelokkan lagi khat tersebut sehinggalah jelas perbezaan bentuknya daripada khat al-Hijazi dan dikenali sebagai khat al-Kufi.

Segala penulisan yang berlaku selepas itu semuanya ditulis dengan khat al-Kufi termasuklah penulisan Mushaf.

Kemudian, khat al-Kufi diperelokkan lagi oleh Qutbah al-Muharrar yang dibantu oleh al-Dhihaa’ ibn ‘Ajlaan dan Ishaak ibn Hammad dengan menggabungkan khat al-Kufi dengan Khat al-Hijazi dan dinamakan khat al-Arabi.

Dan dipercayai khat yang ada sekarang ini adalah berasal daripada khat al-Arabi iaitu khat yang menggabungkan khat al-Kufi dan al-Hijazi

Selepas dari ini, tiada siapa lagi yang mengubah bentuk khat ini melainkan di cantikkan sahaja tanpa mengubah keasliannya sampailah kepada zaman sekarang

Tokoh-tokoh yang memastikan keaslian khat al-Arabi ciptaan Qutbah ini tidak berubah dan mempraktik khat ini keseluruh bidang penulisan:

Muhammad ibn Maqlah iaitu salah seorang Gabenor di zaman Daulah ‘Abassiyah

Ali ibn Hilal al-Baghdadi dikenali dengan Ibn al-Bawaabi

Begitu juga dengan ulama’ yang lain selepas zaman Ali ibn Hilal yang sentiasa berlumba-lumba untuk memperelokkan khat ini tanpa mengubah keaslian ciptaan Qutbah.

Sunday, October 19, 2008

AL-RASM AL-UTHMANI (2)

HARB BIN UMAYYAH

Diantara tokoh penulisan di kalangan orang Quraisy ialah Harb bin Umayyah bin Abd Shams.

Merupakan ayah kepada Abu Sufian, salah seorang sahabah Rasullullah s.a.w.

Sentiasa keluar dari kota Mekah untuk berniaga, justeru itu mendapat pendedahan yang baru daripada tempat-tempat yang ditujui khususnya dalam ilmu penulisan

Ahli sejarah berselisih faham siapa yang mengajar Harb bin Umayyah :

1. Ad-Dani dari sanad Ziad bin An’am mengatakan Abdullah bin Jad’an.

2. Al-Kalbi dari A’wanah mengatakan Basyar bin Abdul Malik.

Tetapi mereka bersependapat bahawa Abdullah bin Jad’an dan Basyar bin Malik mempelajari ilmu penulisan dari negeri Iraq didaerah al-Hairi dan al-Anbari

Oleh sebab itu khat yang diajarkan oleh Harb dikenali dengan khat al-Anbari al-Hairi berdasarkan nama tempat tersebut.

Setelah dibawa seni ilmu ini ke Hijaz, di panggil pula khat al-Hijazi.

Dengan khat inilah digunakan oleh penulis pada masa itu untuk menulis surat, syair dan sebagainya hinggalah datang Islam dan ditulis wahyu, Suhuf, Mushaf dengan khat ini juga.

AL-RASM AL-UTHMANI (1)



TULISAN ARAB



Menurut bahasa Arab, perkataan tulisan atau khat (خط) bererti garis yang memanjang pada sesuatu perkara.

Terdapat perbezaan diantara khat dan rasm. Khat adalah lebih merujuk kepada pembentukan sesuatu huruf manakala rasm pula lebih kepada pembentukan kalimah daripada sesuatu huruf.

Terdapat berbagai pendapat dikalangan ahli sejarah tentang siapa yang paling awal sekali menulis.

Di dalam kitab Samiiru al-Tholibin fi rasm wa dhobthi al-Kitaabi al-Mubiin menceritakan bahawa sebahagian ulama’ mengatakan nabi Adam a.s. yang pertama menulis bukan sahaja dengan tulisan arab bahkan dengan tulisan-tulisan yang lain.

Dan ada yang mengatakan sebelum wafat, beliau menulis semua jenis tulisan di tanah liat kemudian dibakar dan ditanam.

Selepas berlakunya taufan besar yang menyebabkan semua tulisan yang ditanam terkeluar, maka setiap kaum yang ada pada ketika itu masing-masing mendapat tulisan bagi kaum mereka.

Dengan ilham dan petunjuk dari Allah, mereka mempelajari serta meminda bentuk tulisan tersebut dan meng’iktiraf bahawa tulisan tersebut adalah tulisan yang asal bagi kaum mereka.

Sebahagian ulama’ pula mengatakan penulis wahyu bagi nabi Huud a.s.

Beliau juga yang bertanggung-jawab mengajar tulisan arab ini kepada maraamir bin murrah, Aslam bin sadrah dan ‘Aamir bin jadrah

Tulisan Arab ini sampai ke Iraq adalah daripada usaha ketiga-tiga individu ini.

Dalam Kitab Rasm al-Mushaf wa Dhobtuhu: baina Al-Tauqiifi wa al-Isthilaahaati al-Hadhiisati menamakan nabi Idris a.s. dengan bersandarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda:

إدريس أول من خط بالقلم...رواه ابن حبان

Orang yang pertama menulis dengan qalam adalah nabi Idris a.s.

Ibn Al-’Arabi pula mengatakan nabi Ismail a.s. belajar bahasa arab dari Jibrail a.s. dengan fasih hinggalah ilmu ini sampai kepada zaman Rasullullah S.A.W.

Ibn ‘Abbas pula berpendapat, nabi Hud a.s. menulis dengan tulisan arab, sepertimana beliau juga berpendapat bahawa nabi Ismail ialah manusia yang mencipta kaedah tulisan tersebut.

Rasullullah S.A.W diutuskan kepada satu umat yang kebanyakkannya buta huruf.

Fenomena ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Juma’ah ayat 2:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Dialah yang mengutus kepada bangsa yang buta huruf seorang rasul dari kalangan mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah, sekalipun sebelum itu sememangnya mereka dalam kesesatan yang nyata.

Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W:

Ahli Mekah:

- Khalifah Yang 4

- Talhah bin Ubaidillah

- Abu Sufyan bin Harb dan anaknya Muawiyah.

-Abban bin Said

-Al-Ala bin Al-Hadrami

Ahli Madinah:

- Amru bin Said

- Ubai bin Kaab

- Zaid bin Thabit

- Al-Munzir bin Amru

Berkekalanlah keadaan sebegitu sehinggalah Rasullullah s.a.w berhijrah ke Madinah,Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis.

Antara contohnya, ketika mana selepas peperangan Badar yang mana telah memperlihatkan bagaimana 78 tawanan dari bangsa Quraisy diberi syarat sekiranya ingin dibebaskan perlu ditebus dengan harta, dan sesiapa yang tidak mampu, tetapi mempunyai pengetahuan tentang penulisan perlulah mengajar 10 anak orang Islam Madinah.